BAB 2

Short Story Series 111762

"Ibu.. Dah siap kerja dah?. Nak balik tak?". Soalku kepada ibu yang sedang sibuk memberi ikan koi makan. Bukan main gelojoh lagi ikan- ikan koi itu pelahap. Habis basah lengan bajuku akibat dari kerakusan ikan- ikan koi di kolam yang terletak di halaman rumah banglo agam milik Dato' Wakeel.

Ibu bekerja sebagai maid di rumah kepunyaan Dato' Wakeel. Setiap malam, memang wajah manisku sahajalah yang menjemput ibu. Nak harapkan abang Ezz?. Huh, tunggu pisang berbuah dua kali pun belum tentu abangku itu mahu menjemput ibu pulang.

"Sabar ya Nadeen. Ibu lupa lah nak call Nadeen beritahu kamu yang malam ni anak Dato' Wakeel dah balik Malaysia. Katanya dah berhenti kerja jadi pensyarah dekat Jerman. Dia balik sebab nak mengajar dekat sini je kata Dato". Seronok betul ibu menjelaskan itu kepadaku. Mungkin tertanya juga bagaimanakah wajah anak Dato' Wakeel?. Mesti cantik!. Lihat sajalah Datin Wardah begitu cantik walaupun umur mungkin hampir cecah 40-an.

"Habis tu?. Apa kena mengena dengan ibu?. Bukannya ibu orang penting pun dalam rumah ni." Soalku aneh. Yalah, dibuatnya orang mangata ibuku macam mana?. Dah tak memasal dicopnya nak jadi 'mem' besar dalam keluarga gah ni.

"Ibu pun pelik pada mulanya. Tapi Dato' dengan Datin cakap, biar tak terkejut bila berjumpa nanti. Tak memasal nanti dia kata ibu ni pencuri dalam rumahnya". Terang ibu. Aku mengangguk tanda faham.

Aku duduk di pondok kecil berdepan dengan kolam ikan koi. Terasa angin malam menyapa lembut wajah ku. Tudung juga terbuai lembut. Mata meliar ke kawasan halaman rumah banglo ini. Didalam kolam ikan koi ada lampu- lampu neon yang terpasang. Di tepi- tepi kolam pula ada batu- batu kecil bewarna warni. Juga ada setiang lampu tinggi. Juga terpasang. Ya Tuhan.. cantik sangat. Kalau lah aku punya milik rumah ini, memang tidak segan nak ajak kawan- kawan study sini tanpa perlu fikir dua kali.

Sedang seronok sangat berangan, ada satu tangan menampar bahuku. Lembut sahaja namun sudah membuatkan aku tersedar dari lamunan.

"Itu, anaknya Dato' Wakeel dah sampai. jangan duduk sini je. Dikatanya kita tak ada adap nanti. Jom cepat ikut ibu".

"Laaaa, kenapa pula Nadeen kena ikut bu?. Bukan Nadeen kerja sini pun". muncungku sudah sedepa. Betul lah apa yang aku katakan. Malas aku nak masuk campur dengan keluarga yang tidak setanding dengan keluarga kecilku.

Lagi sekali, bahuku ditepuk. Kali ini lebih kuat sedikit. Terjerit juga aku dibuatnya.

"Ish, apa kamu cakap ni?. Kamu tu anak ibu, bukannya Datin dan Dato' tak kenal kamu pun. Dah cepat, nanti mereka kata apa pula. Lagipun lagi cepat, lagi bagus. Ibu nak balik ni". Bebel ibuku disebelah.

Tidak dapat tidak, aku mengikuti ibu dari belakang. Betul lah kata ibuku. Lagi cepat lagi bagus. Lagipun Dato' Wakeel dan Datin Wardah memang kenal aku. Mahunya tak kenal kalau sudah setiap malam datang kesini untuk menjemput ibuku pulang.

"Eh, Alin.. Ini lah anak saya. Baru balik dari Jerman yang saya cakap tadi pagi. Haaa Emir, ini makcik Alin, maid dekat rumah kita dan ini anak perempuan dia, Nadeen. Alin, Nadeen, ini anak lelaki saya, Emir Qafeel". Aku dengar suara Dato' Wakeel memperkenalkan kami.

Aku angkat wajah. Terkejut sebenarnya mendengarkan nama dia. Laa lelaki ke?. ingatkan perempuan. Tapi apa yang lebih menarik lagi adalah....

Lelaki itu tersenyum sinis memandangku. Tajam matanya memerhati diriku dari atas sampai bawah lepastu matanya juga tidak lepas dari merenung wajahku. Eh eh mamat ni.. Berlagaknya kau.. Mentang- mentang kau kacak, kaya, Kau boleh sinis dengan aku ya?.

"So Emir, Ingat tau. Ini makcik Alin. Jangan esok kamu panggil dia pencuri pula sebab terkejut akan kedatangan pembantu baru dalam rumah ni." Kali ini, suara Datin Wardah pula menyapa pendengaran telinga ku.

Aku lihat, Emir Qafeel hanya angguk kepala sahaja. Entah dengar entah tidak dia tu. Mata daritadi tenung aku macam nak tembus. Kenapa?. Bukan nak rendah diri, tapi memang lah aku ni hodoh. Baju pun memang sememeh. Yalah, malam- malam macam ni tak kan nak berlawo pula. Mahunya jembalang tanah tengok aku boleh jatuh cinta nanti. Takut mekk..

"Kacak anak Dato' ni. Pandai pula tu. haaa kamu Nadeen, berlajar lah pandai- pandai. Nanti boleh sambung belajar luar negara juga". Bushhhh.. Ibarat kena penumbuk tepat di batang hidung ku yang tak berapa nak mancung. Pipi sudah berubah tona merah. Malunyaaa.. ibu ni pun satu hal. Yang ramah sangat malam- malam macam ni apasal?. Nak - nak lagi libatkan nama aku. Ugh!.

"Betul tu Nadeen. Luar negara banyak lelaki handsome, kalau nak.. sambung belajar rajin- rajin. " Kali ini, Datin Wardah pula bersuara. Menyokong gurauan tak berapa nak lawak ibuku. Huh silap, tak lawak langsung!.

"Baik lah Datin, Dato' dan hmmm Emir?. Saya balik dulu lah ya?. Dah lewat ni". Ibuku meminta pamit untuk pulang. Aku hanya senyum manis. Senyum yang dibuat- buat sebenarnya sedangkan dalam hati. fuhhhh memang nak balik dan berambus dari sini cepat - cepat.

Aku mengikut ibu dari belakang. Apabila ibu sudah melepasi Emir dan aku baru sahaja ingin melepasi dari sisinya itu, terus terhenti apabila terdengar suara bisikan dia tepat ke sebelah telinga ku.

"we meet again aren't we ?. Looks like you have to pay a debt to me."

Membulat mataku apabila mendengar tutur kata yang dibisikkan olehnya. YaAllah, jadi lelaki itu... lelaki yang dah aku langgar tadi pagiiii?!. Kenapa dia boleh ingat aku sedangkan aku tidak sampai 24j berjumpa dengannya tapi sudah lupa akan rupanya?.

Baru aku perasan. Tadi petang, jambangnya memang tebal macam hutan belantara. Kalau aku ni kerdil seperti semut, mahunya aku tersesat di jambung tebalnya. Tetapi malam ini, dia berbeza. Jambangnya sudah halus, tidak tebal seperti petang tadi. Boleh lihat bibirnya yang merah tanda dia anti merokok. hmm maybe?.

"Dah ingat dah siapa aku?. Tenung bukan main lama lagi. Kenapa?. Hilang ingatan dah?". soalnya kasar. Bibir juga sudah terjungkit senget. Tanganku sudah gatal nak tampar.

"Nadeen.. Cepat lah, kata nak balik. Kamu buat apa lagi tu?!.". Jerit ibuku. Dan- dan macam ni lah rasa macam nak ucap terima kasih dekat ibu sebab selamatkan aku dari lelaki asing ini. Ops silap, mungkin tidak lama lagi tidak akan menjadi asing buat ku dah kalau setiap hari minta kutipan bayaran macam along kawasan!.

"Maaf tuan, saya kena balik. Hutang tu nanti saya akan bayar dan kita akan bincang balik ya?". Tanpa mendengarkan lelaki itu bersuara, terus mencecet aku berlari mendapatkan ibu yang sudah berdiri tegak di tepi kereta myvi milik ayahku.

Malam ini... malam yang akan membuatkan aku tidur tidak lena. Mandi pun silap- silap tidak basah!. Habislah bau busuk badanku.
_________
Lutut dibawa kedada lalu aku memeluk erat. Sungguh, aku terasa bumi terhenti dari paksinya. Kenapa aku boleh terjumpa dengan mamat jambang hutan belantara tu?. Nasib sajalah aku tidak pitam ketika itu.

Agaknya, berapa ya harga untuk sepasang baju kemeja yang aku tidak sengaja menumpahkan air kopinya?. Sudahlah air kopinya yang aku tumpahkan. Keatas baju kemejanya pula tu. sungguh, bala apa yang aku cuba bawakan ini?.

Telefon disebelah diambil kasar lalu jemari runcingku dibawa ke papan keybord. Sedang mencari nama seseorang. Nama kawan baik ku. Thaqif.

Tidak sampai 2 minit, telefon berjawab. Salam diberikan dari sana dan aku menjawab salamnya.

"Ya?. Kenapa Nadeen? Ada apa- apa masalah ke?". Soal Thaqif. Mesti hampa pelik ngat- ngat kenapa aku call Thaqif dan bukannya Armel?. Kalau aku call Armel, mahunya aku kena dengar dia menjerit ceria kerana akan bertemu dengan encik crush terbarunya itu. Dah tak memasal encik crush itu menjadi kawannya then lepas tu aku pula? Memang akan tambah seorang lagi kawan. Tak kisah, tapi jangan lah lelaki tu!. tch, amit- amit.

"Qif, aku terjumpa mamat kerek tu!". Ceritaku terus ke plot cerita. Aku yakin, Thaqif mesti tidak faham. Terbayang pula wajah kacaknya yang sedang mengerutkan kening lebatnya itu.

"Huh?".

Kan betul kataku. Dia mesti tidak faham. Jadinya mahu tidak mahu, memang aku cerita dari A to Z. Tak ada tertinggal pun walau sekecil kutu.

"Habis tu macam mana ni Nadeen?. Apa kata kau guna je duit aku dulu. Nak ganti tu bila- bila je. Kalau tak nak ganti pun tak apa. aku tak kisah pun". Amboiii, bulat mataku mendengarkan bicara Thaqif yang menganggap duit seperti daun hijau sahaja. orang kaya mah bebas.

Thaqif tahu bagaimana kehidupan keluarga kecilku. Sekali pun dia tidak pernah menghina walhal dia anak orang berada. Sama juga seperti Armel. Kedua- duanya tidak suka menunjuk- nunjuk seperti rakan yang lain. Hanya Armel dan Thaqif sahaja yang ikhlas berkawan denganku bukan seperti rakan yang lain yang hanya mempergunakan kepandaianku dalam setiap mata pelajaran.

Aku mengeluh. Tidak tahu mahu katakan apa lagi. Terima kasih? atau Eh tak apa lah atau Eh ya ke?. boleh ke macam tu?. Mana satu menjadi jawapan kalian?!. Aku sendiri pun buntu.

"Jangan fikir sangat Nadeen. Guna je duit aku dulu. Atleast kau bebas hutang dari dia. Bukan setakat hutang, tapi bebas juga daripada dia. itukan yang kau nak?". Thaqif bagi idea bernas. Perangkap aku agaknya kerana itu sahaja cara mahu menolongku.

Aku angguk walaupun dia tidak nampak. Aku setuju dengannya. Tidak mahu aku ada kena mengena dengan lelaki itu lagi. Walaupun setiap malam aku akan menjemput ibu balik, aku berharap kami buat- buat tidak kenal setelah hutangku lunas!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience