21

Romance Series 4458

Selesai solat sunat rawatib, Amar bangun duduk sebelah Asyraf yang dah sedia nak dengar Ustaz Fahmi punya kuliah Subuh. Ni rutin dia sekarang. Kalau pagi tu bangun awal, memang dia dengan Asyraf gerak pergi Surau dekat belakang rumah sewa diorang ni. Tak pun, dia jemaah dengan Asyraf je. Lepas solat, selalu, Asyraf akan kasi tazkirah ringkas.

“ Topik apa?” Amar tepuk peha Asyraf.

“ Tak start pun lagi. Ustaz cari buku dia.”

Amar pandang Ustaz Fahmi yang tengah belek-belek buku yang dia bawak banyak-banyak tu. Tak jumpa reference kot?

“ Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum semua.” Ustaz Fahmi senyum tengok barisan Jemaah yang ada dalam lima belas orang depan dia tu. Biasalah, hari kerja, memang tak ramai nak ke Surau. Nak-nak, kawasan student ni. Apa pun, Alhamdulillah, masih ada yang nak duduk dalam majlis ilmu macam ni.

“ Alhamdulillah, kita dah mulakan hari kita dengan baik. Solat Jemaah, seperti yang kita tau, pahalanya dua puluh tujuh kali ganda lebih. Hari ni, saya nak cerita pasal kasih sayang dengan ibu bapa.”

Amar rasa darah menyerbu naik kemukanya. Parents? Dia tunduk. Kasih sayang?

“ Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: Dan takutlah kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.” Ustaz Fahmi capai air mineral yang adat atas meja dia letak kitab dia semua tu.  Kering tekak pulak pagi-pagi ni.

“Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah. Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan atau ganjaran yang paling besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa yang mereka taburkan sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.”

Ganjaran? Amar senyum tawar. Aku tak pernah nak hargai ibu dengan ayah. Selalu aku salahkan diorang atas semua yang jadi dekat aku. Dadanya terasa sebak. Maafkan Amar, ibu. Maafkan Amar, ayah.

Asyraf terdengar esak kecil dari Amar. eh? Dia pandang Amar yang tengah tunduk tu. Aik? Amar nangis? Biar betul!

“ Malah, sehingga kita mati, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tidak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak akan sempurna sepenuhnya jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa kita.”

Dia banyak lukakan hati ibu. Lukakan hati ayah. Masih jelas wajah ibu yang basah dengan air mata. wajah ayah yang kecewa malam tu.

Berdosanya aku! Aku lukakan hati ibu yang lahirkan aku! Yang susah payah sembilan bulan bawak aku merata-rata semata nak pastikan aku sihat bila lahir.

Aku kecewakan ayah yang dah berkorban macam-macam untuk aku. Nak besarkan aku. Ayah dah buat macam-macam nak pastikan aku, live well.

“ Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara. Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan anaknya.”

Amar angkat wajah. Dia pandang Ustaz Fahmi yang tengah beria-ia bercerita.

“ Dimana kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah dan terdapat seorang pemuda yang berasal dari Yaman memikul ibunya dan bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia kelihatan begitu keletihan.  Pemuda tersebut berjum apa dengan Ibnu Umar dan bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah menurutmu aku telah membayar segala jasa ibuku atas apa yang telah ibuku lakukan untukku selama ini?.” Ustaz Fahmi senyum. dia pandang jemaah dihadapannya. “ Apa agaknya yang Ibnu Umar jawab?”

Asyraf angkat tangan. “ Ibnu Umar jawab, Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”

Ustaz fahmi angguk. “ Ya. Begitulah betapa jasa ibu dengan ayah kita, kita takkan dapat bayar sampai bila-bila. Siapa sini yakin dia dah habis bayar hutang jasa dengan ibu bapa dia?”

Masing-masing geleng. Ada yang tunduk. Amar pun sama. Dia tak pernah buat apa yang ibu dengan ayah suka. Sejak dia kecik, semua yang ayah larang, tu dia paling suka buat. Bilanya dia nak buat baik nak balas jasa mereka?

“ Jadi, apa yang kita boleh buat untuk bahagiakan mereka, pastikan kesejahteraan mereka? Kita tau kita takkan boleh balas jasa mereka, tapi, at least, kita boleh buat sesuatu yang boleh senangkan hati mereka, kan?” Ustaz Fahmi pandang hala Asyraf dengan Amar.

Amar tunduk. Apa dia buat? Sekarang ni, sejak dia mula solat balik, dia hanya mampu nak doakan ibu dengan ayah. Tak nak diorang sakit. Tak nak diorang ditimpa kecelakaan yang boleh buat dia hilang keduanya.

“ Yang pertama dan yang paling penting, sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan dan ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa. Apa ibu bapa suruh, jangan lawan. Ikut je, selagi tidak bertentangan dengan syarak.”

Amar diam. Taat? Aku bukan anak yang baik. Apa ayah suruh, tak pernah aku nak buat. Semua aku lawan. Macam aku je betul dalam dunia ni. Orang lain semua salah.

“ Cakap lemah lembut. Suara rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT.”

Mata terasa panas. Yang ni dia selalu buat dekat ayah. Paling latest masa cuti hari tu. Dia tinggikan suara dekat ayah lepas ayah suruh dia further study. Patutlah ibu menangis.

Asyraf pandang Amar lagi. Terdengar lagi sekali esakan kecil dari Amar. dia kerut kening. Apa yang dia tak tau pasal Amar ni? Secretive sangat kawan dia yang seorang ni.

“ Ketiga, hormat dan sayang mereka. Keempat, Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.”

Yang ni dia ingat. Ada belajar masa sekolah dulu. Tapi, ingat teori je sebab nak jawab agama islam masa SPM. Tak praktik pun. Ibu dengan ayah tak ubah macam housemate je dia buat dekat rumah tu.

“ Keenam, panggil mereka dengan panggilan yang disenangi mereka. Gembirakan hati mereka supaya saki baki hidup mereka terisi dengan kasih sayang dari seorang anak.”

Saki baki hidup. Ayah dah enam puluh, ibu dah lima puluh enam. Baru dia sedar. Dah tua dah ibu dengan ayah. Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa mereka. Dan, baru dia teringat yang ayah dah bertongkat masa ayah tampar dia hari tu. Dia nampak tangan ayah yang terketar pegang tongkat. Dan, ayah dengan ibu dah pindah bilik bawah. Baru dia perasan semua tu! Ya Allah, apakah aku terlalu leka sampai lupa pada ibu dan ayahku? Amar raup wajah.

“ Yang ni penting. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang dari kita akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.”

Amar rasa macam ada bunyi petir tepi telinga dia. Dia pergi macam tu je hari tu. Tak salam ibu, tak salam ayah. Tak minta maaf langsung. Kalau tiba-tiba dapat called dari Pak Su Hazim yang ibu atau ayah dah takde, macam mana? Dia akan kekal jadi anak derhaka, tak sempat nak pohon kemaafan pun.

Ya Allah, Kau perihalalah ibu dan ayahku. Janganlah Kau ambil nyawa mereka sekarang. sesungguhnya, aku belum bersedia nak kehilangan mereka, Ya Allah.

Amar rasa bahunya dipeluk. Dia angkat wajah. Asyraf senyum pandang dia. Air mata dia kesat. Malu gila menangis depan Asyraf!

“ Zaman remaja, zaman transisi diri kita. Zaman kita memberontak. Masing-msing nak tunjuk aku hebat. Dimana, setiap kita akan diberi dua pilihan. Antara ibu bapa atau rakan.” Ustaz Fahmi pandang setiap wajah dihadapannya. Dia pasti semua orang pernah atau sedang lalui proses ni.

“ Pilih kebebasan, atau pilih kongkongan.”

Kebebasan. Itu pilihan dia dulu. Sebab tu, dia lawan cakap ayah. Buat rules sendiri! Hidup ikut suka dia! Orang lain tak boleh masuk dalam dia punya dunia! Hanya ada dia, dan dia punya rules je! Siapa berani nak masuk, tu yang dia jadi lawan cakap ayah.

“ Kebebasan bererti, terabailah tanggungjawab pada ibu bapa. Terabailah semua perintahNya. Itu yang jadi semua benda yang saya cakap awal tadi. Tapi, pilih kongkongan, tak bermakna kita rela diri kena suap je sampai dah besar. Maksudnya, kita pilih ketaatan. Pilih suruhanNya. Pilih redhaNya.”

Ustaz Fahmi tutup buku dia. “ Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu surah Luqman ayat tiga puluh satu. Dengan ini, saya akhiri kuliah subuh kita pada hari ni dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.”

Asyraf bangun mendapatkan Ustaz Fahmi. Dia nak minta Ustaz Fahmi sertai forum dia minggu hadapan. Tapi, dia juga nak kasi Amar tenang. Dia tau, Amar kalau dia tengah down, dia tak suka orang ganggu. Bahu Amar dia tepuk sekali.

Amar tunduk. I must change! Dah banyak dosa yang aku buat! Tak mampu dah nak bawak dosa ni jauh-jauh.

'Ya Allah, masihkah ada ruang untuk aku bertaubat?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience