BAB 15

Short Story Series 111762

Aduh.. siapa lagilah yang aku langgar ni. Jangan mamat kerek lagi sudahlah. Tak sanggup nak bayar ganti rugi.

"Maaf dik. Awak okay tak ni?". Suara perempuan!. Aku angkat kepala. Menatap wajah riak bersalahnya. Baiknya dia. Aku yang langgar, dia yang minta maaf. Aku senyum seraya menggelengkan kepala.

"Saya yang salah kak. Maafkan saya." Aku ketap bibir. YaTuhan... Cantik sangat. Manis walaupun baju tak cukup kain. Tak apa, jangan mengata orang Nadeen. Hidayah milik Allah. Sesiapa sahaja berhak mendapat hidayah jika Allah mengizinkan.

"Adik nak kemana ni?. Tergesa- gesa je ni". Wanita di depanku mengarit kening. Ramah pula akak ni dengan aku. Entah jumpa lagi ke entah tidak nanti."Nak hujan ni. Naik siapa?. Nak tumpang akak?". Masih ramah. Sekali lagi, aku geleng kepala. Malu betul sekarang ni. Dah lah aku yang salah, dia yang minta maaf, lepastu dia pula yang ramah nak tumpangkan aku. Segan beb!.

"Baru balik dari berbelanja barang dapur sikit kak. Saya naik teksi je sebab ayah guna kereta untuk ke tempat kerja. Abang Ezz dah pindah tempat kerja. Kalau tidak, memang satu arah je dengan ayah alang- alang tu boleh lah tumpang. Tapi sekarang, Abang Ezz dah dapat kerja baru yang dia nak."Polos aku menjawab. Haaa.. nak ramah sangat kan?. Memang aku cerita semua. Aku sengih lebar. Dia hanya angguk sambil tersenyum simpul. Sungguh, dia sangat cantik!.

"Nak tumpang akak? Nak hujan ni. Mendung gelap lagi ni hah. Nak dapat teksi lambat pula dik. Jangan risau, akak bukan penjahat". Selorohnya. Ke situ pula akak ni fikir. Dari gaya pun tak nampak jahat walaupun berpakaian begitu. Angguk setelah mengucapkan terima kasih. Itupun segan betul nak buka mulut.

Dia menukar arah ke alamat rumahku setelah aku memberitahu alamat. Dia mematikan pendingin hawa memandangkan cuaca yang sebegini. Memang sejuk!.

Diam. kaku. itu situasi kami sekarang. Aduhhh.. kalau aku ni Armel, memang dah petah dah mulut murai Armel ni. Tapi ini AKU!. Memang tunggu aku botak baru aku jadi ramah. Itu pun kalau ramah!.

"Nama adik siapa?". Dia memecah sunyi. Memang dari awal dia saja yang menyoal aku dan memulakan bicara. Sesekali mata memandang aku. Aduhh kakak cantik, jangan lah pandang aku. Aku ni cuma pakai sunscreen je. itupun parut diatas dahi dan noda bekas hitam masih tidak tertutup sepenuhnya.

"Nadeen. Nadeen Adlisya" Jawabku. "Nama akak?". Aku pun nak tahu juga namanya. Atau lebih tepat lagi, nak tutup canggung. Memang rasa macam dalam hutan belantara je ni. Bunyi burung hantu yang segan- segan nak keluar. Macam tu lah situasi kami sekarang ni.

"Iman Batrisya". Sebaris namanya dia sebut. Sedap nama. belakang pun ada perkataan 'sya'. 'Sya' yang itu cantik. 'Sya' yang ini kurang cantik. Astaghfirullah. apa kau ni Nadeen. Tak baik membandingkan cintaan Tuhan. Bukankah semua makhluk Tuhan dimuka bumi indah belaka?. Kepalaku digeleng kecil. Rasa berdosa mengamit dada. Selagi diri ini dipanggil manusia... mana pernah terlepas dari melakukan dosa. Nabi Muhammad yang mulia pun rendah diri terasa melakukan dosa. inikan kita yang tiada gelaran Nabi.

Perjalanan yang mengambil masa 20 minit akhirnya berakhir. Fuhhhh lepas dari kekakuan ini. Nak- nak lagi akak ni ramah dia lain macam. Banyak betul soalan dan aku kebayakkan hanya mengangguk.

"Terima kasih, Kak. Semoga dipermudahkan urusan dan Allah menolong disetiap kebaikan akak". Senyum manis ditarik. Ikhlas. Dia angguk dan berlalu pergi. Kalaulah aku yang langgar akak tu sewaktu dia memengang air. Lepastu tumpah pula dibaju mahalnya. Apalah riaksi Kak Iman tu. Entah dia sebaik ini ataupun tidak. Ish aku ni, sudah- sudah lah tu berfikiran negatif. Baik kau buat hal kau. Dah lah malam ni kena jumpa mamat tu. Entah apa yang dia nak bincang pun, aku tak tahu. Harapnya benda yang tak menyakitkan hati.
_____________
Mata tajamnya aku pandang dalam. Tipulah kalau tidak rasa gentar. Kalau malam ni di sini juga dia semburkan amarah lepastu aku menangis?. Tak ke malu buat dramaking dalam restoran ni. 5 minit dalam keadaan begitu, barulah dia memula bicara.

"make the order you want to eat. I will pay. Do not worry." Dia menutur kata memecah sunyi tapi matanya sibuk menyelak menu. Aku mencebik dalam hati. Ajak aku makan dekat restoran mewah ni kau ingat aku takde duit ke nak bayar. Cis!. Berlagak pula mamat ni. Setakat puluhan ringgit melayang... Apalah sangat. Bukan sejuta pun!.

"I have my own money. don't worry." Aku menjawab. Dia terus mengangkat kepala menatap aku kembali dengan mata tajamnya pakej dengan senyuman sinis. Pasti nak menyakitkan hati lagi ni. Mesti !.

"This is my payment to get a son from your womb. As far as my money you want to spend, Apalah sangat... kan?". Dia jungkit kening.

Krakkk.. koyak hati aku mendengarkan jawapan dari celah bibir merahnya. Aku ketap bibir menahan sabar. Betul lah apa yang dia kata. Setakat menghabiskan duit poket dia tu apalah sangat... 20 keturunan pun belum tentu habis!.

" Saya nak apa- apa saja. tuan lah yang pilihkan. Kalau boleh, nak yang sedap dan mahal". Perkataan mahal aku tekankan. Sengaja. Nak berlanja aku sangatkan. Kira okay lah tu.. Daripada kau tu, nak anak dari rahim aku, mahunya tak pitam aku. Dah tu, kalau anak pertama kami anak perempuan macam mana?. Kalau kedua dan ketiga masih anak perempuan macam mana?. Huhhhhh memang balik ni aku kena solat hajat terus. Semogalah segala doaku diperkenankan. Kalau tidakpun, jangan pernah bersalah sangka dengan Allah, Nadeen. Berdosa.

"Okay then.." Dia angkat tangan. Memanggil pelayan lelaki kemeja kami. Pelayan itu mengeluarkan buku catatan dan sebatang pen. Bersedia mencatat pesanan. " Nasi goreng seafood bagi saya dua dan satu air just avocado dan satu kopi O panas."

Aku menahan gelak. Hek eleh.. Nasi goreng seafood je?. Ingatkan nak berlanja aku makan steak ke, daging pelbagai bebola ikan cecah kari atau tomyam ke. Semangat lah juga aku nak makan. Konon nak bagi makan mahal- mahal dekat aku. Menyampah!.

"you should try."

"Huh?" Aku kerut kening.

"You should try the order I chose. You also told me to choose for you, right ?." Jelasnya. Kening kanan dinaik tinggi. Mencabar kesabaran aku.

"but I want an expensive one. Very expensive !." Bentakku. Lebih kepada menyindir. Badan belakang aku sandar di kepala kerusi. Tangan disilang ke dada.

"Try dulu.. Mesti kau akan repeat order". Penuh keyakinan dia menjawab. Aku menjegilkan mata kearahnya. Eh eh.. macam kau tahu je selera aku macam mana kan?. Tak sedap, siap kau!. Memang aku suruh kau sumbat semua sekali dalam perut kau.

"Yakinnya tuan kan?. Boleh jamin ke kena dengan tekak saya?."

Dia angguk. Yakin. "I told you before right.. Im Emir Qafeel. Arahan Penjamin". Kini, dia pula yang menyilang tangan ke dada. Mata tepat menatap dalam wajahku. Segan pula aku jadinya. Dah lah dia kacak. Aku nak nafikan pun tak boleh. Memang dia ni kacak orangnya.

15minit menunggu. Makanan kami tiba akhirnya. Nasi goreng seafood dia jamah. Aku hanya renung saja. Kadang tu, risau juga dengan ayat yakin dari bibirnya. Buat aku serba salah dan serba tak kena je. "Makan lah". Arahnya.

Nak tak nak, aku suakan sesudu kemulut. Dikunyah perlahan lalu ditelan memasuki kerongkong tekak. Okay, aku kalah lagi. Sedap!.

Dia senyum sinis. Nampaknya dia menang. Aku pula, beria konon bukan seleraku, tuk - tuk... dah separuh pingan dah nasinya. Argh malu tak malu tu tolak tepi. Aku lapar ni !.

"So.. how?".

"Sedap". Tanpa mengangkat kepala, aku angguk dan menjawab sepatah. Punyalah sedap sampai taknak tengok wajah kacaknya. Halahhh kalau tengok pun tapi boleh buat hati tenang takpe. Ini ni.. baru tengok dah sakit mata, sakit hati, sakit jiwa. boleh gila aku nanti.

"Bukan tu... tapi perkahwinan kita tak lama lagi ni". Tuturnya. Tangan disilang keatas meja. Mata bekunya masih terus menerus menatap aku. Aku keluh kecil. Bab inilah paling aku pantang kalau disentuh. Rasa berasap telinga, berapi hati dan terbakar jantung.

"Macam mana apa lagi tuan?. Kita kahwin jelah ikut perancangan tuan tu. Lepas dah dapat apa yang tuan nak, kita berpisah. Dah settle!." Nak tak nak je aku jawab. Tak tahu ke aku ni paling benci sekali bila sebut hal kahwin dengan syarat bodohnyanya. Kalau ikhlas nak kahwin dengan aku tu takpelah juga. Ini ni.. lepas buat anak, kau berambus. Diri aku dah macam maruah kucing je aku rasa. Kucing pun maruah dia lagi tinggi. Ish.

"Kalau anak pertama kita perempuan, kau tak kisah ke kalau aku sentuh kau banyak kali?. Kau tak..."

"Tak tuan!." Gertak ku penuh geram. mencantas laju sebelum dia menghabiskan kata. gigi diketap kuat. Hilang terus selera aku. Nasib saja sudah separuh pingan. Nak- nak lagi guna duit dia. Memang nice. "Saya okay je. Asalkan hutang saya terlunas. Terlepas dari hutang sebelum saya mati. Dan insyaAllah... Saya okay dan boleh terima takdir". Sambungku tenang walhal hati dah tersayat sayu. Jika tadi disamakan dengan maruah kucing, kali ini terasa bagaikan maruahku lebih rendah dari pelacur. Entah lah...

"Jangan risau, aku akan jaga anak tu baik- baik nanti. Kau tak perlu risaukan apa- apa, Nadeen. Aku dan bakal isteri kedua aku tu akan bahagiakan anak lelaki aku tu nanti". Selamba dia menutur. Tidak tahukah hatiku bagai disimbah asid?. Pedih dan memeritkan.

Tanpa dapat ditahan, air mata jatuh setitis dua. Cepat- cepat aku lap dengan hujung jemari kecilku. Rasa cepat sangat aku ni kalah. Nampak sangat aku ni lemah. Aku paling benci diri aku yang satu ini. Lemah!.

'Anak aku nanti?'.. Bukankah itu juga anak aku juga nanti?. YaTuhan... jika aku tidak kuat, sabarkan aku. Jika sabarku tidak boleh sebesar gajah, titipkanlah rasa sabarku walaupun sekecil semut.

"Baik tuan". Aku angguk kecil. Hati sakit namun bibir merahku tetap melakarkan senyuman. Senyuman pilu. Tahan Nadeen, percayalah.. semuanya akan baik- baik dikemudian hari. Lepas hujan, akan ada pelangi. Yakin tu Nadeen...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience