"Nadeen". Panggilan itu buatkan aku menoleh ke belakang. Yelah, bukan tak kenal suara kawan baik ku itu. Dan kawannya yang bernama Nadeen hanya seorang. Ya, aku lah tu.
"Haaa, nak apa?. Kali ni lelaki mana pula yang kau nak kata kacak, berkelelakian, gentleman dan aura penuh keyakinan?". Itulah Armel, setiap lelaki di kolej ini akan discan lalu dibuat sebagai list crush. Katanya, barulah semangat untuk hadir ke kolej setiap hari. Sampai sanggup stay library semata untuk memerhati lelaki kacak maut yang menjadi pilihan dia. Spy betul kan sahabatku ini?.
Armel hanya tersenyum sumbing. Rambut perangnya yang ditiup angin di selak kebelakang. Tidak dapat dinafikan bahawa Armel memang cantik. Malah, lebih cantik dariku. Kulit yang putih pucat, bibir yang kemerahan asli walaupun tanpa lipstik serta hidungnya yang kecil dan tidak terlalu mancung.
"Kau kenapa tak datang semalam?. Ada assingment group baru ni. Dan kau nak tahu, kita terpisah untuk tugasan kumpulan ni!". Bebel Armel tidak berpuas hati. Dia mana mahu berpisah denganku. Hendak dibandingkan dengan aku, Armel lebih ramai kawan dan mudah didekati. Sentiasa ceria dan peramah. Tapi denganku jugalah dia mahu. Katanya aku tidak suka menangguh kerja.
"Okay lah tu. Asyik melekat je dengan aku nanti orang ingat kau dan aku lesbi pula kan?". Aku cuba bergurau. dan semestinya aku mendapat tamparan kecil dibahu halusku. Kuat betul tamparan Armel, tangan sahaja kecil. Inilah dilatakan 'tamparan wanita'.
"Halahhh.. kau ni.. Aku nak dengan kau. Tapi macam ni pula reaction kau. Ingatkan kau akan sedih ke apa". Rajuk Armel. Bibir juga sudah muncung sedepa. Tergelak aku dibuatnya. Armel ni, buat muka macam mana pun tetap cantik. Bukannya tiada lelaki mahukannya, tetapi dia yang menolak sebab dia mahukan lelaki yang ada dalam list crushnya itu. Jenis memilih!.
"Kali ni je, Mel. Cubalah kita bertukar group. Barulah ada pengalaman dengan group yang lain diakhir sem ni. Kalau tak..."
"Betul tu. Tak kan lah kau orang nak melekat je berdua macam upin dengan ipin".
Belum sempat aku menghabiskan ayat, ada suara asing menyampuk. Aku dan Armel serentak menoleh ke belakang. Armel sudah menjeling tajam. Anti betul dia dengan lelaki kacak didepanku itu.
"Sibuk lah kau, pergi main jauh- jauh sana". Halau Armel tanpa rasa bersalah.
"Why?. Betul lah apa yang aku dan Nadeen cakapkan ni. Ke kau nak ambil kesempatan ke atas Nadeen?. Yelah, Nadeen kan bijak pandai. Rajin pula tu. Setiap sem dia mesti akan dekan. Kan Nadeen?". Soal Thaqif kepadaku.
Armel mendengus kasar. Thaqif mengalihkan pandangan kepada Armel. Bibir juga terjungkit sinis. Armel yang melihatkan senyuman Thaqif mengetap gigi. Geram.
Aku di tengah- tengah antara mereka hanya diam tidak terkutik. Bukan takut akan pergaduhan mereka melainkan seronok sebenarnya melihat mereka berdua. Tidak tahu kenapa, tetapi nampak comel dimataku.
"Dah jangan bergaduh. Jom kita makan luar. Petang ni kan class cancle". Aku cuba memujuk kawan- kawan ku. Hanya aku yang berkawan dengan mereka berdua. Tetapi mereka?. Seperti anjing dengan kucing apabila bertemu.
"Jom Nadeen. Aku berlanja kau". Aku hanya angguk dan senyum. Hailaaa.. Rezeki tidak baik ditolak.
"What?. Hey, hello brother.. Kau siapa nak join kami makan?. Nadeen ajak aku, bukan kau!." Armel sudah menyinga. Wajah putih pucat itu berubah merah. Mata direnungnya Thaqif seperti hendak ditelan hidup- hidup. Aku mengetap bibir menahan dari menghemburkan tawaku.
"Nadeen sendiri tak kisah pun. Yang kau baran sangat ni kenapa?. cemburu?."
"Ehh kau!" Jerit Armel. Bagi Armel, Thaqif memang kacak, tapi sayangnya mulut jahat mengalahkan ibu tiri cinderella. Kalau tidak kerana itu, sudah lama Armel masukkan Thaqif kedalam list crushnya itu.
"Dah Armel, jom jelah kita makan bersama. Jangan lah macam ni." Pujukku. Tidak mahu memanaskan keadaan di tengah- tengah dewan kuliah ini. Dah lah masih ada beberapa orang lagi yang sedang study. Risau menganggu mereka sahaja nanti apabila peperangan tercetus antara mereka berdua.
"Tch, haishhh jom lah". Armel mengalah. Thaqif senyum kemenangan. Aku menghembus nafas lega. Dengan serentak, kami bertiga berlalu keluar dari dewan kuliah tersebut.
_________
"Aduh". aku mengaduh perlahan. Sakit juga bahu terlanggar seseorang di depanku sekarang ini. Aku mendongak kepala memandang pemilik wajah yang telah melanggarku. eh silap, aku yang terlanggar dia. TER!. tidak sengaja.
"Maaf tuan. saya tak sengaja". Terus sahaja meminta maaf. Paling haru apabila air yang dipegang oleh lelaki itu tertumpah kebajunya. Kalau dihidu, air kopi. Tapi tidak pula aku tahu jenama atau perisa apa air kopi itu. Ugh, tidak penting.
"are you blind?". Soal lelaki didepanku. Membulat mataku mendengarkan itu. Ewah- ewah, sedap kau je nak kata aku buta. Mataku masih elok lagi. Rabun pun tidak tau!. Angin betul aku namun aku tetap tahan. Bila difikirkan balik, siapa je tidak akan marah?. Nak- nak lagi air kopi tertumpah ke atas baju mahal miliknya. Terus menelan liur aku dibuatnya.
"Maaf..." Sayup sahaja suaraku. Entah dengar entah tidak. Kepala pula sudah menekur ke lantai. Takut. Perut pula sudah kecut.
"Maaf ya, kawan saya tak sengaja". Armel bersuara. Thaqif disebelah kanan ku pula diam sahaja. Aku mengangkat muka ke kiri. Membulat mataku melihat renungan Armel itu. Bersinar biji mata memandang wajah kacak maut didepanku. YaAllah, Armel ni... menyempatnya kauuu.
"Ehem, encik. Kami minta maaf. Biar saya yang bayar balik harga air minuman tu dan baju encik". Thaqif yang diam daritadi bersuara juga. Bukan aku tidak perasan, mata Thaqif juga terkejut dengan perangai Armel yang gatal itu. Aku simpan senyum. Thaqif cemburukah?.
"Orang lain yang buat salah, kenapa kau pula yang nak tanggung?". Lelaki asing itu bersuara lagi. Berdesing telinga aku mendengarnya. Sabar Nadeen, sabar..
Aku menentang pandangan mata didepanku. "Saya akan ganti sendiri. Berapa ya tuan?".
"Tak perlu ganti. Asalkan jangan sampai aku jumpa kau lagi. If not, You're going to pay this debt and I'm sure you won't be able to pay it."
Aku menelan liur. Aku tahu makna tersirat dari lelaki itu. Pastinya baju itu mahal nak dibandingkan dengan harga bag tanganku. Well, buat apa nak takut?. Bumi ni luas. aku tak kenal dia, dia juga tidak kenal aku. Aku yakin, kami tidak akan berjumpa lagi. Kalau jumpa pun, bukan kami saling ingat.
Tanpa sedar, aku angguk kepala menandakan aku setuju dengannya. Lelaki didepan hanya tersenyun sinis lalu dengan penuh bergaya, dia berjalan melepasi kami bertiga.
"Its okay, Nadeen. Kau tak akan jumpa dia lagi". Thaqif memujukku dengan yakin. Aku diam tanda setuju. Aku juga mengharapkan perkara yang sama.
"Halahhh kenapa?. Nak jumpa dia lagi." Armel bersuara penuh tidak berpuas hati. Aku dan Thaqif sudah membulatkan biji mata. Biar betul perempuan ni !. Gatal sangat dah Armel ni!.
"Kalau kau nak jumpa, pergi jumpa dia sorang. tak perlu ajak kami". Thaqif bersuara dingin. Armel mendengus kasar.
"Kami?. huh.. siapa nak ajak kau?. aku nak ajak Nadeen". Armel tidak mahu mengalah.
"Lepas tu?. Kau yang nak gantikan semua sekali?. macam tu?. Kau pekak ke dia ugut Nadeen macam mana tadi?. Kenapa?. syok sangat tenung wajah kacak anak teruna orang?. Itupun kalau dia masih belum berkahwin lagi". Thaqif menekankan perkataan kahwin. Rahangnya juga diketap kuat.
"Yang kau nak marah aku ni kenapa?. Dah lah, aku nak balik. Kau berdua makan saja tanpa aku. Aku tak ada selera". Armel melangkah pergi. Aku diam, Thaqif juga sama. Rosak sudah makan petang kami.
"Jom lah kita balik. Lain kali sajalah kita keluar sama. Lagipun kesian Armel nak balik naik apa?. kan kita keluar satu kereta je. Itupun kereta kau." Thaqif angguk setuju mendengarkan aku. Sekarang ini, misi memujuk Armel. Risau dia berkeras tidak mahu pulang dengan kereta Thaqif. Argh.. semuanya salah kau Nadeen!.
Share this novel