Bab 34

Drama Series 6057

"Hans! Kenapa awak tak nak layan saya!?" Bentak Najwa geram kerana tidak dilayan Hans sejak kes Natra hari itu.

"Awak tidak penat ke asyik ikut saya kehulu kehilir? Dah tak ada kerja?" Soal Hans akhirnya mengalah dengan kedegilan Najwa yang asyik ikuti setiap langkahnya.

"Tak! Saya akan ikut awak kemana-mana sahaja yang awak pergi, sampailah awak nak cakap dengan saya" ujar Najwa sambil tersenyum girang

"Petang ni jom kita jalan-jalan, kita pergi makan dessert yang baru buka tu. Lepastu kita pergi main layang-layang nak?" Sambung Najwa girang tanpa dia sedar perubahan pada wajah Hans.

Terhinjut bahu Najwa bila tapak tangan kasar milik Hans bertemu dengan permukaan meja. Mulut yang tadi ringan berbicara kini senyap seribu bahasa. Banyak mata yang memandang kearah meja mereka.

"KAU TAK RIMAS KE!? DARI TADI ASYIK IKUT AKU, DARI TADI ASYIK CAKAP SAJA KERJA KAU! KAU TAK RIMAS KE!? AKU RIMAS TAU TAK!? RIMAS!! DAN SATU HAL LAGI JANGAN KAU NAK JADI PENGHALANG ANTARA HUBUNGAN AKU DENGAN NATRA FAHAM!? AKU SUKA NATRA, BUKAN KAU!" Amuk Hans melempiaskan amarah yang telah lama dia pendam. Banyak mata yang menonton drama mereka berdua tetapi Hans buat tidak endah sahaja. Kini anak matanya tertumpu kearah gadis yang tertunduk dari tadi.

"Kalau itu yang awak nak" kata-kata Najwa terjeda seketika sebelum dia menyambung semula.

"Mulai dari saat ini" jeda

"Saya tidak akan pernah muncul dalam hidup awak lagi" ada bunyi tangisan dihujung ayat Najwa dengan cepat dia kawal supaya tidak didengari oleh Hans. Tapi siapa yang tidak tahu bahawa sekarang ini Najwa sudah berlinangan air mata. Tanpa berkata apa terus Najwa berlari pergi meninggalkan Hans. Hingga saat akhir Najwa tidak berani memandang wajah Hans. Biarlah sekurang-kurangnya wajah itu tidak menghantui tidurnya.

PELUH yang merinik walau disapu tetap tidak mahu kering walaupun dia duduk ditempat berpenghawa dingin. Raziz yang tidak senang duduk apabila melihat majikannya dalam mood yang tidak berapa baik. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia serisau ini tetapi bila kes ini sampai ketahap cik Laura sendiri tidak mampu untuk uruskan dia tahu kes ini sangat berat.

"Berapa kita rugi Raziz?" Soal Laura Alaika yang sedari tadi meneliti fail ditangan.

Bergerak halkum Raziz cuba untuk menjawab soalan majikannya. Tapi suaranya tersekat untuk menjawab.

"Jawab Raziz!" Kali inj suara Laura Alaika agak tegas dan keras buatkan badan manusia didepannya menegak.

"E....eee.....enam setengah juta Cik" tergagap Raziz menjelaskan amaunt kerugian syarikat. Melopong mulut Laura Alaika dengar jumlah yang agak besar itu.

"Ya Allah Raziz mana saya nak cari duit sebanyak itu?" luah Laura dan tidak semena-mena keluhan berat dilepaskan. Raziz hanya mampu tundukkan kepala.

"Tak apalah Raziz awak boleh sambung kerja awak. Kalau ada apa-apa benda penting bagitahu saya"

"Baik cik saya pergi dulu" Laura Alaika menghantar susuk tubuh lelaki itu dengan ekor matanya. Sungguh dia tiada mood hari ini.

Zaid kalaulah kita tidak ada salah faham atau munculnya orang ketiga dalam hubungan kita. Percayalah awaklah orang pertama yang saya cari untuk bersandar Zaid Najwan. Saya buntu Zaid, saya buntu. Tanpa Laura Alaika sedar air matanya mengalir jatuh ke pipi. Lamunan Laura terhenti apabila ada panggilan untuknya.

"Uncle Jimmy" sebaris nama meniti dibibir Laura. Dengan pantas panggilan video itu diangkat.

"Uncle Jimmy! Uncle Sam!" Sapa Laura dengan suara yang dibuat-buat gembira.

"Laura are you crying?" Soal Samuel peka dengan keadaan anak buahnya.

"Hah? Crying? No?"

"Don't lying sweetheart, i can see your tear at your" lalu jari Samuel ditunjuk kearah pipi. Dengan pantas telapak tangan Laura melekat kepipi. Dapat dia rasa pipinya basah.

"Are you okay Laura" penuh kasih dan sayang Samuel melontarkan soalan keramat itu.

Laura tundukkan pandangan cuba untuk menahan empangan air mata daripada pecah. Tolong uncle jangan tanya soalan keramat itu. Adu Laura Alaika dalam hati sungguh dia tidak kuat.

Pertanyaan Samuel dibiarkan tidak terjawab. Laura perlu mengawal emosinya sekarang ini.

"Kamu okay ke Laura" kali ini Jeremy pula yang menyoal. Untuk kali kedua soalan itu dilontar buatkan empangan air mata Laura tidak mampu bertahan lagi. Habis semua air matanya keluar.

"Laura tak okay uncle! Laura tak kuat. Laura kena tipu uncle" adu Laura Alaika bersama dengan esak tangis.

"Kena tipu? Apa maksud kamu?" Soal Jeremy cemas.

"Segalanya musnah uncle. Laura kena tipu dengan PA Laura sendiri, Laura kena tipu dengan tunang Laura sendiri dan yang paling Laura terkedu Laura kena tipu dengan Papa Laura uncle" terhinjut bahu Laura Alaika menahan tangis. Kalau siapa yang masuk kedalam biliknya tanpa ketuk pintu memang dia akan pecat orang itu serta merta.

"Apa yang Papa kamu buat sweetheart?"

"Papa bersubahat dengan PA Laura. Mereka berdua buat Laura tandatangan satu satu fail saham syarikat dan kemudian Papa sabotaj semua projek Laura dan buat Laura rugi banyak. Sekarang ini setengah saham syarikat telah dijual tanpa pengetahuan Laura uncle. Kalau granny tahu mati Laura uncle" terang Laura panjang lebar yang masih lagi dengan sisa tangisnya.

Samuel dan Jeremy saling pandang satu sama lain. Mereka tidak percaya bapa kandung sanggup buat anak kandungnya sampai begitu sekali.

"How about your fiancé?" Kali ini Samuel pula yang bersuara.

"Zaid..." Termenung sejenak

"Laura Alaika" panggil Samuel bila soalan dia tidak jawab dan hanya dijawab dengan renungan entah kemana Laura Alaika.

"Sorry uncle Sam. About my fiancé dia kata nak tangguhkan dulu perkahwinan kami" ada nada kecewa dalam ayat Laura Alaika.

"Tangguh saja bukan batal pun kan? Bagus lagilah tu" sampuk Jeremy cuba untuk tenangkan anak buahnya. Laju kepala Laura geleng.

"Tak bagus uncle Jimmy, lepas dia cakap nak tangguh tu terus dia tinggalkan Laura seorang diri padahal hari tu dia janji nak dating dengan Laura tapi..." Jeda. Ayatnya tergantung apabila teringat kejadian dimana Zaid Najwan dan Natra sedang berpelukkan.

"Tapi apa Laura?" Soal Jeremy tidak sabar.

"Tapi dia berpelukkan dengan orang lain"
Sambung Laura Alaika kemudian tidak semena-mena air matanya merembes keluar buat sekian kalinya.

Samuel dan Jeremy sungguh tidak percaya yang anak buah kesayangan mereka dibuli disana. Sama dengan arwah adiknya Julie ketika dahulu. Kalau tidak ada diari Julie mungkin mereka adik beradik tidak tahu apa yang Izlan dan bondanya telah lakukan kepada adik mereka.

"Keluarga itu memang tidak pernah pandai nak menghargai kehadiran seseorang itu!" Marah Jeremy geram dengan perangai yang tidak berubah Izlan dan bondanya.

"Lap air mata kamu Laura. Ia sangat berharga untuk jatuh demi orang yang tidak reti untuk menghargai kita" pujuk Jeremy dengan penuh kasih.

Tapi semakin dipujuk semakin lebat air mata ini gugur. Sudah letih Laura Alaika paksa untuk air mata berhenti daripada beroperasi tetapi sia-sia.

"Laura!" Panggil Samuel tegas.

Terangkat kepala Laura yang dari tadi tunduk. Mata Laura tepat memandang skrin komputer miliknya.

"Listen" masih dengan nada yang tegas.

Laura anggukan kepala tanda dia dengar dengan tekun.

"You deserve better!"

BERSAMBUNG....................

you deserve better ༼ つ ◕‿◕ ༽つ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience