22

Romance Series 4458

Laju langkah Iman ke kafeteria. Panas. Panas! Nak cari air. Marahnya berbakul-bakul. Beria-ia dia tidur lewat malam tadi. Konon nak siapkan analisisnya! Terkocoh-kocoh bersiap pagi tadi. Sampai je depan bilik Dr.Imran, supervisornya itu baru keluar bilik. Dengan relaksnya kata dia ada meeting kejap lagi. Lepas tu, dia terus pergi Melaka, ada kursus! Sampai Jumaat ni. Bukan nak cakap awal-awal!

Laju tangan dia masukkan segala macam kuih yang ada dekat gerai tu. Naik terkejut semua yang tengah tunggu giliran belakang dia. Risau Iman borong semua kuih.

Sambil dia mengunyah, terasa seperti ada seseorang duduk dihadapannya. “ Lapar sangat ke?”

Iman sungguhlah takde mood nak bergurau! “ Jangan kacau boleh tak?” Malas dia nak layan Izham dan Zaid yang tersengih-sengih macam kerang busuk itu.

“ Kot ye pun tension, cuba makan tu sopan sikit. Karang takde orang nak buat bini.” usik Izham.

Apa kes pulak ni? Busybody semacam mamat dua orang ni!

Zaid kerling jam ditangannya. “ Kejap lagi kelas GIS kan?”

Iman hanya angguk. Tapi, oleh kerana Dr. Imran takde, makanya kelas cancelled. Tapi, dia yakin sangat budak dua orang ni tak tau lagi. Sengaja dia malas bagitau. Biar diorang rasakan balasan kacau ketenteraman Iman Nurin Jannah ni!

“ Slownya kau makan, Iman. Nak pergi kelas tak ni? Lagi lima minit je!” gesa Izham.

Risau tengok Iman yang masih belum habis makan kuih lagi. Taulah student kesayangan Dr. Imran, boleh pulak dia berlenggang kangkong macam ni.

Zaid turut sama gesa Iman. “ Haahlah kau, Iman. Cepatlah wei. Nanti tak pasal-pasal kena halau dari lecture hall karang!”

Iman merengus. “Korang pergi dululah. Kejap lagi aku pergilah.”

Izham dan Zaid angguk. “ Kami gerak dulu tau!”

Segera mereka bangkit dari duduk. Takkanlah sebab nak tunggu Iman ni, diorang kena turut sama terlewat masuk kelas Dr. Imran tu? Tak sanggup! Teringat minggu lepas, dua pelajar perempuan dihalau keluar kerana lambat, dua minit je pun. Tu pun nak berkira. Memang tak boleh kompromi langsung Dr. Imran ni!

“ Hampeh kau, Iman!” Iman ketawa. Padan muka budak dua orang ni! Selalu sangat sakat orang. Hari ni, biar Iman yang balas dendam bagi pihak semua orang.

Laili turut sama gelak. Tadi masa Iman cerita lagi dia dah gelak tergolek. Ni second round gelak.  “ Padan muka korang!”

“ Hampehla korang. Lama tau kitorang tunggu. Beria ingat, bagus gila kitorang sampai kelas awal. Nasib baik ada Asyraf lalu lecture hall tu tadi. Kalau tau, sampai pukul limalah kitorang stay kat situ.”

Iman gelak lagi. Puas hati dapat kenakan dua rakannya itu. Dia capai kertas order atas meja Kopitiam Pak Li itu.

“ Order wei?”

“ Oleh kerana kau dah tipu kitorang, kau belanja kitorang makan!” Zaid angkat kening.

Izham angguk setuju. “ Betul-betul.”

Iman buat tak dengar. Dia tengok menu sambil tangan pegang pensil nak tulis order. Nak makan apa ni? Perut lapar gila!

“ Dah-dah, jangan banyak songeh. Cepat! Nak order apa?”

Sementara tunggu order sampai, Iman tengok TV yang tengah tayang match badminton Lee Chong Wei lawan Boonsak Poonsana itu. Alahai, Malaysia. Dah takde player lain ke? Kalau ikutkan, Chong Wei tu dah kena bersara. Kasi peluang dekat pelapis semua main. Kalau asyik Chong Wei je main, sampai bila-bilah Malaysia tak dapat pelapis.

“ Plan jalan kita ni macam mana? Hari tu dahlah cancelled sebab tak cukup geng!” Izham potong chicken chop yang dia order sebelum disuap masuk mulut.

Iman angkat bahu. “ Sangat busy sekarang ni. Nak plan untuk bersuka ria, memang taklah kan.”

Laili angguk setuju. “ Entah kau ni, Izham! Banyak kot, kerja sekarang ni.”

Zaid pukul bahu Izham yang tengah garu kepalanya.

“ Ala wei. Jomlah jalan sama. Nanti dah habis, belajar, entah bila kita dapat kumpul macam ni. Sorang ke utara, sorang ke selatan. Silap-silap ada yang keluar Malaya. Mana kita tau kan?”

Iman suap Nasi Ayam Lemon yang dia order. Dia fikir apa yang Izham cakap. Ye tak ye jugak! Bila lagi agaknya diorang dapat berkumpul nanti. Kurang dari dua bulan je lagi, masing-masing nanti bawa diri. Yang anak surveyor tu, confirm sibuk bekerja di firma ayah masing-masing. Yang dah dapat offer kerja pun ramai. Semua mesti sibuk nak bina kerjaya masing-masing.

“ Kau ni, kadang-kadang, pandai juga kan, Izham.” Sakat Laili disambut tawa Zaid. Iman senyum je.  

Izham tarik muka masam. “ Taulah aku tak pandai macam korang.”

Dia sedar dia takdelah bijak macam yang lain. Result, biasa je. Lagi best, setiap sem, ada je paper yang dia kena repeat. Mujur bapanya ada firma sendiri. Terjamin jugak masa depan.

“ At least, future kau dah decide. Kitorang ni? Terkontang-kanting,” balas Zaid.

Iman dan Laili turut angguk setuju.  Izham sangat beruntung sebenarnya. Tak payah nak fikir pasal nak jadi apa lepas habis belajar.

“ Kerja dengan ayah akulah wei. Aku boleh slow talk dengan dia. Nak tak?”  

Zaid pandang Izham sekilas sebelum gelas berisi Ice Lemon Tea dia capai. Memang masa cuti, dia selalu je kerja dengan ayah Izham. Tapi, tak pernah pulak terfikir nak kerja kat situ lepas habis belajar.

“ Aku bukan apa, Izham. Kalau boleh aku nak try mintak offshore.” Zaid capai french fries yang dia pesan tadi.  

Izham angguk faham. Memang dari dulu lagi Zaid dah letakkan offshore surveyor sebagai targetnya. Katanya, nak kerja tengah laut. Duit dapat kepuk-kepuk nanti!

“ Kau Iman?” Izham pandang Iman yang sedang beria suap nasi ayam lemon tu macam semalam tak makan. “ Nak kerja dengan aku tak. Untung aku dapat project manager macam kau ni nanti!”

Iman tak jawab. Mata masih dekat pinggan. Dia tidak punya impian untuk kerja di firma. Dia punya misi tersendiri. Janji pada kedua ibu bapanya perlu dikotakan.

“ Korang, midnight jom, kejap lagi!” cadang Zaid, si kaki wayang. Pantang ada cerita baru keluar, dia orang pertama yang dok queue beli tiket wayang nak tengok.

“ Sorry, guys. Aku tersangatlah banyak kerja. Dr. Imran nak jumpa aku esok pasal projek dengan team bola tu.”

“ Oh, system yang kau dengan Amar design tu?” Izham pandang Iman.

“ Yup. Korang pergi jelah. Aku kena discuss dengan Amar malam ni. Izham, kau hantar Laili balik nanti, eyk?”

Izham angkat bahu. “ No hal. Aku pun datang asing motor dengan Zaid. Tapi, kena balik rumah aku kejaplah. Takde helmet lebih.”

Iman parking MyVinya depan rumah sewa rakan-rakan lelakinya.

“ Kau nak pesan apa-apa?” Laili pandang Iman kot-kot Iman teringin nak capati ke apa malam nanti.

Iman geleng. Laili keluar dari keretanya menuju kearah motor Izham. Sempat dia membalas lambaian rakan-rakannya itu. Seronoklah tu dapat bersuka ria!

Belum sempat dia masuk gear D nak gerak, cermin tingkapnya terasa diketuk.

“ Amar!” cermin tingkap dia turunkan.

“ Hai!” Amar sengih.  “ Buat apa kat sini?”

“ Hantar Laili. Dia, Izham dengan Zaid wayang.”

Amar angguk. “ Ni yang jealous ni. Kalau macam tu, jom kita datelah, Iman!”

Iman kerut kening. Date? “ Date?” demam ke apa Amar ni?

“ Maksud I, discussion pasal system tu. Esok Dr. Imran nak jumpa kan? Jom lepak mana-mana.”

Iman pandang Amar. Wah! Amar ajak discussion. Tadi, dia fikir, nak siapkan sendiri je. Bukan banyak pun benda nak kena settle. Malas nak ajak Amar. Dia sorang pun boleh.

Eh? Baru dia perasan Amar pakai baju melayu berkain pelekat. Di kepalanya terletak kopiah putih. Pergi mana mamat ni tadi?

“ Yang you pandang-pandang I apasal?”

“ Nothing.” Iman buat-buat cari CD dalam dashboard.

Amar senyum tengok Iman gelabah tak tentu pasal.

“ I masuk dalam jap, tukar baju. Lepas tu kita gerak.”

Iman tengok Amar yang tengah jalan masuk kedalam rumah. He looks different!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience