BAB 19

Drama Series 6057

Pelipis kepala dipicit halus mengurangkan sakit kepala akibat tidak tidur. Mata cantik Laura Alaika sudah mogok tidak mahu buka tapi Laura gagahkan juga. Waktu sekarang sudah pukul empat tiga puluh pagi tapi kerja masih belum memberi kerja sama untuk disiapkan. Kopi Espresso yang berada diatas meja dicapai lalu diteguk perlahan menahan rasa pahit. Dengan tiba-tiba mata yang tadi kuyu kini terbuka luas, rasa pahit kopi buatkan sel-sel badan Laura menjadi cergas dan bersemangat semula. Terus tangan Laura laju menaip sesuatu di keyboard komputernya.

"Alhamdullilah akhirnya siap proposal express ni" ucap syukur Laura bila segala kerjanya sudah selesai sambil mengeliatkan segala sendi tubuh yang terasa lenguh tadi, lalu anak mata melirik ke hujung komputer untuk melihat waktu sekarang. Jam digital itu menunjukkan sudah masuk pukul enam pagi dan itu tandanya tak lama lagi akan masuk waktu solat subuh. Laura berkira-kira untuk pulang sebab masih ada masa lagi untuk dia bersiap sebelum meetings penting esok pagi akan tetapi bila Laura lihat ke arah iPhone miliknya dia tiba-tiba hilang semangat. iPhone yang berada disisi meja kerjanya dicapai lalu aplikasi WhatsApp dibuka dan tentunya mesej Zaid yang dia buka. Mata melihat sepi Chat yang dia hantar semua bertanda bluetick.

"Dear jangan lupa makan". Send 3.30 PM

"Dear esok date nak?". Send 4.20 PM

"Dear jom pergi shopping beli baju couple nak?". Send 6.00 PM

"Dear jangan lupa makan malam". Send 6.01 PM

"Dear dah tido ke?". Send 10.00 PM

"Goodnight dear love you". Send 10.30 PM

Sakit pula hati Laura Alaika bila baca mesej yang dia hantar seperti dia pula yang terlebih beria terkejar-kerjakan si Zaid itu. Akhirnya setelah lama berura-ura Laura Alaika putuskan untuk padam balik semua mesej tak dibalas yang dia hantar kepada Zaid.

Tiba-tiba hati rasa sedih. Adakah ini takdir seorang Laura Alaika? Tidak mempunyai pasangan sampai ke sudah? Tapi jodohkan rahsia Allah, mungkin sang jodoh masih tersesat ke hati orang lain? Atau memang dia tidak berjodoh?

Makin difikir makin sakit rasa hati. Akhirnya Laura memutuskan untuk pulang sahaja. Dia perlu membersihkan diri dan solat subuh untuk refreshing dirinya balik. Kaki panjang diatur menuju ke pintu bagunan syarikatnya lalu tubuh langsing Laura Alaika keluar meninggalkan bagunan tersebut.

"Okay that's all for today thankyou". Akhirnya mesyuarat Laura Alaika selesai untuk hari ini dan dia boleh pulang untuk ganti tidurnya yang tergendala semalam. Yeay!

"Cik Laura nak keluar lunch ke?" Soal sofea prihatin kepada majikannya.

"Tak saya nak balik. Apa-apa hal bincang esok okay" tutur Laura sambil memberi senyuman manis kepada sofea lalu fokus dia alih pada tangan yang laju mengemas barang diatas meja.

"Okay have a good rest Ms Laura" kata Sofea.

"And enjoy your lunch Sofea" ujar Laura Alaika pula dan berlalu pergi meninggalkan Sofea sendirian didalam bilik mesyuarat itu.

Sofea yang melihat bayangan majikannya sudah hilang dengan pantas tangan yang pegang telefon mendail nombir seseorang lalu telefon itu ditekup ke telinga.

"Hello boss dia dah keluar" beritahunya lalu kepala terangguk-angguk mendengar arahan dari seberang.

PEDAL kereta ditekan lalu kereta meluncur laju menuju tuition untuk jumpa dengan Syafikah. Rasa kantuk dan letih Laura abaikan apabila ada orang yang ingin belanja dia makan hari ini. Kereta diparking elok sebelum dia keluar dari kereta dan langkah kaki diatur menuju kepintu utama bagunan tuition.

"Assalamualaikum" salam diberi setelah pintu bilik guru dikuak. Senyuman yang manis tadi kini bertukar masam. Melihat kekasih hati yang sedang bermesra dengan adik angkat sambil bergelak ketawa.

"Waalaikumusalam Laura jom masuk, kitorang buat makan makan sikit ni" pelawa Syafikah mesra bila melihat kedatangan sahabat baiknya. Saja Syafikah mengajak Laura datang sini kononnya dia yang nak belanja Laura makan hari ini. Kerana dia tahu bahawa sahabatnya ini dilanda angin monsun.

"Sya ni makan makan untuk apa?" Soal Laura separa berbisik bila dia berdiri disebelah Syafikah yang sibuk menyusun makanan.

"Entah, kata Zaid ini hari special someone" jawab Syafikah juga separa berbisik. Bagaikan terkena petir, Laura Alaika terkaku tanpa reaksi. Sungguh dia terkejut dengan jawapan yang diutarakan oleh Syafikah.

"Hari ini aku ada kelas kan?" Soal Laura dengan nada biasa. Syafikah hanya anggukan kepala dengan muka sedikit berkerut. Hairan tadi berbisik sekarang tak pula.

"Okaylah aku keluar dulu" pamit Laura lalu berura-ura ingin keluar tetapi disekat seseorang.

"Ms Laura nak kemana tu? Tak nak makan ke?"

"It's okay Mr Zaid, saya datang cuma nak jumpa dengan Puan Syafikah. Jadi saya dah jumpa dengan dia, urusan saya dah selesai" kata Laura formal lalu senyum segaris dihadiahkan sebelum badan langsing itu berpusing menuju kearah pintu.

Belum sempat tangan Laura ingin bertindak terus tangan satu lagi disambar seseorang.

"Please just sit and eat some food. You look pale Laura" ujar Zaid dengan wajah yang sedikit cemas. Laura tidak membantah kerana dia tahu dirinya ketika ini terasa lemah. Laura mengambil duduk hadapan Zaid dan Natra, dia sendiri tidak tahu kenapa dia mengambil tempat itu.

Bermacam hidangan ada tapi Laura hanya ambil dessert sebagai alas perut. Seleranya sudah putus kerana tonton drama swasta Zaid dan Natra.

"Kenapa minah ni gedik sangat!? Dia tahukan abang angkat dia sudah ada kekasih. Kenapa perlu tayang kemesraan mereka depan aku!?" Amuk hati kecil Laura. Cemburu!

"Eh, Laura makan tu saja ke? Banyak makanan sedap-sedap ni" tegur kamil bila lihat pinggan Laura hanya ada sebutir donut caremel.

"Dah kenyang Kamil" balas Laura penuh ayat tersirat lalu mata dialihkan keoada pasangan yang dari tadi nampak mesra.

"Kamil kau dah siap makan ke?" Soal Laura bila sudah lima belas minit dia hanya mengius makanan dalam pinggan dia dan melayan drama free depan matanya.

"Sudah kenapa?" Jawap Kamil yang sedari tadi duduk dengan Syafikah.

"Jom kelas, aku nak balik awal harini" ajak Laura lalu berdiri untuk keluar dari tempat yang menyakitkan hati ini.

"Okay kau pergi dulu nanti aku menyusul" suruh Kamil sambil memberi isyarat mata kepada Zaid.

Sudah hampir setengah jam Laura menunggu dan sabarnya sudah sampai limit. Kepala dia sudah mula berdenyut, air mata usah dikata banyak yang keluar. Perut yang mulai pedih akibat tidak diisi. Boleh dikatakan fizikal Laura sekarang ini sangat lemah dan dalaman sangat sakit.

Laura bangkit dari duduk lalu langkah kaki menuju kepintu untuk keluar dari kelas. Dia perlu pulang dan rehat. Esok masih ada banyak kerja yang harus dia siapkan di pejabat.

Laura ingin berpamitan dengan mereka dulu sebelum pulang tetapi langkahnya terjeda bila ada yang menegur.

"Akak Laura" tegur salah seorang pelajar.

"Akak buat apa dekat sini?" Soal pelajar itu lagi bila Laura Alaika hanya membatukan diri.

"Akak nak jumpa sir kamulah" jawab Laura sambil tersenyum manis.

"Akak tak tahu ke?" Soal pelajar itu membuatkan senyuman Laura Alaika mati.

"Sir Kamal dan bini dia dah balik setengah jam yang lalu sebab anak mereka ada dekat hospital. Sir Zaid pula baru saja balik dengan perempuan seorang lagi" terang pelajar itu dan minta izin untuk pergi.

Terasa diri ini bagaikan halimunan dan tidak penting kepada orang yang tersayang. Sekeping hati Laura Alaika bagaikan ditusuk dengan pisau belati. Sakit! Sakit sangat. Apakah dosa yang telah dia lakukan sampaikan Zaid sanggup buat dia sebegini?

"Hello, assalamualaikum Sya" salam diberi bila panggilan disambung.

"Anak kau okay?"

"Alhamdullilah, anak aku cedera sikit saja masa latihan. Kau kenapa ni Laura? Aku dengar suara kau macam nak menangis ni" instinct kawan baik. Syafikah tahu kawannya ini tidak baik-baik saja.

"Sya...." Belum sempat Laura bercerita kilang airmata bercerita dahulu. Syafikah dihujung talian cemas bila mendengar esak tangis sahabatnya.

"Sya aku nak kau buat jadual baru untuk aku. Aku nak yang mengajar aku tu orang lain bukan Zaid okay" arah Laura yang masih bersisa dengan air mata. Syafikah yang turut bersimpati dengan sahabatnya akan melakukan apa sahaja asal hati Laura Alaika tidak disakiti lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience