70

Romance Series 4458

Lama mesej dari Amar dia pandang. Betullah Asyraf kawan dia je! Yang Amar bantai keluar soalan pelik ni dah kenapa?

Ke, Asyraf ada pakat dengan Amar? Mintak Amar pulak approach dia dengan idea gila tu? Tak mustahil sebab diorang kan, bestfriend!

Betul-betul buat dia sakit kepala je Asyraf ni! Dah kenapa? Dulu ok je. Sejak datang sini, Asyraf dah pelik dah dengan dia.

Kalau dulu, takde pernah kisah pun pasal dia. Diorang just borak bila jumpa je. Dan, Asyraf bukanlah jenis yang jaga tepi kain orang.

Tapi sekarang, semua yang dia nak buat, mesti Asyraf tu nak tau. Mana dia nak pergi Asyraf akan ikut. Tambah-tambah sejak kejadian dulu tu.

Pantang dia keluar bilik ni je, laju Asyraf pun keluar sama. Tanya macam-macam soalan. Lepas tu, follow dia.

Mula, dia anggap, Asyraf concern as a friend je. Tapi, lama-lama, bila dah hari-hari kena follow, dah macam budak kecik, siapa-siapa pun boleh jadi fed up!

Tambah, ada banyak mulut yang suka sangat giat macam-macam. Padahal, dia anggap Asyraf tu kawan je. Tapi, bila dah ramau yang kasi idea pelik, mulalah dia dengan Asyraf dah awkward!

Mesej yang Amar kasi, direnung sekali lagi. Kepala disandarkan ke kepala katil. Kawan? Jauh dari keluarga, jauh dari Malaysia, sebenarnya, buat dia rasa bersyukur adanya Asyraf dekat sini.

Ada orang yang dia kenal nak ajak borak. Ada orang yang dia kenal yang at least buat dia takdelah rasa lonely sangat kat sini.

Kalau dulu, dia takdelah kisah pun dia kena campak seorang-seorang kat mana pun. Dia rasa, dia still boleh je hidup even seorang je.

Tapi, sekarang, lain. Dia pun tak tau kenapa dia tak pernah pun nak cakap apa-apa larang Asyraf yang selalu ikut dia kemana-mana.

Dan, dia sedar, semua tu yang buat banyak je mulut yang cakap macam-macam. Dia pun tau, tak elok berdua selalu.

Asyraf pulak, dah lain  macam yang dia kenal dulu. Sepanjang sebelas tahun kenal Hafiz Asyraf tu, dia dah jumpa tiga versi Asyraf yang buat dia sakit kepala je!

Masa sekolah, takde pun amek kisah hal orang lain. Orang normal, yang takde nak ambil peduli hal sekeliling. Datang sekolah, sebab nak dapat SPM je!

Asyraf masa sekolah, bukan masuk kategori budak surau ke, yang sesekali kena azan pun pasal memang ada jadual untuk setiap pelajar putera azan dekat sekolah.

Dia pun, bukan geng pemusnah alam yang nama penuh dalam buku disiplin. Buat jenayah itu ini. Takde! Rules sekolah, dia follow je, macam rutin biasa.

Dia bukan jugak budak star, yang sekolah target dapat straight A’s. Dia biasa je sampai orang tak ingat pun kewujudan dia dekat sekolah tu!

Masuk UTM, Asyraf jadi Asyraf yang dia tak kenal. Yang aktif berpersatuan. Join forum itu ini. Jadi AJK macam-macam aktiviti kerohanian dekat UTM tu. Sampai dia dapat gelaran Imam Muda Asyraf!

Satu je yang masih sama dengan Asyraf yang masa sekolah. Tak ambil kisah hal orang lain. Dia jaga pergaulan dengan perempuan. Cakap jarang sangat dengan perempuan. Kecuali dia. Sebab konon dia dah lama kenal.

Asyraf yang tu, buat dia pulak yang tiba-tiba segan sebab dia pun, hidup biasa-biasa je. Jarang sangat nak pergi Masjid UTM. Aktiviti pun, jarang sangat dia join kecuali yang memang mandatori.

Datang Manchester ni, dia ingat, Asyraf akan kekal macam Asyraf yang dekat UTM. Tapi, Asyraf evolusi lagi sekali. Versi yang paling buat dia sakit kepala!

Dia tak tau nak handle macam mana Asyraf yang terlebih concern dekat dia ni! Macam diorang ni ada apa-apa hubungan je, yang kena selalu je Asyraf tu ada dekat dia!

Tiba-tiba, terdengar suara dari bilik sebelah melagukan Surah Ar-Rahman. Jam di handphone dia pandang seketika.

Kebiasaan Asyraf, lepas maghrib, memang akan baca Al-Quran. Hari-hari dia dengar suara tu baca macam-macam surah.

“ Dia tu, ada ciri-ciri suami pilihan, kau tau!”

Teringat ayat Laili yang dulu pernah suka dekat Asyraf kejap. Suami pilihan? Gelak tergolek dia bila Laili cakap macam tu!

Laili kata, Asyraf kuat agama. Baik. Boleh jadi imam yang baik. Akan pimpin tangan isteri dia sama-sama ke jannah.

Iman mengeluh. Tapi, dia memang tak fikir pun lagi pasal bab ni semua. Bagi dia, banyak lagi benda dalam dunia ni dia nak capai sebelum dia melangkah ke alam yang satu tu.

Tapi, bila ada kawan-kawan yang dah selamat nikah, atau jemput datang kenduri, dia sendiri yang rasa pelik dengan diri dia.

Dia rasa pelik. Kenapa dia tak pernah terfikir pun pasal semua tu? Seolah, takde dalam dia punya perancangan hidup pun?

“ Why are you struggling to reach the highest point?”

Teringat perbualan dengan Amar masa dekat Lido dulu lepas habis final exam. Soalan Amar yang merujuk kepada kenapa dia tak pernah pun nak fikir pasal benda ni semua.

Heartless sangat ke dia? Sampai dia takde nak fikir pasal perkara yang satu ni? Jujur dia kata, bukan dia tak fikir, tapi, dia tak rasa masanya dah sampai.

Dia ada banyak lagi benda yang dia nak capai. Tapi, ada masa, dia sendiri yang confuse dengan diri dia. Sampai bila dia nak kejar semua dia punya impian sampai dia punya life sendiri yang entah kemana?

Sebab dia sebenarnya takut, yang ‘that’ future akan sekat dia punya impian. Akan sekat dia untuk capai macam-macam lagi dia punya impian yang dia dah tanam dari dulu.

“ Iman, aku takkan sekat kau punya cita-cita. Aku akan support kau.”

Bolehkah dia percaya dengan apa yang Asyraf cakap? Sejujurnya, masa tu, dia hampir je nak percaya. Tapi, bila dia ingat family Asyraf. Dia jadi ragu.

Bolehkah parents Asyraf terima dia? Dia nak capai yang tertinggi. Bolehkah parents Asyraf support dia jugak? Sedangkan umi dan abahnya pun mula-mula halang dia.

Dan, Asyraf. Relakah lelaki itu? Ikhlaskah Asyraf bila cakap dia akan sokong Iman sampai bila-bila? Akan sokong Iman capai impian dia?

Lelaki, egonya tinggi. Bolehkah lelaki tu tolerate dengan dia? Dia takut, satu hari nanti, tiba-tiba je Asyraf akan mungkir dengan apa yang dia cakap.

Mulut orang, selalu tak selari dengan apa yang hati rasa. Mulut, selalu je nak cakap benda yang manis-manis nak raih orang lain punya perhatian. Dalam hati? Takde siapa yang tahu.

Sama macam Asyraf. Dia ragu-ragu yang Asyraf ikhlas cakap pasal tu. Memang lelaki tu ada segalanya. Dia yang insyaAllah, kalau ada PhD pun, Asyraf akan lebih banyak dari dia dari macam-macam sudut

Jauh mana pun dia daki, Asyraf memang dah lahir dalam tingkat tertinggi tu. Yang buat dia tak kisah pun siapa dia punya future.

Pasal tu, dia boleh cakap macam tu dekat Iman. Dia akan support cita-cita Iman. Tapi, itu apa yang mata kasar dia nampak.

Dan, kita tak tau future macam mana. Siapa tau, nanti, Asyraf akan sekat semua dia punya impian. Kaki dia akan dipasak. Tak boleh kemana-mana.

Memang, ramai je kata Asyraf tu baik, considerate bagai. Tapi, itu sekarang. Nanti?  Dia tak nak tu semua jadi. Sebab tu, dia nak capai dulu impian dia. Then, baru dia akan fikir pasal future yang satu tu.

At least, biar dia dapat master dia dulu. Baru dia macam dah boleh nak fikir pasal benda tu. Bukan sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience