89

Romance Series 4458

Fail berisi segala dokumen penting dimasukkan dalam sling begnya. Fuh! Settle mendaftarkan diri dekat Education Malaysia punya office ni. Minta-minta lepas ni, takde apa dah yang dia kena ulang alik ke sini.

Mujur dia study dekat London kali ni. Kalau dulu, dari Manchester, dia pos je dokumen semua. Lepas tu, pandai-pandailah follow up dengan officer. Ni, dah senang terus je dia hantar by hand.

Matanya melilau mencari kelibat Amar. Mana pula dia ni? Tadi orang ajak naik sama, kata malas!

Ni, dah menghilang entah kemana pula. Kot hilang nanti, mau dia kena soal siasat dengan ibu, ayah, umi, abah, belum masuk opah lagi!

Dia menuju kearah Malaysian Hall punya kafe yang terletak bersebelahan je dengan office Education Malaysia ni. Mana tau, Amar tiba-tiba pula nak pekena nasi lemak?

Pintu ditolak. Ramainya orang! Rata-rata, dah sah-sah Malaysian. Sebab sini je yang kira paling murah kalau nak terasa rindu nak makan Malaysian foods. Tempat lain, punyalah mahal!

Eh? Takde pula Amar ni kat sini. Keningnya digaru. Mana pula? Dia melangkah keluar semula dari kafe itu.

Xperia Z2nya dicapai dari kocek jaket parka yang disarung. Segera didail nombor telefon Amar. Takkan dah balik dulu kot?

Tadi beria-ia Amar kata nak shopping rempah ratus bagai dekat ada satu oriental market area ni. Bersemangat lelaki tu nak masak konon-konon!

“ Where are you, Amar?”

Terus disoal apabila panggilannya berjawab.

“ Amboi, datang London terus tak reti bagi salam dalam telefon?”

Sempat lagi tu nak kenakan orang!

“ I dekat Hyde Park ni.”

Kening Iman bertaut. Apa kes Amar melepakkan diri dekat Hyde Park? Layan jiwang apa?

“ You dah kenapa pergi sana?”

“ Tunggu you lama sangat depan pejabat tu tadi. Malas I ramai sangat terserempak dengan Malaysian. Siap ajak borak bagai.”

Iman senyum. Anti-social Amar. Orang ajak borak pun, nak lari.

“ Are you coming here or not? Ke nak I ke sana?”

“ I datang sanalah. Boleh lepak dekat park.”

Xperia Z2nya kembali disimpan dalam kocek jaketnya. Segera dia menyeberang jalan untuk ke Hyde Park.

Kelibat Amar dicari di taman yang terletak ditengah kota London ni. Tak ramai pula orang kat sini.

Dia senyum apabila ternampak Amar yang sedang khusyuk menulis sesuatu. Sejak bila pula Amar jadi poet ni?

Segera dia melangkah kearah kerusi yang diduduki Amar. Tiba-tiba, langkahnya terhenti. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling.

Kenapa macam familiar sangat kejadian ni? Macam deja vu. Tangan didalam kocek jaket parka dibawa keluar.

Hyde Park. Winter. Tak ramai orang. Jaket parka. Dan, lelaki bertopi. Darahnya berderau apabila pandangannya bersabung dengan renungan Amar. He wears a cap too. That eyes!

Dan, apabila Amar senyum padanya, terasa dunia seakan berhenti berputar. Ya Allah! Terima kasih.

Kau kurniakan aku dia dalam hidupku. Untuk menemani diriku. Untuk sama-sama berpimpinan denganku ke jannah-Mu. Terima kasih Ya Allah.

Tak pernah disangka, Amar Haziqlah imam yang dicarinya selama ini. Yang dia selalu ingat makhluk perosak hanya dengan dressing yang bersepah macam budak duduk tepi jalan. Yang pada fikirannya memang tak boleh nak buat kawan langsung sebab baginya mereka tak ngam langsung!

“ Why so serious, Iman. Relax. Takkan nak discuss on studies je?”

Dengan dia punya hidup takde rules, ikut sedap dia je. Sampai kadang-kadang, dia yang begang tekanan dengan Amar punya selamba tu.

“ Dia tu, kaki clubbing kau tau. Hari-hari kerja lepak Zouk. Aku tak faham macam mana dia boleh jadi room mate Imam Muda Asyraf tu.”

Dan, itu Amar dimata semua yang mengenali lelaki itu. Lelaki itu terkenal hanya sebab dia punya tabiat yang satu tu.

Tapi, semuanya berubah. Persepsinya pada lelaki bernama Amar Haziq ini berubah sama sekali apabila air mata lelaki itu tumpah dihadapannya. Amar Haziq, bukanlah seperti yang disangka orang lain. Dia mula belajar sisi lain seorang Amar Haziq. Yang ke Zouk, bukan kerana dia nak togak arak ke apa.

“ Bagi I, itu bukan hari I hilang abang I je. I lost everything on that day. I lost my dream. I lost my trust. I lost myself. I lost my parents too on that day.”

Lelaki itu hilang dalam dirinya sendiri. Apabila dia kehilangan insan yang paling rapat dengannya dalam hidup, dan dia hilang kepercayaan insan-insan yang dia paling sayangi. Dia seolah hilang hala tuju. Apatah lagi, satu-satunya yang sudi menghulur tangan padanya kala itu, bukanlah seorang Muslim.

Dan, dia terpanggil untuk turut menghulur tangan pada Amar. Dia tak tau kenapa pada mulanya. Dia tak nak Amar terus-terusan menyalahkan takdir. Menyalahkan diri sendiri. Dan, dia tak nak Amar sendirian lagi.

Itu janjinya dari dulu. Entah apa yang merasuk dirinya untuk berbuat janji yang satu itu, dia pun tak tau. Mungkin Allah nak melorongkan Amar padanya. RahsiaNya, siapa yang tahu?

Mungkin pada Amar, dirinya yang banyak menerima. Tapi, bagi Iman, dia yang lebih banyak menerima dari Amar.

Pembakar semangatnya. Itu Amar padanya. Dan, melihat Amar yang semakin laju meninggalkannya, dia jadi semakin tercabar. Lelaki itu semakin hebat. Bukan sahaja menjadi orang kepercayaan dalam bidang seni bina yang baru saja dia ceburi, tapi juga, usahanya ke jalan dakwah, membuatkan dia semakin mengagumi lelaki itu.

Amar yang dia kenal masa mereka umur lapan belas, keep evolutioning. Saban hari, Amar akan bergerak maju setapak kehadapan tanpa menoleh kebelakang lagi. Unstoppable. Itu Amar Haziq padanya.

Amar buat dia jadi dia yang hari ini. Siapa dia hari ini, semuanya kerana insan bernama Amar. disaat dia ragu dengan masa depannya, Amar tampil meminjamkan bahu untuknya bersandar. Menyokongnya agar tidak jatuh. Dan, terus mengejar impiannya.

“ Now, go and get your dream. Never give your dream up. No matter how tiring it’ll be, how frustrating it’ll be, never give up, will you?”

Satu-satunya yang menghulur tangan setiap kali dirinya rebah, ialah Amar Haziq. Lelaki itu, tak putus-putus tanpa jemu menyokongnya untuk berdiri semula dan maju kehadapan.

Terima kasih Ya Allah. Kau kurniakan aku dia.

Tangan kanannya tiba-tiba terasa diraih. Dia menoleh kekanan. Senyum Amar dibalasnya.

Ya Allah, berkatilah hidup kami. Dan, tunjukkan kami jalan ke JannahMu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience