BAB 24

Short Story Series 111762

Jam tangan ditanggalkan lalu diletak ke dalam almari. Lengan tangan dilipat sehingga kesiku lalu tali leher ditanggalkan dan butang leher dibahagian atas dibuka.

Kaki melangkah kearah pintu beranda atas yang terbuka luas. Mata melilau mencari seseorang. Jumpa!.

Dia tersenyum sinis dan dengan perlahan mengunci diam- diam dari dalam.

Klik.

dengan pantas, dia terus berlalu ke penyidai tuala dan tuala biru tua diambil. tanpa fikir panjang, terus berlalu ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.
_________
Klik!.

Aku memusing kepalaku melihat ke belakang. Berkerut seribu dahi memikirkan pintu yang sepertinya sudah...

Terkunci!.

Laju aku berlari anak menuju ke pintu sliding tersebut dan ditolak untuk dibuka. Namun hampa, betul sangkaanku.. pintu itu telah dikunci dari dalam.

"Emirrr.. awak yang kunci kan pintu ni?!. Bukak cepat. Saya tahu kak Iman dah balik kan?". Aku jerit dari luar. Pintu itu diketok kuat sampai sakit telapak tanganku tapi tiada sahutan.

Daritadi lagi, dari tingkat atas aku melihat kak Iman dan Emir Qafeel yang sedang berbual- bual entah apa isinya tak pula aku dengar. Pembetulan, tak nak pun dengar!. Namun melihatkan riaksi Emir yang menahan marah dengan dahi berkerenyut dan Kak Iman berwajah simpati tadi, aku jadi tertanya- tanya juga. Ada apa ya?.

Tapi, bila fikir balik hati aku yang membengkak.. tolak tepi jelah semua tanda tanya tu. Mungkin mereka sedang bergaduh kerana aku lah penghalang buat mereka. Penyebab untuk mereka kerana tidak bersatu. Atau apa?. Arghh ni lah perempuan. Cuba untuk tidak memikirkan tapi tetap saja ingin ambil tahu. Overthinking!

"Emirr?". Aku soal lemah. Penat dengan permainan dia dan perempuan itu. Hilang segala rasa hormat aku terhadap mereka berdua. Tapi memandangkan aku masih lagi isteri Emir. Nak kurang ajar pun pikir dua tiga kali.

angkat kaki dan berlalu kemeja konopi yang disediakan disitu. Kerusi kayu bercat putih itu ditarik lalu punggung dilabuhkan kesitu. Duduk termenung memikir nasib diri yang malang.

Betul lah, aku kena goda dia agaknya. Kalau macam ni, bilanya aku nak mengandung?. Habistu kalau aku mengandung anak perempuan macam mana pula?. Aduhaii ni satu hal lagi ni.. Nak kena tunggu berapa tahun lah agaknya untuk lepas dari genggaman si Arahan Penjamin itu?.

klik!.

Pintu itu sudah terbuka. Aku kalih pandangan kearah bunyi pintu itu. Terlihat satu sosok tinggi lampai dengan rambut yang basah kuyup. Air dari rambutnya juga ada yang menitis sehingga dagu lalu jatuh ke....

dada!.

Bulat mata memandang badan tegapnya. Soooo sexy!. Aku pula yang tergoda sampai tak nak pejam mata. Tuhan.. dia ni memang perfect. Ops silap, perangai je macam set*n!.

"Dah habis pandang dah?. don't worry baby. Everything I have is yours. do you want to touch it too ?." Smirking face!.

berdesing telinga mendengarkan ayatnya itu. Wajah terasa membahang. Terus saja aku jatuhkan pandangan kebawah melihat jari- jemari runcingku dan kedua belah tangan digenggam erat. Malu!.

"Yang awak keluar suku macam ni kenapa?. Pergi lah pakai baju dulu sana!". Aku gertak menahan marah. Dah lah malu, sakit hati pula tu. Ni nak melenting ni.

Emir Qafeel mencuit daguku dan diangkat kepala memandang dia. Aku tatap mata hitam pekatnya. Pandangan itu... pandangannya itu lorhh!.

"Kalau tak nak?". Senyum nakal.

Aku menepis tangannya dan mengankat tubuh. Kepala menompang tinggi melihat wajah kacaknya yang masih ada titisan air jernih di dagu itu.

"Apa niat awak sebenarnya?."

Aku dan dia saling menatap. Gurauan dia tadi buat tak layan. Sekarang ini tugasku hanya mendapatkan satu jawapan darinya.

Dia jungkit kening kanan. Berpura- pura tidak mengerti. Tangan kanan dibawa kebelakang tengkuknya dan digaru- garu perlahan. Panahan mata hitam pekat itu tidak berkelip melawan pandangan mataku.

"What?". Sepatah dia menjawab.

"Berpura- pura lagi, humm?". Kali ini aku pula menjungkit keningku. Tangan dibawa silang didada. Jantungku sudah berdegup kencang menahan baran yang akan meletus sekejap saja lagi bila mendengar jawapan dari bibir merah itu.

"Ouhh itu... Betul lah apa yang aku buat kan?. Selama ni pun kita berlakon depan family kita juga." Selamba ayat itu meluncur keluar. Emir Qafeel berjalan menapak masuk kedalam bilik. Aku pula mengikut langkah kaki panjang itu dari belakang.

"come on, Emir... Awak tahu kan itu family kita. Sebab tu kena berlakon. Kak Iman tu orang kesayangan awak. Awak tak kisah ke kalau dia cemburu?". Berpura- pura mengutarakan soalan cepumas. Nak tahu juga jawapan sebenar dan kalau dia mengaku... malam ni juga aku serah diri aku dekat dia!..

"Well.. Our story is over and there is no need to think anymore."

Liar! That's what you and her are planning.

Aku mengetap bibir menahan geram. Dia pula selamba menyarung baju tshirt putih ketubuh tegapnya dan mengambil seluar pendek paras lutut dan terus menyarungkan melalui bawah tuala yang diikat kemas dipinggang.

Buat aku makin marah!.

"Kalau macam tu..there will never be a son conceived by me except a son when I marry another man". Kali ini, aku puas dengan jawapan aku. Berani tak berani belakang punya cerita. Sebab aku dah siapkan emosi aku untuk berhadapan dengannya.

Dia meluru datang kearah aku dengan tangan kiri dimasukkan kedalam poket seluar. Semakin dekat.. dekat.. dan dekat. Bila tiba didepan aku, dia menggosok kepalaku yang tidak bertudung. Habis serabut rambut aku dengan tingkahnya itu.

"All right then." dia menjawab ringkas dan aku...

Melepaskan nafas lega. Yeah.. selamat aku!.

"Jadinya.. kita akan berce..." Belum habis ayatku lagi, dia sudah memotong laju.

"...but... if it's a girl, it's okay, isn't it ?." Dia tersenyum nakal. Mata kanan dikenyit sekali dan berlalu keluar dari bilik kami.

"Eiii.. Jangan harap!". Aku menjerit kuat dan seraya itu, aku mendengar dia tergelak besar. Penuh dengan mengejek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience