47

Romance Series 4458

Amar parking kereta dia depan pagar rumah Iman. Dia ajak Asyraf keluar. Loceng ditekan. Asyraf pandang je Amar yang macam dah biasa sangat datang sini.

Dia pandang banglo setingkat bercat putih dihadapannya lama. English style punya rumah. Cuma, takdelah cerobong asap kat atas.

MyVi kuning Iman tersadai depan rumah. Dia senyum. Lamanya tak jumpa Iman!

“ Amar!”

Asyraf nampak ada mak cik, mungkin mak Iman keluar dari rumah nak buka gate. Dari wajah mak Iman, dia nampak macam Amar rapat je dengan dia.

“ Auntie!” Amar tunduk cium tangan Pn. Shahida. “ Iman dah siap?”

“ Belum. Kamu pun tau, dia tu kalau siap macam mana kan?”

Asyraf pandang Amar. eh? Kata baru dua tiga kali lepak? Amar tipu dia ke?

“ Ni kawan kitorang dekat universiti. Sama kelas. Asyraf.” Amar tarik Asyraf nak kenalkan dengan Pn. Shahida. “ Ni umi Iman, Auntie Shahida.”

“ Auntie.” Asyraf tunduk cium tangan umi Iman.

“ Oh, yang nak sama-sama sambung belajar tu kan?”

Dia pandang Asyraf dihadapannya.

Asyraf angguk. “ Ye auntie.”

“ Siapa, Ida?”

“ Opah!”

Amar masuk dapatkan Opah yang dah keluar dari rumah Iman. Dia pimpin Opah duduk dekat kerusi dekat balkoni rumah tu.

Asyraf pandang je Amar. mesranya Amar dengan keluarga Iman! Hatinya berdenyut.

“ Masuk dulu, Asyraf. Panas ni.”

Asyraf angguk ikut Pn. Shahida sama-sama pergi hala balkoni. Dia nampak Amar yang tengah gelak dengar Opah punya cerita.

“ Siapa pulak ni?”

Opah pandang Asyraf yang duduk sebelah Amar.

“ Kawan universiti Amar dengan Iman ni.” Pn. Shahida senyum. “ Yang sama-sama nak sambung belajar dekat Manchester tu.”

Opah angguk.

“ Apa khabar, Opah?” Asyraf tunduk cium tangan Opah. “ Opah tak ingat saya?”

Opah kerut kening. “ Opah pernah jumpa kamu ke?”

“ Dekat Melaka dulu. Masa balik kenduri kahwin kawan saya dengan Iman.”

Makin kerut kening Opah. Kenapa dia tak ingat pun? Rasanya, dia belum lagi amnesia. Dia pandang Asyraf yang senyum padanya lama.

“ Jom!” Iman muncul dari pintu.

“ Hai, Asyraf.”

Asyraf senyum bila Iman duduk sebelah Opah.

“ Iman, kamu pernah bawak kawan kamu ni datang rumah dekat Melaka ke?”

Iman pandang Asyraf sekilas. Dia angguk.

“ Haah. Masa umi dengan abah kena seminar dekat Terengganu.”

“ Itu Opah ingatlah. Tapi, tak ingat pulak kawan kamu ni.”

Iman senyum. bahu Opah dia peluk.

“ Sekejap sangat singgah. Sebab tu Opah tak ingat kot?”

Opah angguk.

Asyraf dalam hati, kecewa sangat. Opah tak ingat dia? Opah ingat je Amar ni? Mesti Amar selalu je datang sini! Siapa Amar dalam keluarga Iman ni? Sampai umi dengan opah Iman suka dekat dia?

“ Ni siap-siap nak pergi mana?” Iman yang siap berblouse biru, jeans putih tudung cream tu dia pandang.

“ Nak pergi beli barang budak berdua ni Opah.” Amar tolong jawab.

“ Kamu kena heretlah ni?” Opah pandang Amar.

“ Haah.” Amar buat muka kesian.

Iman cebik. Mengada betul Amar ni! Mentang Opah dah geng dengan dia!

“ Kita keluar date dualah, Opah.” Amar sengih.

“ Best jugak tu!” Opah dah bangun.

Iman tarik Opah duduk balik.

“ Opah, doktor pesan apa?”

Amar yang dekat depan dia jeling. Suka hati je Amar ni! Bukan dia tak tau doktor suruh Opah rehat sebab gula dalam darah Opah dah naik!

“ Tak sportinglah, Iman ni.” Opah merungut.

Amar angguk setuju. Iman ni! Dah tentu –tentu dia nanti bosan gila. Bukan dia yang nak beli barang! Apa salahnya ajak opah! At least, takdelah hati ni sakit je sentiasa kena tengok Asyraf dengan Iman ni!

Asyraf pandang sketsa dihadapannya. Tak tau kenapa, dia rasa Iman dengan Amar, macam rapat sangat, macam ada hubungan yang dia paling takut sekali kalau ya! Opah pulak, macam melayan je Amar ni. Padahal dia? Sebelah mata pun Opah tak pandang.

Dia cuba sembunyikan rasa dihatinya. Dia kena yakin dengan bond yang dia pasti ada ni. Tak boleh nak lemah semangat pasal ni je.

Tapi, masih adakah ruang untuk dia mencelah? Kalau sebulan lepas dia yakin, peluangnya cerah sebab akan sama-sama dengan Iman dekat Manchester tu. Tapi, hari ni, harapan tu macam kabur bila tengok mesranya Amar dengan keluarga Iman. Ni baru umi dengan opah. Belum masuk abah Iman lagi!

Bahunya ditepuk. Dia toleh kiri pandang Amar yang dah bangun.

“ Nak date dengan Opah ke?”

Asyraf bingkas bangun.

“ Pergi dulu, Opah.”

Iman peluk tubuh Opahnya erat.

“ Opah, takde chance kita date.”

Amar tunduk cium tangan Opah.

“ Nanti, kita keluar dua je macam dulu. Jangan kasi tau Iman.”

Amar gelak dengar Opah cakap macam tu.

“ Set!”

“ You!”

Iman yang tengah sarung kasut keras bagi amaran pada Amar.

“ Jalan dulu, Opah.”

Asyraf tunduk cium tangan Opah pulak.

“ Yalah.”

Kepala Asyraf diusap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience