Iman duduk dikerusi yang tersedia diluar masjid Central London ni. Tunggu Asyraf dan Zaidi siap solat. Lenguh juga kaki berjalan dekat London tak berhenti-henti dari semalam diorang sampai sini.
“ Penat?” Amalina, isteri Zaidi duduk disebelah Iman.
Iman angguk. “ Lepas ni, nak jalan mana pulak kita?”
“ Makan kot dekat Malaysian Hall. Lapar dah kan?”
Iman senyum. Memang lapar pun! Tapi, dia ada je bawa biskut, bekal. Semalam sampai London dari Manchester, terus Asyraf ajak jalan ke Leicester Square sebab dia dah beli tiket tengok musical Billy Eliot. Zaidi dan Amalina pun, tak kisah. Ikut je plan yang Amar buat. Takkan dia, kata tak nak pulak kan? Dah datang London, takkan nak memerap je dalam hotel?
Hari ni, bangun pagi, terus diorang jalan-jalan dekat Oxford Street sebab Amalina ni, memang kaki shopping. Sama macam Asyraf tu. Dia dengan Zaidi, dok teman je. Dah terbalik pulak rasanya dia dengan Asyraf.
Sebut pasal Asyraf, teringat malam dia tiba-tiba pengsan tu! Malu gila! Rasanya, sejak hari tu, dia memang segan gila nak sembang apa-apa dengan Asyraf. Dan, sejak hari tu, Asyraf jadi macam dia punya bodyguard pulak! Kemana-mana, mesti Asyraf ikut dua meter belakang dia!
“ Rapat awak dengan Asyraf kan?”
Iman senyum. Angguk.
“ Saya dah kenal dia dari umur tiga belas. Sama sekolah, sama universiti. Sampai sekarang.”
“ Dia baik kan?”
Iman angguk. Memang baik pun. Tapi, rimas! Asyik ikut je kemana dia nak pergi.
“ Iman, bila nak kahwin ni?”
Apa pelik soalan Amalina tanya dekat dia ni? Dah masuk bab-bab nikah kahwin yang dia allergic ni! Alamak!
“ Kenapa tanya pasal tu?”
Amalina gelak.
“ Ye lah. Saya tengok, rapat sangat dengan Asyraf. Kemana-mana berdua. Dah macam suami isteri.”
Iman kerut kening. Dia? Asyraf?
“ Dia kawan saya je lah.”
Tangan Iman, Amalina sentuh perlahan.
“ Lelaki dengan perempuan, mana boleh jadi kawan, Iman.”
Nilah prinsip manusia yang Iman paling pelik. Kenapa lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan? Apa, relationship antara lelaki dengan perempuan, memang as a husband and wife ke?
“ Sooner or later, one of them will fall in love with another.”
Iman ketawa. Yeke?
“ Saya dengan Zaidi pun, dulu macam Iman dengan Asyraf. Kami kawan rapat.”
Iman kerut kening. Sungguh?
“ And sekarang, kami husband and wife.”
“ Itu Amalina dengan Zaidi.” Iman senyum. “ Saya dengan Asyraf lain. Kitorang memang kawan rapat.”
Amalina senyum dengar jawapan Iman.
“ Tapi, apa salahnya kalau dia suami Iman pun, kan?”
Iman makin pelik. Kenapa ni? Siapa yang bawak rumors yang buat Amalina keluarkan mitos macam ni?
“ Ke, Iman ada someone dekat Malaysia?” Wajah Iman, dipandang. “ Tu yang buat Iman limitkan diri dekat Asyraf sebagai kawan je?”
Iman gelak lagi. Kesitu pulak. “ Siapalah yang nak dekat saya ni?”
“ Ada je, Iman. Awak pandai, bijak, cute. Siapa yang tak nak?”
“ Awak ni, puji saya lebih-lebih, takde makna saya nak belanja kejap lagi.”
Amalina ketawa. “ Bukan macam tulah.” Dia berdehem. “ Zaidi pernah cerita dekat saya. Dia tanya Asyraf. Kenapa dia tak nak kahwin lagi? Padahal, dia anak orang kaya. Takde masalah pun dari sudut kewangan. Dia bijak. Kira, memang dah ready sangat nak kahwin kalau orang lain.”
Iman khusyuk dengar. Dia pun nak tau jugak sebenarnya! Kenapa Asyraf tak reti-reti nak kahwin lagi? At least, kalau Asyraf kahwin, takdelah dia penat dengar orang dok gosipkan dia dengan Asyraf ni!
“ Awak nak tau dia jawab apa?”
Iman angguk.
“ Dia kata, dia mana ada duit sendiri. Tu semua duit papa dengan mama dia. Kalau dia kahwin, dia nak kasi isteri dia makan apa? Dia nak kenduri nanti, urusan nikah kahwin, semua pakai duit dia. Takkan dia nak harapkan duit parents dia sampai bila-bila.”
Ye ke Asyraf cakap macam tu? Wah! Dah berubah! Sebelum ni, pakai duit papa dia je shopping itu ini tak ingat dunia!
“ Then, Zaidi suggest dekat dia macam ni. Apa kata dia nikah je dulu. Kenduri tu semua, tangguh bila dia ada duit nanti. Zaidi suggest kat dia, a girl. Tapi, Zaidi kata, girl tu, biasa je. Sederhana je. Risau tak boleh fit dalam family Asyraf.”
Iman makin khusyuk dengar. Betul juga! Anak Dato’ tu! Bisnes juta-juta! Kahwin dengan Asyraf tu, ibarat kahwin dengan bisnes papa Asyraf juga! Besar tanggungjawab!
“ Tapi, Asyraf jawab, family dia tak kisah pun. In fact, ramai je sepupu dia kahwin dengan orang biasa. Takde pun apa-apa masalah.”
Amalina senyum.
“ Nak tau, siapa yang Zaidi suggest?”
Iman angguk laju. Mesti classmate Asyraf. Ramai je Malaysia buat MBA kat sini! Senang sikit kalau wife Asyraf pun buat MBA. Boleh study sama-sama!
“ Zaidi suggest, Iman.”
“ Huh?” Iman dah pelik. Kenapa nama dia pulak yang kena petik?
“ Kenapa saya pulak?”
Amalina gelak.
“ Sebab Iman dengan Asyraf memang padan. Nak tau apa Asyraf jawab?”
Iman takde respon.
“ Asyraf kata, kalau Iman setuju, dia pun on je.”
Eh? Kenapa tu pulak yang Asyraf jawab? Dia nilah! Suka betul main-main!
“ Dia main-main je tu.”
Amalina geleng.
“ Tak. Dia serius. Sebab Zaidi tanya dia, dia main-main ke apa. Tapi, Asyraf kata tak. Dia serius.”
Iman dah rasa jantung dia berdegup kencang. Dah kenapa Asyraf tu? Kasi jawapan pelik-pelik!
“ Iman rasa macam mana?”
Aik? Tanya dia pulak? Dia tengah cakap denga agent mencari jodoh ke apa ni? Dia allergic betullah nak sembang pasal benda ni semua.
“ Macam mana apa?”
Amalina senyum lagi.
“ Asyraf. Iman rasa dia masuk tak kategori yang Iman nak cari sebagai seorang suami?”
Iman angkat bahu. Dia tak pernah fikir pun pasal semua benda ni! Kenapalah Asyraf pandai-pandai nak bangkitkan persoalan ni?
“ Asyraf tu, baik, alim, bijak, tanggungjawab, rupa ada. Lengkap semua, Iman. Semua yang patut ada pada seorang suami, dia ada.”
“ Saya tak pernah fikir pun pasal semua benda ni.”
Amalina tepuk bahu Iman lembut.
“ Tak pernah fikir, tak bermakna, takkan fikir kan?”
Dan, ayat tu buat Iman mati kata.
Share this novel