Bab 4

Drama Series 6057

"kau nak aku hantar kau dekat mana ni?" Soal Laura Alaika sambil enjin kereta dihidupkan

"Umi Adam nak jumpa Abi" rengek Adam dibelakang. Laura Dan Syafikah tersenyum geli hati melihat rengekkan Adam.

"Laura kau hantar kami dekat tempat kerja suami aku lah" ujar Syafikah Dan Laura hanya ikut apa yang dikatakan oleh Syafikah. Kereta yang mereka naikki telah membelah jalan dan dipandu laju oleh Laura Alaika.

Kereta terletak elok dalam kotak parking yang disediakan, enjin kereta dimatikan. Mata Laura Alaika tertumpu kearah bangunan tempat suami Syafikah bekerja.

"Tempat inikan?" Soal Laura Alaika pada diri sendiri dan baru Laura Alaika teringat yang bangunan ini dibina khas untuknya, disebabkan Laura Alaika yang sangat lemah dalam mata pelajaran matematik, Papanya Dato'Izlan telah membuka pusat tusyen untuknya belajar. Tapi sayang usaha Papa Laura Alaika sia-sia kerana puteri tunggalnya tetap gagal dalam mata pelajaran matematik itu.

"Hoi Laura!" Sergah Syafikah mengejutkan Laura Alaika cepat-cepat Laura mengalihkan pandangan kearah Syafikah yang sedang membuka pintu kereta untuk keluar.

"Haaa apa?" Soal Laura Alaika polos

"Kau nak tenung bangunan tu sampai jadi Burj khalifa ke?" Seloroh Syafikah buatkan Laura Alaika terkebil-kebil sendiri.

"Eh, kau ni pandai bergurau, Burj khalifa tak ada dekat Malaysia, Burj khalifa tu ada terpacak elok dekat Dubai kau jangan nak memandai erkkk nak alih-alih Burj khalifa pula" omel Laura Alaika

"Ish! Kau ni membebal macam nenek aku" balas Syafikah lalu tawa mereka berdua meletus.

"Sudah sudah, ini kau nak duduk dalam kereta sampai kereta kau jadi Lamborghini pula ke? Tak nak turun kenal dengan suami aku?" Soal Syafikah bergurau.

"Ish, kau ni sabarlah aku nak turunlah ni" ujar Laura Alaika lalu pintu kereta dibuka dan badan langsing itu dibawa keluar dari kereta. Setelah keluar Laura Alaika seperti biasa, cermin mata hitam kesayangannya dipakaikan ke mata lalu baju yang tidak terurus dibetulkan. Gaya jalan yang elegant dibuat oleh Laura Alaika sambil mengikuti Syafikah dari belakang. Mereka bertiga menuju kearah bilik tempat pengajar berkumpul dan Syafikah meminta Laura Alaika untuk duduk disalah satu kerusi yang kosong. Dari mata Laura Alaika Syafikah memang tidak asing lagi disini kerana sebelum mereka memasuki bangunan ini Syafikah telah ditegur oleh beberapa orang yang beretembung dengan mereka. Laura Alaika rasa tidak selesa apabila ada mata-mata yang memerhatinya daripada tadi lalu, Laura Alaika berdehem beberapa kali untuk menenangkan diri.

"Sh*t! Why are you people looking at me like that!" Bentak Laura Alaika sendiri lalu rolling eyes diberikan tapi seperti biasa rolling eyes yang berbisa itu tiada siapa yang boleh nampak kerana hal itu hanya berlaku apabila Laura Alaika bersama kaca mata hitamnya sahaja. Sedang ralit Laura Alaika menyumpah seranah dalam hati seorang diri, tiba-tiba tangannya ditarik oleh seseorang. Terhinjut bahu Laura Alaika apabila tangannya ditarik oleh Adam.

"Kenapa ni Adam" soal Laura Alaika yang ditarik

"Aunty ikut je Adam" keras Adam lalu ditarik paksa tangan Laura. Laura hanya ikut apa yang dibuat Adam. Adam menarik Laura Alaika sampai ke depan pintu kelas yang berpenguni pelajar dan guru lalu Adam berbisik.

"Aunty itulah papa Adam, Papa Zaid" bisik Adam. Dengar saja bisikkan adam terus Laura menjengah melihat sosok tubuh Zaid yang dikatakan Adam. Terbuntang luas mata Laura Alaika apabila melihat sosok tubuh empunya Zaid sudah lah mempunyai badan yang tegap dan segak rupa pula tidak kalau dengan Artis korea, rambut pula panjang diikat dan dibuat jadi small bun, tinggi pula dah macam model boleh cari makan si Zaid ni.

"Oh Allah, this guy so perfect" tanpa disedari perkataan itu terkeluar daripad mulut Laura Alaika.

"Apa yang perfect?" Soal Syafikah yang entah dari mana muncul.

"Hah! Apa yang perfect? Tak ada" kalut Laura Alaika jawab akibat terkejut disergah oleh Syafikah.

"Iya ke? Tadi aku dengar kau cakap" soal Syafikah lagi

"Ish! Kau ni mana ada aku cakap apa-apa, kau tu salah dengar, kan Adam kan?" dalih Laura Alaika dan berharap Adam akan berpihak kepadanya lagi kali ini.

"Ya! Betul tu Umi, Umi yang salah dengar ni, Adam tak dengar apa-apa pun" jawab Adam polos. Laura Alaika yang dengar jawapan Adam menarik nafas lega. Syafikah yang masih curiga dengan mereka berdua membuat muka tidak puas hati.

"Okay lah kalau macam tu. Ini kau buat apa depan kelas orang ni? Bukan aku suruh kau tunggu dekat bilik guru ke?" Soal Syafikah lagi

"Adam yang ajak aunty Rara main dengan Adam dekat sini" jawab Adam mewakili Laura Alaika.

"Adam kan Umi dah pesan jangan main dekat sini nanti bising susah orang nak belajar nanti" pesan Syafikah kepada Adam lalu rambut Adam jadi mangsa gosokkannya.

"Jom kita tunggu dekat bilik guru, kelas habis dalam 15 minit lagi" ajak Syafikah lalu Laura Alaika hanya ikut apa yang disuruh Syafikah.

15 minit berlalu, ramai pelajar yang berpusu-pusu keluar dari kelas dan menuju kearah tangga untuk keluar. Laura Alaika yang rasa bosan pergi keluar dari bilik guru dan menjadi model tidak berbayar didepan pintu bilik guru. Semua mata pelajar muda memandang Laura alaika dengan pandangan yang terpegun ada juga yang tidak lekang memandang Laura Alaika sampai terlanggar kawan yang berada didepan. Laura Alaika yang melihat hanya tergelak kecil melihat gelagat pelajar disini menggelikan hati! Sedang asyik melihat gelagat pelajar tiba-tiba mata Laura Alaika tertumpu kearah figura seorang lelaki yang sempurna tadi. Cara lelaki itu berjalan sudah membuatkan hati batu Laura Alaika cair. Laura lihat Adam berlari kearah Zaid lalu Zaid angkat Adam tinggi membuatkan Adam ketawa gembira. Senyuman yang manis dapat memikat semua gadis memandangnya dan juga hilai tawa miliknya seperti irama dan lagu sangat sesuai dengan wataknya.

"Ehem!" Dehem salah seorang guru membuatkan Laura Alaika kembali kedunia nyata. Melihat Laura Alaika yang silap tingkah terus tawa guru-guru lain meletus.

"Dah syok dengan sir Zaid lah tu" kata salah seorang daripada guru tadi

"Ni kalau dia confess ni dah kira orang ke 20 yang kena rejact" sambung seorang lagi pula lalu diserikan lagi dengan gelak tawa mereka. Laura Alaika yang sudah panas dengan ejekkan mereka menjadi lebih tercabar apabila dikatakan begitu.

"Laura!" Panggil Syafikah yang berada bersama Adam, Zaid Dan seorang lelaki yang tidak dikenalinya mungkin suami Syafikah? Apabila namanya diseru terus Laura catwalk didepan semua orang yang ada dibahagian hall itu. Senyum senget terbit dari bibir nipis milik Laura Alaika apabila melihat orang yang mengatanya tadi ternganga melihat cara dia berjalan.

"Don't you know I'm pretty savages!" Desis hatinya puas. Beberapa langkah kemudian Laura Alaika sampai kearah Syafikah yang memanggilnya tadi.

"Haaa Laura sampai pun, ni aku kenalkan suami aku Kamal" ujar Syafikah lalu Laura Alaika disebalik kaca mata hitam memandang tepat kearah anak mata Kamal

"Laura" ujar Laura Alaika sepatah.

"Kamal nice to meet you Laura" balas Kamal. Laura hanya senyum senget lalu kepala dianggukkan.

"You too" balas Laura Alaika masih sepatah lalu anak mata Laura Alaika terpaku kearah Adam dan Zaid yang sedang bermain bersama. Tanpa dicerna elok oleh akal dan fikiran terus kaki Laura Alaika melangkah kearah Adam dan Zaid, sampailah Laura Alaika berdiri betul-betul didepan Zaid. Zaid yang melihat wanita yang cantik persis supermodel terkenal hairan, kenapa wanita itu berhenti didepannya.

"How I can help you miss" tanya Zaid Najwan

"I'm Laura" ujar Laura Alaika lalu tangan dihulur tanda sebagai salam perkenalan.

"I'm Zaid" ujar Zaid Najwan lalu salam Laura Alaika disambut. Tanpa berfikir panjang Laura Alaika telah mengorak langkah terlebih dahulu.

"Let's get married" ajak Laura Alaika tanpa berbasa basi.

"Wow! Next level!" Jerit sekumpulan guru yang mengata Laura Alaika seketika tadi

"What! Are you serious miss!?" Terkejut Zaid Najwan, inilah pertama kali dia dilamar oleh wanita cantik kerana sebelum ini dia hanya diajak untuk menjadi kekasih sahaja.

"Oh god this girl must be crazy!" Detik hati Zaid Najwan.

Bersambung...........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience