"Apa Natra buat dekat sini!?" Bergetar nada suara Zaid menahan amarah bila melihat susuk tubuh Natra berada depan pintu bilik resort.
"Natra nak jumpa abang kesayangan Natra lah, tak boleh ke? Ke tunang kesayangan abang tu dah letak syarat supaya jangan jumpa Natra? Wow! Belum apa-apa lagi dah jadi queen control" ujar Natra bersahaja. Sengaja dia buat tidak nampak muka Zaid Najwan yang merah menahan marah.
"Buat apa cari abang sampai sini!? Abang tengah kerja." soal Zaid Najwan sekali lagi dengan nada dingin.
"Natra cuma nak bagi ini je" lalu fail berwarna coklat dihulurkan kepada Zaid Najwan. Fail itu bertukar tangan dengan wajah Zaid Najwan yang berkerut seribu.
"Kalau abang dah tengok isi dia jangan lupa jumpa Natra malam ini kita dinner okay. Ada banyak lagi benda abang tidak tahu" selesai berkata-kata terus Natra pergi tinggalkan Zaid Najwan yang masih terpingga-pingga. Mata kemudia dialihkan kepada fail yang berada ditangannya.
Rasa ingin tahu semakin membuak-buak terus tubuh dia masuk kedalam bilik lalu pintu ditutup rapat. Tanpa berfikir panjang terus tangan Zaid Najwan lincah buka fail dan keluarkan isi dalam fail itu.
Terbuntang luas biji mata Zaid. Dada berombak, nafas pula rasa bagai tersekat. Hidung kembang kempis mencari oksigen yang cukup kerana apa yang dia lihat cukup untuk membunuh dia dengan perlahan-lahan.
"Astagfirrullah Laura!" Walaupun bunyi yang tersekat-sekat tapi dapat juga dia tutur.
Bunyi lagu dari iPhone Zaid mengalihkan fokusnya kepada telefon yang berdering didalam poket. Tanpa melihat siapa pemanggil terus dia angkat panggilan.
"Hello Zaid kau dekat mana? Budak-budak tengah tunggu kau ni" soal Kamil tanpa memberi salam.
"Astagfirrullah ya Allah!" Mengucap panjang Zaid Najwan sambil wajahnya diraut kasar. Niat dia sebenar keluar bilik ini kerana ingin berjumpa dengan budak-budak dia tetapi terjumpa Natra yang terpacak elok depan pintu biliknya.
"Kau okay tak ni Zaid?" Ada nada risau dalam ayat Kamil.
"Aku okay. Aku on the way nak pergi ni. Jumpa kau dekat sana" lalu panggilan ditutup kemudian nafas ditarik panjang mengumpul semangat yang ada. Gambar-gambar yang berselerak diatas katil dikerling sekilas. Mata dipejam rapat tidak mampu untuk dia lihat gambar yang sangat jijik itu.
Langkah seribu dibuka terus Zaid Najwan keluar dari biliknya. Dia perlu mencari ketenangan sebelum berfikir soal ini. Perkara pertama dia perlu lunaskan tanggungjawab dia dahulu. Perkara kedua dia perlu mencari ketenangan untuk berfikir dan perkara ketiga dia perlu berjumpa dengan Natra malam ini. Dia perlukan bukti dan penjelasan daripada gadis muda itu.
MATA cantik itu melilau mencari kelibat orang yang dia rindui. Ramai orang telah keluar dari balai ketibaan tetapi bayang batang hidung Hans pun dia tidak nampak.
"Sabarlah akak, kan flight dia delay" ujar Najwa yang dari tadi setia jadi pemerhati gerak geri bakal kakak iparnya.
"Akak bukan apa, akak rindu sangat dengan budak tu" ujar Laura Alaika yang matanya masih melilau mencari kelibat Hans. Najwa hanya mampu gelengkan kepala lihat gelagat Laura. Rindu bagai tiada hari esok!
Najwa kembali sambung makan kacang yang dia beli tadi. Selalu kalau datang airport dia tidak akan pernah melabur wang dekat sini tapi entah kenapa hari ini kacang yang sedang dia kunyah dapat menggoda dia.
"Hah! Itu dia! Hans!" Jerit Laura Alaika sambil tangan melambai kearah seseorang. Hampir tercekik Najwa dengan teriakan Laura namun cepat-cepat dia telan butir kacang itu.
Anak mata Najwa diarahkan ke arah Laura lambai. Hampir tercekik kuasa dua Najwa dibuatnya bila lihat ketampanan lelaki yang dirindui bakal kakak iparnya.
"Ya Allah indahnya ciptaan-Mu" omel Najwa sendiri sambil mata tidak lekang daripada pandang wajah kacak Hans.
"Hans! Akak rindu giler dengan kau" ujar Laura bila lelaki itu tinggal beberapa langkah untuk sampai depan sepupunya.
"Hans pun rindu akak juga, ni uncle Jimmy and uncle Sam kirim salam" lalu mereka berdua berbual rancak. Banyak cerita yang mereka bualkan sampai terlupa adanya insan bernama Najwa disisi mereka.
Tapi Najwa tidak kisah kerana dirinya sudah terbuai dengan suara macho Hans. Kalau diulik buat tidur memang dia sudah hanyut dibuai mimpi. Hans memang lelaki idaman!
"Ya Allah Hans" terus telapak tangan Laura melekat ke dahi.
"Kenapa akak?" Soal Hans cemas.
"Akak lupa nak perkenalkan Hans dengan Najwa" ujar Laura Alaika sambil anak mata lihat kearah gadis yang bertudung bawal hitam.
Mata Hans juga dialih kepada gadis cantik disebelah. Anak mereka saling menikam lama sebelum ada suara lain yang masuk kedalam dunia mereka.
"Amboi bukan main saling bertentangan mata nampak" sampuk Laura Alaika bila melihat adik-adiknya tidak lepas dari berpandangan.
Dengan pantas Hans dan Najwa mengalihkan pandangan mereka daripada bersatu. Malu ditegur Laura ya. Malu ditenung sebegitu rupa pun ya.
"Hans, Najwa. Najwa, Hans" Laura Alaika cuba untuk kenalkan mereka.
Najwa kembali terpukau dengan Hans apabila lihat senyuman manis diwajahnya. Hans angkat tangan kemudia dia lambai dan menyapa Najwa.
"Hai Najwa, selamat berkenalan" Hans hulur salam perkenalan untuk Najwa yang masih setia merenung wajahnya.
Laura Alaika yang lihat Najwa asyik menatap wajah sepupunya menjadi pelik terus bahu Najwa dicuit sekadar untuk sedarkan bakal adik iparnya ke dunia nyata.
Terasa ada yang mencuit bahunya terus Najwa tersedar ke dunia nyata. Najwa pandang kearah Laura. Laura beri isyarat mata kearah Hans. Najwa pandang pula kearah Hans yang sudah tersenyum lucu. Tiba-tiba Najwa terkejut sendiri dan tanpa diterima dek akal terus tangan yang ada bungkusan kacang dihulurkan kepada Hans.
"Kacang" tutur Najwa buatkan wajah dua orang yang berada di hadapan dirinya berkerut seribu. Lalu mereka saling berpandangan sesama sendiri dan tidak semena-mena ketawa Laura dan Hans pecah. Kali ini wajah Najwa pula yang berkerut.
"Kenapa?" Soal Najwa polos.
"Tak mengapalah Najwa, kamu simpanlah kacang kamu tu. Hans ni tidak gemar sangat kacang" ujar Laura Alaika yang masih ada sisa tawanya. Lucu dengan tingkah Najwa. Jadi macam inilah bila seorang Najwa jatuh cinta? Sangat lucu dan polos.
Kepala yang tidak gatal digaru. Pelbagai rasa dia rasa sekarang ini. Malu ya. Segan pun ya. Ingin menyorok pun ya juga. Ya Allah Najwa apa yang kau buat ini? Kalau akak Laura cerita dekan abang Wan macam mana?
"Dah jom kita pergi makan. Akak lapar ni" ujar Laura Alaika cuba untuk kawal keadaan supaya tidak kekok. Dia dapat lihat perubahan wajah Najwa yang sudah merah mesti dia rasa malu. Riak wajah Hans pula hanya biasa. Dasar lelaki tiada perasaan!
Mereka bertiga jalan beriringan bersama menuju kearah kereta yang di parking Laura Alaika.
SETELAH mereka memesan makanan masing-masing terus pelayan itu berlalu pergi bersama pesanan mereka.
"So Hans how New York?" Soal Laura Alaika memecahkan sunyi.
"Everything fine. Why? Miss New York?" Kini Laura Alaika pula disoal.
"Of course I miss New York and I miss old me also. But not yang liar tu, I means yang suatu ketika dahulu jadi seorang pelajar disana" terang Laura Alaika. Hans hanya anggukan kepala tanda faham apa yang dimaksudkan sepupunya.
"Bila nak balik sana?" Soal Hans sepatah. Terdiam seketika Laura. Berat untuk dia jawab soalan itu. Baru sahaja Laura Alaika ingin buka mulut tiba-tiba pelayan tadi datang bersama makanan ditangan. Laura Alaika hanya bisukan diri tidak jadi untuk bersuara.
Setelah semua pesanan mereka sudah terhidang diatas meja terus mereka makan tanpa sebarang suara. Kepala Najwa yang sudah sarat dengan soalan hanya mampu bersabar untuk bertanya.
Sedang mereka asyik menikmati makanan mereka tiba-tiba iPhone Laura Alaika berbunyi meminta perhatian. Terus iPhone dicapai lalu melihat nama pemanggil.
"Sorry important call" terus tubuh lansing itu pergi meninggalkan Najwa dan Hans berdua.
Najwa lihat Hans hanya makan tanpa menghiraukan dirinya terus dia rasa inilah masa yang sesuai.
"Hans" panggil Najwa meminta perhatian. Hans palingkan wajahnya kepada Najwa lalu kening diangkat sebelah tanda dia soal apa?
"Dekat New York tu seronok ke?" Soal Najwa basa-basi.
"Seronoklah juga sebab ada ramai kawan dekat sana" layan Hans.
"Wow! Awak ramai kawan? Seronoknya saya dekat sini tiada seorang kawan pun" jujur Najwa. Hans hanya senyum senget tidak kata apa-apa lalu dia sambung makan.
Najwa yang sudah tidak sabar lagi ingin tanya soalan yang sebetulnya dia mahu tanya terus panggil Hans lagi. Rajin pula Hans melayan dia.
"Awak s...s...s..." Tiba-tiba sahaja Najwa jadi gagap. Wajah Hans sudah berkerut untuk faham apa yang cuba disampaikan gadis dihadapan dia.
"Awak su....su....suka" Najwa masih berusaha untuk menutur soalannya.
"Suka apa!" Sergah Laura Alaika yang tiba-tiba muncul.
"Kacang!" Ujar Najwa sambil jari tunjuk kearah kacang panjang yang berada dalam pinggan sayur campur.
"Tak habis-habis lagi ke dengan kacang?" Soal Laura Alaika yang sudah mengekek ketawa. Hans hanya senyum lalu kepala digelengkan.
"Hehehe sedap" ujar Najwa malu-malu.
BERSAMBUNG.............
Nak kacang? (灬º‿º灬)♡
Share this novel