29

Romance Series 4458

“ Asyraf!”

Amar dengan Asyraf yang tengah discuss pasal pasal final exam minggu depan angkat kepala.

“ Hai, Iman!” Asyraf senyum.

Iman tarik kerusi duduk depan Asyraf dengan Amar. Dia keluarkan folder biru dari beg Nike yang dia sandang tadi.

“ Ni, tentatif event Khamis ni.” Iman hulur kertas dekat Asyraf.

Khamis ni, junior dari sekolah diorang datang. Konon nak tengok UTM punya suasana lepas lawatan ke Singapore.  Jadilah dia dengan Asyraf plus beberapa lagi ex-MRSM KKB kat UTM ni kena guide diorang.

Iman mengeluh. Apasal lah malang sangat! Kalau tak pasal benda ni, dia sekarang tengah study macam budak dua orang ni!

Asyraf senyum. Dia teliti tentatif yang Iman hulur. Cepat jugak si Iman ni buat kerja! Baru semalam senior diorang minta tolong dengan diorang buat benda ni.

Dia tau dalam hati, Iman mesti menyumpah gila kena handle benda ni. Padahal, ramai je alumni lain yang ada dalam UTM ni. Tak tau kenapa nama dia dengan Iman yang orang petik. Diorang nampak free sangat ke nak handle benda-benda macam ni?

“ Great! Kau dah confirmkan dengan cikgu, pukul berapa diorang sampai? Karang, kita plan nak start pukul sebelas ni, diorang pukul satu baru sampai.”

Iman cebik. “ Tengok oranglah! Pernah ke aku ni buat kerja tak perfect?”

Asyraf gelak. “ Poyo gila!”

“ Kau rasa ok ke aturan masa aku tu?”

Iman pandang kertas yang Asyraf teliti.

“ Kita just bawak diorang masuk library, then tengok faculty engineering, biomedic dengan architecture je kan?”

Iman angguk. Memanglah! Jenuh kalau nak pergi semua! Ingat UTM ni ada lima faculty je ke? berlambak kot! Mana cukup setengah hari nak lawat semua. Dahlah gatal-gatal nak kena ada sesi bercerita pengalaman dekat uni.

“ Kenapalah faculty kita diorang tak nak pergi. Sedih aku.”

“ Lecehlah kalau datang. Nanti kita jugak nak kena explain itu ini. Kejap lagi, adik-adik tu sibuk tanya, akak, akak, tu abang tu tengah tangkap gambar ke? bila nampak total station. Jenuh nak brief alat lagi, tunjuk lab lagi. Penatlah!”

Asyraf gelak. Betul-betul!

Amar pandang Iman dengan Asyraf bersilih ganti. Tak tau apasal dia rasa macam lain je bila tengok Iman gelak dengan Asyraf. Lepas tu sama-sama tunjuk apa entah dekat kertas tu.

Lepas balik dari kenduri kawan diorang hari tu, dia tengok Asyraf dengan Iman makin rapat. Macam ada something jadi antara diorang.

Sebelum ni pun, dia memang dah lama tau yang Iman, dengan Asyraf je dia mesra. Asyraf pun sama. Iman satu-satunya perempuan yang dia boleh sembang, gelak sama. Dengan Laili pun, Asyraf jarang borak.

Tapi, Asyraf dengan Iman yang depan dia ni, macam ada bond yang ikat diorang sama. Yang buat diorang jadi macam mirror to each other. Dan, selalu je dia dengar orang kata, Iman dengan Asyraf ngam sangat!

Eh? Yang dia nak sibuk kenapa? Lantaklah Iman dengan Asyraf pun! Apa kena mengena dengan dia? Amar sambung baca notes yang ada atas meja.

Tapi kan, dah lama dia tak borak dengan Iman. Dia malas nak kacau Iman yang dah sah-sah busy study. Buku yang Iman kasi, dah lama khatam. Tapi, dia tak kasi tau Iman pun. Sebab tak nak kacau Iman punya masa.

Iman pun, macam biasa, kalau depan member lain, mana pernah nak tegur dia! Kalau diorang lepak berdua je, baru Iman macam-macam nak sembang dengan dia! Macam malu sangat je nak tegur dia!

Macam sekarang ni! Dari tadi, Iman, pandang dia pun tak! Nikan pulak nak sembang. At least, cakap how are you pun tak!

“ Amar!” Asyraf cuit lengan Amar.

“ Huh?” Amar angkat wajah. Dia pandang Asyraf kat sebelah.

“ Iman ajak study group Project Management punya paper weekend ni.”

Amar pandang Iman pulak. Iman selamba je tulis apa entah dekat dia punya buku nota. Apalah yang dia dok busy-busy tu?

“ Nak tak?” Asyraf kerut kening. Budak nilah. Baru aku tinggalkan kejap, dah berangan jauh sampai ke Marikh!

“ Ni list topik. Aku dah divide.” Iman hulur dekat Asyraf. Dia pandang Amar sekilas.

“ Ok. Aku amek bab tiga sampai empat.” Asyraf tenung kertas yang Iman kasi. Dia dah kerut kening. Sungguhlah Iman ni!

Dia pandang Amar. “ Kau, lima dengan enam. Iman! Tak aci gila kau amek bab satu dengan dua! Senang kot!”

Iman angkat bahu. “ Nasiblah. Korang discusslah kalau terasa nak tukar. Sesama korang.” Dia masukkan buku nota dengan fail tadi dalam beg Nikenya.

Amar capai kertas yang ada dekat tangan Asyraf. Saja je kasi aku bab susah! Nak kena Iman ni!

“ I nak bab dua. You amek bab enam. Kita tukar.”

Iman geleng. Eh? Suka hati je nak tukar-tukar! Takde-takde! Keputusan muktamad! Sebarang rayuan tidak akan dilayan!

“ You saja je kasi I bab susah kan!” Amar letak kertas tu atas meja. Dia pandang Iman lama. Karang ada yang aku goreng masuk kuali karang Iman ni!

Asyraf pandang Iman yang masih buat selamba tu. Iman pun, bukan nak mengalah! Padahal, dalam tiga orang, dia paling star! Yang pergi amek bab senang kenapa! Mestilah si Amar ni mengamuk!

Amar pun satu. Study jelah benda ni! Lagi bagus apa dapat faham bab yang susah. Tak payah nak dengar orang lain explain. Sendiri faham lebih.

“ Tukar dengan aku, Amar.” Asyraf senyum. “ Aku amek bab lima. Kau amek bab tiga. Ok?” Dia capai pen.

Amar dah pelik. Kenapa Asyraf sekarang ni? Asyik nak back up Iman je? Selalu takde pun? Mesti ada something ni antara diorang!

“ Nak tak?”

Amar mengeluh. “ Yalah.”

Asyraf senyum. Dia kemas alat tulis dia masuk dalam pencil case. Lepas tu, masuk dalam beg dia. Laptop dia pun, dia tutup masuk dalam beg jugak.  

Amar kerut kening. “ Kau nak gerak pergi mana?”

Nak pergi mana pulak? Ada lagi dua bab tak habis discuss ni!

Asyraf tepuk dahi. Lupa nak kasi tau. Iman nilah! Sibuk nak cari gaduh dengan Amar tadi!

“ Aku dengan Iman nak pergi ambil pamplet dengan buku program event kitorang. Dah siap.” Asyraf sandang beg. “ Iman ni lah! Bukan nak inform awal-awal!”

“ Bukan salah aku ok. Budak batch 95 tu yang takde tanggungjawab. Mujur aku ni senior yang baik hati!” Iman pun tak puas hati sebenarnya. Last minute, semua tolak dekat dia.  Takde tamadun betul!

Asyraf gelak. Padan muka Iman! Siapa suruh masa sekolah memfamouskan diri? Biar jadi macam dia, senyap je.

“ Gerak dulu, Amar.” Asyraf tepuk bahu Amar. “ Jumpa dekat rumah.”

Amar pandang je Iman dengan Asyraf yang dah jalan keluar tu. Dia teringat satu dalil yang dia dengar masa tazkirah beberapa minggu lepas.

Wanita-wanita yang tidak baik untuk lelaki yang tidak baik, dan lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (An Nur:26)

Dia? Kalau difikirkan balik, siapalah dia yang nak duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Iman dan Asyraf tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience