Mata dibuka secara paksa, alarm yang berbunyi meminta perhatian dicapai lalu ditutup, anak mata melirik kearah jam besar yang tergantung di dinding. Waktu menunjukkan tepat pukul 6:30 pagi. Laura Alaika mengurut lembut pelipis kepala, pusing akibat tidak cukup tidur. Laura Alaika bangun perlahan lalu duduk diatas katil sambil mengurut kepala yang berdenyut. Telefon dimeja sebelah dicapai lalu Icon WhatsApp ditekan. Niatnya terhenti apabila mesej dari 'future husband' dibalas, Laura Alaika tidak tahu untuk memberi reaksi apa, gembira?, Teruja?, Suka? Semuanya dalam satu rasa, akhirnya Laura Alaika capai bantal tidur miliknya lalu muka ditekap kebantal dan menjerit sekuat hati melepaskan perasaan yang bercampur baur seketika tadi. Chat dari future husband ditekan lalu dibaca.
"Waalaikumusalam......kamu jangan nak mengarut future husband sangat, ingat buat tutorial muka surat 5,6,7 dan 9"
Balasan dari Zaid membuatkan hati Laura Alaika geli hati. Tawa terletus dari bibir seksi Laura Alaika.
"Haih Zaid......Zaid awak ni kelakar betul, tu laaa siapa suruh good looking sangat kan selalu kena kacau dengan students sendiri" omel Laura Alaika sendiri dengan tawa yang masih tersisa. Lalu langkah dihayunkan ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Terbuntang luas mata Laura Alaika apabila melihat mukanya di cermin. Dark circles mula menunjukkan diri.
"Adoiiii kenapa hari bahagia aku juga kau nak muncul wahai mata panda" omelnya sendiri lalu keluhan berat dilepaskan.
Seusai solat subuh Laura Alaika menuju kearah almari baju dan mencari baju untuk dipakai hari ini. Dekat setengah jam berdiri didepan almari akhirnya Laura Alaika memilih baju turtle necks berwarna hitam dan seluar jeans cutting boot cup berwarna hitam. Baju dan seluar dikeluarkan lalu digayakan dengan memasukkan lebihan baju pada bahagian depan kedalam seluar. Ia membuatkan baju tersebut singkat didepan dan labuh dibelakang. Puas hati dengan gaya yang dikenakan lalu Laura Alaika menuju ke arah meja make up miliknya dan hair dryer dicapai. Sedang asyik Laura Alaika mengeringkan rambut tiba-tiba dia teringat yang dia belum memberitahu Sofea, dia masuk lambat hari ini. Telefon pintar dicapai dan contact number Sofea ditekan, tidak lama menunggu panggilan telah bersambung.
"Hello morning miss, any help?" Soal Sofea diseberang
"Hello morning, Sofea i just wanna tell you today maybe I'm being late, if you have document need my sign just wait i will came after lunch"
"Okay understand miss" ujar Sofea lalu panggilan dimatikan dan telefon diletakkan diatas meja. Laura Alaika menyambung kerja menghias rambutnya. Rambut yang lurus dia buat menjadi curly hair lalu rambut di ikat high ponytail ala-ala Ariana Grande. Puas hati dengan rambut yang cantik Laura Alaika beralih kepada make up pula, seperti biasa make up Laura Alaika tidak pernah mengecewakan. Hari ini Laura Alaika mengenakan lipstick code deep red kerana sesuai dengan imej dirinya hari ini. Selesai dengan riasan diri barulah Laura Alaika keluar dari biliknya. Tidak lupa dengan semua aksesori hiasan miliknya wajib dipakai tidak kira kemana dia pergi.
Laura Alaika menuruni anak tangga dengan berhati-hati, kalau boleh dia tidak mahu bertembung dengan Granny buat masa ini. Kepala Laura Alaika dipanjangkan untuk melihat keadaan dibawah, melihat semua kawasan selamat, dengan langkah seribu Laura Alaika berlari menuruni anak tangga untuk ke pintu utama. Sampai sahaja dipintu utama dengan cepat Laura Alaika capai ankle boots bertumit tinggi berwarna hitam lalu disauk ke kaki putih miliknya, selesai memakai kasut, dengan cepat Laura Alaika buka pintu utama dan menekan tombol kunci pada kunci keretanya. Belum sempat Laura Alaika masuk kedalam perut kereta tiba-tiba namanya diseru.
"Alaika" panggil granny yang sibuk menyiram pokok bunga tadi. Laura Alaika berdecit lalu ray ban sunglasses yang berada dalam beg dicari dan dipakai untuk menutup mata panda miliknya.
"Yes granny anything else?" Soal Laura Alaika basa basi.
"Where are you going? It's still early in the morning " soal granny ingin tahu.
"Oh I have an appointment with a friend for breakfast together today, so I have to have fun! okay bye granny! " Terang Laura Alaika lalu dengan pantas masuk kedalam perut kereta dan menghidupkan enjin kereta. Granny yang melihat kelakuan cucunya hairan.
"Tak akan secepat tu progress si alaika? Ni mesti ada yang tak kena ni" omel granny sendiri, belum sempat granny ingin melangkah ke arah kereta milik Laura Alaika. Kereta itu sudah hilang keluar dari porch rumah.
"Alhamdullilah, lepas jugak dari Granny" keluh Laura Alaika sendiri didalam kereta sambil memandu.
"Tapikan, aku nak makan dengan siapa awal-awal pagi ni" omelnya sendiri lagi, lama berfikir tiba-tiba Laura Alaika dapat satu idea, dia sudah tahu ingin ajak siapa. Kereta di parking tepi jalan, kira-kira sudah selamat handbags berjenama Dior dicapai lalu iPhone dicari, sudah jumpa iPhone miliknya lalu ditekan skrin beberapa kali sebelum ditekap ditelinga. Tidak lama menunggu panggilan disahut oleh si pemanggil.
"Assalamualaikum hello" sapa orang disana
" Waalaikumusalam Sya, ni aku Laura" jawab Laura Alaika
"Ehh, Laura kenapa kau call aku pagi-pagi ni? Soal Syafikah
"Jom teman aku breakfast" ajak Laura Alaika sambil membuat suara kanak-kanak yang minta simpati
"Haaa, boleh je kau datang dekat tuition laki aku kerja tu, kita jumpa situ okay"
"Okay, thank you Sya love you"
" Love you more bye assalamualaikum"
"Waalaikumusalam" sesudah bicara terus Laura Alaika mematikan panggilan telefon dan meneruskan perjalanan ke tempat kerja suami Syafikah.
Kereta berjenama di parking ditempat yang disediakan. Laura Alaika capai iPhone miliknya lalu aplikasi WhatsApp ditekan, tiba-tiba akal jahatnya berhubung apabila melihat contact number my future husband yang telah dia pin. Terus ditekan contact number tersebut lalu tangan ligat menaip sesuatu diskrin telefon miliknya.
"Assalamualaikum, future husband and good morning sunshine ? jangan lupa breakfast tau, nanti perut tu masuk angin, bye love you muah??"
Sudah menaip apa yang bermain difikiran lalu mesej dihantar kepada penerima. Laura Alaika tersenyum sendiri apabila melihat kegilaan dirinya.
"Haishh, Laura...... Laura kau ni memang gila la! Gila bayang!" omelnya sendiri lalu melepaskan tawa kepada diri sendiri. Pintu kereta dibuka dan Laura Alaika keluar dari kereta dengan penuh gaya, ray ban hitam dikemaskan supaya lebih menarik. Langkah diatur kearah pintu masuk bagunan tuition dimana Syafikah telah berjanji untuk bertemu dengannya disitu. Masuk sahaja kedalam bagunan itu terus mata Laura Alaika melilau mencari figura milik Syafikah. Banyak mata yang memeharti Laura Alaika tika ini tapi seperti biasa Laura Alaika akan mengabaikan pandangan orang-orang disekelilingnya.
"Laura! Sampi pun kau" sapa Syafikah entah dari mana
"Oh sh*t!" Latah Laura Alaika
" Eh, maaf" mohon maaf Syafikah apabila mendengar sahabatnya melatah kearah carutan.
"It's okay, nevermind" ujar Laura Alaika sambil membetulkan ray ban miliknya.
"Laura i'm sorry" ujar Syafikah tiba-tiba. Laura Alaika hairan dengan pemohonan maaf sahabatnya.
"Kenapa ni? Apa yang sorry?" Ujar Laura Alaika sedikit polos.
"Aku tak boleh teman kau pagi ni, aku kene teman suami aku pergi klinik tiba-tiba dia tidak sihat harini" terang Syafikah. Laura Alaika hanya anggukkan kepala tanda faham.
"Tak apa aku faham. Tapi aku nak breakfast dengan siapa pagi ni?" Adu Laura Alaika persis gaya budak-budak. Syafikah yang tidak sanggup membiarkan sahabatnya sendirian memikirkan satu cara, tiba-tiba syafikah ternampak figura Zaid Najwan melepasi mereka berdua.
"Hah! Aku ada jalan penyelesaian" ujar Syafikah semangat. Laura Alaika yang mendengar sahabatnya begitu semangat turut teruja dengan idea yang akan dilontarkan oleh Syafikah.
"Zaid!" Panggil Syafikah. Zaid yang dengar namanya diseru terus menoleh kearah gerangan yang memangil.
"Ada apa Sya" soal Zaid Najwan sambil membetulkan neck ties yang senget.
"Kau kelas pukul berapa harini?" Soal Syafikah
"Semua kelas aku tengah hari nak ke petang, kenapa?"
"Kau dah sarapan?"
"Belum, kenapa?" Soal Zaid Najwan hairan dengan keperihatinan Syafikah hari ini. Selalunya dia akan berkepit dengan suaminya sahaja.
"Bingo!" Kata Syafikah lalu lengan laura Alaika diheret berdiri ditepi Zaid Najwan.
"Kau teman Laura aku breakfast ye, aku nak kene teman syeben aku pergi klinik ni. Kau janji dengan aku jaga sahabat aku ni baik-baik, jangan kau tinggal dia makan sorang okay" pesan Syafikah sebelum pergi menghilangkan diri kepada suaminya. Laura Alaika dan Zaid Najwan terpingga-pingga dengan keadaan yang diatur oleh Syafikah. Laura Alaika tidak mahu situasi ini jadi janggal lalu memulakan bicara.
"Jom kita" ajak Laura Alaika sambil tangan dihulur kedepan tanda man first
"Jom" sahut sepatah Zaid Najwan lalu melangkah kedepan. Laura Alaika membontoti langkah Zaid Najwan dari belakang, dia hanya ikut sahaja kemana Zaid Najwan pergi kerana baginya setiap langkah mereka bersama ibarat langkah menuju kebahagiaan.
"Miss Laura kita makan dekat tepi jalan boleh kan? Sebab dekat dengan tuition, saya malas nak pergi jauh" ujar Zaid meminta persetujuan Laura Alaika
"No problems" jawab Laura Alaika lalu duduk disebuah kerusi yang kosong. Zaid Najwan memilih untuk duduk dihadapan Laura Alaika, dimana mereka menghadap satu sama lain. Tidak lama menunggu pelayan datang ambil order mereka dan tidak lama makanan pun sampai seperti yang di pesan. Zaid Najwan perhatikan Laura Alaika tidak melepaskan kaca mata hitam yang dipakai ketika makan, buatkan dirinya tidak selesa, seperti Laura memerhatinya disebalik kaca hitam itu.
"Kenapa tak lepas kaca mata tu?" Soal Zaid dingin. Laura hanya diam sambil menyuap makanan kemulut.
"Aku cakap dengan tunggul ke?" Bidas Zaid. Laura yang mendengar dirinya digelar tunggul terus rasa tercabar dan tanpa basa basi ray ban miliknya dilepaskan.
"You see it" ujar Laura. Zaid yang melihat sedikit terkejut kerana beberapa hari lepas mata Laura tidak sebegitu hitam.
"Pakai balik" ujar zaid sepatah lalu sisa makanan didalam pinggang dihabiskan. Laura Alaika terus pakai kembali kaca mata hitam miliknya.
"Lepasni ikut aku" ujar Zaid Najwan lalu bangun untuk membayar pesanan mereka.
Kereta milik Zaid Najwan dipandu laju membelah jalan. Laura Alaika hanya diamkan diri, bukan dia tidak mahu ajak Zaid Najwan berbual tapi setiap bertanyaan akan dibalas dengan 'ermmm' siapa tidak sakit hati? Tidak lama perjalanan mereka, akhirnya mereka sampai didepan bangunan farmasi.
"Kau tunggu dalam kereta jangan kemana-mana" pesan Zaid Najwan lalu keluar dari perut kereta dan menghilang didalam farmasi. Laura Alaika yang tercengang hanya membatukan diri.
"Tidak boleh jadi ni, kenapa dia layan aku dingin ni? Kau sabar jap Zaid, aku akan buat kau cair tengok aku" omelnya sendiri lalu pandangan dibuang keluar tingkap.
Tidak lama Zaid Najwan didalam lalu dia keluar bersama beg plastik kecil ditangan. Gayanya seperti Zaid Najwan membeli ubat dari farmasi itu. Zaid Najwan masuk kedalam kereta lalu menghidupkan kereta dan pandu pulang ke pusat tuition tempatnya mengajar. Laura Alaika semakin pelik dengan sikap Zaid Najwan. Adakah dia ingin Laura menemainya membeli ubat? Atau dia perlukan teman? Banyak persoalan yang bermain difikiran Laura Alaika tapi dia hanya mendiamkan diri. Sampai didepan bagunan tuition terus Laura Alaika keluar dari kereta dan langkah diatur kearah kereta miliknya, belum sempat dia masuk kedalam kereta tiba-tiba Zaid menghalangnya daripada buat demikian.
"Tunggu" ujar zaid lalu langkah diatur menghampiri Laura Alaika.
"Ni untuk kau" ujar Zaid Najwan lalu plastik yang dibawa keluar dari farmasi tadi dihulur kepada Laura Alaika.
"Apa ni?" Soal Laura Alaika
"Lepasni aku tak nak jumpa kau pakai kaca mata hitam ni lagi, aku tak suka" jujur Zaid lalu berkira untuk pergi.
"Kejap" panggil Laura Alaika kembali dan Zaid Najwan dihampiri.
"Terima kasih" tutur Laura Alaika ikhlas sambil neck ties milik Zaid Najwan dibetulkan. Tanpa disedari Zaid Najwan mata mereka berdua bertaut lama membuatkan hati Laura Alaika berdebar kencang. Tanpa diterima oleh logik akal Laura Alaika, tangan kanan miliknya bertindak menyelitkan lebihan rambut panjang milik Zaid Najwan ke telinganya. Lama mereka berkeadaan begitu sehinggan masing-masing boleh mendengar degupan jantung masing-masing.
"Wah! Sir dah ada girlfriend lah" ujar salah seorang pelajar di tuition membuatkan mereka kembali ke dunia nyata.
"Ehemm" Zaid berdehem lalu tangan dibawa kebelakang tengkuk
"Ermmm, saya pergi dulu" ujar Laura Alaika lalu bergegas kearah kereta miliknya dengan pantas dia masuk kedalam. Nafas diatur supaya memberi kerjasama.
"Sabar Laura kau jangan gelabah dulu, sabar" katanya kepada diri sendiri. Setelah nafas sudah kembali normal, mata Laura Alaika teryumpu kearah plastik putih yang diberi oleh Zaid Najwan tadi. Tidak menunggu lama terus isinya dicari. Terbuntang luas mata Laura Alaika apabila melihat isi yang dibeli Zaid Najwan.
"Ouch! So cute darling! Eyes treatment for dark circles" ujarnya sendiri sambil membelek barang yang diberi Zaid Najwan
"You make me butterfly baby!"
Bersambung............
Happy CNY!!!
Share this novel