Bab 15

Drama Series 6057

"Assalamualaikum Sya!" Jerit Laura Alaika apabila panggilan telefon telah bersambung.

"Ya allah, waalaikumusalam ehh kenapa kau ni Laura Alaika? Bahagia sangat suara tu baru lepas menang loteri ke?" Seloroh Syafikah bila disergah sebegitu rupa oleh sahabat baiknya.

"Ya Allah Sya! Ni bukan setakat menang loteri ni siap dengan Jackpot sekali HAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA" Ilai tawa Laura Alaika terdengar sangat bahagia dihujung panggilan.

"Kau kenapa ni Laura? Bahagia sangat ni, kau dapat tender project juta juta ke?" Teka Syafikah.

"It's better than that" ujar Laura Alaika lalu hilai tawa dia lepaskan lagi. Syafikah dihujung talian semakin binggung dengan sahabatnya yang satu ini.

"Jadi apa yang buat kau bahagia sangat ni Laura sayang?" Soal Syafikah lagi yang masih mengumpul kesabaran yang ada.

"Relax my beautiful friend, i just wanna tell you ermmm" gantung Laura Alaika saja buat Syafikah ternanti-nanti.

"Ehhhh kau ni kalau aku ketuk kau dengan senduk kayu arwah nenek aku dapat paha..." Belum sempat Syafikah habiskan ayatnya terus dipotong Laura Alaika.

"I already have a boyfriend" potong Laura Alaika buatkan panggilan seberang tiba-tiba terjeda seketika.

"What!? Can you repeat again Ms Laura" pinta Syafikah terkejut dan tak percaya dengan ayat yang ditutur Laura Alaika seketika tadi.

"Haish, cantik pun pekak i said i already got a boyfriend" seloroh Laura Alaika sambil ketawa kecil.

"Ehhh kuangjo mulut, but seriously? Siapa lelaki yang bertuah tu?" Tanya Syafikah sedikit teruja. Akhirnya sahabatnya tidak keseorangan lagi.

"My lovely Zaid!" jawab Laura Alaika teruja lalu fikiranya terbang hilang mengingati kekasih hati yang sempurna rupa paras.

"What!? Kena bagitahu laki aku ni, kau sabar jap. Abang!" Jerit Syafikah diseberang buatkan hati Laura Alaika geli lalu hilai tawa dilepaskan.

"Sya kau ada lagi ke?" Soal Laura Alaika bila lama Syafikah menghilang.

"Ya Laura aku ada ni kenapa?"

"Boleh tak aku nak minta tolong kau?" Pinta Laura Alaika.

"Tolong apa tu Laura?" Soal Syafikah dengan serius.

"Tolong daftarkan aku dekat tuisyen Zaid dan laki kau kerja boleh tak? Aku nak jadi salah seorang pelajar dekat situ" pinta Laura Alaika.

"But why?" Soal Syafikah inginkan kepastian lalu Laura Alaika menceritakan dari A sampailah ke Z tentang apa yang syarat Zaid Najwan inginkan.

**************************

"Hey bro! Amacam musim bunga?" Sapa Kamil bila lihat rakan sekerja sedang sibuk buat kerja di mejanya.

"Astagfirullah Mil terkejut aku" dada dilurut tanda terkejut dengan sergahan yang dibuat Kamil.

"Hehehehe sorry bro, aku bukan apa aku cuma teruja sebab dapat tahu kawan aku ni dah tak single lagi" ujar Kamil sambil tersenyum macam kerang busuk.

"Ni mesti Laura cerita dekat Sya lepastu Sya cakap dekat kau kan?" Teka Zaid Najwan. Kamil hanya tersengih lalu kepala yang tidak gatal digaru.

"Hmmm tak apa Laura dah tanya aku dulu boleh ke dia cerita dekat bini kau pasal kami berdua" tambah Zaid Najwan bila melihat kawanya serba tidak kena akibat tekaan dia tadi.

"Jadi betul lah kau dah" tanya Kamil bersemangat sambil kedua jari telunjuk kiri dan kanan disatukan menunjuk isyarat bersama.

"Iya kami dah declare dah" jawab Zaid Najwan acuh tak acuh lalu bangun dari duduk dan kaki melangkah keluar dari bilik guru untuk menuju ke kelas. Kamil ditinggalkan seorang diri dengan riak wajah yang sangat gembira.

"Akhirnya aku boleh makan nasi minyak kau Id" omel Kamil sendiri dan berlalu ke mejanya.

***********************

Jari jemari runcing laju menari diatas keyboard, segala huruf ditekan laju. Anak mata fokus melihat huruf yang ditaip satu persatu setelah berpuas hati dengan kerja yang dia buat akhirnya butang enter ditekan.

"Siap!" Jerit kecil Laura Alaika lalu mengeliat kecil diatas kerusi pejabatnya. Jam tangan Rolex dilirik, waktu menunjukkan telah masuk pukul 2 petang.

"Alamak aku dah lambat!" Omel Laura Alaika sendiri lalu bergegas keluar dari pejabat miliknya. Seusai lalu didepan meja PA dia, Laura Alaika sempat berpesan kepada pekerjanya supaya beritahu jika ada hal penting yang patut dia uruskan, kerana selepas makan tengah hari dia mungkin tidak masuk pejabat lagi. masuk saja dalam perut kereta terus telefon bimbit di capai aplikasi WhatsApp dibuka nama soulmate ditekan lalu jari laju menaip sesuatu.

"Assalamualaikum dear, awak dah lunch ke?"

Lama menunggu mesejnya dibalas tetapi tidak dibalas juga nafas dihembus kasar.

"Sudah 2 minggu kita couple tapi tak ada satu hari pun kita rasmi bertemu janji. Ya lah kan awak kerja pagi sampai lewat petang saya kerja awal pagi sampai awal pagi nak tidur pun tak ada masa. Ini baru dugaan bercinta sayang belum lagi dugaan tunang dan kahwin saya harap ikatan cinta kita ini berkekalan sampai ke syurga" detik hati kecil Laura Alaika. Enjin kereta di start dan kereta bergerak keluar dari parking office kemudian laju membelah jalan raya yang sentiasa sibuk.

Langkah kaki diatur menuju kebilik guru dimana sahabatnya sedang menunggu. Pintu bilik guru dikuak perlahan lalu mata liar mencari sosok tubuh yang amat dia rindu. Puas mencari tapi sosok yang dirindu tiada di tempatnya sampai lah anak mata Laura Alaika tertumpu kepada sahabatnya Syafikah yang sedang asyik berbual dengan cikgu perempuan yang lain, mungkin cikgu tu tiada kelas.

"Assalamualaikum Sya" salam dihulur kepada Syafikah yang sedang berbual.

"Waalaikumusalam Laura, kau dah sampai" sahut Syafikah dengan senang hati dapat melihat sahabat baiknya. Sudah 2 minggu Laura Alaika menghilang dari pandangan matanya. Makanan yang Laura Alaika beli dia letakkan diatas meja milik suami Syafikah.

"Sya" panggil Laura Alaika apabila melihat sahabatnya masih rancak berbual.

"Okay lah akak saya pulang dulu ya" ujar perempuan yang menjadi teman berbual Syafikah.

"Hah okay okay terima kasih tau teman akak" balas Syafikah. Perempuan itu terus mengemas meja kerjanya yang bersepah dengan kertas soalan.

"Kenapa Laura" tanya Syafikah tetapi fokusnya kepada makanan yang baru dibeli Laura Alaika tadi.

"Zaid ada kelas ke?" Soal Laura Alaika.

"Alolololo cari boyfriend ke? Iya dia ada kelas" jawab Syafikah yang masih fokus dengan makanan diatas meja.

"Hmmm tak apala aku nak ke tandas kejap" pamit Laura Alaika lalu langkah kaki menuju ke pintu untuk keluar ke tandas.

"Eh akak Sya" panggil Nadia bila melihat bayang Laura Alaika menghilang disebalik pintu.

"Iya Nad kenapa tu?" Soal Syafikah lalu fokusnya dialih kepada perempuan bernama Nadia tadi.

"Tu girlfriend abang Id ke?" Tanya Nadia dengan tak tahu malu.

"Ya la kenapa? Jealous ke abang kesayangan kamu tak pilih kamu?" Tebak Syafikah lalu tersenyum senget. Nadia mendecit geram lalu buku ditangan dihempas kuat dan berlalu pergi meninggalkan Syafikah yang sedang menahan tawa. Kebetulan pula semasa ingin keluar Zaid dan Kamil baru saja tiba di dalam bilik guru dengan tidak semena-mena bahu Zaid Najwan menjadi mangsa langgaran kuat Nadia.

"Aduh" mengaduh Zaid Najwan apabila bahunya dilanggar kasar. Dengan pantas Nadia berlalu keluar meninggalkan Zaid Najwan yang sedang sakit akibat dilanggarnya.

"Eh, bro kau okay ke" soal Kamil cemas.

"Tak apa bro aku okay" kata Zaid Najwan supaya sahabatnya tidak risau. Mereka berdua mengatur langkah menuju kearah Syafikah yang sedang mengekek ketawa tidak tahu punca.

"Sayang kenapa ni ketawa tak ingat dunia? Tu si budak Nad tu kenapa langgar Zaid sampai macam tu sekali" soal Kamil hairan dengan situasi sekarang.

"Abang, Id kalau korang nak tahu si budak Nad tu tengah broken" jawab Syafikah dengan tawa yang masih tersisa.

"Broken dengan siapa pulak sampai Zaid yang jadi mangsa?" Tanya Kamil lagi

"Aduh abang ni slow la, broken dengan abang Id dia lah Zaid si pujaan dara" jawab Syafikah kali ini dengan tawa yang berdekah. Tercengan Zaid Najwan dan Kamil bila dengar ayat yang keluar dari mulut Syafikah.

"Dah la jom makan, kalau borak pasal budak Nad esok tak akan habis lagi" ajak Syafikah lalu makanan dihidang di atas meja yang disediakan untuk tetamu.

Langkah longlai dihayun, sakit kepala yang berdenyut ditahan, muka yang pucat lesu tidak dapat disorok. Ini semua disebabkan kerja tiada henti selama dua minggu berturut-turut. Laura Alaika gagahkan diri untuk bertemu dengan pujaan hati, demi cinta dia harus berkorban. Beberapa langkah lagi yang perlu diambil tetapi disebabkan dirinya yang lemah buatkan jarak dia dengan pintu menjadi jauh. Akhirnya Laura Alaika berjaya sampai ke pintu bilik guru tanpa berlengah terus pintu dikuak kasar kerana hampir hilang keseimbangan badan.

Dengar pintu dikuak agak kasar Zaid Najwan melirik kearah pintu untuk lihat gerangan yang ingin masuk. Terbuntang luas mata Zaid Najwan bila melihat Laura Alaika dalam keadaan lemah longlai bergantung depan pintu bilik guru.

"Ya Allah Laura kenapa ni?" Soal Zaid Najwan cemas dan berlari anak menuju kearah Laura Alaika yang lemah. Bahu Laura dipeluk erat untuk menampung badan yang lemah lalu Zaid Najwan bawa Laura Alaika dengan hati-hati menuju kearah sofa panjang yang sedang Syafikah dan Kamil duduk untuk makan. Syafikah lihat muka pucat Laura menjadi serba salah kerana tidak peka dengan sahabatnya tadi. Dia dapat dengar suara lemah milik Laura Alaika masa bertanya tentang Zaid Najwan tapi dia tidak ambil endah. Zaid Najwan sandarkan tubuh lemah Laura Alaika di sofa panjang lalu dia duduk disamping kekasih hatinya. Syafikah dan kamil hanya diam jadi pemerhati.

"Love kenapa jadi macam ni?" Soal Zaid Najwan cemas sambil mengelap rinih peluh dimuka Laura Alaika.

"Sebab dalam dua minggu ni tidur saya tidak cukup untuk siapkan proposal penting" jelas Laura Alaika dalam keadaan lemah.

"Dah tahu tidur tak cukup kenapa datang sini juga love?" Soal Zaid Najwan dengan nada sedikit ditekankan.

"Janganlah marah sayang, saya datang sini sebab rindu awak, sudah dua minggu tak jumpa, lagi pun minggu depan saya kena pergi PD untuk jumpa Datuk Megat Rafi seminggu lepastu saya kena pergi sabah untuk projek dekat sana dan seminggu lagi untuk ke JB sebab ada seminar" terang Laura Alaika berharap si buah hati tidak marah skan dirinya lagi.

"Uish sibuknya awak love okay saya maafkan awak tapi ada syarat" ujar Zaid Najwan.

"Dear, awak dengan syarat memang tak boleh dipisahkan" seloroh Laura Alaika lalu tertawa halus. Mereka bertiga juga melepaskan tawa bila dengar ayat Laura Alaika.

"Apa syaratnya love" soal Laura Alaika bila tawa mereka berempat mulai reda.

"Love kena makan sikit lepastu makan ubat and love tidur okay dan satu lagi balik nanti saya hantar no excuse full stop" arah Zaid Najwan tegas.

"But dear what about my car?"

"Jangan risau kami ada" sampuk Syafikah.

"Betul tu Id Laura kami ada untuk menolong" sambung Kamil pula. Laura Alaika anggukkan kepala lalu cuba untuk senyum manis kepada mereka semua.

"Nah love makan" suruh Zaid Najwan lalu makanan disua ke mulut kekasih hati. Laura Alaika hanya menurut dan makan makanan yang disuap Zaid Najwan. Hanya dua suap kemudian dia menolak untuk suapan ketiga.

"Dah tak nak ke love? Sikitnya makan" Soal Zaid Najwan. Laura Alaika hanya gelengkan kepala tanda sudah tidak mahu. Kemudian Zaid Najwan bangun mengambil ubat panadol untuk Laura Alaika. Ubat dua biji dan sebotol air mineral disuakan kepada Laura Alaika dan tanpa membuang masa dengan cepat Laura Alaika menalan dua biji ubat yang diberi. Beberapa minit kemudian effect ubat mulai terasa, dia tiba-tiba rasa mengantuk.

"Sayang" panggil Laura Alaika lemah

"Kenapa sayang?" Soal Zaid Najwan lalu niat untuk menyuap nasi ke mulut dibatalkan. Tanpa persetujuan Zaid Najwan terus kepala Laura Alaika diletok elok ke bahu Zaid Najwan dan lengan belah kiri Zaid Najwan juga dipeluk erat oleh Laura Alaika.

"Pinjam bahu ngantuk" tutur Laura Alaika dengan suara sedikit manja. Terkaku badan sasa milik Zaid Najwan apabila diperlakukan begitu.

"Uishhhhhh macam drama korea" celah Syafikah lalu terus memeluk lengan suaminya. Kamil terus kucup lembut kepala isterinya, sudah lama mereka tidak bermanja begini. Zaid Najwan tersenyum melihat gelagat laki bini di depannya. Fokusnya untuk makan makanan yang masih tersisa terganggu kerana kepala kekasihnya yang sebentar ingin jatuh kemudian diangkat kembali kemudian jatuh lagi membuatkan tidur kekasihnya terganggu dan tidak selesa. Untuk Laura Alaika jadi lebih selesa untuk tidur, Zaid Najwan mengangkat lengan yang dipeluk oleh Laura Alaika tadi. Laura yang terpinga-pinga akibat dibuat begitu meminta perjelassn dari Zaid Najwan. Tanpa berkata apa terus tubuh Laura Alaika diraih dan telah selamat dalam pelukkan Zaid Najwan kini Laura Alaika tidur beralaskan dada bidang milik Zaid Najwan. Selama dia duduk luar negara inilah pertama kali dia dipeluk bebas oleh lelaki. Laura Alaika tidak ambil pusing hal dipeluk ini, malah dia sambung memeluk erat tubuh sasa milik Zaid Najwan lalu dia terlelap kerana rasa selesa dalam pelukkan buah hatinya.

BERSAMBUNG.....................

don't forget to follow me♥️♥️♥️♥️✨

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience