34

Romance Series 4458

Amar tutup bonet Mini Coopernya. Plastk-plastik berisi barang-barang dapur dia angkat. Adoi, beratnya! Dia terus pergi ke dapur.

Pn. Syarifah senyum tengok anaknya masuk dapur bawa plastik Tesco.

“ Bagi ibu kangkung.”

Amar hulur plastik isi sayur kepada ibunya. Lepas tu, dia kemas semua barang masuk dalam kabinet dan peti sejuk.

“ Masak apa, ibu?”

Dia duduk dekat kerusi yang memang ada dekat dapur tu.

“ Asam pedas. Kangkung goreng belacan. Ayam kurma.”

“ Nak saya tolong apa-apa?”

Amar pandang ibunya yang tengah basuh kangkung tu.

Pn. Syarifah geleng.

“ Tak payah. Amar banyak kerja kan? Pak Su kata esok kena jumpa client.”

Amar angguk. Malasnya!

“ Pergi naik. Nanti dah siap masak, ibu panggil.”

Amar bangun. Kerusi dia tolak masuk bawah meja. Terus dia naik kebiliknya. Nak kena siapkan presentation. Esok dia kena jumpa client.

Matanya tertancap pada empat buku latihan lima puluh sen yang bersusun dekat atas meja kerjanya. Dia senyum.

Tak sangka jumpa Iman tadi. Tak sangka Iman pindah Ipoh. Tak pernah pulak Iman cerita yang dia nak pindah sini. Last jumpa masa diorang hang out ramai-ramai lepas final exam dulu, Iman memang takde cerita apa-apa.

Iman cuma passed jilid empat untuk dia. Iman kata, ni final chapter. I don’t think there will be a final chapter, Iman. Dia senyum.

-Istiqamahlah dalam segala yang kita buat-

Dia senyum baca ayat yang Iman tulis. Istiqamah. Dia selalu harap yang apa yang dia buat ni berterusan. Dia selalu risau yang dia akan balik ke dia yang dulu.

-We only live once

But, if we live do it right, once is enough

It’s true that the past can hurt

But, we can never run from it

Just, learn from it-

Lama dia baca ayat tu. Ya. Memang dia pernah, selalu salahkan takdir dulu. Selalu cakap dekat Iman yang dia nak masa diputarkan balik. Tapi, benda tu semua mustahil. Apa dia boleh buat, just move on. Live in the present, for the future.

-If you can cry for hundred reasons,

Show how you can smile for thousands reasons-

Thanks, Iman. You’re one of the reasons I can smile right now. Dia pandang skrin laptop yang tunjuk wallpaper dia, Asyraf, Iman, Izham, Zaid dan Laili lepas final exam hari tu. Lepak dekat Lido.

Banyak benda yang berubah sejak lima bulan yang lepas. Benda yang semuanya unexpected. Mula dia mengamuk tak tentu pasal kena sama kumpulan dengan Iman.

Tapi, itu sebenarnya titik mula semua benda baik yang jadi dalam hidup dia. Ingat lagi mula-mula dulu, Iman selalu je perli dia sebab tak solat. Ingat lagi masa Iman buli dia suruh buat itu ini untuk projek diorang dulu.

Sebab tu semua, dia mula jejak kaki dekat surau, masjid yang dia last pergi sebab wajib masa sekolah dulu. Dia mula serius nak siapkan projek yang mula dia ingat sebab nak dapat markah je.

Lagi penting, dia kenal seorang Iman yang selama ni dia fikir nerdy. Asyik ngadap buku je dua puluh empat jam. Iman yang kasi dia support. Iman yang selalu je dengar apa yang dia nak story.

“ Aku potong jari, sebulan, tak seminggu dari sekarang, semua mesti pakat rindu aku.”

Dia senyum. Teringat  ayat Izham last diorang jumpa dulu. Masa tu, semua macam takde perasaan. Macam biasa, kalau Izham keluarkan dia punya quotes mengarut tambah perasan, semua bantai gelak.

Tapi, lepas sebulan tak jumpa, baru terasa betul apa yang Izham kata. Dia dah rindu gila dengan kawan-kawan semua. Mana taknya? Dari diploma dulu diorang dah kawan. Dari masing-masing umur lapan belas sampai dah dua puluh tiga.

Pintu biliknya diketuk sekali sebelum ditolak dari luar. Amar pusing pandang pintu.

“ Ayah dah balik. Makan jom.”

Amar angguk. Dia letak buku yang dia pegang tadi.

“ Awak ingat lagi Saiful?”

En. Hashim sambut pinggan nasi yang Amar hulur.

Pn. Syarifah dah kerut kening. Saiful mana pulak ni?

“ Saiful mana, bang?”

“ Ala, Saiful yang sama-sama belajar dengan saya dulu dekat UM. Yang kita ada pergi kenduri kahwin dia dulu tu dekat Ampang.”

Amar malas nak ambil tahu. Bukan dia kenal pun. Dia cedok kuah kurma yang ibu masak letak dalam pinggan nasi dia. Bismillah..

“ Oh, Saiful tu. Ingat. Kenapa?”

Pn. Syarifah senduk sayur kangkung masak belacan kedalam pinggan suaminya.

“ Dia baru pindah sini.”

Pindah? Amar senyum. teringat Iman yang baru pindah Ipoh ni jugak. Yes! Lepas ni ada member boleh lepak!

“ Ajaklah diorang dinner sini. Boleh kita borak panjang.” Saran Pn. Syarifah.

Ya tak ya juga! En. Hashim dah bangun.

“ Nak kemana tu?” Pn. Syarifah pelik tengok suaminya pergi basuh tangan lepas tu jalan je terus.

Amar dah angkat bahu bila ibunya angkat kening tanya kenapa dengan ayahnya. Mana dia tau! En. Hashim kan, manusia unpredictable.

“ Kerja Amar ok?”

Amar pandang ibunya.

“ Setakat ni takde masalah, ibu.”

Pn. Syarifah senyum. Dia tau Amar bukan nak sangat kerja dengan En. Hazim. Dia pun, mula-mula tak setuju. Macam-macam dia kasi tau dekat En. Hashim. Tapi, keputusan En. Hashim bulat. Mujur anaknya setuju.

“ Kalau ada apa-apa, Amar bagitau ibu.”

Amar angguk. Setakat ni, memang dia ok je kerja dengan Pak Su. Takde masalah. Mula-mula memang kekok sebab dia memang alri bidang habis! Tapi, Pak Su rajin je tolong dia. Ajar dia macam-macam. Lepas tu, banyak je senior dekat situ yang rajin kasi tunjuk ajar.

“ Dah dapat tarikh convo?”

Amar geleng.

“ Tak silap next two weeks baru keluar.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience