90-end

Romance Series 4458

Asyraf tutup buku yang dibacanya. Sempatlah habis separuh dibacanya tiga jam perjalanan menaiki keretapi dari London ke Manchester ini.

Long padding coat yang disangkut dicapai dan disarung ketubuh. Suhu minus five kata sepupunya Zaihan yang kini menuntut di sini.

Sengaja dia kemari. Mahu dibuang segala rasa hatinya. Dia mahu latih hatinya untuk terima yang salah untuk dia menyimpan Iman dalam hatinya.

Dan bila Zaihan tahu dia mahu kesini, terus offer diri untuk jadi tour guide gaya dia tak tahu je selok belok bumi Manchester ni.

“ Bukan masalah familiar tak familiar, aku tak nak nanti ada yang baring atas landasan tram nak bunuh diri!”

Senyum ditarik. Zaihan.. Zaihan.. Ada je. Dan, bila mamanya dengar hujah Zaihan tu, memang seratus peratus disokongnya!

Dah gaya dia n budak darjah satu pulak dibuatnya. Tapi, dia tahu semua itu untuknya. Dan, dia tak mahu orang-orang kesayangannya bimbang akannya.

Elok keretapi berhenti, ditarik beg beroda 20-inch miliknya dari ruang letak beg diatas kepalanya.

“ Ouch!”

Alamak! Macam mana boleh terkena kepala minah salleh ni pulak? Laju-laju diletak semula beg itu.

“ Sorry, I’m so sorry!”

Ucapnya sambil memandang gadis berambut keperangan yang berkaca mata bingkai penuh separuh muka tu.

“ God, be careful will you?”

Gadis itu menggosok dahinya yang dah merah sikit. Adui, kalau tak sebab memang haram bersentuhan, memang dia tolong gosokkan dahi tu juga. Bersalah ni!

“ Sorry again.”

Asyraf masih tak lepas dari memandang gadis itu yang sesekali mengerutkan keningnya yang terbentuk cantik itu.

“ It’s fine already. But, please be careful after this.”

Asyraf angguk. Dia bantu gadis itu menarik begnya turun. Sempat dia memohon maaf sekali lagi. Nafas dihela perlahan. Macam-macam hal!

Beg ditarik turun. Iphone didalam kocek dicapai. Nombor Zaihan dicari dan didail. Sambil itu, dia melangkah keluar dari platform.

“ Salam, kau kat mana?”

Iphone diletak setelah Zaihan memberitahu yang dia tunggu depan WH Smith. Asyraf berpaling sebentar pada keretapi yang dinaiki tadi.

Sungguh, teringat dia pada day trips yang banyak dia lakukan bersama Iman semasa mereka menuntut disini.

Asal hujung minggu, ada je idea. Tak jauh-jauh pun, dekat-dekat sini saja. Dan, semua mesti naik keretapi.

Waktu tu, dia terasa amat dekat dengan Iman Nurin Jannah. Hari-hari dia menghadap muka Iman. Hari-hari hanya Iman yang dia nampak.

Wajah diraup sekali. Dia beristighfar. Iman dah sah menjadi isteri Amar. Dah dekat setahun dah pun.

Dan dia, punya misi yang harus diselesaikan. Kembalinya dia di bumi Manchester ni, bukan nak buat drama air mata ke apa, tapi dia mahu buang semuanya!

“ Asyraf!”

Dia berpaling pada suara yang memanggilnya. Dari jauh dilihat Zaihan melambai kearahnya.

“ Bro!”

Dia ukir senyum buat sepupunya. Mereka berpelukan seketika.

“ Makin kurus kau. Makan hati banyak sangat ke, Asyraf?”

Ditumbuk bahu Zaihan sekali.

“ Ada pulak. Wei, aku lapar.”

Zaihan tertawa.

“ Baru ingat nak suruh kau masak. Beria aku penuhkan fridge. Tapi takpe, hari ni, kita makan luar dulu. Esok, kau masak, set?”

Asyraf geleng kepala. Ada je modal nak buli dia. Tapi, takat masak, apa ada hal? Diekori langkah Zaihan keluar dari stesen keretapi Piccadily ini.

“ Kenapa dengan dahi tu?”

Dia berpaling apabila mendengar suara gadis bertutur dalam bahasa Melayu. Ok, ni memang coincidence sangat!

Dia nampak gadis berambut keperangan yang tadi sedang berbual dengan seorang lagi gadis di depan Tesco Metro.

“ Takde apa. Terhantuk sikit.”

Melayu juga rupanya! Asyraf senyum. Kalau tahu Melayu, tak payah belit-belit lidah dia speaking tadi siap bunyi accent sini lagi tu!

Kepala digeleng sekali. Kecil sungguh dunia ni sebenarnya. Pusing-pusing, kat situ juga kita. Tapi, dia perlu juga didik dirinya untuk biasa dalam dunianya yang tiada Iman Nurin Jannah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience