40

Romance Series 4458

Asyraf tekan remote control yang dia pegang. Rasanya malam ni ada bola! Start dah kot? Milo atas meja dia capai.

Syok betul malam minggu. Boleh lepak-lepak macam ni. Esok, Sabtu, hari tidur sedunia pula. Yahoo! Penat kerja lima hari, hibernate dua hari.

“ How’s work?”

Asyraf pandang Dato’ Said yang dah duduk dekat sofa bertentangan dengan dia. Alamak! Potong stim betul! Baru nak happy-happy, kena ingat balik pasal kerja.

“ Masih dalam kawalan.”

Dato’ Said senyum. tau kalau Asyraf jawab pendek macam tu, maknanya anaknya tu, malas nak bincang topik macam ni.

“ Dah fikir pasal my offer?”

Asyraf letak remote dekat tangan dia. Alamak! Tak fikir lagi! Sebab, dia tak nak pun pergi sana! Jauh! Dahlah kena belajar lagi!

“ Sooner or later, Asyraf kena ganti tempat papa.” Dato’ Said pandang anaknya. “ Papa dah tua. Dah enam puluh.”

“ Papa, you’re still young apa.”

Dato’ Said gelak.

“ Kalau papa collapse ke, apa ke, at least, papa tak risau sebab anak papa dah ready to take my place.”

Asyraf tunduk. Berat betul beban yang dia pikul ni.

“ You need to learn business more seriously. Technical, you know a lot already. Now it’s time to learn the corporate knowledge.”

Itu dia pun tau. Tapi..

“ Perlu ke sampai jauh kat sana?”

Dato’ Said senyum. sejak bila pulak anaknya ni jadi tak boleh jauh dengan family?

“ When you’re thirteen, you already start living far away from us. What makes you hesitate this time?”

Itu lain! Setakat Kuala Kubu Bharu tu, dekat je dengan Bukit Antarabangsa ni. Skudai tu, still dalam Malaysia. Drive four hours, sampai dah KL kalau ada masa dia nak buat gaya adik Schumacer.

“ I can’t believe anyone in the company. Sebab tu, papa nak Asyraf cepat-cepat masuk management. At least, I’m not alone in the battle.”

Asyraf kerut kening. Apa maksud papanya?

“ Ada masalah ke dekat company?”

Dato’ Said senyum. belum masanya dia nak cerita dekat Asyraf.

“ Tell me, papa.” Asyraf pandang dato’ Said. Tak tau pulak dia! Selama ni, dia fikir ok je sebab dia pun sibuk turun site je.

“ Not until you take the MBA back here.”

Asyraf sandar. Saja je, amek kesempatan! Dia mengeluh.

“ Dekat ofis cerita bisnes, tengah makan cerita bisnes, ni, tengok bola pun cerita bisnes?” Datin Rahmah duduk sebelah suaminya. “ Bosanlah hidup mama macam ni!”

Dato’ Said dan Asyraf gelak. Macam-macam!

“ Kamu, Asyraf. Esok jangan lupa, lunch yang mama dah atur.”

Asyraf buat tak dengar. Malas betul! Esok hari tidur sedunia bagi dia! Dah kena pergi date mengarut yang mama atur dengan anak kawan dia.

“ Dengar tak, Asyraf?”

“ Malaslah, ma.”

Datin Rahmah mengeluh. Dia pandang suaminya di sebelah.

“ You’ve someone?”

Asyraf terasa pipinya panas tiba-tiba.

“ You do have someone, right?”

Asyraf geleng.

“ Then? Jangan kata kamu..”

Laju Asyraf toleh pandang papanya. Kesitu pulak papa ni! Guess, I have no choice.

“ I set my heart on someone already.”

Datin Rahmah pandang anaknya tak percaya. La..kenapalah anaknya berahsia sangat!

“ Siapa? Boleh mama pinang cepat-cepat!”

Asyraf senyum.

“ Asyraf nak kumpul duit dulu. Banyak-banyak. Supaya, kenduri, nanti, papa dengan mama tak payah keluar duit.”

Dia tak nak orang kata dia kahwin pakai duit parents. Dia tak nak orang kata, dia gunakan duit papa je. Terasa maruahnay dipijak-pijak kalau macam tu.

“ Our money is all yours, Asyraf.”

Datin Rahmah angguk.

“ You’re our only son. Mana lagi nak letak duit tu, kalau bukan untuk anak papa yang sorang ni?”

Asyraf geleng.

“ Asyraf nak duit yang Asyraf sendiri kumpul. Hasil penat lelah turun site semua. Makes me treasure it more.”

Dato’ Said senyum. sejuk hati dia dengar Asyraf cakap macam tu. Terima kasih Ya Allah. Kau kurniakan aku anak sebaik ini.

“ Do what you think for yourself. Kami sentiasa sokong.” Bahu anaknya ditepuk sekali.

“ I’ll be in study room. Ada virtual meeting dengan our French partner.” Dato’ Said bangun lepas tengok jam.

Asyraf tengok TV balik. Alamak! Dah lepas satu goal! Ni semua pasal sesi interview tadi ni!

“ How’s that girl?”

Asyraf kerut kening. Eh? Ada lagi mama ni?

“ Cantik ke? Perangai macam mana?”

Asyraf senyum. mama.. mama..

“ Cantik ke tak?”

Cantik? Dia pandang skrin tv lama. Apa definisi cantik sebenarnya?

“ Entah.”

“ Entah?” Datin Rahmah pandang anaknya lama.

“ But, sejuk mata memandang.”

“ Perangai?”

Asyraf senyum.

“ Of course her personality flow through out. Amazing, great. Semua guideline untuk cari seorang isteri, dia fulfill.”

Datin Rahmah senyum. wah! Tak sabar nak ada menantu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience