BAB 11

Short Story Series 111762

Aku angkat tubuh. Bangun dari pembaringan yang malas. Jangan malas Nadeen. Sikap malas tu hasutan syaitan.. sikap malas tak boleh buat kau berjaya... Nasihat untuk diriku sendiri. Penat sebenarnya dengan situasi yang menimpa nasibku sekarang ini. Benar telahan kau Nadeen, nasib baik dan malang kau sekarang ini ada dalam tangan lelaki itu. Kau kena ikut semua arahan dia, jika tidak... masak kau nanti.

Bilik air jadi tujuanku. Mahu mengambil wudhuk. Penuh dengan cermat dan tertib, aku memulakan whuduk dengan bacaan bismillah. Nak solat sunat tahajud dan istikarah yang dah lama aku lupakan. Inilah manusia... tika susah, memang Tuhan lah tempat kau mencari redha, mencari ketenangan serta jawapan keatas nasib diri. Tidakkah engkah tahu bahawa Tuhanmu menunggu kamu setiap waktu?.

Sejadah dihampar dan dengan penuh kusyuk, aku memulakan bacaan setelah mengangkat takbir. Pagi begini, pukul 4 pagi memang tenang dan damai mencari Tuhan. Terutama pada waktu subuh. Subuhlah paling aku rajin untuk bangun. Tidak tahu kenapa, mungkin ramai yang malas bangun pagi dah subuhlah yang sering ditinggalkan. Tetapi aku?. Mudah bangun dan mudah menunaikan solat subuh tanpa pernah kutinggalkan kecuali ketika bendera merah.

Salam diberikan kiri dan kanan lalu meraup muka tanda usainya aku berbicara dengan tuhan. Tangan diangkat mahu berdoa. Pintalah Nadeen.. Mintalah apapun yang kau inginkan. Sesungguhnya Allah Taala Maha Kaya. Allah Taala Maha Sama', Maha mendengar. Luahkan apa yang terbuku didada kau Nadeen.. Semuanya.. Tiada siapa yang faham kecuali Tuhanmu.

"YaAllah.. jika benar dia jodoh aku. Jadikan dia sebaik- baik manusia. Baik dari sikapnya, baik dari hatinya, baik dari budi bahasanya, baik dari perbuatan dan pekertinya, dan baik untuk dirinya sendiri juga. YaAllah, yang Maha Hidup dan Maha Berdiri-Nya dengan Sendiri.. Aku tidak sekuat Nabi-Mu, juga tidak seteguh Nabi-Mu dan jauh sekali setabah atas kesabaran Nabi- Mu, YaAllah. Namun bukankah Engkau telah berjanji, Engkau tidak menguji hambamu diluar kemampuannya. YaAllah,sebagai hambaMu, tidak mudah untukku jika Engkau membuatkan ianya mudah, dan Engkau menjadikan kesulitan jika Engkau kehendaki, pasti akan menjadi mudah. Maka dengan itu, Engkau mudahkanlah dan jangan Engkau susahkan. YaAllah, Kau akhirkanlah dengan kebaikkan". Aku meraup lagi wajahku. Mengaminkan bacaan doaku.

Air mata menitis setitik, dua titik, tiga dan semakin teresak- esak. Kuatkah aku?. Ya.. Kau kuat Nadeen. Percaya dengan percaturan dan takdir Allah. Percaya dengan Qada dan Qadar Allah.

Kaki aku melangkah ke arah katil. Buku dibuka dengan niat untuk study sebentar sementara menunggu waktu subuh. Lupakan semua Nadeen.. Final exam ni labih penting. esok- esok kau kena tinggal dengan laki kau, kau boleh dapat kerja yang lebih baik untuk tampung beban diri dan keluarga kau. Tenangku cuba serapkan semangat untuk diri sendri.
_______________
9.00PAGI

Matanya merenung tajam kewajah cantik didepan. Geram dengan permintaan bodoh wanita itu untuk kali kedua. Rahangnya diketap geram. Mana mungkin dia mengikuti permintaan itu sedangkan hatinya sepenuhnya hanya untuk wanita itu sahaja?. Dada berdetak laju. Segala organ dalaman terasa tegang. Marah di dalam dada ditahan sehabis mungkin.

"Are you nuts?!". Mata terjegil mendengar tutur kata dari celah bibir munggil yang merah menyala itu. Dia menyandarkan tubuh di sofa. Tidak tahulah kenapa, dia tanpa memikir panjang terus sahaja menuju ke rumah wanita ini. Rindu yang membuak- buak didalam dada menariknya kesini. Tidak tahan rasanya sudah 3 minggu dia tidak melihat wajah cantik itu. Rindunya semakin menggebu bila memandang wajah itu setelah 3 minggu ini. Namun, rindu itu sedikit demi sedikit memudar apabila mendengar permintaan bodohnya.

Iman tergelak kecil. Memang comel dimata Emir Qaleef namun amarahnya yang paling utama. Emir Qaleef mengeluh kecil. Cuba menahan sabar.

Baru kau tahu ya Emir Qaleef bagaimana perasaan Nadeen selama ini berdepan dengan tingkah tak semengah kau ni !.

"Kalau you tak boleh ikut, kita tak akan kahwin sampai bila- bila. Dan I akan berkahwin dengan Nasir. So,your choice in your grasp. The answer of choice is also up to you and you decide that. you better be careful, Emir Qaleef." Iman menyambung kata. Kakinya disilang menampakkan betis putih. Rambut yang jatuh kedepan ditolak kebelakang membuatkan rambut ikal itu mengalur lembut. Emir Qaleef yang melihatkan itu berdegup jantungnya. Nak- nak lagi dia berada didalam rumah wanita ini. Berdua sahaja!. Kalau kena cekup, bagus juga ni.. Akal jahat Emir Qaleef mengayat. Namun dia tidak begitu. Tidak mahu merosakkan nama keluarga dan maruah dirinya.

"You suruh I kahwin dengan perempuan tu. Then suruh bagi anak lelaki.. And yet!. You told me to make a girl fall in love with me and then marry you untuk dijadikan madu dia?!. You said use your common sense, right ?." Geraham diketap kuat. Ini paling dia lemah. Mana mungkin dia boleh buat Nadeen jatuh cinta kepadanya. Gadis itu telahpun terlanjur membenci dan terlanjur tersakiti. Kalau dari awal lagi Iman katakan permintaan ini awal- awal, sudah lama dia berlakon buat- buat baik seperti malaikat untuk gadis itu jatuh ketangannya.

"I tak cintakan you, Emir... Kita akhir sampai sini saja okay?. I tahu you tak akan boleh cintakan budak perempuan tu. I akan..."

"Memang pun!". Gertak Emir Qaleef memotong ayat Iman. "I dah sejauh ni ikut permintaan You, Iman. Dan I tak akan kalah untuk buat you jatuh kedalam tangan I. Kalau You nak tengok muka Nasir tu pecah, lebih baik you jauhkan diri dari dia." Ugut Emir Qaleef keras. Sekeras hatinya. Dia tak akan kalah. Dia akan dapatkan Iman. Itu yang pasti.

Iman mengeluh. Rancangannya gagal. Selama ini dia terpaksa buat permintaan bodoh itu untuk lelaki didepannya yang sebegitu berat agar Emir Qaleef mengalah dan melepaskan dia. Bukan dia tidak boleh berambus sendiri didalam genggaman lelaki itu, namun dia tidak mahu Nasir diapa-apakan oleh Emir Qaleef. Dia mahu melindungi lelaki yang dia cinta dengan cara bodohnya ini.

"Got to go. I akan datang jumpa you balik.. Wait for me, dear". Emir Qaleef kenyit mata sekali lalu mengangkat tubuh berlalu pergi dari rumah itu.

Dia.... tak akan sesekali kalah untuk mendapatkan hak miliknya!. Iman harus jadi miliknya. Dia tidak peduli lagi akan hati dan perasaan Nadeen yang mungkin dia akan sakitkan dua kali ganda dari sekarang. Dia akan buat wanita itu jatuh suka kepada dia dan setelah dapat haknya, tanggungjawab dia bersama Nadeen akan dia lepaskan. Itu yang pasti!.

Hailaaa.. Emir.. Emir.. Tidakkah kau tahu bahawa permainan ini akan menjerat kau pada akhirnya?. Tidakkah kau percaya akan doa- doa orang yang teraniaya seperi Nadeen?. Tidakkah kau takut akan kekuasaan Tuhanmu?. Semoga Nadeen dapat mengubah panas baran dan keegoan kau suatu hari nanti. Dan saat itu, ketahuilah bahawa langit yang kau ditumpangkan ini sangat tinggi sehingga susah mahu kau gapai. Dan bila saat itu tiba, tidak kah kau takut diri kau tidak akan diampunkan oleh gadis sebaik Nadeen?. Tahukah kau bahawa berbuat jahat dengan seseorang harus meminta maaf terhadap tuan empunya badan tersebut dan jika tidak, dosa kau tidak akan terampun!.

Share this novel

awer
2023-01-22 10:08:55 

hero dayus...bodo btul


NovelPlus Premium

The best ads free experience