52

Romance Series 4458

“ Iman.”

Namanya terasa dipanggil. Dia buka matanya. Terlelap sambil tengok movie tadi. Dia pandang Asyraf dekat sebelah kanan dia. Kening diangkat. Asyraf tunjuk kiri. Iman toleh.

“ What would you like to eat, miss?” Pramugari tu senyum pandang dia. “ We have chicken or beef.”

Asyraf senyum bila Iman tak jawab. Blur lagi dia ni! Mamai!

“ Chicken, please. For her, and me.” Asyraf minta dekat pramugari tu. Dia sambut huluran tray. Satu dia letak depan Iman, satu untuk dia.

“ Drink, sir?” Pramugari tu tanya Asyraf. Malas nak cakap dengan orang baru bangun tidur.

“ Two orange juice.”

Lepas pramugari tu dah pergi, Asyraf gelak. Iman..Iman..

“ Apa?” Rendah suara Iman. Takut ganggu penumpang lain.

“ Kaulah! Blur.” Penutup makanan dia buka.

Iman jeling Asyraf. Gelas isi air oren, dia capai. Kering pulak tekak ni.

“ Makan dulu. Kejap lagi sambung tidur.” Asyraf masih lagi dengan sisa tawa.

Iman buka penutup makanan tu. Baru terasa lapar pulak perut ni. Bismillah..

“ Dah sampai mana ni? Jauh lagi?”

Asyraf buka map yang tunjuk lokasi flight ni sekarang dekat skrin on-flight entertainment tu.

“ Atas India. Jauh lagi.”

Iman angguk.

“ Aku tadi, masa pergi toilet, jumpa sorang bakal sama uni dengan kita.”

“ Serius?”

Asyraf angguk.

“ Budak computer science.”

“ Lelaki? Ke gadis?”

“ Kalau lelaki kenapa?”

Iman senyum.

“ Kalau lelaki, boleh buat kawan. Kalau gadis, boleh kenenkan dekat kau.”

Asyraf gelak.

“ Sejak bila kau pandai nak mejadi cupid ni?”

“ Apa salahnya, eratkan silaturrahim. Kita kat sana nanti, dekat bumi orang, bagus kalau kuat ukhuwah dengan orang kita. Takdelah terpesong.”

Asyraf pandang Iman dari ekor matanya.

“ Gadis ke?”

Asyraf angguk.

“ Wah! Asyraf cakap dengan perempuan!”

“ Eh, kau ni! Apa yang peliknya?”

Asyraf dah kerut kening. Apa masalahnya? Iman ni pun..

“ Sebab kau tu, mana pernah nak buka mulut kalau dengan perempuan. Anti-girls.”

“ What?” Asyraf dah bulat mata.

“ Anti-perempuan.”

Iman dah ketawa kecil.

“ Aku cakap je dengan kau, dengan Laili.”

“ Itu, luar kes. Sebab kau dah kenal lama dengan aku. Dengan Laili pun, sebab terpaksa sama geng kan?”

Asyraf capai gelas, dia bawa kemulut.

“ Siapa yang canang rumors tu?”

“ Takde siapa. Aku baru cipta sekarang.”

Iman tolak tray yang dah kosong tu. Kenyang terasa. Dia pandang keliling.

“ Iman.”

“ Apa?” Iman jawab tanpa menoleh pandang Asyraf.

“ Sorry pasal hari tu.”

Iman kerut kening. Pasal apa?

“ Pasal dekat Jusco tu.”

Iman senyum. pasal tu rupanya.

“ No hallah.”

Asyraf mengeluh.

“ Serius, aku tak niat pun nak cakap macam tu dekat kau. Aku just curious je.”

“ Aku yang salah anggap. Tu yang ternaik suara dekat kau.”

Asyraf senyum.

“ Dari tadi aku nak tanya sebenarnya.”

“ Apa?”

“ Jangan marah!”

Iman pandang Asyraf sekilas sebelum pandang balik skrin dekat depan dia.

“ Tak cakap lagi, dah nak kata aku nak marah.”

“ Kau kan, garang!”

Asyraf dah gelak.

“ Kau ni karang! Ada yang aku campak keluar flight ni karang!”

“ Ok..Ok.. aku nak tanya, kenapa tadi ibu dengan ayah Amar pun ada sama?” Dia pelik tadi, bila nampak En. Hashim dengan Pn. Syarifah ada sama hantar Iman. Risau dia kalau-kalau..

“ Kau tak tau ke?” Iman saja nak kenakan Asyraf.

Asyraf dah debar. “ Tau apa?”

“ Amar tak bagitau kau ke pasal aku dengan dia?” Iman dah gelak dalam hati.

Makin berdebar jantung Asyraf terasa. Ya Allah, kuatkanlah hatiku.

“ Pasal apa?” Suaranya cuba dikawal.

Iman senyum. Best ni sakat Asyraf!

“ Aku dengan Amar..”

Asyraf telan liur. Jangan kata..

“ Kau dengan Amar?”

“ Kitorang..”

“ Korang?”

“ Kawan.”

Iman gelak.

Asyraf melopong. Iman nilah! Main-main! Buat dia sakit jantung je!

“ Kenapa family korang close sangat? Korang sedara ke?”

Iman geleng.

“ Habis tu?”

“ Our parents yang kawan.”

“ Oh, pasal tu Amar dah biasa dengan family kau, kau pun sama?”

Iman angguk.

“ Boleh kata tiap Sabtu or Ahad, memang tak family aku pergi rumah dia, family dia datang rumah aku. Kira macam gathering.”

Asyraf angguk. Patutlah. Tapi, fact tu buat dia jadi makin takut! Maknanya, family Iman lagi suka Amar sebenarnya, sebab dah biasa dengan Amar!

“ Pasal yang kau tanya dekat Jusco hari tu.”

Asyraf toleh kiri pandang Iman.

“ Kitorang setakat ni, baru empat kali keluar sama. Sekali, terserempak dekat Tesco. Sekali, sebab nak minta Amar tolong pilihkan birthday present untuk abah aku. Umi aku yang minta tolong Amar sebab dia ada hal. Sekali, sebab aku kena belanja Amar, dia buli aku. Masa tu, opah ada ikut. Last, kita keluar sama dulu.”

Iman tarik senyum untuk Asyraf, berharap tiada lagi salah faham antara mereka kerana dia sendiri tak nak lelaki ni jauh darinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience