44

Romance Series 4458

Amar tolak pintu bilik mesyuarat dekat SR Holdings tu. Lambat dah! Lagi lima minit meeting nak start! Pak Su pun satu! Baru semalam kasi tau dia kena attend meeting  ni! Dekat KL pulak! Jenuh dia lepas Subuh tadi dah kena gerak sini.

Mujur tak start lagi. Dia duduk dekat kerusi kosong. Meeting ni pasal projek bina kondominium dekat Kepong. Patut Pak Su handle projek ni. Tapi pasal Pak Su kena attend seminar dekat Langkawi, dia yang datang. Dah dalam kereta tadi Pak Su brief dia pasal projek ni. Bahu terasa ditepuk.

“ Asyraf!” Dia bangun salam dengan Asyraf.

“ Kau buat apa sini?” Asyraf senyum pandang Amar. dia duduk dekat sebelah Amar.

“ Aku wakil Pak Su aku. Sub  untuk architecture punya bahagian.”

“ Kau kerja architecure firm sekarang?”

Amar senyum. “ Family business.”

Asyraf angguk. Tapi, tak pernah tau pun family Amar ada bisnes. Dia takde cerita pun.

“ Kau?”

“ Kau ni. Attend meeting tak ambil tahu projek ni under company mana, ke?”

Amar kerut kening. Memang pun! Dia pelik jugak. Selalu development company ada je diorang punya architecture team.

“ Kau ni. Ni company papa aku.” Asyraf sengih.

“ La, yeke?”

Asyraf angguk.

“ So, aku cakap dengan big boss lah ni?”

Asyraf gelak. “ Aku surveyor je lah. Papa aku yang big boss.”

“ But, still.”

“ Aku pun kena brief pasal aku punya progress. We’re on the same boat.”

Amar angguk. Tapi, dia sungguh blur nak present apa.

“ Apasal aku boleh termissed nama kau as the architect?”

Amar pandang Asyraf.

“ Supposedly, Pak Su yang handle project ni. Tapi, dia kena pergi seminar dekat Langkawi. Jadilah aku mangsa datang sini.”

Asyraf senyum. tapi, kagum dengan Amar. jauh tu lari bidang!

“ So, kau kira boss kat sanalah ni?”

Amar geleng. “ Takdelah. Aku exec je. Tapi, Pak Su kuat buli aku.”

Asyraf gelak. Macam-macam. Tapi, happy dapat jumpa kawan lama. Sejak lepas convo, dah takde dah diorang lepak. Masing-masing dah sibuk.

Perbualan diorang terhenti bila papa Asyraf masuk. Tapi, Asyraf stay duduk sebelah dia. Amar angkat bahu. Betullah kot, Asyraf attend as a surveyor.

Amar catat semua isu yang dibangkitkan board. Banyak songeh betul company papa Asyraf ni! Ada je diorang tak puas hati. Kesian dia tengok financial team punya ketua tu dah panik bila orang sebelah papa Asyraf tembak macam-macam soalan.

Tapi, papa Asyraf, relax je. Tak banyak cakap sangat. Angguk. Geleng. Lepas tu, dia catit something. Ada masa tekan-tekan Ipad dia. Asyraf dekat sebelah pun sama. Like father like son. Dia senyum.

“ En. Amar!” Amar berhenti menulis. Dia bangun pergi dekat depan bawak Ipad dia.

Asyraf pandang Amar. Lain betul  Amar sekarang. Nampak matang. Kalau dulu, Amar, memang terus mengamuk je orang yang banyak songeh macam Uncle Daud tu.

Dia tengok Amar yang tengah tunjuk slide plan yang team Amar dah draft. Lepas tu, dia explain kenapa diorang design macam tu. Banyak betul reason.

Asyraf senyum. cepat betul Amar belajar. Rasanya, tadi Amar kata baru semalam Pak Su dia kasi tau dia kena attend meeting ni. Lepas tu, baru pagi tadi masa tengah drive Pak Su dia brief pasal projek ni punya progress. Kalau dia, memang tak dia nak attend meeting terpaksa macam ni.

“ I like the design.”

Asyraf pandang papanya. Jarang Dato’ Said nak puji orang ni! Pelik!

“ I like the modern traditional approach. It gives me homey feelings somehow.” Uncle Daud pun puji! Wow!

Amar senyum. Alhamdulillah! Nasib baik! Kalau tak, memang dia angkat kaki dari meeting ni!

“ This is still the draft. Since we already got your approval, we can start drawing the actual plan after this.”

Semua yang ada dalam bilik tu tepuk tangan bila Amar dah habis present. Masing-masing masih puji draft plan yang Amar present tadi.

“ En. Asyraf!”

Asyraf tersentak. Dia pandang papanya. Bahu terasa ditepuk. Amar senyum pandang dia.

“ Good luck!”

Asyraf jalan kedepan. Dia letak Ipad dia atas meja. Lepas tu, dia start bagitau progress surveying team dia.

Semua mata tertumpu dekat Asyraf. Amar senyum. Mesti semua memang tunggu Asyraf punya presentation. Maklumlah. Asyraf kan waris company ni.

Selain dari sepuluh orang dalam bilik ni yang memang datang sebab nak present progress, yang lain, semua BOD. Dia pelik sebenarnya bila tau meeting ni depan BOD. Selalu takde BOD datang dalam meeting macam ni.

Mesti semua nak tau apa pewaris company ni punya ability. Mesti Asyraf pun burden. Tapi, Asyraf macam relaks je. Dia tengok Dato’ Said pulak. Papa Asyraf tu, kalau presentation sebelum ni, dia macam tak berapa kisah, time Asyraf present ni, khusyuk dia tengok Asyraf. Sambil tangan laju catit.

“ What’s with all the delays?”

Amar pandang Dato’ Said yang tengah swipe Ipad sebelum pandang Asyraf balik.

“ We’ve got some issues with the management.”

Semua mata pandang Asyraf. Apa maksud Asyraf?

“ We only got three surveyors. And, we currently got twelve jobs to be done. This project is our top priority though. But, we also got other jobs to be completed for this month.”

Amar pandang Asyraf. Beraninya Asyraf nak provok management team! Tapi, dua belas projek satu bulan? Tiga surveyor je! Dia pun nak mogok macam ni!

“ What do you want to say?” Dato’ Said pandang Asyraf.

Asyraf senyum. “ Sub this project.”

Suasana mula bingit. Semua macam tak setuju.

“ Bullshit! We already lost 10% of our profit to the architecture team. You want to sub the surveying too?”

Amar pandang Uncle Daud yang dah merah muka pandang Asyraf. Profit? Kenapalah dalam kepala businessman ni, penuh dengan duit, duit, duit? Pak Su, takde pun macam tu. Pak Su, takde nak ambil semua job. Selalu, Pak Su akan tengok dulu diorang punya schedule. Kalau agak-agak ada projek yang tak boleh nak siap, dia memang akan sub macam apa yang Asyraf suggest. Pak Su, tak kisah pun pasal kena split untung. Bila dia tanya Pak Su, relaks je Pak Su kata..

“ Siapa lagi nak tolong firm yang baru nak naik tu kalau bukan kita? Bayangkan kita dalam situasi diorang. Takde job seminggu. Macam mana? Tak salah nak share rezeki Allah bagi. Dia lagi suka kalau kita share.”

Tu apa Pak Su kata. Memang Pak Su selalu je masa attend seminar, jumpa orang yang baru bukak firm, rajin je dia berkenalan. Nak luaskan network kata Pak Su. Tapi, sebenarnya, Pak Su buat macam tu sebab nak tolong firm kecik tu semua.

“ If we don’t sub this project, I’m afraid that this project will be delayed. We’ll lost more money though.” Asyraf mengeluh. Ingat dia suka-suka ke nak suggest benda ni? Dia pun penat jugak! Dua lagi surveyor, Abang Man dengan Kak Mastura, hari-hari mengadu dekat dia. Penat. Kena kejar-kejar pergi site.  Dua-dua dah berkeluarga pulak. Masa dengan family makin kurang lagi! Lainlah dia yang bujang ni!

“ We’ll discuss this matter in the BOD meeting next Wednesday.” Semua mata pandang Dato’ Said.

Asyraf angguk. Lepas tu dia pergi dekat tempat dia tadi sebelah Amar. Dia pandang papanya. Cuba menafsir apa dalam fikiran bos besar company ni. Mana tau kerjanya tak ok dimata bos ke apa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience