59

Romance Series 4458

“ Opah!”

Iman lari dapatkan Opah yang bertongkat tu. Dipeluk tubuh tua tu. Rindu!

“ Iman sihat?”

Kepala Iman Opah usap. Rindunya dengan cucu dia yang seorang ni. Sebab tu, dia gagahkan juga datang sini. Puas anak dan menantunya larang. Tapi, dia tak kira!

“ Sihat, opah?”

“ Macam nilah.”

Iman senyum. dia pandang En. Saiful dan Pn. Shahida pula.

“ Umi.”

Tubuh umi pula dia peluk.

“ Dah, dah, jom jalan. Lama pulak drama kat sini.” En. Saiful tolak troli keluar dari airport.

Iman peluk lengan Opah. Lama tak manja dengan Opah!

“ Uncle.”

Asyraf yang tadi Iman minta tolong book teksi muncul. Tangan abah Iman dia cium. Lepas tu, Pn. Shahida pula.

“ Opah.”

Dia hulur tangan.

“ Asyraf, kan?”

Asyraf angguk. Finally, ingat jugak.

“ Sihat?” Opah usap kepala Asyraf.

“ Alhamdulillah, Opah.”

Troli yang En. Saiful tolak, dia pegang.

“ Biar saya tolong, uncle.”

“ Laa, takpelah.” Segan pulak dia.

“ Takpe.”

Pn. Shahida senyum melihat Asyraf punya budi pekerti tu. Dari hari Asyraf datang rumahnya, dia dah jadi suka pada anak muda ni.

“ Jom!” Asyraf iring family Iman pergi tempat teksi.

Lepas masukkan barang semua, pintu sebelah pemandu dia buka. “ Premier Apartments.”

“ Study ok, Iman?”

Iman cebik bibir.

“ Abah ni. Saja je. Tanyalah soalan lain! Penat dah study je.”

En. Saiful gelak.

“ Yelah. Abah tanya Asyraflah kalau macam tu.” Dia tepuk bahu Asyraf. “ Study ok, Asyraf?”

“ Alhamdulillah, uncle. Takde masalah setakat ni.”

Asyraf pusing senyum dekat En. Saiful.

“ Asyraf ok je abah tanya. Kamu je sensitif.”

Iman jeling Asyraf. Kena jugak Asyraf ni karang!

“ Saya balik solat dulu, uncle, auntie, opah. Nanti jumpa dekat restoran.” Asyraf senyum.

“ La, solat sini boleh, Asyraf.” Pn. Shahida pandang Asyraf yang dah siap berkasut tu.

Asyraf geleng. Segan dia sebeanrnya.

“ Takpe auntie.”

“ Yalah.”

Dia perhati Asyraf yang dah keluar. Sungguhlah, sejuk je hati dia pandang Asyraf tu.

“ Ingat pakwe lama ke umi?”

Iman sengih.

“ Kamu ni! Dengar dek abah, merajuk dia!”

Iman gelak. Dia peluk bahu uminya.

“ Abah sporting!”

“ Apa kutuk-kutuk abah?”

En. Saiful keluar dari bilik utama apartment tiga bilik tu. Dia duduk dekat sofa menghadap dua beranak yang dah tersengih-sengih tu.

“ Mesti ada apa-apa ni!”

Iman geleng.

“ Mana ada! Abah ni.”

Pn. Shahida pandang anaknya. Siapa agaknya Asyraf pada anaknya ni?

“ Baik Asyraf tu, bang.”

Alamak! Umi buat dah!

“ Suka saya tengok.”

En. Saiful senyum. Memang baik. Tapi, dia dah lama terpaut pada orang lain. Yang pada dia, terbaik untuk anaknya seorang ni.

“ Anak Dato’ kan, Iman?”

Iman angguk. Umi ni, pelik?

“ Humble je. Rendah diri. Tak nampak pun macam anak orang kaya.”

Yeke? Iman kerut kening. Nampak je! Kereta Swift. Baju nak set-set semua nak brand yang kena ikat perut kalau nak beli. Handphone, pantang Apple launch IPhone baru, mesti ganti. Laptop pun sama. Kalau Apple keluar Macbook baru, confirm beli. Ipad ada. Dah gaya Apple punya duta dah dia rasa Asyraf tu!

Humble tu, yelah. Sebab Asyraf memang sempoi je. Tapi, memang nampak je dia tu anak orang kaya. Tak macam..

“ Dato’ Said pun, memang baik orangnya.”

Aik?

“ Abah kenal papa Asyraf?”

En. Saiful angguk.

“ Kenal nama. Pernah masuk paper kan? Kasi derma anak yatim masa bulan puasa.”

Iman gelak. Abah ni! Gaya macam selalu minum kopi sama je!

“ Kenallah tu.”

Iman geleng kepala. Dia bangun. Nak jumpa opah.

“ Opah!”

Dia duduk dekat birai katil tempat opah dah baring. Tak sangka Opah nak datang. Jemari Opah dia capai. Diurut perlahan.

“ Penat ke Opah?”

Opah senyum.

“ Mestilah, Iman.”

Lama dipandang wajah cucunya.

“ Terima kasih datang, Opah.”

“ Mestilah Opah datang. Nak tengok cucu Opah!”

Iman senyum. Dia perasan ada cincin platinum dekat jari Opah. Eh? Rasanya cincin opah dengan atuk, emas. Batunya satu je, warna hijau. Ni, yang buat silau mata ni siapa pulak bagi?

“ Siapa kasi cincin ni Opah?”

Opah pandang jarinya. Dia senyum.

“ Skandal Opah.”

Dari jauh dia perhati keluarga yang tergelak sama-sama tu. Asyraf kerut dahi. Kenapa dia ada sama? Dadanya dipegang. Dia langkah juga kaki kemeja tu.

“ Asyraf, duduk.” Pn. Shahida senyum bila perasan Asyraf datang.

Iman julingkan mata. umi dah buat dah! Malas betul dia!

“ Hai, Asyraf!”

Asyraf senyum. Dia, sorang?

“ Amar, hulur Opah salad tu.”

Kenapa mesti ada Amar? Asyraf dah tak sedap hati.

“ Makan, Asyraf.” Pn. Shahida letak sepotong pizza atas pinggan Amar.

“ Thanks auntie.”

Bahunya terasa ditepuk. Dia angkat wajah. Amar sengih. kerusi dekat meja sebelah dia tarik, duduk sebelah Asyraf.

“ What’s up, bro?”

Asyraf senyum.

“ Kau?”

“ Well, as you see.”

Nampak happy sangat Amar dekat mata dia. Kenapa?

“ Bola malam ni. Man U vs Chelsea. Aku dah beli tiket.”

“ Huh?”

Amar gelak.

“ Tengok bola malam ni. Aku dah beli tiket.”

Asyraf angguk.

“ Kau, ada hal ke malam ni?”

Amar kerut kening tengok Asyraf macam takde mood. Risau pulak kalau-kalau Asyraf ada kerja nak buat ke. eh? Tapi, kan tengah cuti?

“ Takdelah. Cuti ni.” Asyraf senyum. “ Pukul berapa game?”

“ Lapan.”

Asyraf angguk. “ Jumpa mana kita?”

“ Piccadilly?”

“ Ok.”

Amar bangun. Kerusi dia kembalikan dekat meja sebelah. Dia nak kena gerak dah. Pak Su bagi dia masa kejap je. Sebab nak kena jumpa client sebenarnya!

“ Gerak dah, Amar?” En. Saiful pandang Amar yang dah sarung jaket.

“ Haah. Pak Su dah tunggu lama. Pukul dua nak jumpa client.”

Asyraf pandang Amar. dia datang dengan Pak Su Hazim rupanya. Urusan kerja! Buat dosa je dia sangka macam-macam. Astaghfirullah..

“ Yalah.” En. Saiful senyum. suka dia tengok Amar yang muda-muda dah kuat kerja ni!

Iman pimpin opah duduk dekat kerusi depan National Museum. Opah tak larat masuk, katanya. Jadilah dia temankan opah. Asyraf temankan umi dengan abah masuk.

“ Baik Asyraf tu, Opah tengok.”

Iman tepuk dahi. Dah kenapa dengan umi dan opahnya hari ni?

“ Kamu ada apa-apa dengan dia?”

Opah cuba menembak. Mana tau? Sebab pada pandangan dia, Asyraf macam suka je dekat Iman. Dan, macam biasa, cucunya ni blur.

“ Dia kawan je Opah.”

Wajah cucunya dia pandang lama. Nak mencari kot-kot Iman tengah temberang dia!

“ Yeke?”

Iman kerut kening.

“ Iye Opah. Kawan dari sekolah. Dari umur tiga belas.”

Dengan Amar? Opah senyum.

“ Dia baik kan?”

“ Memang baik. Tapi, dia kawan.” Iman tekankan lagi perkataan kawan.

“ Iman suka dia?”

Dia pandang cucunya. Nak tengok apa reaksi Iman.

“ Suka. Siapa tak suka Asyraf tu. Dia sahabat terbaik yang Iman ada.”

Opah senyum.

“ Dia memang baik. Sejuk je hati Opah tengok. Tapi, opah suka lagi skandal opah.”

Iman bulat mata pandang Opah.

“ Apa opah?”

Opahnya ada skandal? Hot news!

“ Opah suka lagi skandal Opah.”

Iman gelak. Sungguhlah Opah dia ni.

“ Skandal Opah, gentleman.”

Iman tekan perutnya. Kelakar betul opah ni!

“ Kamu gelak-gelak kenapa? Ingat opah takde skandal ke?”

Iman kesat tubir matanya. Laju dia angguk.

“ Betullah. Hari minggu, mesti kitorang date!”

Iman terlopong. Serius?

“ Umi abah tau tak?”

Opah angguk.

“ Mestilah! Ada masa, diorang pun join sama.”

Iman geleng kepalanya. Opah..Opah..

“ Kamu ingat Opah main-main ke?”

Iman gelak lagi.

“ Opah!”

Suara yang ceria tu, buat tawa Iman terhenti. Lelaki tu duduk sebelah kanan Opah. Bahu Opah dia peluk mesra.

Iman dah bengang! Dia ni! Saja je! Time orang nak manja dengan opah, saja dia potong stim! Shuh, shuh! Pergi sana!

“ Haa, Iman. Nilah skandal Opah.”

Dan, Iman dah rasa macam dia nak pengsan!

Dia?

Opah?

Cincin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience