27

Romance Series 4513

Tawa mengisi perkarangan tamu banglo setingkat milik keluarga Syakila ini dengar Syafiq yang entah apa-apa dok mengarut. Iman dan Asyraf sama-sama tertunduk. Ish, ni malas ni!

“ Tengok-tengok tahun depan, dapat kad kahwin, ‘Iman dan Asyraf’,” sambung Syafiq lagi. Sengal betul!

Mereka sedang menjamu selera setelah selesai Aiman dan Syakila dinikahkan tadi. Bising betul! Semua berkumpul semeja. Buat macam rumah sendiri pulak. Tak makan saman betul geng MRSM KKB ni! Dari tadi ramai je pakcik makcik tertoleh-toleh kemeja mereka.

“ Entah-entah dah tunang. Tapi, tak nak kasi tau orang,” giat Syafiq lagi. “ Macam Aiman dengan Syakila jugak. Tunang senyap-senyap je.”

Makin panas hati Iman. Dahlah Azira dari tadi terkekek-kekek gelak. Menyampah betul! Yang Asyraf pun satu. Diam je!

“ Hai, guys.”

Aiman yang lengkap berbaju melayu songket hijau mengambil tempat dikerusi kosong disebelah Asyraf.

“ Pengantin baru, what’s up!” seloroh Syafiq. Dalam ramai-ramai, dialah yang sangat kecoh! Kalah perempuan!

Aiman tersengih. “ Well, baru sejam jadi pengantin, tak rasa apa lagi kot.” Jawapan Aiman disambut tawa mereka.

“ Apasal lambat tadi? Kata pukul sebelas?” soal Azim pula.

Majlis pernikahan Aiman dan Syakila lewat sejam dari masa yang sepatutnya. Kata pukul sebelas, tapi pukul dua belas baru jurunikah sampai.

“ Itulah pasal. Tadi jurunikah ada majlis lagi satu. Pengantin yang kat sana lambat sampai kot.” Aiman menanggalkan tanjak yang dipakainya lalu diletak diatas meja.

Asyraf memandang Aiman kagum. Dia terlalu kagum dengan rakannya yang seorang ini. Dari dulu, Aiman menjadi idolanya dalam diam. Banyak tentang Aiman yang dia kagumi. Aiman hafaz Al-Quran 30 juzuk. Aiman jadi imam solat. Aiman jadi Ketua BADAR. Semua yang baik. Kini, lelaki itu melangkah jauh kedepan semua orang. Laju meninggalkan mereka melangkah kealam perkahwinan dalam usia yang muda. Baru 23 kot!

“ Kau bila pula, Asyraf?” Aiman menepuk bahu Asyraf mesra. Dia tersenyum senang melihat Asyraf yang dihadapannya kini. Lain sungguh!

“ Dia dah tunang pun!” Celupar betul mulut Syafiq! Rakan-rakan yang lain sama-sama tertawa.

Aiman mengerutkan kening. “ Tunang?”

Iman sudah mengepal buku limanya. Nak kena Syafiq ni!

“ Haah. Kan Iman?” Giat Syafiq lagi.

“ Kau, Syafiq!” Iman sudah bangun.

“ Dia gurau je. Lepaklah, Iman.” Asyraf menyabarkan Iman yang sudah bangun itu. “ Mana ada, Man. Bayang jodoh pun aku tak nampak.” Cewah kau Asyraf! Mana belajar ayat camni?

Makin galak seisi meja tertawa mendengar jawapan selamba Asyraf itu. Memang Asyraf dah berubah. Tak sama macam yang dulu.

Anak saudara Aiman menarik baju melayunya. “ Abang Aiman, Kak Kila panggil.” Aiman menoleh kearah muka pintu. Kelihatan Syakila melambai-lambaikan tangan kearahnya.

“ Amboi, sombongnya wife kau, Man. Taknak jumpa kitorang ke?”

Aiman tersengih. “ Dia segan tu. Jap eyk.” Tengkolok dicapainya. “ Tambah lagi nasi wei!”

Sebaik Aiman bangun, Asyraf turut bangun. Mahu mencari Iman.

“ Mana Asyraf?” soal Syafiq nakal. “ Cari tunang ke?”

Asyraf hanya membalas dengan senyuman. Segera dia menuju keluar pagar. Mana tau Iman sudah menunggu dikereta.

“ Kau, Syafiq. Mulut memang macam longkang, kan?”

Azira dah bengang. Meski dia pun selalu je usik Iman dengan Asyraf, tapi takdelah melampau macam apa yang si Syafiq ni buat! Teruk betul!

“ Apa salah aku?” Syafiq buat muka tak bersalah.

Azira menjulingkan matanya keatas.

“ Kau memang kalau tak tabur fitnah tak sah kan?”

Sabri menyabarkan teman wanitanya. ‘Girlfriend aku ni pun, angin tak tentu pasal!’

“ Alah, takkan gurau pun tak boleh. Lama tak jumpa wei. Rindu!”

“ Banyaklah kau punya rindu!”

Azira membaling tisu ditangannya tepat mengenai muka Syafiq.

Iman menyandarkan tubuhnya pada Swift milik Asyraf. Tangan disilangkan. Panas hati betul dia dengan Syafiq ni!

“ Tak panas ke, kak?” satu suara menegurnya. Dia menoleh. Kelihatan Asyraf tersenyum padanya.

Iman merengus. “ Dah biasa turun site! Panas takat macam ni, apa nak hairan..”

Asyraf tertawa kecil. Itu pula yang keluar dari bibir Iman. Kelakar betul. “ Kan? Rindu pula tiba-tiba nak turun site lagi.”

‘Apahal pula Asyraf ni cakap pasal turun site bagai pula? Ngigau?’ Gumam Iman rendah.

“ Yang kau tiba-tiba bukak hikayat turun site ni apasal?”

Asyraf tersenyum menghampiri Iman. Eh? Dia yang start story dulu kot? Iman ni pun.

“ Masuk jom. Tak baik tinggalkan majlis macam tu je. Dengan Syakila pun tak jumpa lagi kan?”

“ Why should I? Suruh Syafiq balik, baru aku masuk!”

Asyraf menggaru kepalanya. Apa kes nak merajuk pasal benda kecik? Bukan selama ni selalu je diorang kena giat bab ni?

“ Relakslah, Iman. He’s just joking. Dah dekat enam tahun tak jumpa kan? Mesti rindu gila nak sakat wife Hulk ni!”

Iman menjegilkan matanya.

“ Apa kau panggil aku?”

Asyraf menekan perutnya tertawa.

“ Kau memang layak pegang title wife Hulk tu.”

Iman merengus. Ingatkan tadi nak tenangkan sikit api yang membara tadi, si Asyraf ni pulak tolong tuang petrol apasal! Segera dia melangkah laju memasuki semula perkarangan banglo setingkat itu.

Sampai saja dimeja tadi, kelihatan Syakila berbual mesra dengan Azira dan yang lain-lain. Segera dia duduk dikerusi kosong.

“ Iman, sorry,” perlahan suara Syafiq. Iman hanya senyum segaris.

“ Iman, kau UTM kan?” Tiba-tiba Syakila menyoal.

Laju Iman mengangguk.

“ Yup. Geomatik.”

“ Kau kenal Dr. Imran?”

“ Her supervisor. Kenapa, Syakila?” soal Asyraf pula.

“ Uncle aku tu.”

Iman dan Asyraf dah jatuh rahang. What? Uncle Syakila? Kontra gila!

“ Dia baik gila kan?” sekali lagi Iman dan Asyraf jatuh rahang. Baik? “ Betullah itu hari dia maksudkan kau.”

Iman mengangkat kening. “ Dia story apa?”

Syakila tersengih nakal. “ Dia nak jodohkan kau dengan anak dia yang study kat Jepun.” Seloroh Syakila.

Seisi meja tertawa. Tak terkecuali Asyraf. “ Patutlah selama ni dia baik gila dengan kau, Iman. Ada udang disebalik mee. Kalau korang nak tau, Iman ni anak emas Dr. Imran tu kot! Dengan orang lain, garang gila dia. Tapi, dengan Iman, macam layan anak raja kot!” giat Asyraf.

Iman menjegilkan mata. Asyraf ni, tabur fitnah betul! “ Mana ada!”

“ Handsome tak anak dia?” Azira pulak yang terlebih-lebih excited. Gaya macam dia pulak yang Dr. Imran nak jodohkan.

“ Adalah ala-ala Nishikido Ryo.”

Syakila membuat perbandingan dengan artis dari Jepun yang mereka sama-sama minati dari zaman MRSM dulu. Gila betul masa tu! Lepak bilik TV tak ingat dunia. Sampai miss makan malam sebab nak tengok drama Jepun pukul enam.

“ Hah! Tu pun uncle.” Syakila melambaikan tangan pada seseorang. “ Uncle!”

Iman dan Asyraf mula kelam kabut. Adeh! Macam mana singa tu boleh ada kat sini pula? Baru nak happy-happy ni. Bunuh mood betul!

“ Hai, Iman. Tak sangka you pun ada kat sini.”

Iman tersenyum hormat pada pensyarahnya itu.

“ And you..”

“ Asyraf, Dr.” Asyraf bangun bersalam dengan pensyarah GISnya itu.

“ Yeah, Aysraf. Lupa pula nama you.” Dr. Imran senyum. Erk? Senyum? Biar betul. Tak pernah dalam sejarah diorang tengok Dr. Imran senyum. Memanjang bengis. Apalah kau, Asyraf. Dah sah-sah sekarang bukan dekat kampus. Memanglah orang tua ni kontra habisan!

“ Schoolmate Syakila, kan?” Iman dan Asyraf mengangguk. “ Ok, enjoy your mini reunion. I tak nak kacau orang muda-muda punya persidangan.” Dr. Imran berlalu pergi. Sempat dia mengusap kepala Syakila mesra.

Iman memerhatikan langkah pensyarah berusia dekat enam puluh tahun itu. Wow! Dr. Imrankah yang dia lihat tadi?

“ Kan aku dah kata dia baik.” Syakila tersengih.

“ Kontra gila dengan dalam lecture.” Asyraf mengurut dada. Dari tadi jantungnya berdegup kencang effect Dr. Imran. Macam dalam lecture je tadi. Padahal punyalah kasual Dr. Imran sembang tadi. Tu pun dah cuak tahap apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience