87

Romance Series 4458

Amar dongak pandang langit. Tak banyak pulak bintang malam ni. Pandangan dialihkan kehalaman rumah.

Ada lagi beberapa kereta parking belakang kereta dia sampai ke luar pagar. Pagar pun, tak tutup lagi.

Ramai lagi agaknya saudara mara yang dari semalam berkampung dekat rumah dia ni tak balik lagi.

Macam mimpi! Betul ke semua ni? Macam tak percaya je! Dia, dari sebulan lepas rasa dia hidup dalam mimpi!

Teringat bulan lepas masa dia tengah temankan ayah pergi check-up dekat hospital. Sementara tunggu nama ayah kena panggil nak ambil ubat..

“ Uncle Saiful baru called.”

Amar debar pandang ayahnya.

“ Iman dah buat keputusan.”

Debaran makin menggila. Ya Allah, bantulah aku, Ya Allah.

“ Dia pilih..”

Pintu bilik diketuk sekali dari luar. Amar bangun buka pintu.

“ Kenapa, ibu?”

“ Beg laptop Iman. Umi kasi.”

Amar sambut beg tu. Pintu bilik dia tutup kembali. Dia letak atas meja kerjanya. Masa nak jalan pergi kat balkoni, Iman keluar dari bilik air. Amar terpaku.

Iman ke yang ada depan mata dia ni? But, she looks amazing! Never thought she’s beautiful. Sebelum ni, nampak biasa je Iman ni.

Iman perasan Amar tengah pandang dia. Ni yang malas ni! Tadi dalam bilik air, dia dok berkira nak pakai tudung ke tak depan Amar ni. Tapi, kalau pakai, tak selesa. Rambut basah. Nanti rosak! Lagipun, dia tak nak tambah dosa.

Selesai kemas baju, dia bangun pergi dekat meja solek. Sikat dia capai. Dari ekor mata, dia perhati gerak geri Amar. Tak boleh percaya dia ni!

Amar jalan pergi balkoni duduk balik dekat kerusi yang dia tinggalkan tadi.  Dia pegang dadanya. Ya Allah, kuatkanlah imanku. Dia senyum.

“ Amar Haziq bin Hashim.”

“ Saya.”

“ Aku nikahkan dikau dengan anakku Iman Nurin Jannah binti Saiful Bahari dengan mas kahwinnya satu ratus satu ringgit tunai.”

Masa tu, Allah je tau debar dalam hati dia. Dari abah Iman hulur tangan lagi dia dah nervous gila! Sampai abah Iman tanya, dia demam ke? sebab tangan dia sejuk sangat masa tu!

“ Aku terima nikah Iman Nurin Jannah binti Saiful Bahari dengan mas kahwin satu ratus satu ringgit tunai.”

Rasanya masa tu, suara dia dah macam chipmunk sebab dia memang sumpah nervous! Bukan pasal dia takut apa, cuma, tiba-tiba dia terasa beban yang terasa dekat bahu dia hanya dengan lafaz tu. Kalau semalam, dia rasa ringan je, boleh buat semua yang dia suka. Tapi, lepas zohor tadi, dia rasa lain macam. Tanggungjawabnya makin besar sekarang. kalau dulu, hanya untuk ibu dan ayah, sekarang, makin banyak hati yang perlu dijaganya. Bukan setakat Iman sebagai isterinya, abah, umi dan opah Iman lagi.

Lepas saksi semua kata sah,  dia tak dapat bayangkan apa yang ada dalam dia punya hati masa tu. Lega? Happy? Debar? Semua ada. Tak masuk dia sebak bila nampak ibu dah kesat air mata dengan tisu dia. Sebab tu, lepas akad je, terus dia pergi dekat ibu. Sampai, ayah tegur, suruh dia solat sunat dulu. Malu betul! Macam dia anak manja sangat!

Masa sarung cincin untuk Iman, tu lagi satu part yang boleh buat dia kena heart attack! Dia rasa masa tu, langkah dia kekok sangat jalan pergi dekat Iman.

Sampai depan Iman, dia dah tak tau nak buat apa. Mujur ramai je tolong guide. Lawak betul! Semua benda kena arah tadi!

Tangan Iman.. Lembut je dia rasa. First time pegang perempuan! Amar senyum. Iman punya tangan pun, sejuk semacam. Sama-samalah kita nervous, Iman.

“ Kak Iman, cium tangan suami tu!”

Masa tu, dia nampak muka Iman dah blushing semacam. Cute je dia tengok Iman masa tu. Biasa hati kental je, iron girl! Sampai jugak hari dia tengok Iman macam ni.  

Tangan Iman yang sejuk tu dia sambut. Dan bila, Iman tunduk cium tangan dia, tak tau kenapa, dia rasa macam dunia ni, ada diorang je. Dan sebab tulah kot, dia tak dapat control diri dia, relax je kiss dahi dengan pipi Iman depan orang ramai tadi. Malu gila!

Iman sentuh dahinya perlahan. Masih terasa kucupan Amar siang tadi. Gila! Unexpected betul! Amar saja je kasi jantung dia nak pecah!

Tak sangka hari ni, sampai jugak. Hari yang kalau boleh dia nak elak sangat-sangat! Tapi, mana boleh nak lari. Ingat kereta dalam Back to the Future tu betul-betul wujud ke dalam dunia ni?

“ Iman.”

Iman toleh kekanan. Nampak Amar yang berdiri tepi balkoni tengah pandang dia. Dia dah debar. Dari mata Amar, dia tau Amar ajak dia duduk dekat kerusi yang ada dekat balkoni tu. Dia bangun.

Amar senyum bila Iman duduk sebelah dia. Rambut Iman yang diikat satu tu dia pandang lama. This is the real you, I guess?

Iman perasan Amar tengah pandang dia. Malas betullah dia ni! Iman berdehem.

“ You nak cakap apa?”

Amar tersedar. Segera dia larikan pandangannya. Mata ni pun! Suka sangat betray tuan dia! “ Thanks.”

Iman angkat kening. Punca?

“ Sebab sudi kasi I peluang tu stand by your side, forever.”

“ Iman pilih Amar.”

Masa tu, masa nak menangis. Tak percaya dia ayah cakap macam tu. Berkali-kali dia tanya ayah. Ayah siap hulur telefon suruh dia called sendiri Uncle Saiful.

Wajah Iman yang dah merah dia pandang. Never know you’re this cute! Comelnya dia pipi merah macam tu!

“ Thanks sebab terima I.”

Iman tak tau nak jawab apa. Lepas borak dengan opah malam tu, hari-hari dia fikir. Kalau dia fikir je, mesti jawapan yang dia terima Amar. sebab dia memang dah biasa borak sembang, lepak dengan Amar.

Tapi, dia masih confuse. Risau dia je yang biased. Tapi, lepas istikharah, wajah dia yang dekat sebelah ni yang muncul. Lelaki bertopi. Siapa lagi yang dia kenal suka sangat pakai topi kemana-mana dia pergi? Siap ada rak khas lagi letak segala macam fesyen topi tepi almari baju tu.

“ One more thing.” Amar tarik something dari poket seluarnya. “ For you.”

Dia buka kotak tu tunjuk dekat Iman. Bracelet yang seolah dibuat dari tali tangsi tu dia tarik keluar. Tangan kanan Iman dia capai. Dia pakaikan bracelet tu dekat Iman.

“ Last week, masa kena jumpa client dekat KLCC, lalu depan Tiffany, nampak bracelet ni. Terus I teringat you. Tu yang I beli.”

Iman pandang bracelet tu lama. Ternampak cincin platinum dekat tangan dia. Ni lagi satu benda dia nak tanya orang dekat sebelah ni.

“ About this ring.”

Amar senyum. dah agak mesti Iman nak tanya. Tadi pun, masa opah hulur dekat dia cincin tu untuk sarung dekat Iman, berkerut kening Iman dia tengok.

“ Sebab tu I kata tak payah bayar.”

Iman pandang Amar. apa maksudnya?

“ I memang beli untuk you. Masa I jalan-jalan nak carikan birthday present Opah. I belikan opah gelang jade. And, nampak cincin best ni.”

Sungguhlah Amar ni! Nampak terus beli. Nampak, terus beli! Baru dia perasan yang Amar ni memang ada je ciri-ciri anak orang kaya dia tu!

“ Iman.”

Pandangannya bersabung dengan mata yang tenung dia macam nak tembus!

“ Thanks sangat-sangat sebab pilih I.”

Iman senyum lagi.

“ I choose you because I love myself when I’m with you.”

Amar senyum.

“ And, above all, thanks sebab tunggu I.”

Mungkin sebab tu, dia pilih Amar. Sebab dia sedar, yang setahun dia buat Amar tunggu dia. Setahun dulu, Amar tolak, sebab Amar nak kasi dia peluang capai dulu impian dia.

Asyraf. Lelaki tu, baik sangat. Dan, terlalu sempurna buat dirinya yang serba kekurangan. Bumi Manchester, pernah jadi saksi, dia punya hati tiba-tiba boleh bergetar dengan hadirnya Asyraf yang selalu ada sebelah dia.

Dia tak boleh tipu yang dia selalu rasa selamat dan tenang dengan adanya seorang Hafiz Asyraf disisinya disana.

Tapi, balik Malaysia, bila Amar terpacak dekat rumah dia hari Asyraf punya keluarga datang. Tak tau kenapa, ada rasa lain yang menyapa pintu hatinya.

Dan, Amar yang depan dia, lain dengan Amar yang dia kenal masa belajar. Lain dengan Amar yang hantar dia ke KLIA. Lain dengan Amar yang dia last jumpa dekat Manchester.

Benarlah telahan dia dulu. Amar, unstoppable. Dia boleh jadi yang paling hebat. Semua tentang Amar berubah.

Dan, kalau dia ingat balik, dua tahun lepas lagi, dia memang dah takde pilihan lain sebenarnya. Jauh dalam hati dia, satu je pilihan yang dia ada.

Satu-satunya yang boleh buat dia dail nombor telefon orang tu sebab risau. Satu-satunya yang buat dia gelisah tak tidur malam.

Satu-satunya yang buat dia boleh nak tulis buku yang boleh kasi mana-mana publisher terbitkan, semata nak kasi orang tu semangat.

Dia je! Takde orang lain yang boleh buat dia macam ni! Amar Haziq ni sorang je!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience