Sejambak bunga Simply Charming Rose White and Pink dibawa dengan gaya seperti ingin pergi bertemu janji. Laura Alaika menilik diri menggunakan cermin kereta lalu dibetulkan rambut stout bun hairstyles yang dia gayakan. Puas menilik rambut kini Laura Alaika membetulkan baju yang dia gayakan. Baju stretch crepe turtleneck midi dress yang berwarna rose pink dibetulkan supaya tampak lebih menarik. Setelah hatinya puas barulah langkah diatur menuju kearah bagunan pusat tuition dengan begitu berkarisma.
Langkah Laura Alaika terhenti tepat dihadapan Zaid Najwan yang betembung dengannya di lorong menuju ke bilik guru dan ke kelas.
"Mr Zaid, nice to meet you again" tegur Laura Alaika lalu senyuman paling manis dihadiahkan.
"Ermmm, yes you too Ms Laura" kata Zaid Najwan sedikit kekok bila bertemu dengan Laura Alaika yang sekarang. Tapi betul ke ini gadis yang dia cari-cari? Mungkin ini Alaika yang lain kot.
"For you" ujar Laura Alaika lalu menghulur sejambak bunga yang dia bawa dari tadi. Huluran itu diterima lalu senyuman yang dibuat-buat diberikan oleh Zaid Najwan.
"Thank you Ms Laura" ucap Zaid Najwan dengan nada perlahan. Entah kenapa dia rasa kekok untuk bertemu Laura, dia kena pastikan bahawa Laura Alaika yang ini ke yang dia cari dan selalu teringat sebelum ini. Waktu juga sudah bersisa 5 hari lagi dia kena cepat bertindak.
"Sir!" Panggil seorang pelajar dan berlari anak menuju kearah Zaid Najwan dan Laura Alaika. Sampai saja ke arah Zaid Najwan belum sempat dia ingin menanyakan soalan tiba-tiba dia terdiam.
"Mr Zaid Are your students okay? " Soal Laura Alaika bila lihat pelajar Zaid Najwan terdiam apabila melihat tepat kearahnya.
"Akak Laura!" Jerit pelajar itu teruja. Terundur satu langkah kaki Laura Alaika bila diserang begitu. Apa yang sedang berlaku ni?
"Balqis! Zana! Lina! Ella! Akak Laura dah datang!" Jerit pelajar itu memangil kawan-kawanya yang lain. Dengan tiba-tiba datanglah nama-nama yang dipanggil tadi.
"Akhirnya akak Laura datang juga, lama kami tunggu" ujar Balqis dengan nada sedikit ditarik merajuk! Laura Alaika yang pada mulanya binggung akhirnya tersenyum dengan gelagat pelajar Zaid Najwan dan baru dia teringat pesan Syafikah semalam bahawa ada pelajar Zaid Najwan yang ingin bergambar dengannya. Cepat juga berita tentang dirinya terexpose ya ke mereka ni salah satu pengikutnya di instagram? Dia sendiri pun tidak tahu.
"Okay sudah sudah, kamu semua pergi masuk kelas dulu, kalau kamu nak bergambar juga tunggu waktu rehat atau waktu balik okay" sampuk Zaid Najwan menyuruh pelajarnya untuk masuk ke dalam kelas.
"Nanti kalau akak Laura balik macam mana?" Ujar Lina dengan muka monyoknya.
"Akak tak balik pun, akak tunggu kamu habis kelas okay" pujuk Laura Alaika supaya mereka semua mendengar kata Zaid Najwan. Mereka semua akur lalu berlalu pergi masuk ke dalam kelas selepas membuat pinky promise dengan Laura Alaika.
"Okay, saya masuk kelas dulu Ms Laura. Jumpa waktu lunch nanti Ms Laura" pamit Zaid Najwan dan berlalu pergi meninggalkan Laura Alaika untuk menyambung kerja mengajarnya.
Jam ditangan dikilas ada masa beberapa jam lagi sebelum waktu makan tengah hari. Laura Alaika mempunyai satu akal dan tanpa membuang masa terus dia keluar dari bagunan pusat tuition itu dan memandu kereta pergi membelah jalan raya.
***************************
Baru saja Laura Alaika ingin melangkah masuk tapi niatnya terbatal bila dia ternampak sosok figura Zaid Najwan yang sedang melepaskan ikatan pada rambutnya, kemudian rambut yang menutupi muka ditolak kebelakang membuatkan seorang Laura Alaika tidak senang duduk. Menelan liur Laura Alaika melihat kejadian depan matanya. Persis pelakon barat gaya rambut Zaid Najwan tika ini dan lagi membuatkan Laura Alaika cair ialah jaw line milik Zaid Najwan yang menonjol.
"Oh my god, why he's so hot!" Detik hati kecil Laura Alaika. Mata Laura Alaika tidak lekang memandang Zaid Najwan yang mengikat semula rambutnya.
"Ya Allah, handsomenya" ucapnya tanpa sedar.
"Hah! Akak Laura usya sir ke tu" terhinjut bahu Laura Alaika bila disergah begitu. Cepat-cepat Laura Alaika mencari alasan supaya dirinya tidak kantoi dengan pelajar Zaid Najwan.
"Eh, tak mana ada. Mengarutlah kamu ni" dalih Laura Alaika dan berlalu pergi kearah Zaid Najwan. Pelajar yang sergah dirinya tadi mengikuti dari belakang. Makanan yang dibeli tadi diletakkan diatas meja kerja Zaid Najwan, lalu badan langsing dipusing kebelakang menghadap pelajar yang sergah dirinya tadi.
"Awak kan yang nak bergambar dengan saya?" Soal Laura Alaika lembut.
"Ha betul lah tu" jawab pelajar itu teruja.
"Mana yang lain?" Soalnya lagi bila melihat seorang saja yang datang, sedangkan yang berjanji lima orang.
"Oh, mereka ke tandas jap" jawab pelajar itu, lalu kepala Laura Alaika dianggukkan.
"Tak apa kita tunggu mereka sampai dulu" ujar Laura Alaika. Kepala pelajar Zaid Najwan dianggukkan tanda faham dengan apa yang Laura katakan lalu dia melabuhkan duduknya di kerusi yang kosong sambil menunggu kawan-kawanya yang lain datang. Laura Alaika berpusing kembali menghadap Zaid Najwan yang asyik memerhati dirinya dan pelajarnya dari tadi.
"Mr Zaid awak dah makan?" Tegur Laura Alaika ramah sambil membuka plastik yang dia bawa tadi.
"Belum lagi" jawab Zaid Najwan sepatah sambil menyelitkan rambut yang lebih ke telinga. Terus Laura Alaika menghidangkan nasi ayam kepada Zaid Najwan. Kelakuan Laura Alaika tika ini persis seperti layanan seorang isteri kepada suaminya, dengan menyediakan makanan dan minuman dan memastikan semuanya cukup untuk orang yang tercinta.
"Nah, Mr Zaid makanlah ya, makan sampai habis" suruh Laura Alaika sambil menyuakan sudu kepada Zaid Najwan. Zaid Najwan mengambil sudu yang disua kepadanya lalu dia menjamah sedikit makanan yang dibeli Laura Alaika.
"Marilah makan dengan saya Ms Laura" ajak Zaid Najwan lalu tanpa persetujuan Laura Alaika, Zaid mengambil satu lagi bungkusan nasi ayam dan dihidangkan kepada Laura. Kerusi kosong di meja sebelah diambil lalu diletakkan dibahagian sisi meja atau lebih tepat lagi ditepinya. Sudu diambil lalu disuakan kepada Laura Alaika. Tercengang Laura Alaika seketika apabila layanan yang dia beri kepada Zaid tadi dibalas balik oleh lelaki itu.
"Makanlah akak Laura kesian dekat sir tu makan sorang sorang" sampuk pelajar Zaid Najwan yang asyik menjadi penonton dari tadi. Tanpa berfikir panjang terus duduknya dilabuhkan. Hatinya sedikit berbunga-bunga bila dia dapat duduk sedekat ini dengan lelaki yang dia sukai. Dengan jelas dia dapat melihat muka handsome milik Zaid Najwan.
"Amboi akak Laura tak berkedip mata tu dapat tatap wajah good looking sir" sampuk Balqis yang tiba-tiba datang bersama and the gang. Salah tingkah Laura Alaika dibuatnya, kemudian duduk dibetulkan. Zaid Najwan berdehem beberapa kali menutup rasa malu apabila dirinya ditatap sebegitu oleh Laura Alaika dan juga malu akibat ditegur oleh pelajarnya.
"Okay semua dah adakan? jom kita pergi ambil gambar" ajak Laura Alaika cepat-cepat.
"Mr Zaid saya pergi ambik gambar kejap ya, tunggu saya tau" pamit laura lalu tangan pelajar-pelajar Zaid Najwan diraih supaya keluar dari bilik guru. Mereka keluar dari bagunan pusat tuition untuk bergambar. Zaid Najwan hanya memerhati dari luar tingkap saja, matanya hanya ikut gerak geri Laura Alaika. Entah kenapa dia tidak boleh larikan pandangan dari menatap wajah cantik milik Laura Alaika. Perut Zaid Najwan tiba-tiba berbunyi kuat tanda minta untuk diisi, dengan cepat tangan diletakkan ke perut lalu digosok perlahan.
"Sabar ya wahai perut tak sedar diri, lepasni kita makan okay kita tunggu Ms Laura dulu" omelnya kepada perut sendiri. Entah mengapa, sejak sejak waktu makannya dijaga oleh Laura perutnya selalu minta untuk diisi. ADAKAH ITU TANDA BAHAGIA?
Beberapa minit kemudian terdengarlah suara-suara anak dara yang riuh rendah masuk ke dalam bilik guru.
"Sorry Mr Zaid i take your time to much, Mr Zaid tak kesahkan saya ajak diorang sekali sebab diorang kata nak berbual dengan saya" ujar Laura Alaika meminta izin Zaid Najwan. Takut kalau kalau Zaid tidak selesa bila ada pelajar-pelajarnya.
"It's okay, boleh silalah" ajak Zaid Najwan lalu makanan yang ada diatas meja dijamah. Sebenarnya dia sangat lapar saat ini dia tidak kesah mereka nak buat apa pun asalkan dia dapat makan. Lagipun ini tugas pelajarnya untuk korek rahsia Laura Alaika. Laura Alaika mengambil tempat duduknya yang disediakan oleh Zaid Najwan seketika tadi.
"Akak berbual dengan korang sambil makan ya, akak lapar" minta Laura Alaika sambil membuat mimik muka kesian.
"Comelnya!" Jerit pelajar-pelajar Zaid Najwan serentak lalu mereka ketawa. Laura dan Zaid juga ikut ketawa halus.
"Boleh akak untuk akak semua boleh" ujar salah seorang pelajar Zaid Najwan sambil mengeluarkan makanan ringgan dari dalam begnya.
"Kamu masih belum makan lagi ke" soal Laura Alaika risau.
"Eh, tak lah kami sudah makan dah tadi, biasalah perempuan kalau nak berbual mesti kena ada manis-manis" ujar Ella menjawab soalan Laura Alaika lalu mereka ketawa sambil kepala Laura dianggukkan tanda setuju. Betulah apa yang Ella katakan tu.
"Apa yang kamu semua nak tanya pasal akak?" Soal Laura Alaika sambil nasi disuapkan ke mulut.
"Kami semua nak tahu nama penuh akak, umur akak, tarikh lahir akak, semualah tentang akak boleh ke?" Ujar Balqis bersungguh. Hampir tersedak laura bila mendengar soalan itu tapi mujur dapat dia telan nasi tu kalau tak malu depan Zaid nanti.
"Uishhhhhh, banyak betul soalan ya, tak apa akak jawab satu-satu okay" ujar Laura Alaika. Zaid Najwan yang sedia dari tadi memasang telinga kini dia dekatkan diri dengan Laura Alaika, dia tidak mahu satu info pun dia terlepas.
"Nama panjang akak, Laura Alaika Binti Izlan, tarikh lahir akak 4 hari bulan 8 dan umur akak sekarang ni 38 ta--" belum sempat Laura Alaika ingin habiskan ayatnya, tapi telah dipotang oleh pelajar-pelajar Zaid Najwan.
"Apa! 38 tahun!" Jerit mereka serentak akibat terkejut. Pada mulanya Zaid Najwan juga terkejut bila dapat tahu umur sebenar Laura Alaika, dengan bodynya yang tidak kalah model luar negara. Tapi apa yang peliknya? Dia yang sudah 40 pun masih segak bergaya lagi apakan pula wanita depan matanya ini.
"Seriuslah akak Laura 38? Akak tau tak? Umur akak sama tua dengan mak Lina tau" ujar Lina tidak percaya.
"Betul tu, lagipun akak punya langsing ni tak nampak macam 38 tahun tau" sambung Balqis. Terlepas tawa Laura Alaika bila dia lihat muka tidak percaya pelajar-pelajar Zaid Najwan.
"Eh, tapi akak pernah gemok tau dulu" ujar Laura Alaika.
"Iya ke pernah? Kami nak tengok gambar akak masa dulu" ujar Ella tidak percaya. Terus telefon pintar diambil lalu dibelek beberapa kali barulah telefon itu diberikan kepada pelajar-pelajar itu.
"Nah tengok ni" kata Laura Alaika sambil telefon disuakan kepada pelajar-pelajar itu. Huluran telefon diambil lalu mereka berlima melihat gambar Laura Alaika ketika waktu dahulu.
"Ha'ah lah akak berisi la dulu" ujar Balqis.
"Kan, akak dah cakap dah" sambung Laura Alaika lalu disuap lagi nasi ke mulut. Balqis yang teringat janjinya dengan sir, dan tanpa persetujuan Laura Alaika, terus dia tunjuk telefon milik Laura Alaika ke arah sirnya
"Sir, tengok akak Laura waktu dulu" suruh Balqis. Mata Zaid Najwan tertumpu kearah telefon yang ditunjuk pelajarnya. Terbuntang luas mata Zaid Najwan bila melihat gadis di dalam telefon itu. Gadis itu persis orang yang dia cari selama ini. Matanya kembali melihat kearah Laura Alaika yang sedang asyik berbual dengan pelajarnya.
"Kau telah banyak berubah Alaika" detik hatinya.
Laura Alaika yang tidak kesah dirinya yang dulu ditunjuk kepada Zaid Najwan, dia hanya tersenyum manis kepada semua yang menatapnya. Yang lepas biarlah lepas kan? Yang penting sekarang Laura yang baru ini. Katakan tidak kepada yang dahulu, tiada lagi Alaika yang dulu. Yang lemah, yang senang dibuli dan senang diejek oleh orang ramai. Alaika yang dulu telah pupus!
BERSAMBUNG.....................
Smashed button follow for the more update! love you guys❣️
Share this novel