32

Romance Series 4458

Asyraf menghempaskan tubuhnya disofa. Penat! Terkejar-kejar dia hari ni. Projek perumahan dekat Sungai Buloh dah sampai deadline, tapi, masih belum siap. Dengan kerajaan negeri lagi telefon dia tadi, tanya pasal urusan pengambilan tanah di Sabak Bernam. Belum masuk dia kena pergi Pahang tadi, ada masalah atas site. Dia pejam mata seketika.

Dah habis belajar, penat bekerja pula. Lain dengan masa belajar penatnya. Masa belajar, boleh je kalau ada buat silap sikit-sikit. Dah kerja ni, semua kena perfect! Tak boleh ada silap. Kerja as a surveyor, tak boleh silap sikit. Padah nanti! Papa selalu kata, department yang dia pegang, pillar of company. Kalau kerja diorang tak perfect, further development pun, cacat nanti.

“ Penat, Asyraf?” Asyraf buka mata bila dengar suara mamanya.

Datin Rahmah hulur segelas air oren pada anak bujangnya. Kesian pulak tengok Asyraf ni. Baru dua minggu habis belajar, takde rehat, dah kena paksa kerja!

“ Papa mana?” Dia menjengah keluar rumah mencari Dato’ Said.

Asyraf bangkit tersandar dari pembaringannya, duduk bersandar disofa. “ Papa ada meeting dengan company Tan Sri Ismail.” Air oren diteguk. Sekelip mata habis. Memang dia benar-benar penat hari ni.

Melihatkan anaknya yang kepenatan, Datin Rahmah mengeluh perlahan. Bila agaknya dia merasa bermenantu? Dah dua puluh tiga. Anak kawan-kawan yang lain, ramai je yang habis belajar, terus nikah.  

“ Mama pandang Asyraf kenapa?” Pelik Asyraf dengan renungan mamanya. Malahan, terdengar juga keluhan halus dari wanita separuh abad itu.

“ Bila agaknya mama nak merasa ada menantu, Asyraf?”

Mendengarkan pertanyaan Datin Rahmah, Asyraf terkedu. Masuk ni, dah dekat seratus kali soalan sama terbit dari bibir tua itu. Baru dia habis belajar, baru start kerja, nak suruh kahwin?

“ Patutnya, bukan mama yang sambut kamu balik kerja, hulur air bagai. Isteri kamu.”

Asyraf menelan liur. Alamak! Ni yang dia alergi ni! Bila mama dah buka hikayat menantu bagai!

Datin Rahmah bangkit menuju kekabinet ditepi televisyen. Dia mengambil sebuah sampul surat dan kembali duduk disofa disisi anak bujangnya.

“ Ni ada gambar. Tengoklah mana yang kamu berkenan.” Sampul surat itu dihulurkan pada Asyraf yang dari tadi membisu.

Asyarf hanya pandang sampul surat itu lama. Sejak dua minggu lepas, hari-hari rasanya mama kasi benda ni!

“ Ni semua anak orang baik-baik. Anak kawan-kawan mama dengan papa. Semua pun berpendidikan. Tengoklah.” Melihatkan tiada reaksi dari Asyraf, Datin Rahmah mengerutkan keningnya. Pelik! Tiap kali dia memberi cadangan, setiap kali juga Asyraf menolak. Naik risau dia! “ Ke, kamu dah ada calon, Asyraf?”  Cuba mengorek rahsia. Mana tahu sebenarnya anaknya sudah berteman. Kalau ya, Alhamdulillah.

Keluhan halus dilepaskan Asyraf. Bukan pasal calon ke apa. Dia masih belum bersedia sebenarnya. Ada banyak lagi yang mahu dia capai.

“ Bukan macam tu, mama.”

“ Habis tu? Mama dengan papa dah nak dekat enam puluh. Dah tua. Sekurang-kurangnya, kalau mama dan papa takde nanti, ada orang nak jaga makan pakai kamu.”

Geli hati Asyraf mendengar rajuk mamanya. Mama kalau dah masuk bab sedih-sedih macam ni, saja je nak raih simpati dia. Dia bangun mendapatkan mamanya. Tubuh wanita kesayangannya itu dipeluk.

“ Mama, sampai seru nanti, Asyraf kahwin, ok?” ujar Asyraf cuba memujuk wanita tua itu. “ Tapi bukan sekarang.”

“ Kenapa?”

Asyaf mengukir senyum segaris. “ Asyraf baru kerja. Banyak lagi Asyraf nak belajar. Takde masa nak fikir pasal tu semua mama.”

Datin Rahmah mengeluh. “ Tapi, itukan company papa. Asyraf nak risau apa, sayang?”

“ Sebab tu company papa Asyraf kena belajar banyak lagi. Asyraf taknak orang kata, ‘dia dapat kerja pun, sebab bapak dia.’ Asyraf nak berdiri atas kebolehan Asyraf. Bukan sebab Asyraf anak papa. Lagipun, kalau Asyraf tak belajar banyak, boleh lingkup company papa tu. Nanti karang kita nak duduk mana, mama?”

Tergelak Datin Rahmah dengan kata-kata anaknya. Terselit rasa bangga dengan sikap tanggungjawab anak bujangnya. Terima kasih Ya Allah, Kau telah mengurniakan aku seorang anak yang baik sebegini.

“Mama nak berapa?”

Datin Rahmah mengerutkan kening. Berapa apanya? “ Apa? Cucu?”

Asyraf tergelak kecil. “ Bukan. Mama nak berapa menantu?” Asyraf melepaskan pelukan bingkas bangkit dan berlari kebiliknya ditingkat atas.

“ Budak ni!”

Serentak dengan itu, terdengar bunyi enjin kereta Honda CRV milik Dato’ Said memasuki garaj. Datin Rahmah segera bangun menuju kepintu menyambut suaminya.

Dato’ Said tersenyum melihatkan wajah isteri kesayangannya dimuka pintu. “ Assalamualaikum, mama.” Melihatkan isterinya yang monyok, dia dah dapat mengagak apa yang berlaku. Mesti pasal anak bujangnya lagi. Beg bimbitnya dihulurkan pada isterinya. “ Ambilkan I air.” Segera dia menuju ke sofa untuk merehatkan tubuh yang keletihan.

Datin Rahmah akur. Beg suaminya diletakkan dikabinet sebelah televisyen lalu menuju kedapur. “ Anak you tu ok ke?”

Berkerut kening Dato’ Said. Dah kenapa pula ni? “ Maksud you?”

“ Yelah. I kasi gambar-gambar tu, suruh dia pilih, tak ditengoknya pun. Kotlah dia tu selera lain.”

Dato’ Said tertawa kuat. Macam mana pula Datin Rahmah boleh terfikir sampai kesitu. “ You ni! Anak kita tu straightlah. I hari-hari dengan dia. Takde pulak I nampak dia beraktiviti songsang.”

“ Depan kita. Entah-entah belakang..” Mana tahu? Budak sekarang pelik-pelik. Risau juga dia.

“ Mah, this is Asyraf yang kita tengah cakapkan.” Gelas oren yang sudah habis diletakkan diatas meja. “ Hidup dia, ofis, rumah, site, site, ofis, rumah. Itulah hari-hari. Takde pulak I nampak dia keluar tak tentu pasal. Habis kerja, terus balik rumah, takde melepak kat mana-mana.” Datin Rahmah menyilangkan tangannya.

Dato’ Said tertawa kecil lagi. “ Anak kita tu, solat tak pernah tinggal. Mengaji lagi selalu. Malam, ke surau. Imannya masih kuat.”

“ Tapi..”

“ Awak jangan risau lebih-lebih. 24 tahun. Muda lagi. Dia pun baru mula kerja. Budak muda sekarang ambitious. Mungkin dia belum terfikir pasal bab isteri semua ni. Awak jangan risau. Anak kita tu, dia mesti dah ada plan untuk hidup dia. Kita tak tau. Mungkin dia dah setkan masa untuk dia kahwin nanti pada satu peringkat.”

Bahu isterinya dipeluk. Dato’ Said mengerti kerisauan isterinya. Asyraf, langsung tak menunjukkan minat pada perempuan. Dia juga kadang-kadang pelik. Kalau ada klien wanita, selalu dia arahkan pekerja lain yang berurusan.

Dalam pada dia bersyukur anaknya tahu menjaga batas, dia juga risau. Bagaimana jika satu hari nanti, apabila firmanya diserahkan pada anaknya. Payah nanti! Ada juga dia menerima komplen dari rakan-rakannya di firma lain. Berkenaan susah berurusan dengan anaknya. Meski kerja bagus sempurna, kalau wakil dari firma lain adalah wanita, pasti Asyraf menghantar wakil lain untuk berurusan walau sebagaimana penting pun perbincangan tersebut. Mereka merasakan anaknya itu mendiskriminasikan kaum wanita.

Entahlah. Apabila ditanya, Asyraf hanya tertawa. Katanya, dia banyak lagi urusan lain. Macam mana pula dia nak berada dia dua tempat dalam satu masa?

Asyraf merebahkan tubuhnya diatas katil. Dia menghadap siling biliknya lama. Tangan diletakkan diatas kepala. Memikirkan semula kata-kata mamanya. Sejujurnya, bukan soal kerjaya yang menjadi penghalang. Dia berpegang pada janji hatinya. Meski janji itu tidak pernah terlafaz pun, tapi, dia percayakan janji itu. Dia percaya pada perasaannya.

Tak pernah sekali pun dia meragui kata hatinya itu. Dia percaya pada ikatan yang ada antara mereka, meski tak pernah terucap. Lantaran itu, semua cadangan mamanya untuk menjodohkan dia dengan anak teman-temannya ditolak.

Asyraf tersenyum. Tangannya dibawa kedadanya. Terasa degup jantungnya. Dia mengiringkan badannya. InsyaAllah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience