80

Romance Series 4458

Eh? Macam kenal je orang yang baru keluar bangunan Jabatan Agama Islam Perak tu? Apa dia buat situ?

“ Hai.”

Iman pandang lelaki dihadapannya.

“ Eh, you buat apa kat sini?”

“ I hantar umi jumpa kawan dia yang meniaga kat kedai dalam sana.”

Amar angguk faham. Tak berselisih pulak dengan Pn. Shahida.

“ You buat apa sini?”

Iman perasan sampul surat isi apa dia tak tau yang kat ada kat tangan Amar. Entah kenapa, dadanya debar semacam.

Amar senyum. Terasa nak kacau Iman pulak! Dia perasan mata Iman dari tadi dekat sampul surat yang dia pegang.

“ Ambil borang nikah.”

Selamba Amar jawab. Dari ekor matanya, dia perhatikan riak wajah Iman yang konon maintain poker face tu. Dia dah gelak dalam hati.

“ Huh? Borang nikah?” Jantung Iman makin kuat berdegup. Apa maksud Amar?

“ Yup.”

Makin galak Amar mengusik Iman.

“ Nak nikah dengan siapa pula you ni?”

Setahu Iman, dia takde pulak buat keputusan apa-apa lagi. Dia masih ada sampai Isnin depan nak kasi keputusan dekat abah, umi dan opah.

Tak tau pulak, Amar yang boleh berubah hati tiba-tiba. Dia cuba mengawal riak wajahnya. Kalau tak suka, kenapa Amar beria masuk meminang dia? Pasal parents dia ke?

Tiba-tiba, terdengar suara Amar yang ketawa mengekek sambil tekan perutnya. Dah kenapa Amar ni?

“ Why are you laughing?”

Amar berdehem. Dipandang Iman sekilas.

“ Nothing. I main-main jelah tadi. I ambil senarai nama remaja yang akan ikuti kem dekat Gerik next week. Under JAIP semua budak ni. Kena tangkap dalam operasi masa Merdeka hari tu.”

“ Oh.” Tak tau kenapa, dia pula yang lega. Iman senyum.

“ Are you free right now?”

Iman angguk. Tadi, umi suruh hantar je. Balik, abah akan ambil. Jadinya, dia memang takde pun nak buat apa sekarang.

“ Jom ikut I pergi tempat best, nak?”

“ Mana?”

“ Ikut je. Hantar kereta you dulu balik rumah you.”

Iman kerut kening. Tapi, ok jugak! Kalau balik rumah pun, takde apa nak buat!

Wajah Amar yang khusyuk memandu dipandang sekilas. Nak kemana Amar bawa dia ni? Tadi dia ingat nak ke Jusco ke, macam biasa. Rupanya..

“ You pack baju sikit.”

“ Kenapa?”

Amar senyum.

“ Pack jelah. Esok baru kita balik.”

“ Nak pergi mana?”

“ You ni, banyak soal. Surprise tak boleh? I dah cakap dengan abah, umi dan opah you. Diorang on je. Lagipun, diorang pun dah pernah kesana.”

Nak kemana pulak sampai Ahad? Dan, umi, abah dan opah benarkan? Pelik! Selalu punyalah payah dia nak kemana-mana. Tambah ni dengan lelaki lagi tu!

Macam mana umi, abah dan opah boleh tak kisah? Apa yang Amar jampi? Tapi, memang dari dulu dia pelik dengan Amar. Entah apa yang Amar jampi sampai apa dia cakap, semua umi, abah dan opah yang cerewet dengan dia tu boleh terima.

Dia buang pandang keluar. Eh? Ni macam jalan ke Gerik? Amar nak bawa dia kemana ni? Dahlah makin tebal hutan depan mata dia ni!

“ Don’t worry. I bukan nak kidnap you bawak pergi Siam.”

Amar senyum. Dia perasan Iman yang dari tadi gelisah.

“ Main-main pulak you ni. Kita nak kemana ni?”

Iman pandang Amar.

“ Surprise. Dah nak sampai dah pun.”

Iman kerut kening. Dah nak sampai? Takde apa pun dekat luar selain hutan tebal!

“ You’ll love the place. Don’t worry.”

Kemana Amar nak bawa dia? Setahu dia, memang ada resort dekat Gerik ni, tapi jauh lagi kedepan.

Amar kata, dah nak sampai. Area ni, mana ada apa-apa selain hutan tebal! Amar nak ajak dia camping ke apa?

“ Here we are.”

Iman baru perasan Mini Cooper yang Amar pandu dah berhenti. Dia ikut Amar keluar dari kereta.

Eh? Tak tau pulak sini ada chalet! Depan Mini Cooper Amar ada sebuah bas sekolah dengan dalam lima buah kereta.

“ Welcome to Raudhah.”

Amar senyum. Bonet kereta ditutup. Dia jalan dekat Iman yang tengah sandar dekat kereta tu. Dia nampak mata Iman melilau tengok sekeliling.

“ Raudhah?”

“ Yup. Taman Syurga.”

Iman pusing menghadap Amar. baru nak buka mulut tanya soalan, nama Amar dipanggil.

“ Assalamualaikum, ustaz.”

Amar hulur tangan berjabat.

“ Ingat tak datang. Kata sibuk?”

“ Sibuk sikit. Tapi, tiba-tiba teringin pulak nak datang sini.”

Amar pandang Iman sekilas.

“ Iman, ni Ustaz Sofian, pemilik Raudhah ni. Ustaz, ni Iman.”

Ustaz Sofian dan Iman berbalas senyum.

“ Selamat datang. Kamu tak bagitau nak datang. Mujur memang ada chalet kosong lagi sebab dua cikgu tak jadi datang.”

Amar garu kepala. Dia tak plan pun. Nampak Iman tadi, terus terfikir nak ajak Iman kesini. Dan, kalau tak dapat chalet pun, dia boleh je stay dekat hostel sana.

“ Iman, jom I tunjukkan your chalet.”

Iman buka jendela kayu menghadap dewan merangkap surau tu luas. Nampak ada dalam tiga puluh pelajar sekolah tengah khusyuk dengar motivasi dari siapa, dia pun tak kenal.

Dari jauh, dia nampak Amar tengah berbincang dengan Ustaz Sofian dekat bahagian belakang dewan.

Ini rupanya Raudhah. Kem yang abah cerita. Yang Amar dan Pak Su Hazim bangunkan bersama-sama Ustaz Sofian.

Tenang je dia rasa. Dengan bunyi air sungai mengalir dibelakang chaletnya ini. Dengan bunyi unggas, burung berkicau. Tenangnya! Nak jalan kat luarlah!

Iman menyusuri sungai. Tenangnya air sungai ni! Rasa macam nak je mandi! Tapi, dah besar ni, segan dia nak mandi sungai. Kecik dulu, selalu jugak abah bawa.

Dia perasan ada dua buah rumah batu setingkat dibina lima puluh meter dari tempat dia berdiri. Nampak ada lima remaja perempuan tengah sidai pakaian.

Dan, ada dua remaja lelaki melangkah masuk kedalam rumah yang belah kiri. Siapa pula buat rumah sewa dalam hutan ni?

Iman jalan kearah rumah batu tu. Dia nampak ada seorang remaja tengah melukis atas batu sungai.

Dia cuba nak lihat apa yang remaja tu lukis. Tapi, tak nampak. Eh? Yang dia kisah kenapa? Apa dia peduli apa yang budak tu nak lukis?

“ Assalamualaikum, akak.”

Iman toleh kanan pandang remaja yang tengah melukis tadi.

“ Akak kawan abang Amar?”

Iman kerut kening. Mana budak ni kenal Amar?

“ Saya Hisyam. Penghuni Raudhah ni. Akak kawan abang Amar, kan?”

Iman senyum.

“ Haah. Adik kenal Amar?”

Remaja tu angguk sekali.

“ Mestilah. Kalau tak pasal dia, saya still saya yang dulu.”

Macam biasa dia dengar ayat tu. Ahah! Amar pernah cakap ayat tu dekat dia.

“ Hisyam!”

Mereka sama-sama menoleh kearah seorang lagi remaja lelaki berserban dan berjubah putih yang berlari anak kearah mereka.

“ Cikgu panggil. Kau tak hantar lagi homework.”

Homework? Iman dah makin pelik.

“ Masuk dulu, kak. Cikgu dah panggil. Lain kali, kita borak lagi. Assalamualaikum.”

Iman perhatikan Hisyam dan remaja tadi laju melangkah kearah bangunan yang serupa dengan dewan merangkap surau kat tengah chalet tadi.

Dari jauh dia nampak ada seorang perempuan muda, berpurdah tengah menyemak buku latihan yang ada atas mejanya.

“ This is pesantren.”

Iman tersentak. Laju dia pusing kebelakang. Nampak Amar melangkah padanya sebelum duduk diatas kerusi yang tersedia.

“ Pesantren?”

Amar angguk.

“ Macam sekolah pondok. Dan, pusat pemulihan akhlak.”

Iman pandang Amar tak percaya.

“ Setakat ni, ada sepuluh orang. Enam perempuan, empat lelaki. Adik-adik ni semua, disamping diajar penekanan agama, akademik juga diterapkan. Sebabkan jauh nak ke bandar hari-hari, we hired private teachers, untuk ajar mereka. So that, they still can sit for the exam like others. ”

Amar pandang Iman sekilas. Dia senyum segaris.

“ Iman, you lapar tak?”

“ Huh?”

Amar ketawa kecil. Iman ni..

“ Lapar tak you?”

“ Ada makanan?”

Amar angguk.

“ Jom.”

Iman beriringan dengan Amar hala ke kantin.

“ This is the Raudhah then.”

Amar angguk. En. Saiful cerita kot dekat Iman.

“ You mesti ingat I nak kidnap you kan?”

“ Mestilah! Tiba-tiba je! I ingat you nak ajak lepak Jusco ke?”

Amar ketawa.

“ Tup tup dah ada tengah hutan, kan?”

Iman angguk.

“ Tak pernah tau pulak ada tempat macam ni kat sini.”

Amar senyum. dah agak itu yang Iman akan cakap. Dia mula-mula pun rasa macam tu masa Pak Su first bawa dia kesini.

“ Tempat ni, beroperasi sama macam resort lain. Tapi, pendekatan berbeza sikit. Selalu memang guna untuk kem-kem motivasi macam tu.”

Iman angguk faham. Patutlah ada bas sekolah!

“ Macam hari ni, tu ada pelajar form three, baru lepas PMR, cikgu bawak datang sini.”

“ Dah habis exam, datang buat apa?”

Amar senyum.

“ Nak kasi momentum maintain. Tak nak stop half way je. Next two years, lagi mencabar dari ni.”

“ Oh.” Iman senyum. “ Yang pesantren tu?”

“ Kem ni, memang live-long dream Ustaz Sofian. Dan, Pak Su, memang kawan dengan dia dari sekolah lagi. Bila jumpa masa reunion, bila tau impian Ustaz ni, Pak Su pun hulur modal. Mula memang dengan kem je. Tapi, lama-lama, jadi sayang pula bila budak-budak bermasalah datang, tapi macam takde kesan kalau tak berterusan. Sebab tu, dibina pesantren tu. Kebanyakan yang ada kat situ, memang pernah ikuti motivasi kat sini.”

Iman pandang Amar yang tengah explain dekat dia. Timbul rasa kagum pada Amar. Jauhnya Amar melangkah!

Padanlah dia rasa lain sangat Amar sekarang. perangai, still gila-gila. Tapi, dia punya perwatakan tu. Cara bercakap. Cara pandang orang. semua dah berubah.

“ Semua penghuni Raudhah, masing-masing ada masa lampau diorang. Tapi, diorang ada determination untuk berubah. Sebab tu, Raudhah bantu nak kipas determination tu agar terus membara.”

Amar senyum.

“ And, I see myself in them. They don’t have anyone yang boleh tolong tarik tangan diorang keluar dari kegelapan..”

Wajah Iman disisinya direnung dalam. Nafas ditarik mencari kekuatan.

“ Macam I ada you.”

Tak semena-mena dada Iman berdebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience