Suara tangisan si kecil membangunkan aku dari lena. Terus saja aku bangkit dari pembaringan dan melangkah laju kearah bayi yang sudah teresak-esak. Anak itu diangkat perlahan dan digendong kedalam dekapan.
"Sayang... kenapa menangis ni, hmm? ". Soalku lembut. Dahi anak itu dikucup perlahan. Tersenyum suka aku melihat wajah anak lelakiku yang hampir sama dengan Emir Qafeel. Bila anak ini sudah besar dan meningkatkan dewasa, aku yakin bahawa rupa itu seratus peratus milik sang suami. jangan ikut perangai bapaknya sudahlah.. haha..
Aku membawa anak ini ke katil lalu duduk dilabuhkan dihujung katil. Baju diselak keatas untuk menyusukan anak. Kata ibu, susu ibu untuk anak memang paling terbaik. Banyak lagi sebenarnya yang aku harus berlajar untuk menjadi seorang ibu yang hebat seperti ibuku.
Terasa ada tangan yang menarik bahuku dan bahu aku terus jatuh kedalam pelukan lelaki itu. Emir Qafeel!. Rambutku dikucup lembut lalu anak rambut yang terjuntai kedepan dibawa ke belakang telinga.
"Kesian sayang abang ni. mesti penat jaga anak kita.. Terima kasih sayang. " Lagi sekali, rambut si isteri dikucup lembut. haruman rambut isteri dihidu dalam-dalam. wangi.
Aku menguntum senyuman manis. suka bila dengan suamiku yang sekarang ini. Rasa bersyukur kerana Emir Qafeel telah melupakan kak Iman. Wanita yang dia cintai dulu.
"Abang.. Nadeen dapat anak lelaki". Kataku sayu. Bila teringat hal dulu dan niat sebenar lelaki ini. Aku menjadi takut tiba-tiba. Masa akan datang, kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Mungkin lelaki disebelahku ini bukan milik ku suatu hari nanti. Persoalannya, kuatkah aku?.
Melihatkan wajah mendung milik isterinya dan suara yang serak itu, dia tahu apa yang isterinya fikirkan sekarang ini. Dia mengeluh kecil. "Sayang, abang...." Dia juga tidak tahu mahu menerangkan bagaimana lagi. semuanya terlambat dan dia punca yang jadikan isterinya trauma akan dirinya.
Dia faham itu dan sikitpun dia tidak menyalahkan Nadeen. "I love you".. Hanya itu yang dia mampu katakan.
"Abang nak minta maaf sebab... "
"Tak perlu. abang tak perlu terangkan. Kak Iman dah terangkan semuanya. " Kataku tenang. Emir Qafeel gamam. Membisu disisiku lalu badannya dijauhkan sedikit untuk melihat wajahku dengan lebih jelas. Kelihatan kedutan didahi luasnya. Emir Qafeel diam menunggu kata.
"Kak Iman beritahu Nadeen dua hari lepas masa abang tinggalkan Nadeen sekejap dekat wad untuk solat zohor. Kak Iman ada datang sekejap tengok Nadeen". Terangku.
Terangguk-angguk kepala Emir Qafeel mendengar. Namun tetap saja dia diam tanpa riak. Tapi, hatinya tiada siapa yang tahu. Mungkin tidak tenang seperti air yang dasarnya tampak tenang namun tiada siapa yang tahu didalam air itu terdapat berpuluh-puluh buaya.
"Kak Iman cakap, abang sebenarnya dah lama cintakan Nadeen. Abang akan mengeluh dan tak tentu arah kalau buat Nadeen menangis. bila disoal, abang cuma jawab penat sebab kerja. Padahal Kak Iman yakin, mesti abang tak senang duduk bila buat Nadeen menangis. katanya sejak Nadeen zaman kolej lagi abang nampak gelisah dalam pejabat walaupun Kak Iman tak tahu sebab apa. Tapi Nadeen yakin, itu adalah sebab Nadeen. "
"Kak Iman cakap... Abang cuma rasa ego abang tercabar dan maruah tercalar sebab tak dapat Kak Iman. Tapi, dalam hati abang takde langsung nama Kak iman. Itu.... yang kak Iman ceritakan waktu tu. Tapi Nadeen tak percaya selagi bukan abang yang terus terang dekat Nadeen sendiri".
Mata hitam pekatnya ditatap dalam. Mood serius sekarang ni. Anak lelakiku dibaringkan perlahan ke atas katil. Aku duduk menjauh sedikit dari anakku agar tidak mengganggu lenanya.
Emir Qafeel mengeluh sekejap. Dia menatap mataku tanpa rasa gentar. Mungkin dia telah bersedia menceritakan segalanya. Bibir itu, akhirnya melakarkan senyuman manis. Mata dikerdip sesekali.
Tangan halusku dicapai lalu digenggam erat. "Ya.. dalam hati abang, takde langsung nama Iman. Tapi sejujurnya, dalam hati abang juga takde langsung nama sayang waktu tu".
Damn!. Ayat terakhir nya menyentak tangkai hati. perih yang amat. Tapi bibir tetap diketap kuat menahan sabar dan menunggu dia menyambung kata.
"Tapi... bila Iman cakap yang abang tak senang duduk, tak tenang buat kerja abang, rasa semua benda tak betul, itu yang Iman syak sesuatu dekat abang. and she said..."
"You love that girl". sambungnya lagi.
Aku tergamam. Sampai macam tu sekali kak Iman perasan perubahan Emir Qafeel.
"waktu abang bercinta dengan Iman dulu, kalau dia merajuk atau menangis.. abang bagi bunga dan ajak keluar je. Nanti dia okay lah tu.. Buat apa abang nak fikirkan dia yang tengah menangis ke.. merajuk ke.. senang je nak pujuk nanti". Sengehnya lebar.
Aku mencebik bibir. Ceh, menyampah!.
"Tapi anehnya... bila tengok Nadeen menangis dan penyebabnya adalah abang.. Abang tak boleh tidur. Tapi nak mengatakan perasaan tu adalah cinta, abang cuba nafikan dalam diri abang dan mengatakan yang abang hanya rasa bersalah. Sehinggalah pada hari kejadian tu! ". Ternaik seoktaf hujung katanya.
Aku kerut kening. "hari... kejadian tu? ". Soalku takut-takut. Melihatkan Emir Qafeel yang sudah mengetap rahang dan dadanya turun naik, menandakan yang mood nya jangan dibuat main sekarang ini.
"sewaktu Najmi fitnah Nadeen meniru hasil kerja dia sedangkan dia yang plagiat hasil kerja Nadeen. Dan sewaktu Nadeen terjatuh dalam pelukan dia tanpa sengaja tu. Itu yang abang rasa waktu tu mungkin abang cemburu. " Luahnya. Dadanya juga sudah berombak tenang tapi, wajah itu tidak boleh menipu. masih kelihatan kesal dan marah.
"Abang nak minta maaf dekat Nadeen. Sekarang ni.. abang betul-betul rasa bersyukur sebab dapat Nadeen dan rezeki anak lelaki kita. " Dahiku dikucup lagi.
Aku angguk dan balas dengan senyuman. Lengan sasa itu ditarik manja. "dah.. jom tidur abang. Anak kita dah tidur ni.. " Sengaja mahu menamatkan perbualan diantara kami.
Tanpa segan, aku mengucup sekilas bibir merahnya. Tidak peduli dengan riaksinya, aku terus menutup mata dan bantal ditekap kewajah. Malu!.
Kedengaran Emir Qafeel tergelak kecil. "Goodnight sayang... goodnight juga Emir Qaayed bin Emir Qafeel. " Bisiknya yang hanya kami sahaja dengar suara bisikan itu.
Dan dalam diam aku mengucap syukur dan memanjatkan doa agar kebahagiaan ini kekal sampai bila-bila. dia.. Arahan Penjamin yang aku cinta sampai ke akhir hayatku dan Emir Qaayed adalah bukti pengikat cinta kami. InsyaAllah, aamin.
Share this novel