Sudah seminggu berlalu tetapi wajah wanita yang dia idamkan masih belum muncul juga. Hampir seminggu Hans datang ke restoran dimana Natra pernah mengunjungi. Tetapi hampa bila orang yang dia ingin bertemu tetap tidak datang.
Hans sudah bertekad dalam dirinya bila dia terjumpa Natra dia akan meminta nombor telefon gadis itu. Nanti dia tidak akan hilang jejak gadis itu.
Sedang asyik Hans fikirkan gadis pujaan dirinya tiba-tiba ada satu kelibat limpas depan wajahnya terus anak mata Hans menangkap susuk tubuh itu. Tanpa buang masa terus dia bangkit lalu mengejar susuk tubuh itu.
"Miss, excuse me" panggil Hans cuba untuk menahan susuk tubuh itu. Kemudian tubuh itu berpusing menghadap tepat kearah Hans. Sungguh Hans terpukau dengan kecantikkan milik gadis itu.
"Yes may I help you?" soal Natra dengan wajah hairan. Wujud juga lelaki muda yang handsome seperti putera ya. Tidak semena-mena senyuman manis terukir dibibir Natra buatkan Hans semakin terpesona. Tapi cepat-cepat dia sedarkan diri ke dunia nyata, dia tidak boleh sia-siakan peluang ini.
"I'm Hans" lalu tangan dihulur tanda salam perkenalan. Mata Natra jatuh pada tangan Hans yang dihulur lalu dia sambut salam Hans.
"I'm Natra Rania" ujar Natra.
Tersenyum manis Hans bila sudah dapat tahu nama si gadis idaman.
"Cantik nama macam tuan dia" puji Hans ikhlas.
"Thanks for the compliment" ujar Natra dan ingin berlalu pergi kerana dia ada temu janji dengan lelaki tua itu.
"Natra" panggil Hans hentikan langkah Natra.
"Can i have your number?" Soal Hans berhati-hati takut dia dimarahi gadis pujaan kerana gelojoh. Ada rasa rimas dalam diri Natra tetapi dia tetap sabarkan diri lalu anggukan kepala. Tersenyum girang Hans.
"Hans!" Baru sahaja telefon ingin beetukar tangan tiba-tiba ada suara yang panggil nama Hans. Terus dua kepala itu palingkan kearah suara tadi.
Tanpa dia sedari tubuh gadis yang bertutup litup itu telah berdiri diantara dirinya dan Natra.
"Apa kau nak!?" Soal Najwa garang kepada Natra. Pada mulanya Natra tidak faham dengan situasi ini tapi bila melihat wajah Najwa yang tiba-tiba menjadi garang dia tersenyum. Dia teringat wajah garang ini pernah ditunjukkan ketika Najwa cuba untuk melindungi abangnya. Tidak sangka hari ini dia dapat melihat lagi wajah ini.
"Apa yang kau ketawakan!?" Soal Najwa marah bila dirinya tidak diendahkan.
"Hans do you know this girl?" Soal Natra. Baru sahaja mulut Hans ingin dibuka tapi cepat dicantas oleh Najwa.
"Dia kenal aku dan aku kenal dia lebih apa yang kau sangkakan" balas Najwa dengan wajah yang sudah tidak dapat dikawal lagi amarahnya. Natra tersenyum senget. Dia tahu bahawa Najwa sekarang ini sudah tangkap cintan dengan lelaki ini tapi sayangnya lelaki ini inginkan dirinya. Cinta segi tiga apakah ini?
"Okaylah Hans I have to go. If you want my phone number just minta dengan Najwa okay" selepas tutur pesanan terus susuk tubuh Natra menghilang dari situ tidak sempat Hans untuk buka mulut tiba-tiba lengan bajunya ditarik kasar oleh Najwa.
Dengan pantas lengan dia direntap kasar terlepas pegangan tangan Najwa. Anak mata mencerlung tajam kearah Najwa tidak puas hati. Mahi saja dia melempiaskan amarahnya ditengah-tengah keramaian ini tetapi dia masih lagi sabar dan mahu menjaga air muka Najwa. Kalau tidak fikirkan gadis ini bakal adik ipar sepupunya sudah lama dia memaki hamun gadis ini.
Lama Hans memandang Najwa garang akhirnya dia putuskan untuk pergi dari sini. Dia perlukan udara segar. Dia perlukan oksigen yang secukupnya. Tanpa sepatah kata terus Hans buka langkah dan meninggalkan Najwa. Sengaja dia lajukan langkah kerana dia tidak mahu Najwa mengejar dirinya.
"Hans!" Najwa cuba untuk memanggil tetapi hanya dibuat tidak endah. Semakin jauh Hans melangkah dia terus buka langkah seribu untuk mengejar Hans.
OTAK yang masih lagi cuba untuk mencerna apa yang cuba dibuktikan oleh Natra. Fikiran masih ragu-ragu adakah wanita dihadapannya ini curang dengan dia. Tapi setengah dari hatinya berkata tidak kerana wanita ini seorang yang sangat setia dan menjaga diri. Dan dia pasti Laura Alaika sangat mencintai dirinya. Dia perlu dapatkan bukti yang kukuh untuk lepaskan Laura Alaika daripada fitnah besar ini.
"Dear tema ni cantikkan?" Aju Laura yang sedari tadi belek catalogue untuk tema pelamin mereka nanti. Lama Laura menanti jawapan Zaid tapi tidak ada.
"Dear!" Panggil Najwa dengan suara tinggi sedikit. Terhinjut bahu Zaid Najwan dengan pantas fokusnya diberikan kepada wanita tercinta dihadapannya.
"Dengar tak? Saya cakap cantikkan tema pelamin ni?" Soal Laura buat kedua kali. Laju kepala Zaid angguk mengiyakan. Terus senyuman girang terukir dibibir manis Laura Alaika.
"Apa kata nanti kita buat tema ini dear, cantiklah semua putih" ujar Laura Alaika teruja sambil kepala sudah dapat bayang masa majlis itu nanti. Tangan masih lagi belek catalogue.
"Love" panggil Zaid Najwan perlahan.
"Hmmm" sahut Laura Alaika yang masih lagi fokus dengan catalogue ditangan.
Nafas ditarik lalu dihembus mengumpul semangat dan kekuatan untuk menuturkan kata-kata yang mungkin menggoreskan perasaan Laura Alaika.
"Saya nak kita tangguhkan dulu majlis perkahwinan kita" aju Zaid senafas.
Terhenti gerak geri Laura Alaika tika ini. Bagaikan dipanah petir mendengar kata-kata yang ditutur tunangnya.
"Saya bukan apa, saya ada banyak sangat kerja kena uruskan dalam bulan ini. Kita tangguh tidak lama pun sebulan sahaja" sambung Zaid Najwan lagi.
Laura Alaika hanya mendiamkan diri. Tipulah kalau dia kata tidak terasa hati sekarang ini tetapi dia mahu menjadi perempuan yang sangat memahami lelakinya. Akhirnya Laura hanya mampu tersenyum sebaris dan hanya diamkan diri sahaja. Tidak mampu untuk berkata apa-apa.
"Laura saya pergi dulu ada kerja yang perlu saya buat" pamit Zaid Najwan dan terus berlalu pergi tanpa hiraukan Laura Alaika. Sungguh Zaid Najwan tika ini tidak sanggup melihat wajah kecewa Laura. Mahu sahaja dia peluk erat tubuh wanita itu sambil memujuknya. Kalau ikutkan hati dia tidak mahu tangguhkan perkahwinan ini tetapi bila dia terbaca mesej yang dihantar Natra tadi terus tekad untuk selesaikan masalah ini.
Langkah kaki bawa dia entah kemana. Fikirannya sekarang ini sangatlah serabut dengan masalah pejabat tambah pula dengan masalah tidak jadi kahwin. Dia tiada tempat untuk mengadu dan tiada bahu untuk disandar. Sungguh sekarang ini semangatnya sudah hilang.
Tiba-tiba langkah kaki terhenti suatu tempat dan anak mata Laura Alaika menangkap Zaid Najwan dan Natra sedang berpelukkan. Keras kejung tubuh Laura Alaika tika ini. Untuk pertama kali dia rasa sakit seperti ini. Sakit bila dikhianati tapi sebelum ini dia sudah dikhianati oleh dua orang yang dia percaya tapi kenapa yang ini lebih sakit rasanya.
Tanpa dia sedari air matanya sudah merembes keluar. Makin ditahan makin banyak yang keluar.
"Laura" panggil satu suara yang amat dikenali Laura. Tanpa hiraukan suara itu terus dia pergi dari tempat itu.
Zaid Najwan yang panggil Laura Alaika berkali-kali tidak dihiraukan oleh Laura. Zaid juga tiada hati lagi untuk memjuk Laura Alaika tika ini bila teringat mesej yang ditunjukkan oleh Natra tadi.
Dia rasa dirinya seperti dipermainkan oleh orang yang dia sangat percaya dan sayang buat kali kedua. Tapi hari ini adalah hari yang paling sakit dia rasakan. Entah kenapa impak seorang Laura Alaika dalam hidupnya sangat besar.
Biarlah Laura Alaika memujuk dirinya sendiri kerana Zaid Najwan juga rasa tersakiti sekarang ini. Dia perlukan masa untuk berfikir.
"Natra abang Wan pergi dulu" pamit Zaid Najwan dan berlalu pergi dengan hati yang sangat kecewa.
Natra hanya tersenyum kemenangan. Dia sudah nampak kehancuran dalam hubungan mereka. Tidak lama lagi dia akan dapat Zaid Najwan sepenuhnya. Dulu dia boleh halau Sarah dalam hidup Zaid Najwan kenapa Laura Alaika tidak? Dia pasti akan buat lebih teruk dari Sarah dulu.
BERSAMBUNG................
.·´¯`(>▂<)´¯`·.
Share this novel