75

Romance Series 4458

“ Iman, flight kau hari apa?”

Asyraf pandang Iman yang tengah isi borang nak pos barang-barang balik Malaysia. Minggu depan, dia akan balik Malaysia. Lepas tu..

“ Jumaat ni.”

Tenang Iman jawab. Dia hulur borang yang dah siap diisi kepada pegawai dihadapannya. Dia jalan kearah kotak yang beisi barangnya yang nak dipos balik Malaysia. Banyak juga!

“ Awalnya!”

“ Kau?”

Iman duduk disofa yang tersedia sementara menunggu kotaknya diproses.

“ Isnin depan.”

“ Apasal lambat pulak kau balik? Dating eyk?”

Iman sengih mengusik. Mana tau! Asyraf nak mendatingkan diri dengan siapa-siapa. Bukan boleh predict dia ni!

“ Ish kau ni!”

Asyraf kerut kening. Itu yang Iman fikir?

“ Aku dating dengan kau je selalu.”

Rendah suara Asyraf tapi, masih dapat Iman tangkap. Dadanya berdebar semacam. Dah kenapa dia ni? Dah sah-sah Asyraf tu main-main. Bila masa diorang dating? Keluar sama, selalu, tapi, tu bukan kategori dating. Lebih kepada, lepak sama-sama.

Cool Iman.. Cool.. Dah kenapa nak fikir benda mengarut semua? Dia kan kawan kau! Iman geleng kepalanya.

“ Woi! Dok geleng-geleng kenapa?”

Iman tersentak. Dipandang Asyraf yang tengah pandang dia pelik.

“ Kau ni. Gugur jantung aku!”

Asyraf sengih. tak sabar nak balik Malaysia!

“ Kau balik Malaysia, terus ke Ipoh?”

Iman angguk. Mestilah!

“ Dah tu, nak pergi mana lagi aku? Dah sah-sah rumah aku kat sana.”

Asyraf garu kepalanya.

“ Mana tau, singgah rumah bakal mentua ke dulu?”

Saja dia kasi hint dekat Iman. Harap Iman faham apa ada dalam hati dia sekarang.

“ Siapa pulak?” Iman tunduk berfikir. “ Izham?”

Asyraf tepuk dahi.

“ Izham?”

Macam mana boleh interframe pulak Izham ni? Bila masa wujud Izham dalam cerita diorang ni?

“ Dah tu? Siapa pulak?”

Iman dah pelik. Siapa lagi kawan-kawan yang duduk KL? Izham je. Zaid, Laili, memang duduk KL. Tapi, family masing-masing kat tempat lain.

“ Kau nak singgah rumah dia dulu ke baru balik Ipoh?”

Asyraf cuba pancing. Mana tau, ye Izham dengan Iman. Sebab, Izham pun, boleh tahan rapat dengan Iman sebab selalu dulu Iman ajar dia masa study. Mana tau, time-time tutorial, boleh sangkut?

“ Takde masa aku singgah rumah dia. Tapi, dia memang ada kata, nanti dia, Laili, Zaid datang KLIA.”

Takde kerja dia nak singgah rumah Izham. Dah kenapa? Lainlah kalau rumah Laili ke, macam ada faedah jugak!

Asyraf tarik nafas lega. Susah payah je dia sangka pelik-pelik tadi. Dia senyum. Kalau ya tiada siapa dalam hati Iman tu, maknanya, bolehlah dia laksanakan plan dia nanti.

“ Balik Malaysia plan kau apa, Iman?”

Plan? Iman garu kening. Dia dah apply PhD di UCL. Tengah tunggu offer letter. Ada rezeki, bolehlah dia sambung kat sana pula.

Tapi, tak bagitau lagi umi dan abah. Risau pulak kalau ditolak mentah-mentah. Nak further master pun, jenuh je dia kena minta izin.

Harap-harap, umi, abah dan opah benarkan dia sambung lagi disini. Kalau green light dia terima, January depan, dia akan terbang balik ke UK.

“ Plan makan puas-puas. Tidur puas-puas.”

Iman sengih.

“ Kau ni. Itu yang kau fikir?”

Asyraf geleng kepala. Dia tanya sebab nak tau kot-kot Iman plan nak further PhD ke? dekat Malaysia ke, kat sini?

“ Lama dah tak makan Opah aku masak! Rindu dah aku dengan gulai tempoyak Opah.”

Tekak Melayu dia, lama dah kebulur nak makan gulai tempoyak! Sini, mana nak cari tempoyak! Ikan pun, mahal nak mampus!

“ Kau ni lah.”

Asyraf geleng lagi.

“ Kau, balik sambung kerja dengan papa kau?”

“ Yup. Masuk management kot.”

Memang itu plan yang diatur Dato’ Said. Dia balik Malaysia, sambung kerja. Tapi, bahagian pengurusan. Bukan lagi surveyor macam dulu. Meski dia lagi suka kerja luar, tapi, papanya awal-awal dah rancang itu ini. Tambahan bila teringat perbualan terakhir dengan papanya.

“ Business semua ok, papa?”

Saja Asyraf tanya bila dari tadi Dato’ Said asyik tanya pasal studinya saja. Penat dah dia jawab itu ini.

“ Biasalah business. Mesti ada turun naik.”

Asyraf dah pelik.

“ Maksud papa?”

“ Adalah sikit-sikit rugi.”

“ Kenapa, papa?”

“ Kita kalah beberapa tender yang ditawarkan kepada our major client. Ada company yang tawarkan harga lagi baik. Even client to, our regular, tapi, bila ada offer lagi best, siapa-siapa pun nak lari kan?”

Asyraf pelik. Macam ada yang tak kena je! Walaupun dia takdelah pakar sangat dalam management, tapi, dia macam pelik bila hilang tender dari client tetap syarikat.

“ Papa dah siasat?”

Terdengar papanya ketawa.

“ I’m alone in this battle, Asyraf. Papa pernah cakap kan? Sebab tu, I can’t wait for you.”

Sebab tu, dia tekad, balik Malaysia, dia akan terus masuk management. Nak siasat kenapa sampai banyak sangat tender yang mereka hilang.

“ Wei! Berangan!”

Asyraf angkat kepala.

“ Aku dah settle. Orang tu panggil kau. Nak uruskan kotak-kotak kau pulak.”

Iman geleng kepala pandang Asyraf yang tengah jalan kearah kaunter tu. Entah apa yang Asyraf berangankan, entah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience