62

Romance Series 4458

Lepas siap solat Jumaat, Amar berlari dapatkan Asyraf. Dia kena explain semua! Tak nak Asyraf salah faham dengan dia dan Iman!

“ Asyraf!” Bahu Asyraf disentuh.

“ Kau rupanya.”

Suara Asyraf yang tenang, dia pulak yang jadi takut.

“ Kenapa?”

Amar senyum. “ Minum jom.”

Dia ajak Asyraf duduk dekat cafe seberang masjid ni.

“ Asyraf, aku dengan Iman..”

“ Nak kahwin, dah kahwin? Yang mana?”

Asyraf dah potong kata.

“ Dua-dua tak.”

Amar tarik nafas.

“ Sorry tak cerita dengan kau dulu.”

Asyraf pandang Amar yang tengah pandang dia jugak.

“ Our parents kawan. Sama uni.”

Asyraf angguk.

“ Iman ada cerita.”

“ After thirty years, baru jumpa balik.”

“ She told me.”

Amar hela nafas.

“ Then, atas dasar nak eratkan persahabatan yang dah lama putus, mereka suruh kami nikah.”

Asyraf letak hot chocolatenya. Dadanya berdebar.

“ Then?”

Amar senyum.

“ We’re both menentang.”

Asyraf kerut kening. Sungguh? Tapi..

“ Betul. Kalau tak, lima bulan lepas aku dah kena nikah dengan dia.”

Dadanya sakit cakap semua ni dekat Asyraf. Tak tau kenapa dia terasa nak bagitau. Padahal, kalau dia diam, mesti lagi mudah jalannya.

Tapi, tak adil untuk Asyraf. Dia bukan bodoh yang buta tak nampak isi hati rakannya tu. Kalau dulu, memang Asyraf tak tunjuk apa-apa. Sekarang ni, dah jelas sangat!

“ Kenapa kasi tau aku?”

Amar senyum.

“ Kau berhak tau.”

“ Atas dasar?”

“ Sebab kau bestfriend aku. Dan..”

“ Dan?”

Amar tarik nafas dalam-dalam.

“ You love her, right?”

Asyraf terpempan. macam mana Amar tau?

“ Kau, suka dia kan?”

Amar nampak muka Asyraf dah tukar warna merah. Hatinya makin sakit. Ya Allah!

“ I’ve set my heart on her.”

Amar rasa macam nak menangis masa ni jugak! Betullah apa dia rasa. Dan, Iman pun..

“ You deserves to get her.”

Asyraf pandang Amar yang tengah senyum. cuba dibaca riak wajah Amar. tapi, poker face sangat. Amar punya muka, memang susah nak baca. Dari dulu lagi!

“ Bukan kau..”

Amar geleng. Biarlah, semuanya rahsia aku je..

“ She’s your ‘her’ kan?”

Amar geleng lagi.

“ Mana punya mitos kau refer boleh keluarkan rumors tu?”

Amar gelak. Terpaksa. If it’s you, I’m willing to let her go.

“ Sejak bila kau suka dia?”

Asyraf senyum.

“ Entah. Tau-tau, dah rasa ni ada.”

Amar gelak lagi.

“ Kau nilah!”

“ Mana ada aku tulis dalam diari ke apa?”

Diari. Buku latihan lima puluh sen..

“ Yang sampai nak tulis dalam diari kenapa?”

Amar pandang Asyraf yang dah tunduk. You guys are too similar to each other. Memang patut pun korang sama-sama.

“ How did you know aku punya perasaan ni?”

“ Too obvious, bro.”

“ Really?”

Amar angguk.

“ Yelah! Sampai aku borak dengan opah pun kau nak jealous.”

Asyraf gelak. Mana dia tau!

“ Aku punya nama pun, Opah tak ingat.”

“ Itu sebab aku ni special.”

“ Perasan gila kau ni!”

“ Betullah. Opah, suka je keluar date dengan aku.”

“ Itu yang buat aku lagi jealous.”

Amar kerut kening.

“ Kau suka Opah ke Iman?”

“ Kau ni!”

Amar gelak lagi. Gelak puas-puas Amar. tutup rasa sakit hati kau. Tutup rasa sedih yang dah ada dalam hati tu!

“ Kau tau, aku datang Ipoh dulu, sepatutnya nak ikat dengan dia.”

Amar kerut kening.

“ Tapi, bila tengok kau rapat sangat dengan family dia, aku tiba-tiba hilang semangat.”

Dia bersedia sangat. Amar mengeluh perlahan. Sedangkan aku?

“ So, ni plan bila nak propose?’

“ Balik Malaysia lah kot nanti. Discuss dengan papa dengan mama.”

You’ve got nine months je lagi, Amar. lepas ni, jangan ingat dah dekat Iman. Dia dah nak jadi hak orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience