Bab 9

Drama Series 6057

Kereta diparking elok dibawah porch rumah baru yang dibeli oleh Papa Laura Alaika. Mata menatap sekeliling ruang rumah, sangat cantik reka bentuk rumah ini. Kawasan perumahan juga sangat cantik dan tenang, dengan jiran yang sangat ramah bersama kawasan rumah dihiasi dengan kehijauan alam. Langkah diatur kearah pintu utama rumah lalu tombol pintu dipulas. Terpampang luas ruangan rumah dengan beberapa perabot yang telah disediakan oleh Papanya. Konsep yang digunakan ialah konsep natural dengan adanya pokok bunga yang pelbagai warna boleh buat sesiapa sahaja rasa tenang bila masuk dalam rumah ini. Sudah puas melihat rumah baru miliknya, Laura Alaika berehat sekejap diatas sofa dibahagian ruang tamu rumah lalu telefon pintar ditekan dan ditekup ke telinga.

"Hello, assalamualaikum Sya kau jadikan tido rumah aku?" Tanya Laura Alaika apabila panggilan disambut oleh Syafikah

"Okay nanti aku ambil kau kat tempat kerja suami kau, kau tunggu kat situ jap bye bye" panggilan dimatikan setelah memberi pesan kepada sahabatnya. Langkah dihayun meninggalkan ruang tamu dan setelah memastikan semua pintu dikunci terus enjin kereta dihidupkan dan meluncur laju membelah jalan menuju ke destinasi. Tidak lama masa diambil untuk sampai ke destinasi yang dituju, sesudah kereta di parking ditempatnya, tubuh langsing itu keluar dan langkah dituju menuju pintu utama tuition tersebut.

Mata Laura Alaika meliar mencari figura milik Syafikah tapi hampa figura yang dia cari tidak dijumpai sehinggalah mata Laura Alaika tertangkap pada satu figura yang mencuri hatinya sedang mengajar dalam kelas. Entah kenapa bila melihat gerak geri dan tumpuan yang Zaid Najwan beri kepada kerjanya boleh buatkan hati batu berserta dingin sedingin iceberg milik Laura Alaika perlahan lahan luluh dan cair. Tanpa dia sedari hujung mulutnya telah terukir senyuman yang sangat manis dan matanya juga tidak lekang dari memerhati gerak geri si jantung hati. Sekali Zaid ke kiri bola matanya juga ke kiri kalau zaid ke kanan bola matanya juga ke kanan. ADAKAH INI NAMANYA CINTA?

"Woiii!" Sergah Syafikah mengejutkan Laura Alaika

"Oh mak kau aku suka anak kau!" Latah Laura Alaika panjang akibat terkejut hebat dengan sergahan Syafikah. Syafikah yang dengar latah panjang Laura Alaika tidak dapat menahan tawa lalu tawanya meletus.

"Hoi, kau ni Sya janganlah buat aku macam ni lemah jantung aku tau tak" marah Laura Alaika.

"Alaaa maaflah Laura, aku mana tau kau akan terkejut sampai macam tu sekali" kata Syafikah sambil cuba untuk memujuk sahabat baiknya.

"Laura kau tengok siapa dari tadi lagi?" Soal Syafikah apabila dirinya tidak dilayan Laura Alaika. Tapi soalannya juga tidak dilayan akhirnya Syafikah cuba melirik kearah anak mata Laura Alaika yang asyik perhatikan sesuatu. Terbuntang luas mata Syafikah apabila melihat Laura Alaika sedang memerhati Zaid Najwan. Tangan terus menekup mulut yang ternganga dari tadi akibat terkejut.

"Weh, seriouslah Laura kau usya Zaid?" Soal Syafikah terkejut. Laura Alaika dengar nama Zaid diseru langsung kembali ke dunia nyata.

"Alamak! Kantoi ke aku usya si jantung hati ni?" Soalnya kepada diri sendiri. Laura Alaika cuba beriak biasa, supaya tak nampak sangat suspicious.

"Tak adalah mana ada aku usya dia, aku t-t-t-t-tengah" gagap Laura Alaika

"T-t-t-t-tengah apa?" Potong Syafikah sengaja ingin memerangkap sahabatnya.

"Tengah tengok formula yang dia ajarlah kau tau kan aku tak hebat sangat pasal mathematics ni" bohong Laura Alaika mengharapkan sang sahabat percaya akan dirinya.

"Oh, macam tu okay faham" jawab Syafikah lalu senyuman penuh makna dihadiahkan kepada Laura Alaika.

"Dah jom tunggu dekat bilik guru, aku ada buat biskut yang kita selalu makan masa kat sekolah dulu" ajak Syafikah sambil tangan Laura Alaika diherat membontoti dirinya ke bilik guru. Laura Alaika hanya ikut kemana yang Syafikah bawanya.

****************************

"Macam mana aku nak ngorat si zaid tu? Tadi pun aku tegur dia, dia hanya jawab sepatah sepatah je hurmmm" soal Laura Alaika sendiri.

"Tak boleh jadi ni aku kena tanya Sya ni tips-tips nak ngorat anak teruna orang" omelnya lagi kepada diri sendiri. Syafikah dari dalam dapur lagi dapat dia lihat sahabatnya sedang mengalamun entah kemana. Dia mempunyai satu akal yang jahat. Dia ambil beberapa beg keropok lalu dibawa ke ruang tamu dimana Laura Alaika sedang mengalamun. Langkah perlahan lahan diatur persis pencuri masuk rumah orang, semakin dekat dengan sahabatnya terus Syafikah melemparkan satu beg plastik keropok ke arah Laura Alaika. Beg tu tepat mengena muka Laura Alaika.

"Oh sh*t!" Latah Laura Alaika, hilang semua benda yang dia fikirkan tadi. Mata melirik kearah Syafikah yang sedang mengekek ketawakan dirinya. Dengan tidak semena-mena terus bantal dilempar tepat kena Syafikah.

"Adoi!" Jerit Syafikah akibat terkena lemparan bantal dari Laura Alaika.

"Haaaa ambik kau, buat aku terkejut lagi" ujar Laura Alaika puas hati dengar keluhan Syafikah.

"Kau tu fikir apa? Jauh gila kau termenung. Kalau ikutkan dinding tu dah insecure dah dengan tenungan kau tu" seloroh Syafikah

"Ish, kau ni mana adalah" tepis Laura Alaika.

"Ya lah tu, kalau kau ada benda nak cakap kau cakap jer, aku ada untuk kau" ujar Syafikah sambil membuka plastik keropok yang dilempar kepada Laura Alaika tadi.

"Sebenarnya aku nak tanya kau tapi tak apalah" kata Laura Alaika segan.

"Apa yang segan Laura Alaika oiii, kau tanya saja lah. Kalau boleh aku jawab aku jawablah kalau tak boleh kau pergi tanya Google, dia bersepah jawapan ada" seloroh Syafikah lagi.

"Google? Haaaa betul jugakan" ujar Laura Alaika dengan nada yang bersemangat. Tanpa membuang masa telefon dicapai lalu Google dibuka, jari kemari menari diatas keypad telefon menekan huruf diatasnya.

"Cara untuk meluahkan perasaan kepada lelaki search!" Kata hati kecilnya. Tidak lama kemudian muncul cara-cara untuk meluahkan perasaan kepada lelaki dengan tekun Laura Alaika melihat satu-satu laman web di internet.

"Apa yang kau tekun sangat tu Laura oiii" tegur Syafikah apabila lihat sahabat baiknya asyik main dengan telefon pintarnya dari tadi.

"Sya kau kena tolong aku" ujar Laura Alaika sambil mata asyik dengan skrin telefon pintar miliknya.

"Tolong apa" berkerut kening Syafikah apabila sahabatnya tiba-tiba dalam mood serious.

"Aku nak kau bagi aku tips-tips nak mengorat anak teruna orang" ujar Laura Alaika dengan serius.

"Kau nak mengorat anak teruna siapa pula ni?" Soal Syafikah hairan dengan sahabat baiknya.

"Kau janji dulu kena tolong aku" ujar Laura Alaika lagi dengan nada yang sedikit tegas dan serius.

"Iya, iya aku tolong kau dengan syarat bagi tahu dulu siapa lelaki tu" ujar Syafikah juga serius

"Ermmm laki tu kau kenal" ujar Laura Alaika acuh tak acuh ingin bagitahu Syafikah.

"Siapa!?" Ujar Syafikah teruja

"Zaid" jawab Laura Alaika jujur akibat terkut apabila dengar suara Syafikah yang tiba-tiba menjerit. Ternganga mulut Syafikah mendengar nama Zaid keluar dari bibir mulut sahabat baiknya.

"Are you serious bestie? Kau tak main-main kan?" Soal Syafikah inginkan kepastian

"Iya betul, aku nak ngorat dia dan aku tak main-main aku serius" ujar Laura Alaika bersungguh. Keadaan jadi senyap seketika sehinggalah tawa Syafikah meletus dari perlahan bertukar jadi terbahak-bahak.

"Sakit perut aku laura oiii" ujar Syafikah apabila dia rasa senak dibahagian perutnya akibat terlalu kuat ketawa.

"Haaa baguslah ketawa lah kuat-kuat lagi" sambung Laura Alaika lalu jelingan maut diberikan kepada Syafikah.

"Okay, okay aku tak ketawa dah, ampun tuanku" pinta Syafikah sambil merapatkan kedua tapak tangannya menjadi satu persis seorang meminta ampun kepada raja apabila melihat sahabatnya sudah buat eye roll kepada dirinya.

"Kau boleh tak bagi tips kat aku" tanya Laura Alaika lagi.

"Boleh" jawab Syafikah sepatah

"Boleh! Apa tips dia tu?" Ujar Laura Alaika sedikit teruja apabila Syafikah ingin tolong dirinya.

"Boleh blah" seloroh Syafikah lalu ketawa besar dilepaskan.

"Elok mati je lah kau ni" kata Laura Alaika dan terus berlalu pergi meninggalkan Syafikah yang sedang ketawa sendiri di ruang tamu. Pintu bilik dikuak lalu langkah kaki dihayun kearah meja solek. Mata memerhati diri sendiri didalam cermin.

"Kau tunggu Zaid, walaupun sahabat aku ni tak berapa berguna tapi aku akan luahkan juga perasaan aku kat kau. Kau sabar dulu esok pasti harinya kalau tak esok lusa kalau tak lusa hari berikutnya kalau tak hari berikutnya mesti ada harinya sampai lah ke hari kita naik pelamin aku akan tunggu" monolog Laura kepada dirinya didepan cermin sambil memandang tepat ke arah matanya.

"Laura Alaika you can do it, fighting!" Katanya lagi sambil memberi semangat kepada diri sendiri.

BERSAMBUNG....................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience