5

Romance Series 4458

Encik Zaman meneliti penerangan ringkas pasal GIS yang Iman kasi tadi. Berkerut-kerut keningnya. Even Amar dan Iman dah terangkan pun, dia masih tak jelas.

“ Saya tak faham sangat. What can GIS do for our system?”

Iman senyum. Dah agak dah! Dr. Imran ada pesan dalam kelas. Memang, ramai je orang blur pasal GIS ni.

“ Ok, macam ni. Selalu encik nak tentukan player mana akan main for the next game, macam mana?” Amar soal.

Encik Zaman kerut kening. “ Kita ada satu chart yang akan update fitness level of every player. Ada beberapa kategori. Kalau average ok, baru boleh main.  Selalu kita refer dekat chart tu nak tengok siapa yang fit.”

“ Ok, kalau pakai GIS, masa training, data-data fitness test player semua, automatic masuk dalam system. Tak payah nak tulis or key-in satu-satu. Then, encik boleh automatically tau siapa yang boleh main. Tak payah nak check satu-satu category. GIS, akan overlay, data-data tu semua, then, akan calculate the average.”

Encik Zaman angguk. Baru dia faham! Senang kerja nanti!

“ Ok, let’s say saya setuju, apa benefit yang akan saya dapat?” Encik Zaman pandang Iman dan Amar.

Iman pandang Amar. Masa nilah nak praktik semua yang Dr. Imran dok bebel. “First, dapat kurangkan masa proses. Tu yang paling penting. Dan yang kedua, tak payah coach bawak board atas padang. Bawak Ipad je.” Penuh yakin Iman jawab.

Encik Zaman dah gelak. Best jugak bawak Ipad! “ Ok, buat masa ni, apa yang saya boleh provide untuk bantu kamu?”

Amar selak buku notanya. “ Untuk starting, kami perlukan flow chart proses manual dan list data-data yang digunakan buat masa sekarang.”

“ Sekejap, ye.” Encik Zaman keluar nak dapatkan maklumat-maklumat yang dipinta. Tak sampai seminit dia masuk kembali. Dihulurkan sebuah buku kepada mereka. “ Dalam ni, ada banyak flow chart proses yang pihak pengurusan jalankan. Dan dinyatakan juga data yang digunakan.”

Amar buka buku yang Encik Zaman hulur. Iman turut sama meneliti.

“ Anything yang saya boleh bantu lagi?” soal Encik Zaman.

Amar dan Iman geleng. “ Rasanya setakat ni, belum lagi.”

“ Ada apa-apa, awak berdua boleh contact saya.” Pegawai berjaket biru tua itu senyum sambil menghulur tangan berjabat dengan Amar. “ Pihak management memang sangat berbesar hati nak cuba system yang awak perkenalkan. Mungkin yang paling happy, coach. Tak payah dia bawak board pergi padang. Boleh main game sambil tengok match.”

Amar dan Iman sama-sama ketawa. Macam-macam Encik Zaman ni. Boleh pulak fikir nak main game dekat Ipad masa match.

“Thanks, Encik Zaman. Nanti lepas dapat persetujuan lecturer, kami akan contact Encik.” Iman capai kertas atas meja mesyuarat, dan masukkan dalam failnya.

“ Saya yang patut cakap thanks kat awak berdua.” Encik Zaman senyum. “ Saya kena pergi. Ada meeting kejap lagi. So, see you then.”

Amar pandang Iman yang tengah masukkan failnya kedalam beg galas. Tak sangka, settle kerja mereka. Kelmarin, pihak pengurusan Kami FC called Iman, ajak jumpa. Sebab setuju dengan proposal yang Iman kasi minggu lepas. Cepat betul diorang respon.

Betul kata Asyraf, dia untung dapat sama group dengan Iman. Orang lain, semua agensi yang diorang nak, takde pun contact. Dia, senang je!

Cuma Iman ni, asyik cakap pasal hal study je! Bosan dia. Dah tiga kali diorang jumpa, semua cakap pasal study. Bincang pasal projek ni!

Dahlah tiap kali, mesti kena perli sebab tak solat! Ingat masa dekat Old Town hari tu..

“ I nak solat kejap.” Iman bangun.

Dia je masih tenung kertas yang Iman kasi tadi.

“ You?”

Amar angkat kepala. Kening dijungkit. Iman pandang dia.

“ Uzur lagi?”

Asyraf dah senyum tahan gelak.

“ Ahad ni, I email draft report. You try design user interface dulu boleh?”

Huh? Amar pelik. Cepatnya! “You nak ahad ni?”

“ Got a problem?” Iman dah kerut kening. “ Ke you nak draft report, I design user interface?”

Amar garu kepala. Mahu kena gelak dia buat report. Selalu perempuan yang buat report. Terbalik pulak dia dengan Iman ni.

“ I design.”

Iman jalan ke pintu. “ Great.” Boleh harap jugak si pemalas ni. Lega hatinya. Kerja hampir selesai. Esok boleh dah jumpa Dr. Imran minta pendapat sikit.

“ By the way, you free tak esok?”

Amar pandang Iman yang jalan seiring disebelahnya. Jangan kata dia nak jumpa Dr. Imran dah!

“ I ingat, kita kena jumpa Dr. Imran. Kena inform dia pasal projek ni.”

“ Kenapa pulak nak kena kasi tau dia? Kita settlekan kerja, then submit, settle!”

Iman mengeluh. “ Bukan kerja kita nak implement system ni. Kita design user interface je. Kena minta Dr. Imran proceed dengan implementation.” Mamat ni, tidur ke time kelas? Takkan tak dengar Dr. Imran ada bagi tau, jangan pandai-pandai nak implement. Kalau agensi tu berminat, refer dekat dia.

“ Kenapa pulak?”

“ I tak pernah pulak nampak you tidur time lecture.”

Amar dah pelik. Minah ni, cakap belit-belit pulak!

“ You ingat benda ni main-main ke? You ingat diorang suka suka hati ke nak kasi data tu semua? You ingat diorang nak bayar kita ke? Above all, what if the system failed? I tak nak kena saman!” Iman buka pintu kereta MyVinya.

Amar ikut masuk. Haah, eyk? Data, dah sah-sah takkan dapat free punya. Macam mana dia boleh tak terfikir.

“ Dah faham?” Iman undur kereta. “ So, esok, lepas kelas GIS, you stay kejap. Kita jumpa Dr. Imran.”

Ni yang malas. Esok lecture habis pukul sepuluh kot! Baru ingat nak gerak Zouk terus! Lecehlah!

“ You ada hal ke esok?”

Amar congak dalam kepala. Kalau aku cakap kat dia ni, confirm kena sembur. Silap-silap, dia padam nama aku dalam report nanti!

“ Kalau ada hal, takpe, I jumpa Dr. Imran sorang.”

Iman tekan punat radio. Volume dikuatkan. Terdengar suara Gerard Way nyanyi lagu Welcome to the Black Parade.

“ You budak emo?”

Amar pandang Iman. Biar betul minah ni! Hari tu, Linkin Park. Hari ni, MCR! Pelik dia! Ingat Iman ni, stok layan InTeam, UNIC, Maher Zain.

“ I suka lagu ni. Buat I ingat kat my late brother.” Amar buka hikayat.

Tiba-tiba dia teringat kat arwah abang dia.

“ You ada abang?” Tak pernah tau pun? Iman pandang Amar dari ekor matanya.

“ Had. He was my best friend. My role model. Best brother in the world.”

Iman senyap.

“ Dia pergi masa I umur 15.” Rendah suara Amar.

Amar pandang keluar tingkap kereta. Masa PMR! Malam sebelum last paper, Geografi. Dia dapat emergency call dari family di Ipoh. Ingatkan ibu dengan ayah nak wish good luck. Rupa-rupanya..

Pasal tu, dia failed paper geografi. Paper yang patut memang confirm dapat A! Dia kasi rosak rekod bersih sekolahnya! Pasal tu, dia kena buang sekolah!

Dan pasal tu, dia, Amar yang sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience