16

Romance Series 4458

“ Nah!” Iman hulur buku latihan lima puluh sen dekat Amar. Semalam Amar mesej, kata dah habis baca buku yang dia kasi.

Amar senyum nipis. Helaian pertama dia selak.

“ You betul ke baca a page a day ni!”

“ Betullah. Apasal?” Pelik.

“ Ada lagi three days nak genap one month. Tak follow rules!” Iman pandang ketengah tasik.

Petang-petang ni, ramai betul yang rajin jogging dengan harapan mahu sihat.

“ Ala, tu pun nak berkira dengan I.”

“ Saja dera I. Terpaksa I stay up semalam nak tulis ni.” Padahal dia minggu lepas lagi dah habis tulis. Sebab memang dah agak Amar ni, mana boleh hidup ada rules!

Amar garu kepala. “ So, tak ikhlas lah ni?”

Iman yang tengah khusyuk pandang tengah tasik macam ada dolphin lompat tu dia pandang.

“ Siapa kita nak ukur keikhlasan orang.” Mata masih kat tengah tasik.

“ You dah ok ke?”

Senyum nipis terukir dibibir Amar. Ikhlas nada yang baru Iman ucap. Even cakap tak pandang muka orang.

“ 14 Oktober, hari abang I meninggal.”

Iman senyap.

“ Bagi I, itu bukan hari I hilang abang I je. I lost everything on that day.” Dia dongak pandang langit.

Senyap.

“ I lost my dream. I lost my trust. I lost myself.” Mata dah terasa panas. Alamak! Mata ni, kenapa sejak akhir-akhir ni lemah sangat?

Iman turut dongak pandang langit.

“ I lost my parents too on that day.”

Hari tu, turning point untuk semua benda. Dia gagal PMR. Dia kena buang sekolah. Dia hilang hala tuju. Dia rasa dunia gelap je masa tu. Semua yang dia cita-citakan, hilang masa tu.

Sebab tu, ayah dia marah dia. Mak dia berapa banyak kali kata kecewa dengan dia. Klimaksnya, dia kenal Lee. Mula pergi lepak dekat club sampai sekarang.

“ Don’t you think being a bird is great?”

Iman kerut kening. Pelik. Apa yang bestnya?

“ Free. Takde masalah. Terbang je kemana nak pergi. Langit luas. Takde sempadan.”

Dari ekor matanya, Iman nampak Amar senyum tawar.

“ Siapa kata?”

“ Huh?” Amar pandang Iman yang tengah dongak pandang langit.

“ Siapa kata burung takde masalah? Penat kot terbang. Lenguh sayap.”

Amar dah pelik. Penat?

“ Cuba you depangkan tangan you. Gerakkan gaya burung kibaskan sayap diorang. Tak sampai thirty, nope, ten seconds pun, mesti dah rasa lenguh.” Iman masih pandang langit.

Amar senyum. tak pernah pulak dia terfikir.

“ Sebab tu kadang-kadang you nampak burung lepak atas wayar lektrik or pokok or mana-mana. Macam burung tu.”

Iman tunjuk sekawan burung yang tengah bertenggek atas wayar elektrik. Amar turut pandang.  

“ And, you ingat diorang rasa bebas ke?” Iman toleh pandang Amar sekilas sebelum matanya kembali pandang langit.

“ Mak dengan ayah burung, pagi-pagi keluar dari sarang diorang, cari breakfast untuk anak diorang. Lepas tu, kena keluar lagi sekali cari lunch pulak. Then, dinner.”

Amar pandang Iman. Macam mana Iman boleh terfikir benda sampai complicated macam tu? Selama ni, tak, rasanya, takde siapa pun yang terfikir macam tu.

“ Diorang hidup ada purpose. Kalau tak, anak diorang lapar, tak makan.”  

Macam mana benda simple macam ni, Iman boleh elobarate macam dah boleh buat karangan?

“ Lagi satu, you nak ke makan cacing?”

Iman pandang Amar.

“ Kalau you nak jadi burung, kena makan cacing.”

Pecah tawa Amar.

Iman senyum. Dalam hati lega bila Amar takde broken macam sepuluh minit lepas.

“ You are one weird girl.” Rendah suara Amar

“ Apa dia?” Rasa macam dengar Amar cakap something. Tapi, kurang jelas.

“ Nothing.” Pandangan dibuang ketengah tasik. Hatinya tenang, setenang air ditasik sekarang.

“ Jangan kata you nak jadi ikan pulak!”

Amar dah kerut kening. Dia pandang Iman kat sebelah dengan kening terangkat. Ikan?

“ Ikan lagi penat kena berenang! Lagi banyak masalah, sebab hidup sentiasa dalam ketakutan. Takut kena tangkap dengan manusia.”

Tawa Amar pecah lagi. Faham dah apa yang Iman maksudkan. Sebab dia pandang tasik seminit lepas, Iman cakap dia nak jadi ikan? Iman..Iman..

Senyap seketika. Masing-masing habis modal nak berbicara.

“ Kenapa you baik sangat dengan I, Iman?”

Darah terasa menyerbu kemuka. Alamak! Benda yang dia takde jawapan. Dia pun tak tau kenapa dia buat semua ni untuk Amar yang dia tak pernah rapat pun sebelum ni.

“ Why are you so nice to me?”

Amar pandang Iman lama.

“ Why are you giving me this?” Tangan yang tengah pegang buku lima puluh sen dia angkat sedikit.

Cepat fikir Iman, cepat! Cari apa-apa alasan!

“ Kita tak pernah sembang.”

Senyap.

“ Tak pernah lepak.”

Senyap lagi.

“ Kita tak pernah rapat pun.”

Iman tunduk pandang kasut Converse yang dia pakai. Sebab apa ye? Dia pun takde jawapan. Rasanya, sampai bila-bila pun dia takkan dapat jumpa jawapan tu.

Tapi, bila teringat Amar yang malam tu, dia memang terasa nak tolong. Amar yang nampak broken, dia terasa nak hulur tangan kasi kekuatan. Amar yang nampak lost, dia terasa nak hulur tangan ajak keluar dari dunia yang gelap tu.

Tapi, takkan dia nak cakap macam tu kat Amar. Macam pelik gila! Above all, jatuhlah saham dia!

“ Why are you telling me all the stories?”

Iman tanya Amar pulak. Ini namanya, soalan dijawab dengan soalan.

“ Kenapa you buka hikayat you dekat I?”

Amar pandang Iman.

“ Kita tak pernah sembang.”

Iman ulang apa yang Amar cakap.

“ Tak pernah lepak.”

Ulang lagi.

“ Kita tak pernah rapat pun.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience