25

Romance Series 4458

" Mamak jom kejap! Lapar wei after class project management ni!” saran Amar tiba-tiba. Dia, Iman dan Asyraf baru lepas kelas elektif mereka. Laili, Izham dan Zaid tak habis kelas elektif Marine mereka. Jadi, hanya mereka bertiga.

“ Asar dululah. Nanti jumpa kat parking,” cadang Iman.

Asyraf tengok jam ditangannya. Dah pukul lima. Betul juga tu. Baik solat dulu. Kalau dah lepak mamak kejap lagi, confirm, maghrib baru nak gerak balik rumah. Bilanya nak asar?

Lepas solat, Asyraf dan Amar tunggu Iman kat luar surau. Terlintas difikiran Amar, untungnya siapa yang bakal jadi suami Iman. Selalu je ingatkan hal yang baik. Macam tadi. Ingatkan waktu solat. Dia pun tidak terfikir. Sebab, dia fikir sempat je kalau lepas lepak mamak  balik rumah solat.

“ Amar, kau diam je dari tadi apasal?” Asyraf dah pelik. Selalu ada saja modal Amar nak borak.

Amar pandang Asyraf. “ Kau cakap apa?”

“ Kau senyap je apasal?” Asyraf ulang.

“ Nothing.” Jam kat tangan Amar pandang. “ Lambatnya Iman ni.”

“ Biasalah perempuan. Kena pakai telekung bagai. Kita tak payah. Terus angkat takbir je.” Asyraf memberi penerangan.

Amar garu kepala. Betul juga tu. Kenapa dia tak pernah terfikir sebelum ni? Selalunya, dia tahu bebel je kalau ibu lambat siap.

“ La, kenapa tunggu? Kan dah cakap jumpa kat kereta?” Iman muncul sambil pakai kasut.

Jantung Amar terasa terhenti. Tengok muka Iman yang baru lepas solat, apasal lain macam je? Bersih sungguh wajah itu. Terpancar cahaya. Subhanallah, indahnya ciptaanMu, Ya Allah! Asyraf tepuk bahunya. Astaghfirullah. Pantas dilarikan pandangannya.

“ Jom!” Iman mendahului dua rakannya itu turun tangga menuju ke tempat letak kereta.

Asyraf pandang Amar pelik. Dah kenapa Amar hari ni? Bukan dia tak perasan Amar pandang Iman lama tadi. Masa Iman masuk surau tadi pun. Nasib baik tiang depan surau tu dia tak langgar. Amar ni nak kena ni! Balik ni, akan kukorek!

Amar senyum pandang siling biliknya. Teringat dekat mamak tadi, kelakar gila! Iman, Iman.

“ Hah! Makruh senyum sorang-sorang!” Asyraf duduk atas katil dia ngadap Amar yang tengah baring tu. Kat tangan ada mug isi milo. Macam budak kecik minum milo! Bila ajak minum Nescafe, pening katanya.

Amar sengih. “ Kau tak rasa ke Iman tu sangatlah comel!”

Asyraf kerut kening. Dah apa kena pulak kawannya seorang ni? Sasau malam-malam ni? Mengarut pasal anak dara orang pula tu.

“ Haish, kau ni!”

Amar sengih lagi. “ Sangat comel! Tapi sayang, clumsy sangat.”

“ Maksud kau?”

“ Dia kan selalu kelam kabut tak tentu pasal.”

Asyraf gelak. “ Tu, aku setuju, tang comel tu, aku pelik.”

Amar bangun pandang Asyraf. “ Betullah. Nak-nak part yang aku suggest pakcik tua tu.”

Tadi dekat mamak, dia tunjuk pak cik tua dekat Iman masa Iman kata dia tak kisah pun paras rupa nak buat suami.

Asyraf gelak lagi. Part tu, memang kelakar. Rasa, lima tahun pun belum tentu dia habis gelakkan Iman.  “Tapi, kan, siapa nak minah brutal macam tu?”

“ Brutal pun, ada masa comel beb!”

Asyraf geleng kepalanya. “ Dulu masa sekolah kaki gaduh tu. Seram aku!” teringat masa Iman gaduh dengan sorang classmate lelaki time sekolah dulu. Benda kecik sahaja, budak lelaki tu tak sengaja langgar kaki Iman. Beria dia mengamuk macam hal besar sangat!

“ Tu yang kau tak berani tegur dia tu?” Ada masa, dia cemburu hubungan rakan sekolah yang dimiliki Iman dan Asyraf.

Asyraf senyum. “ Maybe. Lebih pada aku malas nak amek port sangat sebenarnya.” Dia masa sekolah dulu, bukan campur sangat dengan orang. Dia dengan halnya sahaja. Asalkan cukup lima tahun sekolah, dah cukup. Tak pernah terfikir nak jadi geng surau ke, geng taiko ke. Tak pernah.

“ Iman mana brutal. Dia tegas je.” Bagi Amar, Iman seorang yang tegas pendirian. Hitam katanya, maka hitamlah. Kalau dia tak suka, dia cakap. Kalau ada tak puas hati, terus disuarakan. Tak pernah hipokrit.

Asyraf turut setuju. Iman kini, dengan yang dulu beza. Kalau dulu, marahnya tak bertempat, kini lain. Mungkin sudah matang. Maka pemikiran pun turut sama matang. Zaman sekolah dulu, childish sikit. Apa orang cakap semua salah. Dia je betul.

“ Dah-dahlah cerita pasal anak dara orang wei. Kau ni, zina tu.” Asyraf mengingatkan.

“ Huh?” Amar tak faham. Takkan ingat pun boleh jad zina?

“ Maksud aku, dosa ingat dekat yang selain Allah.” Asyraf duduk dikerusi belajarnya.

“ Kau tak pernah fikir nak kahwin, Asyraf?” Asyraf dah kerut kening. Sah, Amar sasau malam ni!

“ Apa kena kau ni wei?”

Amar sengih. “ Nothing. Aku just curious je. Yelah, kawan korang ada ramai dah kahwin kan?”

“ So?”

Amar garu kepalanya. “ Kau?”

Asyraf sandarkan badannya. Kahwin? Tipu kalau dia kata dia tak pernah fikir. Tapi, itulah. Dia masih belum bersedia. Banyak lagi yang perlu dia lakukan. Duit belanja bulan-bulan pun harapkan papanya sahaja. Takkan kahwin pun nak papa yang support?

“ Kau, kaya. Pandai. Boleh jadi imam. Lengkap. Apa kau tunggu lagi?” soal Amar ingin tahu.

“ Banyaklah kau, kaya! Yang kaya tu papa aku je. Aku ni, habuk pun tarak. Nak bagi isteri makan apa nanti?”

Asyraf pandang Amar yang garu kening macam fikir masalah negara tu. Mungkin betul driving force Amar, is a girl. Siapa agaknya gadis yang berjaya ubah mamat taiko macam Amar ni jadi macam ni sekarang? Curious betul dia! Tapi, malas dia nak tanya. Karang tiga tahun Amar kata dia busy body.

“ Satu je nasihat aku. Berubahlah kerana Allah, bukan kerana perempuan. InsyaAllah, kalau kau buat keranaNya, semua benda settle, bro.”

Pintu bilik ditolak dari luar. Amar dan Asyraf sama-sama menoleh. Terjegul wajah Izham yang tersengih-sengih.

“ Yang kau sengih-sengih tu kenapa, Izham?” tegur Amar. Pelik betullah housemate dia semua hari ni.

Izham garu kepala. Dia duduk atas katil Amar. “ Lalu depan bilik korang ni tadi, dengar macam ada hot news je! Ada apa-apa yang aku perlu tau ke?”

Asyraf dan Amar saling pandang. Sejak bila Izham jadi tukang jaga tepi kain orang ni? “ Sejak bila kau bukak blog Beautiful Nara, Izham?” perli Amar.

Izham baling bantal tepat kemuka Amar. Asyraf sudah terkekek-kekek ketawa. “ Korang ni!”

“ Ok, apa yang kau nak tau sangat?” soal Asyraf. Amar pandang Asyraf.

Izham sengih. Macam ada dengar cerita pasal jodohlah. Takdirlah. Macam-macam. Pelik juga dia. Takkan Asyraf boleh nak cerita pasal tu semua. Bukan sebelum ni dia anti betul bab-bab hubungan sebelum nikah ni ke?

“ La, tadi macam nak tanya sangat. Bila kasi chance, diam pulak!” Amar mula hilang sabar. Izham ni, saja je. Baru nak dengar kuliah Asyraf tadi soal munakahat ni. Dah sesi tergantung dek kerana iklan tak berbayar ni!

Izham menimbang-nimbang. Nak tanya tak? Kalau salah dengar tadi macam mana? Teruk dia kena sembur dengan Amar nanti! Mamat tu kalau dengan dia, selalu je nak sembur. Tak macam Asyraf. Cool je. Macam bagus je Amar ni!

“ Takde papelah.” Amar pantas baling bantal kemuka Izham. Tepat!

“ Dah takde apa, yang kau sibuk ni kenapa?” Asyraf senyum.

Izham sengih. Salah dia juga main terjah je. “ Aku dengan Zaid nak pergi uptown.Jom!”

“ Tukar topik!” Marah Amar lagi. Dia memang pantang kalau orang yang suka tukar topik macam ni!

“ Takpe kot, Izham. Baru makan tadi.” Asyraf membalas. Amar ni pun. Hal kecik je. Dia dengan Izham, memang macam Tom and Jerry! Gaduh je memanjang! Masa main futsal, elok pula.

Izham bingkas bangun. “ Oklah kalau macam tu. Nanti kalau nak apa-apa korang mesej je aku. Tak pun Zaid. Mana tau kejap lagi ada yang gagau cari makanan!” Sempat lagi Izham perli Amar yang selalu je lapar tengah-tengah malam. Selalu juga dia bangun malam-malam semata-mata nak makan? Pernah sekali tu, adalah pukul dua tiga pagi jugak, satu rumah terbangun dek kerana bau masakan sardin Amar!

“ Izham!” belum sempat Amar membaling bantal kemukanya, cepat-cepat Izham keluar dari bilik itu.

Asyraf gelak besar lagi. Amar jegilkan mata. Ni lagi seorang. Tukang gelak bila dia dengan Izham bertengkar. Sama je dengan Zaid! Bantal ditangan dia baling kemuka Asyraf. Padan muka! Tak dapat baling dekat Izham, Asyraf pun jadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience