13

Romance Series 4458

“ Iman busy ke?”

Xperia ZR hitamnya, Iman letak lepas balas mesej Amar. Dia pandang Laili yang tengah kusut tenung skrin laptop macam nak tembus tu.

“ Dah nak berlubang aku tengok skrin laptop kau tu, Li.” Iman merapatkan kerusinya pada meja Laili.

Main-main pulak Iman ni! “ Kau tolong tengok aku punya query ni betul tak? Dah seratus kali aku run, still ada error.” Mouse ditangan kanan dihentak kuat.

“ Relaksla wei. Kau ni. Karang, paksa aku teman beli mouse!” Mouse yang Laili lempar dia capai. “ Mana?”

“ Line 16. Dia kata error near $DBS tu.”

Matanya merenung query yang Laili taip. Keyboard dia tekan-tekan.

Laili tengok je apa yang Iman buat. Kejap lagi kena buatkan Iman Milo ni!

“ Kan aku dah cakap, jangan tengok sangat error yang dia kasi. Tengok line sebelum. Selalu yang problem, line sebelum dia.”

Laili turut memandang skrin laptopnya.

“ Tengok ni, careless mistakes. Apasal bracket tak cukup?”

“ Mana?”

Iman tunjuk pada skrin laptop Laili.

“ Berapa kali nak pesan benda ni sensitif!”

Laili sengih.

“ Try run!”

“ Still error! Laptop ni karang!”

Iman geleng tengok Laili. “ Meh aku tengok. Kau ni, cuba sabar. Baca error dia tulis apa.”

“ Aku pening baca omputih ni!”

“ Banyaklah kau!” Iman tepuk dahi. “ Ya Allah, Laili!”

“ Kenapa?” Laili dah panik.

“ Kau memang kan! Tengok ni! Kau konon nak design SVG graphic. Tapi, kau punya declaration ni letak xhtml. Patut xml! Memang tak runninglah script. Dia pun confuse. Kau ni! Patutlah error memanjang!” Keyboard ditekan-tekan, sekejap backspace, sekejap ditaip sesuatu.

Laili dah kerut kening. Buat mula blur. “ Eh?”

“ Kau ni.” Iman kembali kemejanya. Nota SVG dicapainya. “ Nah! Refer dekat lab practical ni.”

“ Thanks, Iman.”

“ Thanks je? Esok lunch belanja!”

Laili mencebik. “ Tak ikhlas betul!”

“ Masuk tandas pun kena bayar kot sekarang.”

“ Hari tu, kau kebas Horlicks aku, kira dah seri. Takde hutang.”

Iman tertawa. Bukan dia serius pun. Main-main je minta upah. Dia suka je dapat tolong kawan-kawan. Sebab dalam masa yang sama, dia pun belajar juga.

“ Kau buat fancy sangat. Sebab tu computer tu pening nak faham kau punya query.”

Laili tarik muka masam. “ Dr. Ismail tu, mana nak yang simple! Semua nak taraf programmer yang tulis. Dia ingat aku ni ada darah keturunan Bill Gates agaknya!”

Iman tertawa dengar Laili punya kenyataan. Bill Gates? Macam-macam Laili ni!

Dia sambung analyze data traffic flow yang dia baru dapat dari JKR tadi. Jenuh lima kali pergi JKR, baru tadi dapat data. Sebelum ni, asyiklah pegawai tu kata data takdelah, itulah inilah. Leceh betul!

“ Kau punya data ok?” soal Laili tanpa mengalihkan pandangan dari skrin laptopnya.

“ Baru dapat tadi ni. Benda ni je pun. Beria JKR taknak kasi. Kalau aku ada masa, boleh je pergi duduk tepi jalan tu hari-hari, dapat dah collect data satu hari satu jalan, tak payah nak mintak kat diorang.”

Laili senyum dengar rungutan Iman. Iman kalau merungut, ayat memang tak jumpa noktah.

“ So, sekarang ni kau dah start analysis?”

Iman angguk. Matanya masih tekun pandang skrin laptop.

“ Yup! Kenapa?”

“ Tarapapa.” Laili kembali sambung kerjanya.

Skrin laptop, Iman tutup. Leher yang terasa kejang, dia pusing. Laili masih khusyuk buat programming dia. Siap tension-tension lagi. Dari tadi, macam-macam perkataan keluar. Confirm weekend ni dia kena teman minah ni pergi beli mouse baru. Silap-silap, beli laptop baru!

Laci meja ditarik. Dikeluarkan buku latihan lima puluh sen. Boleh dah start jilid dua.

“ Sejak bila kau tulis diari?”

Iman angkat muka. Baru nak tulis satu ayat. Laili ni, spoil!

“ Mana ada aku tulis diari.”

“ Tu? Takkan kau buat karangan hobi saya ialah membaca buku cerita pulak?”

“ Sibuklah kau. Sambung buat kerja tu!”

Laili angkat bahu. Malas nak paksa Iman. Pelik jugak dia lepas kelas Isnin hari tu, Iman ajak singgah kedai buku. Ingatkan nak beli A4 paper sebab memang dah habis stok. Rupanya, Iman borang buku latihan budak sekolah tu!

Lepas tu, dari Isnin sampai semalam, dia tengok Iman tak tidur malam tulis apa entah dalam buku tu. Khusyuk! Kejap-kejap senyum. Kejap-kejap muka sedih je dia tengok.

Rahsia apa yang si Iman ni simpan sekarang? Tengok tu! Muka nak nangis lagi tulis dalam buku latihan tu. Macam-macam Iman ni!

Lega Iman, Amar cakap thanks. Dia risau juga kalau-kalau Amar salah faham. Risau juga kalau Amar marah sebab dia menyibuk. Nasib baik, Amar ok.

Tapi kan, kenapa dia bersusah payah nak tolong Amar? Kenapa dia beria-ia macam sangat concern dengan Amar? Sebelum ni, dia takde pulak nak kisah pasal mamat tu.

Dan, kenapa Amar story dekat dia? Mengikut pemerhatian dia, Asyraf, Izham dan Zaid, takde seorang pun yang tahu kisah ni.

Rasanya, malam dekat tangga tu, memang jadi turning point pada dia. Masih segar dalam fikiran dia visual Amar yang dongak kelangit, dengan air mata jatuh kepipi. Harap dengan dia dongak tu, air mata tak mengalir.

Teringat malam dia called Amar. Dia pasti sangat tu bukan Dataran macam yang Amar bagi tau. Dia tau, Amar memang kaki lepak Zouk. Sebab tu dulu dia taallergic betul dengan Amar! Dapat satu group, punyalah dia marah mula-mula!

Tapi, bila dia dengar suara Amar yang salahkan takdir, dia sendiri yang sebak. Dia jadi faham kenapa Amar is Amar. Bila Amar kata kenapa bukan dia yang mati, dia dapat rasa apa yang Amar dah lalui. Bila Amar tanya kenapa dia takde masa malam abang dia punya tahlil, dia mati kata. Dia seolah dapat lihat Amar yang umur lima belas, berkurung dalam bilik sorang-sorang. Macam adik arwah rakannya hari tu yang tak nak keluar dari bilik even masa arwah dikebumikan pun.

Amar, perlukan someone. Tapi, dia tak pasti, adakah dia someone yang boleh tarik Amar keluar? Adakah dia someone yang boleh kembalikan Amar yang sebelum umur lima belas tu? Dia tak tau. Tapi, yang pasti, dia nak tengok Amar yang tu. Amar yang bukan hidup macam orang takde pegangan.

Sebab tu, empat malam dia bertungkus lumus tulis itu ini dalam buku yang dia dah kasi kat Amar. Buku tu, lebih kepada journal je sebenarnya. Bukan buku motivasi. Bukan buku tulis pasal hukum hakam, aqidah bagai. Buku tu dia tulis seolah nak jawab apa yang Amar fikir, semua yang Amar rasa. Dia nak buku tu jadi macam perbualan antara dia dengan Amar. Sebab dia tau, dia dengan Amar, memang susah betul nak sembang kalau lepak dekat kedai makan ke, dalam kelas ke, memang susah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience