43

Romance Series 4458

Kopiah Amar letak atas kepalanya. Dia segera turun tangga. Nak pergi surau. Lambat dah ni! Baru tangan nak pulas tombol, namanya dipanggil.

“ Tunggu ayah. Nak wuduk kejap.”

Amar angguk. Dia naik balik ambil kunci kereta. Tadinya, ingat nak jalan kaki je macam biasa. Bukan jauh pun surau. Memang selalu dia jalan kaki. Tapi, bila ayah nak ikut, kenalah dia bawak kereta.

Dia sandarkan kepala dekat seat kereta. Sementara nak tunggu ayah, boleh lelap kejap. lambat pulak ayah ni siap!

“ Panaskan enjin kereta buat apa?”

En. Hashim pandang Amar yang dah ada dalam Mini Cooper pemberiannya tu.

“ Nak pergi suraulah.”

“ Kamu ni, muda-muda dah malas nak exercise.”

Amar pandang ayahnya yang dah tolak pagar, lepas tu selamba jalan keluar. Cepat-cepat dia matikan enjin kereta.

“ Mana nak sihat, kalau setakat selang dua jalan dah nak naik kereta.”

Amar garu kepala. Tadi dia pun nak jalan kaki. Tapi, ingat ayah nak naik kereta. Ayah ni pun. Unpredictable sungguh!

“ Hari ni, Hazim kata kamu ke KL.”

Amar angguk. “ Ganti Pak Su punya meeting. Dia kena pergi seminar dekat Langkawi.”

“ SR Holdings?”

“ Haah.”

“ Orang company juta-juta tu, kamu kena hati-hati sikit present. Diorang kadang-kadang, benda kecik pun nak jadikan isu besar. Masing-masing nak rebut undi popular.”

Amar kerut kening. Apa maksud ayah?

“ Kita, syarikat kecik je. Takde BOD ramai-ramai. Shareholder pun, keluarga je semua. Hierarchy company just bos, pekerja. Tapi, diorang, yang nak jadi bos tu, berpuluh. Masing-masing ada potensi nak naik. Sebab tu, masing-masing kena tonjolkan diri dalam meeting macam tu.”

Amar angguk faham. Battleground!

“ Tak payah fikir banyak, just present pasal progress projek je. Hazim ada brief?”

“ Malam tadi baru bagi tau. Lepas tu, ada Pak Su explain sikit.”

“ Nanti ayah suruh dia brief lagi dekat kamu.”

Hazim pun satu. Dah tau tak boleh attend, baru semalam inform Amar kenapa? Kalau Amar yang incharge projek tu, takpe. Ni, langsung anaknya tak tau pun pasal projek tu!

Lepas solat, Amar pergi dekat ayah yang solat dekat tepi sekali. Sebab ayah solat atas kerusi. Dari jauh dia nampak, ayahnya yang susah payah nak bangun sendiri.

Dadanya sebak. What did I missed all these years? Tak perasan pun ayah dah macam ni. Kalaulah dia tak ikutkan sangat dia punya rebel.

Lengan En. Hashim dia paut. Tongkat tepi dinding dia capai, hulur dekat ayahnya. Sebak lagi bila tengok tangan ayah yang ketar pegang tongkat. Air mata dia kesat. Dia pimpin ayah keluar dari surau.

“ Hashim!” Suara Tok Imam yang tengah sarung selipar menyapa mereka.

“ Tok Imam.” En. Hashim lepas pegangan Amar. dia jalan pergi dekat Imam.

“ Kamu sihat?” Tok Imam pandang En. Hashim lama.

“ Macam nilah, Imam. Dah tua.”

Amar capai selipar En. Hashim, dia letak depan En. Hashim supaya senang nak disarung.

“ Amar, kan?”

Amar angkat wajah. Dia senyum angguk.

“ Dah habis belajar ke?”

“ Dah dua bulan dah habis. Dah kerja pun.”

“ Dia kerja dengan Hazim.”

Tok Imam angguk.

“ Untung kamu ada anak macam Amar ni.” Tok Imam tepuk bahu Amar. “ Jarang budak muda sekarang nak pergi surau. Nak-nak, subuh macam ni.”

En. Hashim senyum. dalam hati terselit bangga.

“ Dah ada calon?”

Amar terkedu. Alamak? Tok Imam ni, ada anak perempuan ke? kenapalah sejak dua-tiga menjak ni, ramai je yang nak matchmake dia?

“ Dah ada ke, Hashim?”

En. Hashim gelak.

“ Tak nak lagi katanya. Budak muda sekarang lain. Kita dulu, takde nak fikir panjang.”

Amar tunduk. Tau ayahnya perli dirinya. Tapi, bukan dia tak nak. Tak ready je!

“ Ruginya. Baru ingat nak kenalkan dengan anak saudara saya. Bising dah maknya minta cari calon.”

En. Hashim senyum. “ Ada jodoh nanti tu, adalah. Tak payah nak maknya bising-bising pun.”

Tok Imam gelak. “ Yalah. Saya gerak dululah. Nak singgah Warung Mail beli roti canai.”

Amar turut hulur tangan salam dengan Tok Imam.

“ Tak sangka laku juga kamu ni.”

Amar sengih.

“ Kenapa tak cakap dekat Uncle Saiful yang kamu minta tangguh, bukan tolak terus?”

Terkejut jugak dia minggu lepas, bila Amar terus tolak cadangan tu. Dia ingat Amar nak minta tangguh kalau ikut apa yang Amar cakap hari tu dekat dia dengan isterinya.

“ Saya tak nak burdenkan Iman.”

Kalau dia cakap macam tu, mesti Iman dah tak nak kawan dengan dia dah. Lepas tu, kalau dia tak cakap macam tu, mesti Iman nanti dalam dia punya journey nak capai impian dia, dia rasa tak tenang sebab limited by him in the end.

“ Lagi senang kalau kamu cakap minta tangguh, daripada, tolak terus.”

En. Hashim geleng kepala. Tak faham betul dia! Betullah Amar ni, unpredictable. Susah nak faham apa yang anaknya fikir.

“ Saya nak dia terima saya sebab dia nak terima saya. Bukan sebab parents yang suruh.”

“ Belit sangat ayat kamu tu?”

Amar senyum.

“ Saya tak nak dia terima saya sebab kehendak orang lain. Saya nak, semua tu dengan dia punya hati yang rela.”

Dia tak tau boleh ke tak dia jumpa Iman yang tu. Tapi, dia akan usaha untuk tu. Dia akan pastikan diri dia, ada dalam Iman punya future. Tak kira penat macam mana pun dia, dia akan usaha.

“ Kamu punya ayat, dah boleh buat puisi.”

En. Hashim senyum. Alhamdulillah, anaknya dah matang. Tenang je buat keputusan. Setiap tu, ada reason yang bernas. Amar yang dulu, tau nak rebel je. Semua tak setuju, takde sebab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience