Bab 26

Drama Series 6057

Hari yang dinanti telah pun tiba. Hari ini adalah hari dimana Laura Alaika menduduki ujian matematik. Dan hari ini juga telah masuk hari keempat Laura Alaika tidak bercakap atau menegur Zaid Najwan.

Debaran didada bukan kepalang! Sudahlah hari ini dia belum nampak batang hidung Zaid lagi. Ada kerja dekat luar lagi ke dia?

"Bukan ke dia sudah berjanji untuk temankan aku jawab ujian hari ini?" Soal Laura Alaika sendiri.

"Ah! Persetankan semua itu. Apa yang penting hari ini dlia kena jawab semua soalan matematik dengan betul! Fasala Zaid aku tambah masa merajuk lagi satu hari!" Ujar Laura Alaika memberi semangat kepada diri sendiri.

"Good luck Laura, i knoe you can do it!" Ucapan semangat daripada Syafikah sedikit sebanyak memberi sokongan kepadanya.

"Ganbatte! Chaiyok! Fighting Laura!" Sambung Kamil pula yang memberi semangat. Entah kenapa hati Laura Alaika sedikit tersentuh. Dulu waktu di luar negara hanya uncle Jeremy sahaja yang selalu memberi dia semangat kalau Laura ada hari yang sulit. Contohnya, final exam, pertandingan yang perlu dia masuk dan hari-hari yang sulit lain.

"Terima kasih, Sya dan Kamil tanpa korang berdua aku pun tidak mampu untuk sejauh ini" ucap Laura Alaika ikhlas dari hati.

"Sudahlah, tak payah nak touching touching sangat. Sekarang ni kau masuk dalam jawab soalan lepas siap kau keluar kita pergi makan. Baby dalam perut aku ni dia kata nak makan donut caremel yang aunty dia suka tu" omel Syafikah lalu tubuh langasing Laura Alaika ditolak supaya masuk kedalam kelas

"Eh, kejap kejap. Zaid mana? Tak balik lagi ke?" Soal Laura meluahkan rasa ingin tahu.

"Belum, patutnya hari ini dah masuk kerja tapi dia ambil cuti katanya nak jenguk keluarga" terang Kamil.

Kepala Laura angguk faham lalu melangkah masuk kedalam kelas. Hati wanita Laura Alaika sedikit terkesan kerana ucapan semangat daripada sang kekasih yang dia harapkan. Tapi tidak mengapa kerana itu boleh dijadikan modal untuk dia merajuk dikemudian hari!

Kertas ujian dibelek kemudian dia tenung soalan pertama untuk fahamkan kemahuan soalan kemudian dia mula kira-kira. Soalan pertama dijawab dengan penuh ketenangan masuk soalan kedua kepala yang tidak gatal digaru. Lama dia menjawab akhirnya semua soalan sudah terisi dengan jawapan. Betul atau tidak dia pun tidak tahu. Semoga ada sinar untuk Laura Alaika kali ini.

"Macam mana Laura?" Soal Syafikah yang tiba-tiba datang meluru kearahnya.

"Oiii, mak buyung kau elok-elok sikit. Kau tu mengandung jalan tu hati-hatilah kalau jatuh macam mana? Apa aku nak jawab dengan Kamil?" Bebel Laura yang risaukan sahabat baiknya.

"Ala, relax lah kandungan aku baru 7 minggu lagipun ini bukan kali pertama aku mengandung cik Bedah oiii" protes Syafikah.

"Taklah aku cuma risaukan kau itu saja"

"Sudahlah tu, jom lah kita pergi cari donut, macaroons, Pavlova, tiramisu, hokaido cake, lava cake, strawberry cake, red velvet cake, cookies, chocolate smoothie, cappuccino, latte, matcha, secret recipe pastu banyak lagilah"

"Amboi kau, mengidam ke melahap ni? Macam nak bagi makan mambang dah ni" seloroh Laura buatkan jari jemari Syafikah bertukar menjadi ketam. Menjerit kecil Laura Alaika bila tangan berbisa itu menyengat kulitnya.

"Aduh sakit, nak bagi tahu boyfriend kita" adui Laura Alaika dengan suara yang dibuat-buat kepit manja.

"Ish, mengadalah kau ni Laura. Geli tekak aku dengar suara mengada kau tu" pintas Syafikah dan tak semena-mena mereka beedua mengekek ketawa.

"Aku pun geli bila dengar" ujar Laura yang ketawanya masih tersisa.

"Tau tak apa" sambung Syafikah dan akhirnya mereka berlalu pergi mencari makanan yang diidamkan Syafikah.

TUBUH langsing dicampak diatas katil lalu keluhan dilepaskan. Hilang sudah satu beban kita cuma tinggal beban pertunangan dia sahaja. Berharap ujiannya lulus untuk memikat hati si Dr. Zaid itu.

"Dr. Zaid? Macam manalah kalau orang lain tahu pasal ini? Pasti terkejut habis mereka semua. Ya lah si Zaid ni bukan suka heboh-heboh sangat hal macam ini katanya tidak penting" ujar Laura sendiri sambil pandang dia hadap ke syiling bilik. Terimbau kembali ingatannya dengan Zaid.

"Sudah sehari tapi satu mesej pun dia tidak hantar. Kemana lelaki tu menghilang?" Omel Laura Alaika sendiri. Lalu iPhone miliknya dicapai dan dengan pantas contact number Zaid dicari. Ditekap telefon ke telinga menunggu panggilan disambung.

Entah kali keberapa Laura Alaika cuba menghubungi Zaid tapi tidak dijawab. Setelah beberapa kali dia cuba membuat panggilan akhirnya Laura campak iPhone miliknya diatas sofa. Punggung dihempas geram diatas katil lalu frame gambar yang dia letak gambar Zaid dicapai.

"Awak ni kenapa hah!? Kita rindu awak tau tapi awak buat macam ni dekat kita! Awak tunggulah besok, saya tak nak cakap dengan awak seminggu!" Gambar Zaid dicampak ke atas katil lalu tubuh langsingnya dibaringkan. Anak patung Dino dia capai lalu dipeluk erat. Mata dia pejamkan berharap malam cepat bertukar kepada pagi. Berharap rasa geram dihati cepat reda kerana memang sekarang ini bila-bila masa sahaja dia boleh meletup!

Tidak lama kemudian Laura Alaika telah dijemput lena. Telefon yang dia campak ke sofa tiba-tiba berdering minta perhatian. Laura Alaika yang jenis tidur mati memang tidak akan sedar apa-apa yang terjadi disekeliling dia. Hampir setengah jam Telefon Laura Alaika berdering dan tidak ada tanda-tanda untuk senyap sehinggalah Telefon Laura senyap sendiri kerana kehabisan bateri.

"Merajuk lagi ke intan payung seorang ni? Lama betul puteri seorang ni merajuk lebih teruk dari Natra" omel Zaid Najwan sendiri sambil dia tenung contact number Laura Alaika.

"Wan apa yang kamu tenung sangat telefon tu?" Soal Puan Najma hairan melihat anak terunanya asyik termenung hadap telefon dari tadi.

"Girlfriend merajuk tak boleh nak pujuk lah tu umi" sampuk Najwa yang dari tadi memerhati gerak geri abangnya.

"Lah pasal tu je ke? Sudahlah tu Wan esok-esok sejuklah tu" pesan Puan Najma.

"Tapi umi, Wan tak sedap hatilah sebab lepas isyak tadi dia call banyak kali tapi Wan tak angkat sebab Wan tinggal fon dalam bilik. Ini Wan cuba call balik tapi dia tak angkat dan yang paling teruk dia matikan terus telefon dia" adu Zaid Najwan kepada Puan Najma.

"Padanlah dengan muka abang! Sapa surih layan adik angkat gedik kesayangan abang tu" perkataan gedik ditekankan Najwa. Najwa tahu semua cerita cinta abangnya termasuklah dengan Laura. Dia tiada masalah dengan semua pilihan abangnya tapi yang menjadi masalah adalah perempuan gedik yang sebaya dengannya yang cuba merampas kebahagian abangnya.

"Zarina Najwa, jaga mulut tu umi tak ajar anak umi cakap dekat orang macam tu" pesan Puan Najma mengiingatkan anak daranya.

"Betul apa umi, kak Laura tu merajuk sebab minah gedik tu suka sangat menempel dekat abang" keras Najwa lagi.

"Najwan betul ke?" Soal Puan Najma inginkan kepastian. Zaid Najwan menjadi salah tingkah apabila disoal begitu oleh uminya.

"Sudah kamu yang cari penyakit, pandai-pandai kamu lah nak selesaikan macam mana. Umi sudah mengantuk, umi masuk tidur dulu" lalu Puan Najma hilang disebalik pintu.

"Adik! Apa ni? kan abang dah cakap. Kes yang akak Laura merajuk dengan Natra tu kes lama yang ini tidak ada kena mengena dengan Natra" marah Zaid Najwan tapi masih lagi dengan nada lembut.

"Tahu, saja nak bagi umi tahu biar abang sedar diri sikit. Yang racun dalam hubungan cinta abang selama ini adalah Natra! Bukan pasangan abang" ujar Najwa tenang. Zaid terkelu untuk membalas kata-kata adiknya.

"Kenapa adik benci sangat dengan si Natra tu? Dia ada kacau hidup adik ke?" Soal Zaid Najwan ingin tahu kenapa adiknya sangat tidak minat dengan Natra sejak pertama kali mereka berjumpa.

"Sebab adik tak suka perempuan parasite tu" ujar Najwa penuh kebencian lalu tubuh kecilnya ingin berlalu masuk kedalam bilik.

"Eh, kau nak kemana ni dik? Dekat dapur banyak lagi pinggan tak basuk"

"Ada kaki kan? Ada tangan? Pergilah buat sendiri"

"Abang? Kena buat? Abang penat adik oiii" rayu Zaid Najwan berharap adiknya memberi dia belah insan.

"Lantak komelah yeop, teman udoh tak ada mood nak buat kerja. Kome buatlah sorang-sorang, teman nak release tension" ujar Najwa dalam loghat perak dan berlalu masuk kedalam bilik.

" Ate udoh satu satu orang dalam rumah ni nak merajuk. Peninglah teman!" Omel Zaid Najwan sendiri kemudian dia berlalu ke dapur untuk mencuci pinggan. Anak soleh dan bakal suami mithali kan.

BERSAMBUNG................

menci! ( ̄ヘ ̄;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience