15

Romance Series 4458

“ Setting out involves marking out the site to indicate where the foundation trenches are to be dug, and the position of the walls on the concrete foundations. Wooden profiles are firmly placed into the ground, on which strings can be fixed, the position of which can be transferred to the ground to indicate the trench and wall positions.”

Laju tangan Iman catat apa yang Dr. Safura beria explain. Dulu masa diploma ada belajar sikit pasal setting out ni. Tapi, memori tu macam dah expired dalam kepala. Kena revise balik ni nanti!

Dr. Safura dah tukar next slide, sambung explaination pasal setting out.

“ Once the profiles are in, the string lines for the outer edge of the trench are checked to ensure that the diagonals are equal - showing that the house will be built square. If the diagonals are not equal, then reposition some profiles and check again. Setting out may take some time - to build the profiles and determine the distances required. This stage cannot be rushed, get it wrong and you will have all sorts of problems later on.”

Iman angguk faham. Tangan masih laju salin nota. Even Dr. Safura ada je upload notes dekat iLearn, tapi, kadang-kadang, banyak je point yang dia mention dalam kelas, tapi takde dalam slide. Mana tau kot-kot tiba-tiba Dr. Safura nak masukkan dalam exam.

“ In order that the design of the scheme can be correctly fixed in position, it is necessary to establish points on the site which the horizontal coordinates are known. As usual, we can use any positioning technique we can to establish this controls such as theodolite or GPS.”

Amar buat muka bosan. Lecture Dr. Safura bagi dia, dalam banyak-banyak lecture dekat UTM ni, paling bosan! Dok bebel sorang-sorang. Takde two way communication langsung! At least, kalau dia tanya-tanya macam Dr. Imran selalu buat, takdelah dia ngantuk macam ni.

Dia pandang keliling kelas. Macam biasa, semua buat hal masing-masing. Izham dengan Zaid dah lama wassalam. Budak berdua ni, memang datang lecture pasal nak sign attendance je. Biasa lepas break, diorang chow.

Selang dua row dari tempat dia duduk, ada battle Counter Strike. Dah sampai nak Mission Accomplished dah budak tu main sementara Dr. Safura dok bebel tu. Siap ada penonton lagi tu.

Yang lagi kelakar, Dr. Safura macam tak kisah langsung. Student tidur, student main-main, student sembang, takde dia kisah! Mana student tak naik tocang!

“ Prof, can the temporary bench mark, be used for other surveying jobs?”

Ada orang tanya soalan? Amar dah pelik. Wow! Ada orang fokus dalam lecture bosan ni! Dia pandang row tengah ketiga dari depan. Patutlah.

“ I mean, there is an accuracy tolerance of the TBM. So, it’s not as accurate as standard bench mark. So, can we use it for our levelling work?” Iman sambung lagi.

Amar dah tongkat dagu. Satu-satunya yang fokus dalam lecture. Setakat ni, tolak hari blur Iman hari tu, dia tak pernah tengok Iman tak fokus. Tak kira bosan macam mana lecture tu, tangan Iman laju je salin nota. Ada je soalan yang dia nak tanya.

She’s definitely amazing! Tak pernah result tak best! Tu yang ramai ada je doakan Iman satu sem kasi result jatuh. Tapi, setakat ni, takde. Kalau jatuh pun, still, bagi dia, tak jatuh mana pun. Still, masih lagi dekan. Kalau sem ni, dekan lagi, dapat ANC!

Yang kaki jealous tu, banyak golongan gadis-gadis. Tak faham dia! Why human can’t stand of other’s success? Ada je yang tak boleh tengok orang lain lebih sikit.

Bahunya terasa ditampar.

“ Tengok apa? Khusyuk sangat?”

Asyraf kerut kening tengok Amar yang entah dok tenung siapa.

“ Tarapapa. Pandangan kosong. Bosan!”

“ Tak baik kau. Sian Dr. Safura penuh semangat explain, kau kata dia bosan.” Asyraf dah buat ayat poyo.

“ Bukan dia bosan, lecture dia yang bosan. Kau tengok semua orang, ada dengar apa dia cakap?” Amar pandang Asyraf yang tengah catit jawapan yang Dr. Safura kasi dekat soalan Iman. Tapi bagus jugak Asyraf ni rajin salin nota, selalu je dia mintak pinjam nota Asyraf buat rujukan.

Asyraf angguk. “ Ada je. Aku, kau. Iman.”

“ Sometimes, aku terfikir, how actually uni ni punya criteria untuk hire lecturer?”

“ Maksud kau?”

Amar hela nafas. “ Yelah. Kau tengok. Cakap dengan slide. Explain monotone. Takde two-way communication.”

“ Dia baru lagi jadi lecturer.”

“ Macam ni ke graduate overseas?” Tak silap dia Dr. Safura dulu student Newcastle University.

“ Kau ni. Tak baik. Apa pun, she’s our lecturer.”

Malas nak bertekak, earphone dia capai. Dengan Imam Muda Asyraf ni, banyak hujah dia dipatahkan. Maklumlah, Asyraf dah biasa debate mahasiswa. Dahlah Asyraf ni ala-ala ustaz. Mana boleh nak kutuk-kutuk orang. Hilang hafalan! Kena sentiasa husnuz zon!

Tapi, ayat Asyraf yang last, buat dia teringat dekat Hisyam sebenarnya. Abangnya pernah cakap benda yang sama masa dia mengadu pasal cikgu sekolah dia tak best mengajar.

“ Amacam study? Best tak?”

Hisyam pandang Amar yang tengah punggah baju keluar dari beg beroda warna hitam tu.

“ Ala. Tadi dalam kereta, dahlah ayah tanya benda sama. Abang pun?” bosan betul! Semua sibuk tanya pasal study!

Hisyam dah senyum. Kepala Amar dia usap.

“ Ni lain. Abang yang tanya adik abang ni okay tak study jauh sana?”

“ Macam biasa, bosan.” Selamba Amar balas.

Berkerut kening Hisyam. “ Bosan?”

Amar angguk. “ Cikgu cakap dengan blackboard. Gaya macam blackboard tu yang student bukan kitorang.”

Pecah tawa Hisyam. Macam-macam Amar ni. “ Tak baik. Apa pun, dia tetap cikgu adik.”

“ Woi! Berangan!” Bahunya terasa ditampar. Dia pandang arah kiri. Izham dah sengih-sengih.

“ Apasal?”

“ Kau nak stay back ke? Kitorang nak gerak mamak, lunch.” Zaid tolong jawab.

Eh? Dah habis lecture? Dia pandang keliling. Semua dah sibuk kemas-kemas barang masing-masing. Matanya terpaku dekat Iman yang tengah sembang dengan Asyraf. Dia padang Iman yang  tengah gelak dekat apa yang Asyraf baru cakap. Asyraf pun senyum je dengar apa yang Iman cakap. Apa entah yang diorang tengah sembang tu? Eh, yang aku nak sibuk kenapa?

“ Nak tak?” ulang Zaid lagi bila takde respon.

“ Kau ni mamai lagi ke?”

“ Hah, apa?” Amar pandang Izham dan Zaid yang tengah pandang dia.

Izham tepuk dahi. Budak ni! “ Tulah, rajin sangat lepak Zouk. Daydreaming je.” Masalah betul! Aku dahlah lapar ni!

Zaid dah geleng kepala.

“ Kitorang nak lepak mamak. Nak ikut tak? Ke kau nak stay back?”

“ Gila tak ikut! Aku dari semalam ngidam kari mamak tu. Dah jom-jom!”

Amar capai sling bag Adidasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience