BAB 13

Short Story Series 112104

Mata meliar ke tengah laman. Hari ini, hari terakhir ibu bekerja sebagai maid di rumah agam ini. Cepatnya masa berlalu, terasa baru semalam saja ibu mendapatkan pekerjaan ini. Sementara menunggu ibu mengemas dapur apa yang patut sebelum pulang, aku meminta izin menunggu disini saja. Belum pernah lagi aku menjejakkan kaki ke dalam rumah agam ini selain di laman saja. Mungkin lepas aku dah diakadkan, barulah seluruh sudut pelusuk rumah ini dapat kujejaki.

Sebelah kanan terdengar orang berdeham mematikan lamunan aku. Aku kerling kesebelah. Lelaki itu!. Benci tapi apakan daya, akan jadi suami aku juga nanti tu. Dan syurga aku nanti terletak dibawah kakinya. Entah waktu itu aku boleh dengar setiap tulunjuk katanya ataupun tidak. Lebih tepat lagi, arahannya.

"Time passes quickly isn't it ?. Dah ready nak jadi isteri aku?". Kening kanan naik menyoal. Mata tepat melihat kewajah aku. Tanpa dijemput, dia duduk disebelahku hanya dengan jarak sejengkal saja. Dapat dihidu bauan dari tubuhnya. Aku yang perempuan bencikan dia ni pun boleh berdebar menghidu bauan itu.

"Ya.. Nak kata ready tu, tidak. Tapi apa lagi pilihan yang saya ada, Tuan?". Soalku pula. wajah dipaling ke depan. Melihat ikan- ikan koi berenang senang di dalam air. Namun, tetap tidak boleh buat jantungku tenang. Makin berdebar bila aku perasan mata Emir Qafeel sedaritadi merenung sisi wajahku. Perasan dengan hujung mata aku. Nak kutuk aku lah tu yang aku ni tak cantik. Huh!.

Pada Emir Qafeel, Nadeen tidak secantik Iman. Tidak seseksi Iman dan tidak jelita seperti Iman namun wajah tenang itu kelihatan.... manis. Ya, dia tidak boleh menafikan itu. Manis walaupun ada parut belah kanan di dahi gadis itu namun tidak mencacatkan kemanisan wajah itu. Parut kerana apa tu?. dia sendiri pun tidak tahu dan tidak pula ingin ambil tahu.

"can you listen to my instructions ?. Or rather ... your debt."

Aku juling mata ke atas. Bosan dengan ayat itu. Aku belum cukup pekak untuk tidak mendengarkan arahan itu berkali- kali atau aku masih belum cukup tua untuk aku lupakan itu. Arahan bodohnya. Menyampah pula aku. Dah kalau lelaki, bernafsu tu pasti ada walaupun aku ini gadis yang tak cantik. Bentuk badan pun tiada. Sepapan je macam tak cukup makan. Kulit pun gelap, tidak secerah Armel dan wajah pula penuh dengan noda hitam bekas jerawat. Pergi kolej pun hanya pakai sunscreen saja untuk tutup parut ni semua. Bila malam macam ni, hanya niat nak ambil ibu, tak kan aku nak pakai sunscreen pula. Lagipula, dia pernah melihat wajah sebenar aku sewaktu pertama kali berjumpa di laman rumahnya.

"don't you think that I'm lusting after you. I'm sorry, I'm not interested in you." Tebaknya tepat apa yang aku fikirkan. Bibirnya tajam terjungkit ke kanan. Rambut depannya yang terbuai lembut ditolak kebelakang.

Aku ketap bibir. Berdesing telinga mendengarkan ayat yang terluncur dari bibirnya. Memang mulut puaka ke dia ni?. Berkawan dengan jembalang tanah pun silap- silap jembalang tanah tidak sudi.

"Habistu, why did you marry me without love and lust?!. Why not find a woman that you love and happy with your future children?. Tak perlu lah nak sentuh saya untuk dapatkan anak tanpa cinta tuan kepada saya." Soalku pula. Jantung berdegup kecang mencari nafas. Sesak pula bila berdepan dengan lelaki ini. Mana pernah teratur nafasku apabila bersama dia walapun sewaktu pertama kali kami bertemu. Sungguhlah, aura dia lain macam. Kena jelingan tajam dia sikit je, bergetar lutut aku.

Tak ada cinta dan nafsu dengan aku, tapi sibuk nak kahwin. Bukankah perkahwinan itu untuk mengelakkan fitnah dan terlanjurnya tingkah?. Islam menyuruh perkahwinan antara dua hati untuk mengelakkan berzina. Zina hati, zina mata, zina bicara dan zina tingkah laku. Tapi dia ni.. anggap perkahwinan adalah keseronokkan semata.

"That's what I'm doing, Nadeen." Emir Qaleef mengerling aku disebelahnya sekilas lalu memandang kedepan semula. Tak suka agaknya nak hadap muka sememeh aku ni. Budak lima tahun pun lebih comel dan cantik dari aku. Aku diam. Tidak faham dengan ayatnya tu. Berkias ke apa ni?. Jawab jelah terus.

"Marrying you is impossible but there is no choice." Lagi sekali, Emir Qafeel bersuara. Aku kerut kening. Sungguh aku tidak faham apa helah dia sebenarnya?. Atau dia berkahwin semata untuk nafsunya saja dan setelah puas dia berambus?. Tapi katanya dia tiada nafsu langsung terhadap aku. Habis tu, ini apa?. Arghhh buntu. Aku masih lagi tidak faham dan menunggu dia menyambung kata. Melihatkan aku diam, Emir Qafeel bersuara lagi.

"I better be honest with you. Ini lah yang sedang aku buat. Macam yang kau cakap, why not untuk aku cari perempuan yang aku cinta dan bahagia bersama- sama dengan bakal anak kami. Kenapa harus pergunakan kau macam ni?. Itu yang kau nak tahu kan?. Baik, dengar sini baik- baik. Buka telinga kau luas- luas." Diam. Jeda. Dia menarik nafas dalam sebelum berbicara. Mungkin mahu menyusun ayat untuk dia terangkan semuanya kepada aku.

Jantung aku mula berdebar. YaAllah, jika jawapan jujurnya menyakitkan hati, tolong kuatkan hati aku. Kuatkan jiwa dan jasadku yang sedikit demi sedikit hilang semenjak kenal dan berdepan dengan lelaki ini.

"Dia yang meletakkan syaratnya".

"Dia?". Soalku pantas. siapa?. Mama dia?, daddy dia?. Kawan?. Siapa?!.

"Ya, dia. Iman. Perempuan yang aku cinta dan aku sayang. Nak kahwin dengannya boleh, tapi dengan syarat... " Diam. Sengaja meleretkan hujung tuturnya. Dan aku terdiam kaku. Tak perlu pun menyambung ayat itu sudah dapat ku tebak apa syaratnya. Tapi untuk apa?.

"Dia suruh aku berkahwin dengan mana- mana perempuan. Bagi anak lelaki dan lepas tu... ." Dia jeda lagi. Menarik nafas dan barulah dia lepaskan tenang. "Baru boleh berkahwin dengan dia. Anak tu nanti kena bagi aku dan biarkan kami yang jaga. Tapi yang anehnya.. Dia nak jadi madu kau. Tapi aku tak nak kau. Aku hanya nak dia. Yang itu kau jangan risau. Aku akan lepaskan kau lepas dah akad kan Iman menjadi isteri aku. Lagipun bila dah sah, dia boleh buat apa kan?".

Zapppp.. Teracarik hati ku. Sakitnya usah digambarkan lagi. Tanpa dapat ditahan, air mata jatuh setitis. Emir Qafeel pandang sebelah. Melihat air mataku tanpa rasa. Riaksi sedingin ais batu. Tiada langsung riak bersalah. Selamba bagai tiada apa yang berlaku. Pengakuannya itu bagai hal kecil dimatanya sedang kan aku?. Berat sungguh mahu memikul. Aku kesat pipi. Tak nak nanti ibu menyoal macam- macam.

"But why... kenapa dia buat macam tu?. Mesti bersebabkan?". Aku soal tanda tidak puas hati. Siapa saja yang tidak marah dipergunakan begitu?. Kalau wanita lain, memang dah layangkan tamparan berapi. Aku pula, memang tidak lah nak buat hal dengannya. Lagipun, hutangku terlalu banyak dekat dia. Tak mampuku bayar.

"Itu... kau tak perlu tahu." Senang saja jawapan Emir Qafeel. Dia sebenarnya tidak mahu beritahu hal sebenar kepada Nadeen. Malu lah dia bila Iman tidak memilihnya sebagai seorang bakal suami. Nasir yang tidak sehebat dia pula yang menjadi pilihan Iman. Tercabar dirinya dan rasa tercalar egonya sekarang ini. Iman harus menjadi miliknya. Dia tidak peduli !.

Emir Qafeel angkat tubuh. Berlalu pergi ke dalam tanpa kata. Aku pula, malas mahu menghalang. Untuk apa?. Tak ada dia lagi bagus. Nafas yang sesak sedikit demi sedikit terasa ringan. Dia punya aura tu, sampai nafas pun boleh tenang bila dia tiada didekatku. Ini bila dah kahwin ni, mahu nazak aku mencari nafas yang sempit.

"Nadeen, jom balik.. Ibu dah siap kerja dah". Suara ibu menegur perlahan di sebelah. Bahu dicuit lalu menarik lenganku kedalam pelukan. Ibu.... Nadeen tak nak kahwin. Nak luah tak berani. Hanya rintih dalam hati saja untuk meluah rasa.
_________________
"Nadeen, kau okay tak?". Tanpa salam, abang Ezz duduk disebelahku. Ternaik bahuku akibat terkejut dengan kehadiran dia yang tiba- tiba. Dah lah tiba- tiba muncul tanpa salam, lepas tu tegur pun mengejut. Mana tak luruh jantung.

"Okay saja, kenapa tanya?".

"Takdelah, kau termenung je sejak akhir- akhir ni. Fikirkan apa?. Takut nak kahwin ya?. Kahwin ni seronok tau, hidup dengan orang yang kita cinta. Kalau pada lelaki.. memang tak sabar nak jadi pelindung untuk wanita yang kita sayang. Nak jadi kekuatan untuk kelemahan wanita yang kita suka. Dan haruslah membimbing dan mendidik wanita yang kita cinta dan anak- anak yang kita kasih." Abang Ezz mula ajak bersembang. Tapi abang tak tahu, Tuan Emir Qafeel tu lain bang!. Dia tak macam yang abang katakan. Keluhku.

"Kalau Nadeen pula?. Nak kahwin untuk apa, Nad?." Abang Ezz ni pun, soalan yang menjerat leher betul. Ini kalau aku tersilap jawab ni... mahunya dia mengadu dengan ibu lepastu kena piat telinga. Mesti !.

"Kalau Nadeen, haruslah nak dengar kata dia. Sediakan makan minum dan pakaian dia. Menjadi bayang- bayang hanya untuk lelaki yang Nadeen cinta. Biar dia tahu, walau jauh pun jasad kami, akan ada bayang- bayang Nadeen yang sentiasa menemani dia. Biar dia tak sunyi. Sambut tangan dia kalau dia lalai. Bukankah suami itu harus membimbing isteri dan anak- anak untuk ke syurga Allah?. Jadi, kalau dia tak nak tersilap langkah dan tingkah, isteri yang kena tegur. Jangan malu untuk bertegur kalau tak, habislah rosak rumah tangga". Penuh tertib aku menjawab. Jawapan paling tepat dah tu. Abang Ezz tersenyum nipis lalu kepalanya jatuh mengiyakan kata- kataku.

"Nadeen belum ready ya, hurmm?". Lembut abang Ezz menyoal. Wajahnya juga sudah tepat merenung wajahku. Aku menarik nafas dan lepas perlahan. Tak tahu kenapa, tapi malam ini abang Ezz nampak lain. Sedih ke adik kesayangan dia ni dah nak berkahwin?. Jika ya, bawalah aku lari bersama abang Ezz di hari perkahwinan Nadeen tu nanti, bang.. Nadeen belum bersedia.

Aku kawal riak wajah. Tidak mahu ketara sangat bahawa aku masih belum bersedia. Malah, tidak mahu pun berkahwin dengan lelaki itu!.

"Aku okay ja bang...Ready je. cuma itulah, macam- macam perasaan ada sekarang ni. berdebar sebab takut, gembira, teruja, suka.. ehh semuanya lah". Bohong!. Aku tak rasa semua tu. sikit pun tak melainkan hanya rasa takut. Itu sahaja.

"Itu normal bagi orang yang nak berkahwin. Dah jangan fikirkan sangat. Naik tidur sana, jangan biasakan tidur lambat. Tak elok, nak- nak lagi dah nak berkahwin ni.." Nasihat abang Ezz seraya berlalu naik keatas. Aku hanya angguk saja mengiakan. Perasaan aku menjadi walang. Tak tahu nak gambarkan emosi sekarang ini macam mana.

Tuhan... jadikan hariku di kemudian hari lebih baik dari hari ini dan sebelumnya. jika dia benar jodohku, tolong buatkan hati kami saling terpaut. saling suka dan cinta. Dan jika tidak, semoga hati aku kuat dan bahu aku tabah untuk menerima ketentuan dariMu. Aku mengesat birai mata. Lemah je sejak dua menjak ini. Tidak mengapalah Nadeen, kau kuat dan kau mesti kuat walaupun harus berpura- pura kuat. Aku senyum sendiri lalu menaiki tangga. Nak mandi, solat dan terus rehat. Penat jasad, jiwa dan hati ini harus direhatkan sebelum kejutan yang lebih besar yang akan datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience