14

Romance Series 4458

“ Tak keluar malam ni, Amar?” Asyraf letak kopiah yang dia pakai pergi surau tadi atas meja studi. Amar yang tengah baring ngadap siling tu dia pandang.

Amar geleng. Ni perli ke apa? Tak tau kenapa malas nak pergi Zouk malam ni. Takde mood. Selalu dia, even kalau demam-demam pun, mesti wajib pergi Zouk!

“ Dah makan belum kau?” Asyraf yang tengah buka almari nak keluarkan t-shirt tu dia pandang sekilas.

“ Belum. Kau?”

Asyraf pandang Amar. “ Budak berdua tu mana?”

Sunyi je rumah. Selalu riuh je kalau Izham dengan Zaid tu ada. Macam-macam aktiviti diorang. Kejap main PS2, kejap tengok DVD.

“ Malam minggu, biasalah.” Amar balas selamba sebelum capai buku latihan lima puluh sen yang Iman kasi.

“ Sebab malam minggu aku pelik kau tak keluar, Amar.” Buku ditangan Amar dia pandang. Sejak kelmarin, dia tengok kawan dia tu asyik belek buku tu je.

“ Buku karangan budak sekolah mana kau jumpa tu?”

Berkerut kening Amar. Budak sekolah? Dia senyum nipis.

“ Budak sekolah kasi. Suruh baca. A page a day, kicks the doctor away, dia kata.”

Eh? Pelik Asyraf. “ Kau ni, tak baik. Mesti budak tu dah nangis-nangis buku dia hilang.”

Amar dah bantai gelak. Serius pulak mamat ni!

“ Gelak pulak kau! Aku cakap betul ni. Aku ingat, budak tu mesti dah kena rotan dah.”

Amar bangun sandar kat dinding. Asyraf, Asyraf..

“ Dah kenapa masuk channel rotan-rotan ni?”

Asyraf garu kepala. Haah eyk? Yang dia pergi layan Amar ni buat apa? Bukan betul sangat!

“ Malas aku layan kau.”

Amar gelak. Eh? Padahal Asyraf yang tegur dia tadi. Dia letak balik kepala kat bantal.

“ Kau dah dinner belum?” Asyraf pandang Amar. “ Kalau belum, aku masak lebih.”

“ Kalau sudi, Chef.”

“ Tengoklah kalau tiba-tiba rajin.” Pintu bilik ditarik. Lapar!

Buku latihan yang Iman kasi, Amar buka. Sambung baca. Kalau tak sebab rules a page a day tu, kelmarin lagi dia dah khatam.

-Bismillahirrahmanirrahim

You sihat?-

Random betul Iman ni. Tanya macam tak jumpa dalam kelas je.  Gaya soalan macam dia ada dekat Penang je konon.

-People shouldn’t dwell on the past.

It’s enough to try your best in all that you’re doing now.-

Lama ayat tu dia tenung. Buat dia fikir, ya, selama ni, dia asyik fikir sangat pasal past! Terlalu fikir benda yang jadi dulu! Sebab tu, dia, dia yang ni. Yang hidup takde pegangan. Hidup pakai rules sendiri!

Tak tau kenapa? Tapi, kalau dia tak fikir, seolah dia lupa dekat Hisyam. Dia tak nak lupa dekat arwah abangnya. Dia takut, kalau satu hari nanti, bayang Hisyam hilang.

-Living in the present tak makna kita lupa our past

Yesterday is what makes today

Tapi, dalam hidup ni, tak best kalau asyik sangat toleh kebelakang

Nanti teleng-

Amar senyum nipis baca ayat Iman yang last. Teleng? Macam-macam! Mula ayat serius je, last, spoil!

-Ni ada poem best dari one of my inspiration

I nak dedicate poem ni kat you:

Everyone feels pain

But surely, after suffering satisfaction will arrive

Even with sports, studying or other ordeals with life

It's like that for everyone

If we can beat the pain, on the other side

A rainbow of happiness awaits us.

That will definitely become a treasure

Lets’ believe in that.

(1 Litre of Tears)-

Dah tiga hari. Tak sangka buku yang Asyraf ingat buku karangan budak sekolah tu boleh jadi dia punya bestfriend sekarang.

Every hour, dia wajib baca ayat dalam buku tu. At least, dapat tengok huruf ‘A’ je pun dia dah macam lega gila! Buku tu, macam ada magik je. Boleh buat otak yang serabut, tiba-tiba jadi relaks.

Apa yang Iman dah mandrem ni? Iman. That girl, pelik! Iman yang dia kenal, kalau dengan boys, jangan harap nak buka mulut! Except dengan Asyraf.

Iman yang dia kenal, buat hal sendiri je! Takde pernah nak kisah orang keliling! Takde pernah nak ambil tahu apa yang orang lain tengah fikir!

Tapi, sejak malam tu, jadi lain! And, why did I spill everything on her? Pelik! Selama ni, dia memang berat betul nak cerita kat siapa-siapa pasal hal ni. Dia simpan je sorang-sorang.

Tapi, dengan Iman, even Iman tak tanya pun, dia dah buka hikayat. Dan, dia ingat, Iman akan buat tak kisah. Ignore je apa yang dia cakap.

But she gave me the light. Dia kata aku kawan dia. Apa yang Iman tulis, semua leraikan semua problem yang dia ada. Yang dia serabut fikir, Iman punya satu ayat je, dia terus macam ringan kepala.

Who’s that girl sebenarnya? Apa yang ada pada dia yang aku jadi aku yang ni? Masuk malam ni, dah dua hari tak pergi Zouk.

Bagi dia, buku latihan lima puluh sen ni, lagi best dari Coke yang ada dekat Zouk. Lagi best dari muzik yang DJ Zeus pasang dekat Zouk tu.

Every line tulisan Iman, buat dia fikir sampai kadang-kadang sejam. Dalam maksud semua ayat Iman. Buat macam-macam benda tiba-tiba nak tumpang lalu masuk dalam otak dia.

Satu ayat Iman, buat berpuluh flashback masuk dalam kepala dia. Beratus bayangan future tiba-tiba dia nampak depan mata.

Kalaulah lapan tahun dulu, Iman ada, mungkin dia, bukan dia yang ni. Tapi, kalau Iman ada dulu, dia takkan dapat jumpa Iman yang sekarang. Yang kasi dia buku lima puluh sen ni!

“ Dah-dah lah cari grammartical error karangan budak tu wei. Makan jom.”

“ Masak apa kau?”

Asyraf pandang je Amar yang sorok buku bawah bantal. Kelakar pulak! Macam opah-opah sorok duit sebab tak percaya dekat bank.

“ Kurma ayam. Kot ye pun, takkan bawah bantal kau letak buku tu.”

Amar dah turun katil. “ Suka hati akulah!”

“ Takde makna aku nak curi baca.” Asyraf dah keluar, pergi dapur.

“ Bukan boleh percaya sangat kau ni!” Pinggan dekat rak tepi fridge dia capai.

“ Eh! Karang ada yang tak makan!”

Amar sengih.

“ Seriously, what’s in the book yang kau setiap jam dok baca?”

Asyraf sambut pinggan isi nasi yang Amar hulur. Kurma ayam dia cedok atas nasi.

“ Ada budak minta aku baca karangan dia. Macam yang kau fikir.”

“ Sengal!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience