56-2

Romance Series 4458

" You what?”

Terjatuh pen yang Amar pegang dengar Iman cakap macam tu.

“ Bisinglah you ni!” Terdengar Iman mendengus. “ Cakap slow-slow boleh?”

Amar mengeluh.

“ Sorry. You apa tadi, you cakap?”

“ I pengsan depan library jumaat lepas. Mujur ada Asyraf.”

Mujur ada Asyraf. Ayat Iman bergema dalam hatinya. Mujur ada Asyraf.

“ Dia bawak I pergi hospital.”

Amar tahan rasa.

“ You dah ok?”

Dada yang sakit dia pegang. Sakitnya rasa ni, Ya Allah!

“ Ok dah! Asyraf hari-hari check sebelum I keluar pergi kelas, I ada bawak payung tak.”

Asyraf lagi..Asyraf lagi..

“ Amar?”

Amar tersedar. Dia geleng kepalanya.

“ Huh?”

“ You ni, berangan je kerja!”

Bukan berangan, fikir!

“ Kenapa?”

“ Ahad ni, birthday Opah.”

“ Tau.”

“ You tau?”

“ Mestilah! Opah kan I punya geng sekarang.”

Amar sengih. saja nak kasi Iman jealous.

“ I takde, you amek kesempatan kan?”

“ Well, I kan, ramai je orang sayang.”

“ Sumpah, you perasan.”

Amar gelak.

“ Seriuslah, you ni!”

Amar berhenti gelak.

“ Kenapa?”

“ Belikan birthday present Opah. Nanti I bayar balik.”

Amar senyum. tu je? Tak payah cakap, dia memang nak belikan pun!

“ Kenapa tak pos dari sana?”

“ Mahal, ok!”

“ Yeke? Oklah, I belikan. Nak kasi Opah apa?”

Lama Iman diam.

“ You do know I bab-bab pilih hadiah failed, kan?”

Amar gelak lagi.

“ So, I yang kena pilih, I yang kena bayar semua, macam tu?”

“ I bayar baliklah!”

Amar senyum.

“ Ok. Nanti I belikan.”

“ Thanks.”

“ No problem. Bukan apa pun.”

“ Really thanked you. Sebab selalu teman Opah.”

Mestilah! Dengan Opah, dia rasa diri sangatlah dimanjakan. Gaya macam dia cucu Opah yang betul! Lagipun..

“ You ni, kuat berangan hari ni kenapa?”

Kuat suara Iman. Amar kerut kening.

“ Hah? You cakap apa tadi?”

“ Tak kerja ke?”

Amar senyum. tengah kerja ni, Iman. You punya berita tadi, buat semua kerja I tergendala!

“ Am working right now.”

“ Sorry, kacau you.”

Amar gelak.

“ You pun tau Pak Su tak pernah kisah pekerja dia nak bergayut ke apa masa kerja kan?”

Sebab tu ramai suka dekat sini. Fleksibel! Asalkan, kerja, pukul enam, semua kena siap! Masa kerja, flexible. Buatlah apa nak!

“ Tu yang you suka kan?”

Amar kerut kening.

“ Means?”

“ You kan suka hidup takde rules.”

“ Ada yang karang I tak tolong beli hadiah Opah karang.”

“ Tu pun nak marah.”

Amar senyum.

“ Sorry.”

Dah kenapa Iman suka cakap sorry dengan dia hari ni? Peliknya!

“ Tolong tau, nanti!”

“ Iye, Cik Iman.”

“ Thanks.”

“ Thanks je?”

“ You nak apa Encik Amar Haziq?”

You! I want you! Tapi, kalau cakap macam tu, alamatnya, memang jangan harap Iman nak called dia ke apa ke lagi.

“ Souvenir!”

“ Nanti I nak balik Ipoh, I belikan.”

“ Nak postcard!”

“ Mengada betul you ni!”

“ Ala, tak sampai pun one pound pos.”

“ Tengoklah kalau ada jumpa murah.”

“ Semua tengok. You ni.”

“ I ada mata, ok!”

Amar gelak lagi.

“ Eh, oklah, I nak kena siapkan kerja.”

Amar angguk.

“ Ok, take care, Iman.”

“ I will.”

“ Assalamualaikum.”

Selesai salam dijawab, handphone dia letak atas meja. Dalam kepala terngiang-ngiang ayat Iman tadi.

“ Mujur ada Asyraf.”

Wajah diraup. Ya Allah! Kenapa dengan hatiku ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience