26

Romance Series 4458

Asyraf sandar kepala dekat seat kereta dia. Lamanya Iman siap! Kejap lagi nak kena ambil Sabri pula! Patut dia ambil Sabri dulu. Perempuan kalau siap..

Dia capai kad kahwin yang dia letak atas dashboard tadi. Tak sangka betul! Ada dah kawan yang dah kahwin. Bila pula gilirannya nak sampai?

Tak lama kemudian, dia nampak Iman keluar dari rumahnya berbaju kurung coklat muda dipadankan dengan tudung krim. Simple je.Eh? Asyraf mengerutkan kening. Azira?

“ Sorry, lambat.” Azira tersenyum pada Asyraf. Iman diluar kereta mengeluh. Azira sudah mengambil tempat dibelakang, terpaksa dia duduk disebelah Asyraf. Karang dia duduk belakang, terasa macam Asyraf driver pulak!

“ No problem.” Asyraf memasukkan gear, dengan lafaz Bismillah, dia memandu kereta meninggalkan rumah sewa Iman. “ Macam mana kau boleh ada dekat rumah Iman ni? Nasib baik aku tak pergi kolej kau dulu tadi.”

Azira tersengih. “ Mak cik depan ni yang beria pujuk rayu aku.” Teringat dia petang semalam Iman merayu supaya dia tidur dirumahnya. Alasannya, senang sikit Asyraf tak payah masuk UTM.

Asyraf tersenyum. “ Oh, bagus juga. Tak payah masuk UTM.”

“ Berapa jam Melaka?”

“ Entah. Tanyalah orang Melaka ni.” Asyraf memandang Iman yang diam dari tadi sekilas.

Iman melihat jam ditangannya. “ Another two hours sampailah.”

Azira mengangguk faham. “ Sempat juga tidur seround ni!”

“ Kalau semua tidur, siapa nak temankan aku drive?”

Asyraf belok keretanya masuk kawasan perumahan tempat Sabri menyewa. Segera dia memandu kearah rumah Sabri.

Dari jauh, sudah nampak Sabri lengkap berbaju Melayu ungu lembut sepasang. Asyraf memberhentikan keretanya.

Belum sempat Iman keluar untuk Sabri duduk dihadapan, Sabri sudahpun menyelusup ke tempat duduk belakang.

“ Lambatnya!” rungut Sabri. “ Malu tau aku. Dahlah pakai sepasang. Semua dok tenung tadi.”

Asyraf tertawa. “ Mak cik dua orang ni tadi, lambat sangat siap. Macam mak datin. Yang kau pakai satu suit apasal?”

“ Mem besar suruh, dude. Kalau tak diturut, ada yang merajuk dua hari.” Sabri menjeling Azira.

Azira memuncungkan bibirnya. Ada je modal!

“ What’s up, Iman?” tegur Sabri.

Iman tersenyum. “ Ok je. Cuma banyak kerja. And, nak final dah kan? Tak cukup masa aku.”

“ Hai, best student pun rasa tak cukup masa?” Sabri pula menyakat.

Asyraf tergelak. “ Kan? Aku pun rasa sangat mustahil bila dia cakap macam tu.”

Iman menjegilkan matanya. Budak berdua ni! Ada je modal! Malas betul nak layan dua rakan lelakinya itu.

“ Korang bila lagi?” Asyraf menyoal. “ Tak tercabar tengok Aiman dengan Syakila?” Giliran Iman pula gelak. Padan muka!

Sabri senyum. “ Study lagi, bro. Aku bukan macam Aiman, banyak income. Maklumlah, budak IT. Banyak side income.” Bukan dia tidak tahu, Aiman banyak je part time free-lance macam web-design.

“ Couple lama dah. Bilalah aku nak rasa nasi minyak korang ni.” Asyraf sambung lagi.  

Sabri diam. Bukan tidak pernah mereka memikirkan hal itu. Tapi, itulah. Status pelajar menghalang. Walaupun ayah Azira tiada halangan, namun Sabri tetap menolak. Bukan apa, dia mahu buktikan dahulu yang dia mampu menampung Azira dengan duitnya. Bukan berpayungkan orang tua.

“ InsyaAllah, next year paling awal. Habis sem ni, aku terus kerja kot. Company aku practical dulu tu ada offer job.”

Iman tersenyum. Seorang lagi rakannya bakal mendirikan rumah tangga. Dia? Teman lelaki pun tidak punya. Bayang-bayang jodoh? Jauh sekali! Kadang-kadang dia terfikir, kenapa dia langsung tidak punya keinginan untuk berpasangan seperti orang lain? Kenapa tiada langsung keinginan itu dalam dirinya.

Sabri menoleh kesebelahnya. Dia tertawa kecil. Dalam pada mereka berborak, Azira boleh belayar entah kemana? Skudai pun tak keluar lagi, dah boleh tidur?

“ Panas?” soal Asyraf apabila terlihat Iman memakai cermin mata hitamnya.

Iman geleng kepala. “ Silau.”

Asyraf hanya tersenyum. Dia menekan punat radionya memainkan CD Maher Zain yang baru dibelinya semalam. Album baru, Forgive Me.

Mereka sama-sama diam menghayati bait-bait yang dilagukan Maher Zain itu. Sungguh indah. Penuh dengan nasihat dan pelbagai peringatan pada manusia yang sering lalai.

“ Dah sampai ke?” Azira soal bila terasa Asyraf memberhentikan keretanya.

Asyraf toleh belakang. “ Nope. R&R. Aku nak beli air kejap. Dahaga.” Asyraf membuka pintu keretanya keluar.

Iman letak bukunya diatas dashboard. Dia turut keluar. “ Kau nak kemana, Iman?” soal Azira.

“ Toilet kejap.”

Asyraf jalan ke gerai menjual pelbagai makanan ringan. Dia mencapai air mineral, teh bunga dan Red Bull. Melintasi rak menjual snek, dia mencapai Toblerone kegemarannya lalu segera dia ke kaunter bayaran.

“ Asyraf!” Segera Asyraf menoleh. Siapa pulak? “ Hai, what a coincidence!” Asyraf hanya tersenyum. “ Kau pun on the way pergi rumah Syakila?” Asyraf teragak-agak angguk. “ Aku pun sama.”

“ Hai, Syira.” Iman muncul dari belakang. Dia capai Pringles dari rak.

“ Hai, Iman!” Syira senyum lebar. “ Korang gerak sama ke?”

Iman senyum angguk. “ Yup! Dengan Sabri dengan Azira sekali. Diorang dalam kereta tu.”

Syira tersenyum manis. “ Wah! Lama gila tak jumpa korang!”

“ Nanti lama kita sembang sana.”

Syira angguk. “ Oklah, aku gerak dulu. See you guys there!”

Iman letak Pringles atas kaunter. Dia bawak keluar dompet. Nak bayar.

“ Syira?” Asyraf hulur duit dekat kaunter. Nak bayar air tin dengan jajan.  

“ Yeah, Syira.” Ringkas balasan Iman. Tahu apa yang mahu Asyraf sampaikan.

“ That Syira?” Asyraf mahukan kepastian. Takkanlah? Penolong ketua badan dakwah boleh jadi macam tu? Dulu masa sekolah, dia paling lantang bersuara. Sama-sama jadi badan pencegah maksiat. Dok serbu budak-budak yang berdua-duaan.

“ Ye, ‘that’ Syira. Kenapa? Mental breakdown?” sengaja ditekankan perkataan ‘that’. Dia tahu apa yang bermain difikiran Asyraf. Dia sendiri terkejut sebenarnya. Tapi, sebab selalu juga dia chatting dengan Syira di fac, takdelah terkejut sangat.

“ Astaghfirullah.” Asyraf sungguh tak sangka.

“ Culture shock.”

“ Tapi, takkanlah sampai macam tu.” Senang betul alasan kalau kes macam tu terjadi.

“ She got her own reason,” Bukan Iman nak bela, tapi itu yang keluar dari mulut temannya yang sekarang sambing belajar dekat US tu. “ She almost hit by a car over there. Diorang nak langgar dia hanya sebab dia bertudung. Konon, anggap pengganas. Islamophobia.”

Asyraf menggeleng. Ya Allah! Iman senyum. Pintu kereta dia buka.

“ Asyraf, kejap tau. Aku nak pergi toilet!” Azira pantas keluar dari Swift milik Asyraf.

Sebaik masuk dalam kereta, Iman capai bukunya balik. Nak sambung baca. Dia perasan Asyraf merenungnya lama. Apasal pulak? Tak puas hati pasal Syira lagi?

“ Tak elok pandang yang bukan muhrim. Zina mata.”

Asyraf senyum. Dia alih pandangannya kedepan. “ Air?” Asyraf menghulurkan teh bunga yang dibelinya.

“ No, thanks.” Iman menolak. Memang dia tak haus pun. Buat apa nak minum air.

Asyraf angkat bahu. Dia letak tin minuman itu dekat tempat letak air yang sedia ada didalam keretanya. Mana tau, kejap lagi Iman dahaga.

“ Lama lagi ke?” soal Azira kepada Iman.

Iman pandang jam ditangan. “ Lagi thirty minutes sampai. Rumah Syakila kat mana?” Asyraf hulur kad kahwin Aiman dan Syakila. “ Batu Berendam?”

“ Kau tau nak pergi macam mana?” Asyraf sengaja bertanya. Padahal, dia pasti Iman tahu.

“ Kau ni, Asyraf. Agak-agaklah. Taiko Melaka tu! Mesti tau!” Azira mengusik.

Iman hanya senyum. “ Kalau sesat pun, GPS kan ada.” Dia letak kad kahwin itu diatas dashboard.

“ Sempat ke kita nak tengok diorang akad nikah ni?” Azira mula gelisah. Dia teringin nak tengok majlis akad nikah.

“ InsyaAllah. Aku ada mesej Aiman semalam, dia kata pukul 11 akad nikah. Sekarang baru 9.30.” Asyraf pandang Azira dibelakang sekilas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience