Bab 29

Drama Series 6057

Mata yang tidak boleh menerima cahaya dipejam kemudia dibuka beberapa kali. Tidur yang lena diganggu dengan bunyi notifakasi WhatsApp yang bertalu-talu. Tangan capai telefon diatas meja sisi sebelah katil.

Mata yang masih degil ingin tutup digagahkan juga untuk buka. Kemudian aplikasi WhatsApp dibuka. Dari baring hingga bangun terduduk bila dia baca isi WhatsApp yang boleh buat jantung dia luruh.

"What! Tak guna kau perempuan!!" Hampir bergegar ruang bilik tidur bila Natra menjerit kuat akibat geram.

"Sayang emmmmm emmmmmm" guman seseorang disebelah Natra. Akibat terlalu marah Natra hampir lupa yang dia semalam tidur dengan Datuk Megat Rafi yang miang keladi ini. Kalau bukan sebab Zaid Najwan dia tidak akan rela tidur dengan lelaki tua ini. JIJIK!

Terbeliak biji mata Natra bila tangan tua milik Datuk Megat Rafi cuba untuk memeluk pinggang rampingnya. Dengan pantas Natra mengalihkan tangan tua itu dengan reaksi muka jijik.

"Sayang emmmm mana emmmm" guman Datuk Megat Rafi dalam tidur. Natra tidak kuasa nak layan terus terjun dari katil dan bergegas ke bilik air. Dia mahu cucikan diri daripada kejadian semalam. Dia berharap dengan pengorbanan yang telah dia lakukan dia dapat memiliki Zaid Najwan sepenuhnya.

"Aku tak kira, kau tunang ke kau kahwin ke dengan abang Wan. Aku Natra bersumpah akan rampas abang Wan dari kau Laura! Itu janji dan sumpah aku" omel Natra didepan cermin bilik air sendiri. Tiba-tiba ilai tawa yang kuat keluar dari Natra. Gaya Natra sekarang ini persis seorang psycho.

LAMA mata merenung dan diamati wajah lelaki di hadapanya. Namun sel-sel otaknya tidak memberi kerjasama yang bagus. Tidak dapat dia ingat lelaki ini sewaktu dia berumur 15 tahun.

"Ya Allah Laura, aku tak ingat atau memang aku tak kenal Zaid waktu usia remaja dulu" akhirnya Syafikah berputus asa untuk memerah otak mengingati lelaki di hadapanya.

"Apa yang kau paksa sangat bini aku ini ingat si Zaid ni?" Sampuk Kamil yang sedari tadi jadi pemerhati.

"Aduh! Sya betul lah kau tak ingat Zaid ni?" Soal Laura Alaika ada nada kecewa dalam ayatnya. Syafikah hanya gelengkan kepala sahaja.

"Kau ingat tak dulu aku punya crush?" Soal Laura lagi tidak mahu berputus asa.

"Yang itu ingatlah si Wan tu. Tapi apa kena mengena dengan si Za...." Belum habis ayat ditutur tiba-tiba tangan kanan Syafikah menekup mulutnya. Dia terkejut. Laura Alaika yang lihat eksperesi muka sahabatnya terbit rasa syukur.

"Wait a minute! But how? Siapa kau sebenarnya Zaid?" Soal Syafikah masih lagi terkejut.

"Let me tell you, this is Zaid Najwan a.k.a Wan my crush zaman cinta monyet dulu" ujar Laura Alaika. Semakin luas mulut Syafikah melopong dengar pengakuan Laura.

"Wan! Macam mana aku tak kenal kau selama ini?" Soal Syafikah tidak percaya.

"Mungkin sebab imej aku yang sekarang ini kot. Dulu kan aku kurus kering sekarangkan dah ada isi. Lepastu dulu aku rambut pendek sekarang aku bela sampai panjang" duga Zaid Najwan.

"Boleh jadi. Tapi kenapa kau tak kenal aku? Selama kita berkawan ni kau pura-pura tak kenal aku ke Wan?" Soal Syafikah lagi.

"Bukan macam tu Sya. Sebenarnya aku ni ada masalah sikit nak ingat rupa dan nama orang. Sebab tu lah aku tak pernah kenal kau masa remaja, aku hanya kenal kau masa sekarang ini saja" serba salah Zaid Najwan ingin berterus terang. Takut ada hati yang tergores bila dengar kata-katanya. Dia bukan sengaja buat-buat tidak kenal tetapi memang dia ada masalh untuk mengingati.

"Tak apalah aku tak ambil hati pun. Lagipun kita dulu bukan kenal sangat pun. Aku kenal kau pun sebab minah tu syok kat kau" ujar Syafikah mendapat jelingan maut daripada Laura Alaika yang berada disebelah Zaid Najwan.

"Jadi korang semua ini memang kenal sejak dulu lagi ke?" Soal Kamil yang sedari lagi mendiamkan diri.

"Ya!" Jawab mereka serentak buatkan tubuh Kamil terundur sedikit kebelakang. Keadaan sunyi seketika sebelum tawa mereka berempat terlepas.

"Kalau macam tu aku panggil kau Wan lah. Sebab nama Wan lagi friendly, boleh tak?" Soal Syafikah minta pendapat empunya badan setelah gelak mereka mulai reda.

"Apa-apa pun boleh asal nama aku sudah" jawab Zaid Najwan bersahaja.

"Mana boleh!" Protes Laura Alaika.

"Kenapa pula kau?" Soal Syafikah ikut rentak Laura Alaika.

"Because him is my Wan!" Ujar Laura Alaika sambil muka dibuat-buat comel. Syafikah buat muka menyampah. Bukan dia tidak kenal perangai mengada-ngada Laura Alaika seorang ini.

"Banyaklah kau" kata Syafikah lalu mereka berdua ketawa bahagia. Kemudian mereka senyap bila mereka sedar pelayan datang hantar makanan yang mereka pesan.

"Sya, Kamil" panggil Laura dengan nada yang serius.

Syafikah dan kamil yang sedang menikmati makanan mereka terus terjeda aktiviti mereka apabila diseru begitu. Bila dapat perhatian yang dia mahukan barulah dia menyambung ayatnya.

"Aku dan Wan ada benda nak cakap ni" sambung Laura kemudian pandangan dialih kepada Zaid Najwan lalu dia memberi isyarat kepada tunangnya. Zaid Najwan yang faham terus anggukan kepala.

"Cakap apa kau ni? Boleh tak jangan buat suspen. Kau buat aku takut tahu tak" marah Syafikah bila melihat gaya Laura yang lain daripada biasa.

"Aku dan Wan sebenarnya...." Dengan pantas tangan kanan Laura Alaika dan Zaid Najwan diangkat kemudian menayangkan cincin yang elok berada dijari manis mereka.

"Kami sudah bertunang!" Kata Laura Alaika dengan nada yang paling gembira. Buat kesekian kalinya Syafikah hari ini terkejut. Banyak betul kejutan buat Syafikah hari ini. Nasib dia tiada masalah jantung kalau tak sudah kena tahan wad dah dia.

"Apa ni!? Bila? Kenapa tak ajak?" Soal Syafikah bertalu-talu.

"Yang itu jawapan ada dekat Wan" kepala dialih kepada Zaid Najwan pula. Dia ingin tahu apa jawapan yang Zaid Najwan berikan.

"Tunang saja pun, nanti majlis aku jemputlah lagipun semalam datang nak merisik saja. Sekali granny Laura nak kami tunang terus. Apa boleh buat? Tunang sajalah kan love?" Lalu pandangan mata tepat mendarat ke anak mata milik Laura Alaika.

"Wait! Semalam? Korang baru bertunang semalam ke?" Soal Syafikah. Banyak betul persoalan Syafikah hari ini. Itulah siapa suruh bagi kejutan yang bertalu-talu.

"Ya, semalam baru kami bertunang. And for you information, majlis kami lagi 3 bulan" sambung Zaid Najwan menjawab soalan Syafikah.

"Cepatnya!" Ujar Syafikah tidak percaya

"Sempat ke?" Soal Syafikah lagi.

"Bak kata granny, kalau 20 tahun lepas boleh kata cepatnya! Tapi sekarang dua-dua dah fasa 40-an jadi disebabkan itulah majlis kami lagi 3 bulan. Sempat ke tak sempat itu belakang kira asal kahwin sudah. Betul tak dear?" Terus pandangan dialih kepada Zaid Najwan. Zaid Najwan hanya anggukan kepala mengiyakan kata-kata Laura Alaika.

"Aku sampai cannot brain korang punya jalan cerita cinta korang" ujar Syafikah masih lagi tidak percaya.

"Apa yang cannot brain nya Sya" rajin Laura Alaika melayan sahabatnya.

"Complicated sangat" sambung Syafikah.

"Tapi tak secomplicated hidup aku" ujar Laura Alaika bersahaja. Tiba-tiba kelu lidah Syafikah ingin membalas kata-kata sahabatnya. Akhirnya dia ambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Sisa makanan dalam pinggan kembali dia habiskan.

Zaid Najwan yang asyik memerhati terkejut mendengar ayat yang keluar dari bibir Laura Alaika. Apa yang jadi selama Laura hilang dulu? Apa yang buat dia kata begitu?

"Laura apa yang jadi dulu? Rumit sangat ke hidup awak dulu? Kalau boleh saya nak sangat dengar cerita awak waktu awak oindah dulu" tapi sayang persoalan ini hanya terluah dalam hati sahaja tidak pada bibirnya. Akhirnya Zaid Najwan hanya sambung makan dan berikan senyuman manis kepada Laura apabila mata mereka bertembung.

"I. Love. You." Gerak bibir Zaid Najwan tiada suara. Laura Alaika yang baca gerak bibir Zaid Najwan terus senyum tersimpul malu. Ada-ada saja Zaid Najwan ini.

BERSAMBUNG..................

(/^-^(^ ^*)/

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience