Bab 37

Drama Series 6057

Mata dibuka perlahan tetapi cahaya terang buatkan matanya tertutup kembali. Dia cuba untuk kali kedua berjaya tetapi cahaya yang terlampai terang buatkan mata dia sakit kemudian dikelip berkali-kali.

Kerongkong tiba-tiba rasa kering inginkan air. Mata yang terkebil-kebil memandang keatas cuba mencerna apa yang berlaku tetapi kepalanya terasa sakit sangat bila dia cuba untuk putarkan kembali ingatan terakhirnya.

Laura Alaika cuba untuk bangun dari pembaringanya tetapi tidak boleh kerana kaki dan tangan dia telah elok tergantung.

"Cik Laura, cik nak kemana?" Soal seseorang yang baru masuk kedalam bilik yang dia duduki.

"Saya dekat mana ni?" Soal Laura Alaika blur

"Cik dekat hospital lah" jawab Hanis.

"Hospital?" Berkerut wajah Laura Alaika menyebut perkataan hospital. Lama dia diam barulah mukanya kembali bercahaya. Dia sudah ingat kali terakhir dia pitam di pejabat akibat dibanting Dato'Izlan.

"Hanis air air" pinta Laura Alaika dengan suara seraknya. Tanpa buang masa terus tangan lincah milik Hanis menuangkan segelas air putih kepada Laura.

Hanis menekan butang untuk menegakkan katil pesakit daripada baring ke duduk untuk memudahkan Laura Alaika minum air. Setelah katil pesakit telah mengikut keselesaan Laura terus gelas air disua ke mulut Laura Alaika.

Hanis membantu Laura Alaika minum kerana tangan kanan miliknya elok tergantung dan tangan kirinya rasa sakit untuk diangkat terpaksa dia minum dengan bantuan Hanis.

"Alhamdullilah akhirnya cik Laura sedar jugak" ujar Hanis ucap syukur.

"Kenapa? Lama ke saya pitam?" Soal Laura Alaika.

"Lama tu tak lamalah tapi makan 3 hari jugak"

"Tiga hari!?" Terbeliak luas biji mata Laura Alaika.

"Ha'ah tiga hari. Tunang cik pun baru saja balik tadi sebab saya dan Raziz paksa dia balik. Dia tunggu cik dekat 3 hari tau. Dengan tak makan tak rehat, dia kata nak tunggu cik bangun sebab nak makan sama-sama dengan cik" cerita Hanis bersungguh.

Laura Alaika hanya membatukan diri dengar cerita Hanis. Bukan dia tidak mahu layan tetapi ada yang menganggu fikirannya.

"Bekas tunang" ujar Laura Alaika tiba-tiba.

"Apa?"

"Kami telah putus tunang, jadi dia bekas tunang saya" terang Laura kepada gadis muda itu.

Hanis hanya diamkan diri sahaja tidak mahu beri apa-apa komen. Dia tidak mahu menganggu kesihatan mental majikannya kalau dia soal lebih-lebih fasal hal peribadi Laura Alaika.

"Cik Laura saya panggilkan doktor ya" pinta Hanis lalu dibalas dengan anggukan kecil Laura Alaika.

Setelah mendapat kebenaran Laura terus butang diatas kepala Laura ditekan tidak mengambil masa yang lama muncul seorang doktor dan seorang jururawat yang setia ikut langkah kaki doktor itu.

Hanis meninggalkan Laura Alaika untuk diperiksa oleh doktor. Baru saja dia berura-ura ingin pergi tapi sempat dihalang oleh Laura.

"Hanis tolong jangan bagitahu orang lain yang saya sudah sedar boleh?" Pinta Laura Alaika dengan muka simpati. Berat juga untuk Hanis setuju tapi demi Laura Alaika yang sudah dianiaya dia setuju juga untuk merahsiakan hal ini.

Hanis menunggu diluar wad Laura. Sambil tunggu sambil dia termenung memikirkan masalah yang ditimpa Laura Alaika. Sungguh berat dugaan yang ditimpa majikannya.

"Hanis kenapa awak termenung luar wad ni? Ada orang melawat cik Laura ke?" Soal Raziz yang tiba-tiba muncul depan Hanis.

"Taklah doktor tengah periksa cik Laura"

"Dia sudah sedar ke?" Soal Raziz dengan nada gembira. Tidak dijawab oleh Hanis cuma dibalas dengan anggukan sahaja.

"Alhamdullilah! Kena bagitahu Zaid ni" dengan pantas telefon pintar dikeluarkan dari poket seluarnya.

"Jangan!" Halang Hanis dengan pantas.

"Kenapa?"

"Cik Laura sudah larang awal-awal lagi"

"Tapi kesian Zaid, sudah tiga hari dia jaga cik Laura takkan kita nak hampakan dia" protes Raziz.

"Mungkin ada sebab cik Laura buat macam tu. Lagipun cik Laura sudah tegaskan yang encik Zaid adalah bekas tunang dia" perkataan bekas tunang sengaja Hanis kerasakan supaya Raziz faham dengan permintaan majikan mereka.

Lama Raziz diamkan diri fikirkan permintaan Laura akhirnya dia akur. Telefon pintar dimasukkan kembali kedalam poket seluarnya. Hanis yang lihat Raziz menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya permintaan Laura dimakbulkan.

"Cik Laura nak makan?" Soal Raziz memecahkan sunyi. Sejak dia masuk tadi Laura hanya bisukan diri seolah-olah dia sedang fikirkan sesuatu.

"Oh, boleh juga dari tadi lagi sebenarnya saya lapar cuma tak terluah nak cakap" ujar Laura lalu tersengih sendiri.

Tangan Raziz lincah menyediakan makanan untuk Laura dan dibantu juga oleh Hanis.

"Raziz ada tak orang bawa barang saya? Macam baju ke apa ke?" Soal Laura buatkan tugas Raziz tadi terjeda seketika.

"Ada, kenapa cik?"

"Mana?" Soal Laura bersungguh. Dengan pantas Raziz ambil beg yang diletakkan dibawah katil lalu diberikan kepada Laura.

"Cik nak buat apa?" Pertanyaan itu dibiarkan seperti angin lalu dan kemudian beg itu dibuka. Ada beberapa helai baju laura semuanya cukup.

"Hanis bantu saya boleh?" Kini soalan dituju kepada gadis muda itu pula.

"Boleh" sahut Hanis dengan senang hati.

"Tolong saya pergi tandas dan tolong saya salin baju. I cannot do it by myself" pinta Laura Alaika. Tanpa basa-basi terus tubuh gadis itu beralih kearah kerusi roda dan dibawa ke sisi katil Laura Alaika.

Laura Alaika dibantu oleh Raziz dan hanis untuk berpindah ke kerusi roda. Sangat payah untuk Laura bergerak kerana sakit dibadan masih lagi menyengat walaupun sidah tiga hari dia tidak bergerak.

"Ingat Laura awak tidak boleh berjalan untuk beberapa bulan ini kerana kaki kanan awak sudah patah dan ankle kaki kiri awak terseliuh sangat teruk. Tangan kanan awak pula patah dan tangan tulang tangan kiri pula retak. Saya tidak tahu pula dengan sekali banting saja awak boleh cedera macam kena langgar lori dengan lebam dan bengkak macam sebelum ini awak kena pukul dengan teruk" ujar doktor Khalid ketika dia periksa keadaan Laura Alaika tadi.

"Memang saya kena pukul pun sebelum saya dibanting dan pengsan" ujar Laura Alaika tenang.

"Ini kes teruk ni, awak kena lapor ke pihak yang bertanggungjawab" cadang doktor Khalid serius dengan kes pesakit dia.

"Jangan risau doktor saya tidak akan berdiam diri" tegas nada suara Laura Alaika menandakan yang dia memang serius dalam hal ini.

"Cik!"

"Cik Laura!"

"Hello! Cik Laura!"

Terbang segala perbualan dia dengan doktor Khalid sebentar tadi. Kini depan muka dia ada tangan yang sedang melambai kekiri dan kekanan.

"Ya kenapa?" Soal Laura Alaika cemas bila disergah begitu.

"Kenapa cik termenung? Sudah naik lenguh tangan saya nak suap cik ni" kata Hanis sambil tunjuk tangan kanannya yang pegang sudu yang berisi nasi dan lauk.

"Eh, maaf saya mengalamun" pinta Laura lalu dia nganga mulut untuk menerima suapan dari Hanis.

"Cik fikir apa?" Soal Raziz yang dari tadi diamkan diri melayan nasi ayam miliknya.

"Fikirkan keadaan saya sekarang ini" setelah semua butir nasi ditelan barulah Laura jawab soalan Raziz.

"Saya pun nak tanya apa yang terjadi dengan cik dalam bilik tu? Sampai keluar tak boleh jalan?" Soal Hanis pula meluahkan apa yang terbuku dalam hati.

"Benda saya nak lupakan Hanis. Sangat perit untuk saya ingat" jauh pandangan Laura lemparkan berharap segala kejadian lepas tidak terulang lagi diminda.

"Raziz, Hanis boleh saya nak menyusahkan awak lagi?" Kali ini dia berharap dua insan didepannya dapat menolong dia untuk kesekian kali.

"Apa-apa sahaja untuk cik" ujar Raziz bersungguh.

"Saya pun cik!" Hanis pula bersemangat.

Tidak semena-mena bibir Laura Alaika terukir satu senyuman manis. Dia terharu kerana masih ada algi orang yang sanggup nak menolong dirinya.

"Tapi kita nak buat apa cik?" Soal Raziz.

"Ke balai polis"

"Tapi buat apa? Kan Dato'Izlan sudah ditangkap" soal Raziz lagi.

"Ada seorang lagi"

"Seorangl lagi!? Siapa!?" Kali ini suara Raziz dan Hanis bergabung buatkan ruangan wad itu bergegar dengan suara padu mereka.

"Aduh! Sakitlah telinga saya. Telefon saya mana?" Baru dia teringat tentang telefon dia. Telefon itu tidak boleh hilang kerana segala bahan bukti kekejaman orang tua gatal itu ada dalam telefon dia.

"Kejap saya ambil" lalu Raziz menyelongkar beg pakaian milik Laura dan iPhone Laura diambil. iPhone itu bertukar tangan dan dengan pantas Laura menekan skrin telefon sebelum diserahkan kepada dua manusia didepannya.

Video yang dimainkan menunjukkan Laura dibanting, dihempas, dilempar, dihentak, ditendang, disepak, dipukul, ditampar dan ditindih tanpa belas kasihan oleh orang tia gila itu.

"Ya Allah! Cik! Sebab itulah cik cedera dan lebam sini sana tu" ujar Hanis sambil menekup mulutnya akibat terkejut. Laura tidak menjawab hanya anggukan kepala sahaja.

"Cik nak pergi balai bila?" Soal Hanis.

"Sudah saya tukar baju ni kita pergi sekaranglah" jawab Laura sambil tunjuk kearah badan dia yang telah bertukar dari baju pesakit hospital ke baju kemeja putih miliknya.

"Jom!" Kini Hanis sudah berdiri untuk membantu Laura berpindah semula ke kerusi roda. Laura tidak membantah kerana dia mahu cepat selesaikan masalah ini. Lagi menarik kerana kecederaan badan dia boleh mengukukuhkan lagi bukti.

"Kita sumbat orang tua tak guna tu kedalam penjara" ujar Hanis begitu sinis. Laura yang dengar dia sendiri yang takut dengan tekad anak gadis muda itu.

Ada dendam ke Hanis dengan Datuk Megat Rafi? Atau memang ada sejarah antara mereka? Nantilah dia tanya yang penting sekarang dia perlu keluar dari sini sebelum Hans, granny atau Zaid sampai untuk melawat dia. Laura tidak mahu bersua muka dengan mereka semua kerana hatinya masih sakit dengan apa yang telah berlaku. Biarlah dia memujuk diri dia sendiri. Dia perlukan masa.

"Tapi cik tak boleh keluar lagi. Kan cik baru sedar" halang Raziz dengan wajah cemas.

"Tak apa saya sudah kautim rapat-rapat dah dengan doktor Khalid" lalu senyuman nakal terbit dibibir cantiknya.

BERSAMBUNG....................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience