28

Romance Series 4458

Asyraf tolak pintu biliknya lesu. Kemeja yang dia pakai tadi dibuka lalu disangkut dibelakang pintu. Tubuhnya direbah diatas katil singlenya. Penat betul.

Melaka– Skudai, dekat tiga jam perjalanan. Belum masuk budak dua orang tadi sibuk nak buat Le Tour de Melaka lagi. Adoyai! Diajak singgah rumah Iman lagi. Beria Iman kata parents dia takde kat rumah. Umi dia ada seminar dekat Terengganu, abah dia, sebab dah lama pencen, memang kerja temankan umi Iman je kemana-mana. Nasib baik opah dia tak ikut sama. Kalau tak, sia-sia je tadi ziarah rumah.

“ Opah!” jerit Iman girang sebaik keluar dari Swift Asyraf. Laju dia berlari memeluk opahnya yang tengah dok bagi ikan makan.

“ Iman?” Iman tersenyum girang. Rindunya dengan opah! Dah sebulan lebih dia tak balik Melaka. Busy!  “ Kenapa lama tak balik? Ni apa mimpi boleh tiba-tiba sampai sini?”

Iman menarik tangan opah duduk dikerusi yang tersedia. “ Kan Iman dah cakap kawan Iman kahwin hari ni dekat Batu Berendam. Opah ni..” Asyraf dan yang lain-lain tunduk menyalami opah mesra. “ Ni kawan-kawan Iman sama study dekat Skudai.”

Opah mengangguk faham. “ Oh, kalau tak memang tak baliklah kan?”

Iman tersengih. “ Busylah, opah.”

“ Hmm, yelah. Opah masuk kejap buat air.” Opah sudah berkia-kira nak bangun, pantas dihalang Iman.

“ Kitorang baru lepas makan kenduri Opah. Kenyang lagi. Karang banyak minum air, jenuh pulak singgah R&R banyak kali,” lembut Asyraf berkata.

Opah tak jadi bangun. Duduk semula. “ Ni siapa nama?”

Asyraf tersenyum. “ Asyraf, Opah.”

“ Asyraf je?” Opah dah buat gaya interview dia.

“ Hafiz Asyraf bin Said, Opah.” Asyraf masih dengan senyum dibibir yang tak lekang dari tadi.

Opah mengangguk. “ Asal mana?”

“ KL. Parents memang asal situ.”

“ Sama kursus dengan Iman?”

Asyraf mengangguk. “ Sama kelas pun.”

Opah mengangguk faham. “ Yang ni?” Opah menunjuk pada Sabri disebelah Asyraf pula.

“ Ahmad Sabri bin Ismail, Opah. Asal JB. Saya tak sama kursus dengan Iman. Saya ambil IT.” Lengkap jawapan Sabri.

“ Kamu perli Opah ke?” Opah mengangkat keningnya.

Sabri dah cuak. Cepat-cepat dia menggeleng. “ Tak, Opah.”

“ Hmm, yalah. Kamu?” giliran Azira pula.

“ Azira Sulaiman. Saya asal Penang, Opah.”

“ Oh, Penang tang mana?” Opah dah keluar loghat Utara plastik dia. Iman sembunyi senyum.

“ Bayan Lepas.”

Opah mengangguk faham. “ Semua jauh-jauh. Yang ni je dekat dengan rumah, ye? Selalu baliklah ni?” Opah menyoal Sabri.

Sabri tersenyum lagi. “ Kadang-kadang je, Opah. Final sem ni, banyak kerja.”

“ Opah, Iman masuk dulu. Tak Asar lagi ni.” Iman bingkas bangun. Nampak gaya, Opah banyak nak soal siasat. Baik dia angkat kaki, solat dulu. Azira turut sama bangun.

Opah hanya memerhati Iman bergandingan dengan Azira masuk. “ Rapat dengan Iman kat universiti tu?”

Asyraf tersentak. Erk? Opah tengah renung tajam dia. Alamak! Aura membunuh! Seram ni! Salah jawab, alamatnya, tak balik aku hari ni! Dia cuba menenangkan dirinya. Senyum ditarik sedaya upaya. Mana tahu, Opah lembut hati tengok dia senyum. Hehe..

“ Rapatlah jugak. Banyak juga assignment kena buat sama,” sedaya upaya Asyraf menerangkan.

“ Dah ada girlfriend?” Sabri menutup mulut dengan soalan Opah tu. Luar silibus!

Asyraf masih tersenyum. “ Belum, Opah.”

Opah mengerutkan kening. “ Boleh percaya ke?”

Eh, Opah Iman ni. Kaki gosip juga! Patutlah Iman pun Joyah semacam je kadang-kadang. “ Betul Opah. Takde orang nak.”

“ Ke kamu nak try cucu Opah?”

Sabri dah tak dapat tahan gelak. “ Pandailah Opah teka!”

Opah mengangkat kening. “ Betul ke?”

Asyraf menjeling Sabri tajam. Suka hati je tabur fitnah! “ Mana ada Opah. Kitorang kawan sekelas je. Selalu kena buat assignment sama. Tu je.”

Opah mengangguk faham. “ Baguslah kalau macam tu.  Opah bukan apa, cucu Opah tu baru 23. Dia ada cita-cita besar. Opah tak nak pasal hal muda-mudi ni, cita-cita dia terkubur macam tu.”

Asyraf tersenyum memandang siling biliknya. Betul kata Opah. Iman memang sangat ambitious. Sampai naik risau dia dibuatnya. Karang semua lelaki takut nak dekat kalau dah jawatan tinggi sangat. Iman..Iman.

“ Senyum kenapa, Asyraf?” SuaraAmar mematikan lamunan Asyraf.

Asyraf mengerutkan kening. “ Bila masa kau masuk?” Dilihatnya Amar sedang menyusun buku di meja studinya.

“ Sempatlah tengok ada orang tu sengih-sengih macam tengah angau.”

Asyraf tertawa. “ Macam-macamlah kau!”

“ Amacam kenduri member kau? Best?” Amar sudah duduk di atas katilnya.

Asyraf mengangkat bahu. “ Biasalah. Macam kenduri kahwin orang lain juga. Yang best tadi, dapat jumpa member-member lama.”

Amar tersenyum. “ Lepas tu imbas memori zaman sekolah kan? Zaman nakal-nakal dulu. Zaman fly. Zaman buat jenayah bagai, kan?”

Asyraf tertawa lagi. Tepat sekali! Memang itu yang digosipkan tadi. Memang seronok kalau imbas balik zaman dekat asrama dulu. Masing-masing, nakalnya, MasyaAllah. Memang patut pun dulu satu Aspura kena sebat dengan Warden.

“ Anyway, tadi tengok nikah sama, kan?” Asyraf mengangguk. “ Ada tak sampai seru kau nak nikah?” sakat Amar.

Asyraf mengerutkan kening. Kahwin? Mengarutlah! “ Biasa je. Takde seruan tu sampai pun kat telinga aku ni.”

“ Asyraf..Asyraf. Dah berapa bulan kau tak korek telinga? Ke kau ni terlalu heartless? Pelik aku. Orang kata kalau dengar khutbah nikah tu, boleh touching, woo!”

Asyraf mengangkat bahu. “ Entah? Biasa je aku dengar tadi.” Sebetulnya, bukan dia dengar sangat. Jauh kot duduk! Dahlah tak pakai mic! Kedekut betul Syakila dengan Aiman ni!

“ Sesungguhnya, kaulah manusia paling heartless yang pernah aku jumpa, Asyraf.” Amar menggeleng-gelengkan kepalanya. “ Lagi korang pergi mana tadi? Pergi rumah Iman tak? Dia kan Melaka mari jugak.”

“ Ada singgah solat situ tadi. Lepas tu, jalan-jalan Tour de Melaka.”

Melaka mengangguk. “ Jumpalah parents Iman?”

“ Takdelah. Parents dia dekat Terengganu. Ada seminar. Opah dia adalah tadi.” Asyraf mengerutkan keningnya. “ Yang kau tanya macam-macam pasal Iman ni kenapa, bro?” beria-ia pulak si Amar ni nak tau pasal Iman ni. Ada apa-apa yang dia patut tahu ke?

“ Eh? Takkan nak tau pasal member pun tak boleh?” Amar alih pandang. Karang pecah lubang!

Asyraf mencebik. Sangatlah dia percaya cakap Amar tu. Kawan konon!

“ Ada beli ole-ole tak?”

“ Banyaklah kau punya ole-ole! Ingat aku pergi holiday ke?”

Amar tertawa kuat. “ Bukan eyk?”

Asyraf membaling bantalnya kemuka Amar. Bukan boleh layan sangat Amar ni! Kadang-kadang datang bengong kepala dia, jenuh nak layan.

“ Eh, anyway, tadi aku jumpa Dr. Imran.” Amar kerut kening. Punca?

“ Apa kes?”

Asyraf tersenyum. “ Dia rupanya uncle kawan aku yang kahwin tu! Terkejut gila aku dengan Iman tadi.”

“ Wow! Amacam dia kat luar lecture?”

“ Biasa je. Macam uncle orang lain jugak. Tapi, ketaq lutut jugakla. Nervous aku tadi.”

Amar  dah ketawa. Macam-macam Asyraf ni! Takkan jumpa lecturer pun boleh nak beria debar macam tu?

“ Kau gelak?” Asyraf membulatkan matanya. “ Dia garang gila kot! Dahlah tak ingat nama aku tadi. Iman je diingatnya.”

Amar tertawa lagi. “ Mestilah! Student kesayangan dia tu!”

“ Merangkap bakal menantu.”

Laju Amar memandang Asyraf yang selamba mencapai tuala sebelum masuk kedalam bilik air. Apa maksud Asyraf? Menantu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience