57

Romance Series 4458

" Menung kenapa?”

Bahunya ditepuk. Amar angkat kepala.

“ Pak Su.”

En. Hazim senyum.  Diletakkan pinggan berisi nasi putih, ayam masak merah dengan kangkung depan Amar.

“ Pak Su tengok kamu sejak dua menjak di, menung je memanjang. Kenapa?”

Amar geleng. Takkan nak cerita dekat Pak Su! Malu gila nanti!

“ Projek ada masalah?”

Setahu dia, takde pulak setakat ni dia terima komplen dari mana-mana client mereka. Semuanya puas hati. Tapi, Amar ni, monyok je dia tengok sejak dua tiga menjak ni.

“ Kamu dah tak nak kerja dengan Pak Su?”

En. Hazim pandang Amar. Risau anak buahnya ni rasa terpaksa kerja dengan dia. Mana tahu, Amar sebenarnya ada  je impian. Kotlah, nak kerja dekat offshore ke?

“ Mana ada, Pak Su.”

“ Then?”

Amar mengeluh. Nak cerita ke tak?

“ Tak baik mengeluh macam tu. Dalam dunia ni, ramai je lagi yang tak bernasib baik macam kita.”

“ What’s the definition of baik, Pak Su?”

Dia dah lama cari makna ‘baik’ tu. Dia tak tau, adakah apa yang dia tengah buat ni, definisi ‘baik’ yang sebenarnya? Kalau ya, kenapa dia rasa Iman makin jauh je dengan dia? Makin susah dia nak gapai.

En. Hazim kerut kening. Dah kenapa Amar ni?

“ Sabtu ni, freekan schedule, ikut Pak Su, ok?”

“ Pergi mana?”

Amar tengok Pak Su dia senyum je, lepas tu sambung makan sampai habis.

“ Dah sampai.”

Amar jenguk keluar kereta Pak Su. Eh? Kat mana ni?

“ Jomlah, keluar.”

Pak Su dah keluar. Amar ikut keluar. Dihadapannya, ada dalam sepuluh pondok ataupun lebih kepada chalet sebenarnya. Pak Su ni ajak dia holiday ke apa?

Above all, tak pernah tau pun tengah-tengah hutan  dekat Gerik ni, ada pulak bisnes chalet! Yang dia tau, dekat area empangan tu je. Ni?

Tadi pun, dia dah pelik, Pak Su beria-ia nak bawak 4WD dia. Lepas tu, bila masuk jalan pergi Gerik, baru dia faham. Masuk hutan bagai. Baru sampai sini.

“ Assalamualaikum, Pian.”

Amar laju tengok Pak Su yang dah salam dengan lelaki berserban, berjubah puith tu. Dia kerut kening. Siapa pulak?

“ Anak abang aku, Amar Haziq.” En. Hazim pandang Amar. “ Ni Ustaz Sofian.”

Amar hulur tangan salam.

“ Assalamualaikum, ustaz.” Ramah Amar sapa Ustaz Sofian.

“ Waalaikummussalam.”

Bahunya diusap sekali. “ Sihat?”

Amar angguk. “ Alhamdulillah.”

“ Chalet dah siap. Bolehlah rehat dulu.” Ustaz Sofian senyum.

“ Amar, angkut beg, pergi chalet nombor tiga. Pak Su ada hal nak settle kejap.”

Bonet kereta Pak Su, Amar buka. Dari jauh, dia nampak Pak Su dah masuk dalam bangunan kayu dua tingkat. Dia angkat bahu.

Tenang pulak dekat sini dia rasa. Dengan bunyi unggasnya. Selang dengan bunyi burung. Dan, dia rasa, maybe ada air terjun atau sungai kot? Sebab tadi keluar kereta terus dengar bunyi air.

Besar juga kawasan ni! Tadi, nampak macam ada dalam empat lima chalet je. Rupanya, dekat belakang ni, banyak. Tengah ada kawasan lapang. Lepas tu, ada macam bangunan takde dinding.

Amar jalan cari chalet yang Pak Su suruh dia cari. Nombor satu, nombor dua, nombor tiga. Got it! Pintu dia tolak.

Ada dua katil bujang dalam tu. Ada satu almari. Satu meja solek. Dengan rak ada cerek elektrik atas dia. Selesa juga!

Beg yang ada dekat tangan dia letak tepi almari. Tingkap yang tertutup, dia buka. Menderu angin masuk. Senyum dia ukir. Tenangnya!

Yelah kot, Pak Su ajak holiday! Sebab selalu dera dia buat kerja! Patut dia minta upah bawak pergi Manchester ke? eh?

Sebut pasal Manchester, dia punya hati yang tadi tenang, dah bergolak balik. Kenapalah selalu sangat ter’flashback’ pasal tu?

“ Mujur ada Asyraf.”

Ayat yang menghantui dia sejak dua minggu lepas. Ya Allah! Apa makna semua tu? Tunjukkan aku jalannya..

“ Amar.”

En. Hazim masuk chalet yang terbuka pintu. Dia duduk dibirai katil. Mata tak lepas pandang Amar yang duduk dekat kekisi tingkap tu.

“ Tenang je kat sini, Pak Su.”

Amar pandang Pak Su sekilas sebelum pandang balik ketengah hutan.

“ Takde kusut kepala nak fikir pasal kerja ke apa.”

En. Hazim angguk. Sebab tu dia ajak Amar ke sini. Tapi, ada yang lagi penting. Berkenaan soalan Amar hari tu. Sebab tu, dia ajak Amar ke sini. Mencari definisi ‘baik’ yang Amar nak tau sangat tu.

“ Nak tinggal sini terus ke?”

Amar gelak. Takdelah sampai macam tu. Kerja macam mana? Ibu, ayah lagi? Takkan nak biarkan kedua mereka kat rumah?

“ Boleh ke?”

“ Kalau kamu suka, semuanya bisa diatur, pak.”

Amar gelak lagi. Pak Su nilah! Sebab tulah kot dia kamceng dengan Pak Su ni. Macam member-member. Sebab Pak Su umur baru nak masuk empat puluh.

“ Kesian nanti Pak Su buat kerja sorang-sorang.”

Giliran En. Hazim yang pecah tawa.

“ I’ll hire new exec then.”

Amar pandang Pak Su.

“ Woman executive.”

En. Hazim dah angkat-angkat kening.

“ Young woman.”

Amar gelak.

“ Pak Su jangan cari pasal. Nanti kena baling kuali, saya tak tanggung!”

“ Siapa kita untuk mengukur keimanan seseorang. Hanya Allah yang tahu. Even kita sendiri tak tau, dah cukup ke kita punya iman ni?”

Amar pandang Ustaz Sofian yang tengah kasi tazkirah lepas solat Isyak ni. Baru dia tau. Chalet ni, kira macam kem motivasi. Dan, petang tadi, ada budak sekolah, dalam enam van, datang sini. Dan jadilah dia tiba-tiba terjoin.

“ Jangan asyik sangat nak cari orang lain punya kesalahan, konon-konon kita ni baik sangat. Kita tak tau, tahap kebaikan kita tu macam mana.”

Baik! What is the definition of baik actually? Dah dekat setahun dia cari definisi baik tu. Apa erti baik sebenarnya? Cukupkah dengan laksanakan rukun Islam, rukun Iman?

“ You orang Melayu paling baik pernah I jumpa.”

Kata Lee, dia baik. Tapi, dia sampai sekarang tak tau, apakah baik yang Lee maksudkan tu? Sebab dia datang kelab, tapi tak minum? Tak dance? Tak high?

Lee kata, sebab dia selalu lepak dengan Lee. Ada masa Lee rasa hidup dia takde makna. Bagi dia, tu semua coincidence. Bukan dia yang plan.

“ Balik pada perintahnya. Apakah kita ikhlas melaksanakan segalanya? Atau pun, sebab terpaksa. Macam adik-adik ni. Solat jemaah sama-sama. Duduk dalam majlis ilmu macam ni. Itu. Baikkah? Adakah dengan ada di sini dikira baik?”

Amar kerut kening. Apa maksud Ustaz Sofian?

“ Ikhlas. Apakah kita ikhlas? Atau pun terpaksa? Itu kuncinya.”

Am I ikhlas ada dekat sini? Ke, sebab Pak Su yang beria-ia ajak aku datang sini? Dan, adakah aku ikhlas solat jemaah tadi? Sebab segan nak solat dekat chalet yang jarak dengan surau ni, dua puluh meter tak sampai?

“ Apa pun yang kita buat dalam hidup, ikhlas. Dan, keranaNya. Dari Dia, kita datang, dan kepada Dia kita akan kembali. Sandarkan semua yang kita tengah buat, dan akan buat, kepadaNya yang berhak atas seluruh alam ni.”

Ikhlas. Apakah aku ikhlas berubah keranaNya? Or solely because, aku tak nak ibu dengan ayah sedih lagi?

Dan, adakah benar aku berubah kerana ibu dan ayah? Atau pun kerana dia yang ada dekat Manchester tu?

“ Ok, adik-adik. Ustaz tangguhkan majlis kita malam ni dulu.”

Suasana surau merangkap dewan tu mula bising. Amar angkat muka. Dia duduk di baris belakang sekali. Sebelah fasilitator yang ramai-ramai ni. Takkanlah dia nak duduk dekat area budak-budak tu kan? Segan pulak budak-budak tu nanti.

“ Lepas ni, ustaz serahkan balik adik-adik pada abang-abang dengan kakak-kakak fasi.”

“ Ustaz! Lepas ni, kita nak buat apa pulak?”

Ustaz Sofian senyum. “ Ustaz pun tak tau. Ustaz nak balik tidur je. Tapi, kamu semua, nanti abang fasi bagi tau. Kotlah nak bawak kamu semua masuk hutan.”

“ Ala..”

Makin bising dewan. Semua pakat cuak bila Ustaz Sofian cakap macam tu.

“ Dah-dah, senyap semua.”

Automatik senyap bila ada fasilitator, ketua mungkin, dah ada dekat depan. Ustaz Sofian dah gerak kebelakang.

“ Nak join aktiviti lepas ni?” Ustaz Sofian duduk sebelah Amar.

Amar geleng. Dia datang bukan nak tiba-tiba jadi fasilitator bagai.

“ Rasanya diorang nak bawak budak-budak ni masuk hutan. Apa nama tu, sesi burung hantu?”

“ Serius?”

Ustaz Sofian angguk.

“ Tak nak join?”

“ Saya, bab-bab macam tu, lemah semangat banyak. Bukan sikit!” Amar sengih.

“ Dah besar pun takut lagi?”

“ Besar, kecik, hati sama je saiz, Ustaz.”

Ustaz Sofian angguk. Dia dah bangun.

“ Er, Ustaz?” Amar turut bangun. “ Boleh saya nak tanya sesuatu?”

“ Takde masalah. Tapi, kita minum dulu. Tekak haus.”

Amar angguk. Dia ekor Ustaz Sofian yang dah gerak pergi kantin dalam bangunan utama kem ni.

“ Amar!”

En. Hazim dah lambai-lambai dekat Amar. Amar duduk sebelah En. Hazim.

“ Pak Su, merayap kan?”

En. Hazim gelak. “ Mana pulak. Orang busy, dikata merayap.”

Ustaz Sofian duduk didepan mereka. Dia letak gelas plastik berisi milo dengan pinggan dalam tu ada biskut kopra dalam lima keping.

“ Ok budak-budak?” En. Hazim tanya Ustaz Sofian.

“ Takde masalah setakat ni. Cuma, aku yang malas nak join masuk hutan bagai tu.”

“ Amar?”

“ Apa? Masuk hutan?” Laju Amar geleng kepala.

En. Hazim dah gelak.

“ Dia ni, Pian, kalau kau nak tau, manja kemain. Itu ini, semua takut!” En. Hazim bangun. “ Biar Pak Su yang gagah berani ni pergi masuk hutan.”

Amar pandang Pak Su Hazim yang dah gerak keluar dari kantin. Betullah kot Pak Su nak masuk hutan?

“ Nak tanya apa?”

Ustaz Sofian senyum pandang Amar. Ada Hazim bagitau, kenapa dia bawa Amar kesini. Tapi, dia nak Amar sendiri yang keluarkan persoalan dia tu.

“ Saya sebenarnya, jahat ustaz.”

Kerut kening Ustaz Sofian. “ Definisi jahat bagi kamu?”

Amar senyum tawar. Takde malu, takde segan! You need to solve this, somehow, Amar!

“ Saya buat ibu ayah menangis sebab saya punya night life. Sejak saya umur enam belas.”

Ustaz Sofian pandang Amar tak percaya. Tapi, dia yakin Amar dah berubah. Sebab tu, boleh cerita ni semua dekat dia.

“ One day, saya jumpa a girl. Dia drived me untuk keluar dari zaman gelap tu. I do change. Tapi, saya still rasa, saya jahat.”

Ustaz Sofian angguk faham.

“ Perempuan baik untuk lelaki baik, and vice versa. Itu yang kamu cuba nak maksudkan?”

Amar tunduk.

“ Macam yang ustaz cakap tadi, ikhlaskan hati. Ubah direction kamu tu. Jangan jadikan dia sebagai destination.”

“ Maksud ustaz?”

“ Setiap apa yang kamu buat, lakukan kerana Allah. Ikhlaskan hati. Dan, kalau benar dia kamu punya jodoh, masanya akan tiba juga. Lama macam mana pun. Kalau Allah kata, dia untuk kamu, jangan nak risau, memang dia untuk kamu. Tapi, sebelum tu, nak minta dariNya, kenalah selari dengan perbuatan kita. Tetapkan niat, kerana Allah.”

Amar angguk.

“ Semua orang tak cukup baik melainkan nabi, rasul dan wali-wali Allah. Kita kena hari-hari top-up sebab level untuk jadi baik tu, sangatlah tinggi. Dan mustahil untuk kita capai. Tapi, apa kita boleh buat, amar makruf nahi munkar, Lillahi Taala.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience