45

Romance Series 4458

Habis meeting, Amar kemas barang-barang dia lepas tu masukkan dalam briefcase yang dia bawak. Hari ni kira dia outstation. Half day. Boleh berjimba kejap. dia senyum.

Dia bangun nak keluar. Sampai dekat area Dato’ Said, Uncle Daud, dengan siapa lagi entah dia tak tau tengah serius sembang, dia berhenti. Ingat nak salam tanda hormat.

“ Great job, En. Amar.” Uncle Daud tepuk bahunya.

“ Thanks. Glad that I got to corperate with such a huge company.”

Dato’ Said senyum. “ Kenapa Hazim tak datang?”

“ Dia kena attend seminar dekat Langkawi.”

“ Dia tu, dah tua pun rajin pergi seminar yang untuk newbies je.”

Amar pandang Uncle Daud yang baru lepas cakap pasal Pak Su dia tu. Eh, orang tua ni! Ingat Pak Su suka-suka ke pergi?

“ Biarlah. Dia nak kenal dengan orang baru. Baguslah. Support orang baru.” Dato’ Said back up Pak Su. “ By the way, tak tau pulak Hazim ada anak dah besar.”

“ I’m not his son. He’s my Pak Su.”

Dato’ Said angguk. “ Yeah, he did said that this is family business. So, you’re who’s son?”

“ Hashim.”

“ Oh, Hashim! Sebelum Hazim dia CEO. You anak dia?”

Amar angguk. Papa Asyraf ni kenal ke ayah?

“ No wonder you did a brilliant job. Just like your father.”

“ Dato’ kenal ayah saya?”

“ Kenal nama je. Ada Hazim cerita. Eh, jomlah join lunch.” Dato’ Said tepuk bahu Amar. suka dia dengan Amar ni. Dia nampak potensi yang dimiliki Amar.

“ Eh, takpelah, Dato’. Saya ada kerja nak kena settle.” Dia malas sebenarnya lunch dengan golongan korporat ni! Jenuh dia kena makan pakai sudu garfu bagai!

“ Ok, next time, maybe.”

Amar senyum je. Dia minta diri keluar dari bilik mesyuarat tu.

“ Amar!”

Asyraf yang dari tadi tunggu Amar dekat tepi pintu bilik mesyuarat panggil Amar.

“ Lah, kau!”

“ Lunch jom!”

Amar tersedak. “ Kau apa?”

Asyraf sengih. “ Aku lagi dua bulan pergi Manchester. MBA.”

Manchester. Iman! Amar pandang Asyraf yang tengah suap nasi masuk mulut dia tu. Apasal rasa tak sedap hati sangat?

“ Kenapa tiba-tiba?”

“ Papa suruh. Kau pun tau aku punya future path dah decide sejak aku lahir lagi kan?”

Amar angguk.

“ Kau pun nampak macam mana dia tak happy masa aku present tadi. Ada je tak puas hati.”

Yeke? Dia takde pun rasa macam tu. Yang tak puas hati tu, Uncle Daud tu!

“ Memang dari awal, dia dah plan, habis degree, aku kena buat MBA. Tapi, aku minta tangguh kejap sebab nak kerja. Malas aku belajar bisnes!”

Amar pandang Asyraf. Kesian pulak dekat kawan dia yang sorang ni. Memang tak best lahir dalam sudu emas macam Asyraf ni. Nasib baik company Pak Su takdelah besar macam company papa Asyraf.

“ Aku memang prepared to have both technical and management skill. Sebab papa aku rasa, better untuk aku tau both.”

Amar angguk. Memang pun! Kalau boss pakar management je, mesti tak faham staff rasa apa! Tau arah je!

“ So, next september, kau fly lah ni?”

“ Yup! Same flight dengan Iman.”

Amar kerut kening. Apasal dia tak tau pun? Iman takde pun nak cerita dekat dia! Last diorang jumpa, Iman just cerita Opah tolong back-up dia pujuk abah dengan umi dia. Tu je Iman cakap. Takde pun cerita pasal Asyraf ni!

“ Kau ni. Menung apa?” Asyraf sedut mango blended yang dia pesan.

“ Happy sebab sorang lagi kawan aku nak fly.”

Asyraf senyum.

“ Teman aku shopping barang, preparation nak pergi, ok?”

Amar gelak. “ Kau ingat Ipoh-KL, macam Ipoh-Kampar yang aku boleh datang semata nak teman kau shopping?”

“ Sampai hati kau, kan? Aku tuanglah minyak untuk kau.”

Amar gelak lagi. “ Ajaklah Izham.”

“ Dia tu leceh. Karang, semua barang aku pilih dia tak setuju.”

“ Nanti aku fikirlah macam mana.”

Iphone Asyraf atas meja berbunyi.

“ Assalamualaikum, Iman?”

Sebaris nama tu, buat Amar angkat wajah pandang Asyraf.

“ Aku tengah lunch.” Asyraf pandang Amar. “ Teka dengan siapa?”

Amar rasa hatinya sakit dengar Asyraf borak dengan Iman macam tu. Alamak, hati ni pun!

“ Dengan Amarlah.” Asyraf senyum. “ Dia ada meeting dengan company papa.”

Tak tau kenapa, gaya Asyraf sebut perkataan papa dekat Iman tu, buat macam diorang tu, ada satu ikatan yang dia tak boleh nak leraikan pun.

“ Nak cakap dengan dia?”

Asyraf hulur Iphone dekat Amar.

“ Hmm, hello?”

“ Garangnya you!” Suara Iman terkejut bila Amar sapa dia.

Amar buat muka selamba. Asyraf pandang Amar sekilas, lepas tu dia suap nasi masuk mulut. Teringat pulak malam dekat Lido. Yang buat hati dia sakit sangat! Yang buat, dia faham apa rasa hati dia sekarang.

“ You ajaklah Asyraf datang Ipoh.”

Amar kerut kening. Punca Iman nak Asyraf datang Ipoh?

“ Bolehlah shopping barang sekali. Dia boleh tidur rumah you.”

“ Cik Iman, what makes you think that I’ll agree?”

“ Sebab you kawan I.”

Perakataan kawan tu, buat jantung Amar luluh. Am I just a friend to you? Patut aku terima je cadangan ayah dengan abah Iman! Takde sakit pulak hati ni sekarang!

“ Please, Amar.”

Amar mengeluh. “ Yelah.”

“ Thanks.” Suara Iman dah ceria balik.

Amar hulur Iphone dekat Asyraf.

“ Apa dia cakap?” Asyraf pandang Amar.

“ Dia ajak kau datang Ipoh. Shopping sekali.”

Friend? And who’s him to you?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience